Wednesday, June 23, 2010

~ Kisah di sebalik nama : RACHEL CORRIE ~

Menjengah ke blog ell-pmc tadi, ada entry bagaimana flotilla bantuan kemanusian ke GAZA, RACHEL CORRIE mendapat namanya...KLIK SINI untuk baca kisah di sebalik nama RACHEL CORRIE.


Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003)

Dibunuh kejam Tentera Israel...Tentera Zionis Yahudi yang berhati syaitan..Langsung tidak ada secebis pun rasa kemanusian..Bayangkan kematian Rachel Corrie digelek dengan jentolak yang beratnya berpuluh2 tan...
Bayangkan saat ajalnya dia, dibunuh syaitan bertopengkan manusia...

nota kaki : Bilakah penduduk GAZA akan merasa kebebasan dan dapat mempertahankan hak mereka, tanah air tercinta...


~ Suami Kena Tolong Isteri~


Suami kena ringan tulang...bukan ringan tangan...=(..

Ada satu ketika melihat si suami duduk makan kacang di meja, sedangkan isteri bertungkus lumus melayan kerenah 2 anak di satu majlis..Kesian..Sudahla majlis berakhir lewat, anak2 meragam mau tidur..suami pula x hulur tangan menolong..yang kecil ditangan kanan, cuba dodoikan, yang kakak baringkan di kerusi sambil tepuk2 bontot mahu tidurkan..Isteri sikit pun x tunjuk muka kepenatan, suami pulak x ada inisiatif langsung nak bantu ringankan beban..

Ntahla, saya belum ada cahaya mata lagi..Kadang kala, ada yang kata..anak x nak dengan ayahnya la, kalau ambil pun anak menangis juga..Tapi, x kesian ke kat isteri..terkulat2 seorang diri..macam x ada suami..Lagi2 di khalayak ramai, tolongla jangan la abai..saya yang tengok merasa malu..marah dan sedih...Geram dengan suami yang x prihatin pada isteri...

Nota pada en.suami :- Terima kasih baba sebab banyak tolong sayang buat kerja rumah, baba selalu bancuh air setiap kali makan (suami rajin buat jus), tolong basuh kain (pakai mesin), jemur kain (suami lipat x cantik), isi  air masak dalam peti, jerang air, rebus ikan kucen, bagi kucen makan, buang taik kucen, basuh & lap kipas angin, hantar dobi suh iron baju kerja askar (x larat iron, kain keras & berat)..Itupun sayang slalu cakap baba x tolong kan..huhuhu..thnks yang..

Tuesday, June 22, 2010

~Keputusan Kontes Kenangan Terindah~

Bunyi deram pliss......=)

deram...deram...deram.....

Akhirnya keputusan kontes sudah ada ditangan saya...

Pada yang menang tahniah diucapkan...

Pada yang tidak berjaya..moga ukhuwah antara kita tetap terjalin, mana tau menang di kontes lain...=)

okeh...

*


*


Pemenang voucher Jusco bernilai RM50 jatuh kepada.....





&

4 Pemenang hadiah saguhati ialah....





Harap semua pemenang dapat emailkan saya nama penuh & alamat ke..
[asmarina.mrini@boustead.com.my]

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menyertai kontes ini. 

Muahmuahmuah....

=)

Monday, June 21, 2010

~ Akekah & Besday ~

Ini special sikit..Sebenarnya abah mentua ada darah India..Tok Atar (Atuk belah suami - India mari) berhijrah ke sini kawen dengan Tok Nani (nenek belah suami -Melayu tulen)..Adik beradik Tok Atar serta susur galur keturunan dia masih ramai di India...Abah mentua sudah mix dengan melayu then kawen dengan mak mentua (Melayu), jadi adik beradik suami sudah kurang identiti Indianya..Mamak (panggilan untuk pakcik) Amalah (nama) jemput suami dan abang ipar ke kenduri akekah & besday cucu sulung dia. Mamak ni sepupu @ dua pupu abah mentua (betul2 India jati), wife Amalah ni pun dari India juga (cakap Melayu x berapa fasih, bolehla paham)..even anak sulung dia pun dikawenkan dengan menantu dari India..fuh!!! Paham ke idak ni??? Senang cakap masa kenduri family suami je la yang cerah sikit dari orang lain...=)

tu dia..nasi minyak, ayam ros, kurma kambing & dalca sayur

bunga melur tuk orang2 marhaban.

Mamak Amalah..

Mami dengan besday girl

Meriah gila kek 3 tingkat...sedap...

Mamak's Family

1 year old Sabrina

Mengamuk x mau potong kek

Dan ini pula, baby baru dalam family suami, anak buah yg ke -2, belum pun 3 bulan lagi...

Husna Humairah yang macam muka mak tok


x banyak ragam..walaupun panas gila


uish..belum 3 bulan dah ajak bersembang..=)


My buah hati...

~ Malam Mesra @ PULNORD & Durian ~

Part 1

 

Malam Jumaat lalu attend majlis malam mesra Kem Batu Kentonmen. Tempat kerja suami..sempena penggal pertama kursus tahun ni. Ada  makan2, persembahan dan nyanyian...Teka kacang pun ada..suami dapat tempat ke-11..hohoho..itu pun ada hadiah..

x adala ambil gambar sangat..seganla saya..baru lagi kat sini...kang nampak cam tergedik2..sesiapa yang pernah pergi majlis askar mesti tau macam mana..meriah cam kenduri kawen... =)

Berarak masuk..majlis buat dipadang kawad..khemah siap lampu lip lap lagi..
VIP : Komandan & Isteri

Bersilat menyambut ketibaan

Ada band buat persembahan..Ini budak2 duk nek syeh menari2..

antara persembahan peserta2 kursus..pertandingan ni..

Majlis bermula sekitar jam 9.00 malam..makan2, tengok persembahan..sessi karaoke..komandan sporting men'sumbang'kan lagu..anak komandan yg bersuara best ala2 Yuna..Lawak2 x jadi dari persembahan peserta..dan akhirnya dekat jam 2.00 pagi baru bersurai..Kalau ikut hati mau sambung tengok World Cup ramai2 kat Dataran Merdeka..tapi apakan daya badan x seremaja dulu..nak buka mata pun dah x lalu..huhuhu..=(


Part 2

Ini kejadian malam Sabtu..jalan2 cari durian di sekitar Pandan Jaya..Kedai ni memang sentiasa dilawati bila musim durian tiba..tapi la ni, musim durian dah x kira bila... Kedai apek ni memang da best la..yang atas para tu memang la marbeles..timbang kilo..tapi kalau tengah berlambak durian, yang longok2 pun terbaek..Kualiti control dia memang terjaga...

Bersihkan buah durian dia...=)

Udang merah yang lemak berkrim..yummy!!!

101..nama bukan main..ops..sabar..klik2 gambar dulu..

model of da day...suami cukup suka bergambar..pantang suruh..=)

nota kaki : badan x cam dulu..dah x boleh nak bersengkang mata sangat, esoknya sure flat..makan durian ni pun buat pelepas teringin je..kalau makan lebih sikit..1 badan naik ada angin..