Wednesday, August 12, 2009

~ Menu Buka Puasa ~

Chicken grilled with blackpepper sauce and mix vege

Ni menu berbuka puasa aku semalam. I'm eating healthy foods!!! cut off oily foods...lots of vege and fruits..more plain water...and exercise at least 3 times a week. Hope i can maintain this all the way through Ramadhan.

Tuesday, August 11, 2009

Army wives @ Astro 702

Huhuhu..hubby suruh tengok ARMY WIVES...

Army Wives is an American television drama series that follows the lives of four army wives, their families, and an army husband whose wife is in the army.- Wikipedia

OC dia pesan;" makesure wife tengok tv series ni"!!!

Huhuhu....x best pun...


Badan Kebajikan Isteri Angkatan Tentera (BAKAT)


Lately ni aku kerap turun Temerloh. Habis kursus Hubby terus busy ngan kerja dan duty...mmm..kenala aku berkorban sikit..14/08/2009 ni aku ada hi-tea BAKAT @ Kuantan. Kalau tak silap aku farewell pengerusi BAKAT brigade...Askar ni banyak kerenah sikit..Aku yang orang awam ni kadang2 pun susah nak adapt lifestyle/workstyle army ni..

Last weekend, aku dapat instruction dari OC(bos) hubby suruh aku turun Temerloh ada latihan persembahan untuk hi-tea tu..2 hari lak tu..Tension je aku dengar...Pengerusi BAKAT (wife OC) siap sound aku lagi..jangan nak excuse...x paham aku ngan BAKAT ni..x kira apa event pun mesti ada nyanyi2, nari2, poco2 tu memang wajibla..yang x best nya, kitorang kena buat sketsa...masing2 dah tuo...aduh nak buat sketsa pulak..bila masa tah nak berlatih..last2 ambil jalan mudah..kitorang nari twist je ramai2..Lagu Kuala Lumpur, kalau x silap Wan pernah nyanyi lagu ni..cam mana lah rupa aku menari dengan badan aku yang kusss semangat ni di tambah pulak ngan urat2 yang dah kembang dan ketat..Hubby pesan..Jangan malukan dia je..huhuhu..

Dan....akhirnya aku dapat green light dari Hubby beli baju baru untuk hi-tea tu..yea yea...gi shopping..Aku beli long dress, brown colour..wife OC pernah sound aku pakai tak bersesuaian...dia cakap kasual, so aku pakai pants and blouse. Blouse tu x ketat and bawah bontot..kain cotton..alih2 dia kata kasual elegent..bengang tak??? aku suka dress ni sebab bagi illusion aku kurus dan tinggi...hehehe..hubby ok tapi dia prefer aku pakai kurung moden je..safe..
Ni baju yang aku pakai masa majlis minum pagi (brunch). My first BAKAT event!!!Majlis tu kasual then cuma within kitorang je..means ahli Bakat Kem Batu 3, yang datang pun cuma dalam 30 orang ..tapi wife OC sound kata tak sesuai...tapi pengajaran tuk aku, walaupun majlis tu kasual ke, tak formal ke..aku mesti jaga penampilan..susah gak jadi wife army ni..air muka hubby kena jaga...it's ok, I'm learning...


p/s: Berdebar2 lak nak pegi hi-tea ni....ni pun first big event BAKAT aku...

Wednesday, August 5, 2009

Urut....

Semalam out of sudden, rasa nak pegi urut..Balik dari Jeniang memang tak sempat nak rehat pun..Lagipun dah lama plan nak berurut ni..Asyik tertangguh je. Susah gak nak cari tukang urut kampung/bidan kat KL ni. Sebelum ni pernah berurut kat Kg. Keramat, tapi Mak Aji tu macam goreng pisang panas. Siap kena buat appointment lagi..Dengan niat nak cari tukang urut, search kat internet..tup tup jumpa satu boutique/saloon kecantikan SHADIRA Post Natal & Beauty House @ Brickfields..

Aku dan Hubby sebenarnya dalam proses nak dapat baby..kahwin dah masuk setahun lebih. Duk PJJ ni susah sikit kot...Tapi aku dok fikir umur pun bukan muda lagi. Lebih baik cuba/usaha sekarang..Sebelum ni dah 2 bulan aku ambil Clomid (pil subur), tapi belum ada rezeki. So aku rasa baik aku stop and focus tuk kurangkan berat badan dan sambil tu berurut ke..makan ubat kampung ke...InsyaAllah 21/08/2009 sehari sebelum puasa ni aku akan buat rawatan kesuburan (cara urutan).Aku harap dengan keberkatan bulan Ramadhan ni ada la rezeki aku dan Hubby nak timang cahaya mata.. Doa2 kan...Aku cuma mampu usaha, selebihnya tawakkal kepada Allah...Amin...

Tuesday, August 4, 2009

Kambing @ Jeniang


Dusun Rambutan @ Jeniang

Alhamdulillah, majlis doa selamat berjalan lancar. Cuma cuaca je yang tak tentu kadang2 hujan kadang2 panas je..Kebanyakkan yang datang cuma family belah MIL aku je. MIL ni banyak anak saudara. So kalau kenduri, biasanya jemput kawan2 ngan sedara mara je. Penat nya Ya Allah, x tau nak cakap la...Sementelah, aku je sorang menantu yang ada time kenduri tu..eceh..Rasa cam dah berjasa gila kat PIL ni..hehehe...PIL aku buat doa selamat ni sempena diorang nak berpindah balik ke Jeniang,nak buat projek bela kambing, toreh getah dan hidup cara kampung. Rumah yg kat Sungai Petani tu PIL aku nak let go. Sayang gak, tapi depa dah buat keputusan nak balik kampung...Temporary, 2nd BIL aku, Ambon duduk kat sini. Kesian gak tengok Ambon duk kat sana sorang2. Rumah pun belum siap lagi..Projek kambing tu pun baru nak mula...


JampriJamna

Hubby with JamalIsabella
Kelakar tul aku tengok family PIL, siap bagi nama kat kambing lagi. Yang hubby aku dok syok peluk ni nama JAMAL.Muahaha.. Macam2 nama la ada. Kambing hubby nama ISABELLA..manja je rupanye...Comeiii...Kalau tengok memang rasa nak peluk2.. Projek kambing ni actually idea BIL yang sulung, Anjan sebab nak bantu Ambon. Selama ni pun Ambon yang banyak tengokkan PIL aku. PIL aku ni dua2 dah x berapa nak larat. So, depa pakat2 keluar duit, suruh Ambon yang uruskan. Aku harap2 projek ni menjadila. Bukan sikit duit PIL ngan Anjan dah laburkan tuk buat projek ni..Semoga Allah permudahkan rezeki mereka...InsyaAllah...