Alang2 kat kampung, minta mak ajarkan cara2 masak Nasi Dagang. Terengganu punya..lauk Gulai Ikan Aye (Tongkol). Resepi sudah ada. Keyakinan pun dah tahap tinggi..Moga2 menjadi..Nampak x susah, tapi renyah. Nasi + Pulut kena kukus 2 kali. Arong dengan santan pun 2 kali. Ikan nak kena rebus dulu.Tumbuk kerisik (mak panggil nyor gula). Tapi hasil memang terbaik..
Saya akan rasa hebat jika berjaya masak nasi dagang sendiri. Warisi resepi mak yang mak dapat dari arwah wan. Cuba jaya..Go go chaiyok..;)
nota kaki : Kalau menjadi nanti saya wat special entri...=)
Monday, August 9, 2010
~ Kembali Bersiaran di Pagi Isnin ~
Salam pagi...Jumaat lalu saya bercuti konon nak kemas rumah apa yang patut...Kalau ikutkan rancangan mak dan abah saya dikampung ingin datang menjenguk, tapi kesihatan abah memang x berapa baik. dah seminggu demam dan kaki bengkak dari paras buku lali hingga ke pangkal peha. x tau kenapa..merening je..mak cakap tu kesan dari kencing manis.
Jadi, saya di kampung berhujung minggu. Jengok abah lagipun sudah lebih dua bulan tidak pulang. Sedih juga, tapi abah nampak ok. Mungkin dia tahan rasa sakit..tak nak sesiapa risau. Mak cerita ada satu hari bengkak kaki abah menggila..Demam dan ke klinik hanya berkain pelekat...;(
Risau juga, abah x nak ke hospital. x nak kena tahan..dia cuma ke klinik dan makan ubat semata..harap2 sakit tidak melarat..harap2 abah cepat sihat...
nota kaki: luka di ibu jari kaki abah, dah berbulan x kering2..kesan kencing manis..;(
Jadi, saya di kampung berhujung minggu. Jengok abah lagipun sudah lebih dua bulan tidak pulang. Sedih juga, tapi abah nampak ok. Mungkin dia tahan rasa sakit..tak nak sesiapa risau. Mak cerita ada satu hari bengkak kaki abah menggila..Demam dan ke klinik hanya berkain pelekat...;(
Risau juga, abah x nak ke hospital. x nak kena tahan..dia cuma ke klinik dan makan ubat semata..harap2 sakit tidak melarat..harap2 abah cepat sihat...
nota kaki: luka di ibu jari kaki abah, dah berbulan x kering2..kesan kencing manis..;(
Wednesday, August 4, 2010
~ Kisah Pindah Rumah ~
Penat seh..Penat amat..Ahad lepas pindah rumah, separuh barang bawa masuk kuaters, separuh lagi [perabot2] masukkan ke rumah yang baru beli tu. Alhamdulillah walaupun tenant lama baru pindah, hari yang sama ada tenant yang berminat dengan rumah tu dan akan masuk awal bulan September ni.. Banyak lagi yang nak kena buat kat rumah tu, lagipun dokumen belum selesai sepenuhnya, cuma atas ehsan owner dan agen yang banyak membantu..dapat juga pindahkan barang walaupun kunci x dapat lagi...=)
Dan..jutaan terima kasih yang x terhingga pada anak2 buah suami yang menolong dari pagi sampai petang. Geng fittique 4 orang + seorang pemandu dan suami menjadikan proses memindah cepat dan lancar. Saya cuma mandur dan pembeli (sediakan) makanan sahaja...
Pack barang untuk pindah tu 1 cerita, nak unpack tu pula 1 perkara...Saya cuma berdua dengan suami pun barang dah satu lori [kucing cuma sangkar + litter box je]..yang ada anak 2-3 orang tu macam mana..mak ai..saya boleh bayangkan kain baju yang kena kemas...Pengsan jap...
Sedikit gambar di hari kejadian..saksikan..=)
3 tan yang banyak berjasa..
Ini kat rumah sewa, barang2 semua letak dalam plastik..senang angkat..
Beg2 askar je dah 3-4 biji..
Perabot dalam bilik semua tinggalkan kat rumah baru..kuaters fully furnished..x tau nak sumbat mana..
2 ekor ni pun tolong juga..tolong menyibuk..
Jojo takut dengan orang, tu yang duduk kat atas ni..
ini dia pasukan kerahan tenaga..buat kerja sampai petang..lokasi di rumah baru..
dari balkoni rumah baru...
Ini barang2 yang nak kena unpack kat kuaters...
barang2 dalam peti pun kena punggah keluar..itu yang kena kemas dulu..kang rosak..membazir pulak..
Kain baju yang kena lipat..Ini sikit je, yang tiada dalam gambar..mmm..takut nak tunjuk..
Mereka yang lebih kepenatan mengalahkan tuan..hehehe..setia meneman...
nota kaki : Harap2 suami lama di KL, jangan la posting lagi dalam 2 - 3 tahun ni...x larat nak pindah randah..huhuhu
Monday, August 2, 2010
~ Contest 'Jom Ke Terengganu' ~
Jom join Contest 'Jom ke Terengganu'
Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana 11 tahun yang lalu, cinta saya berputik disini..
Pantai putih bersih Mengabang Telipot menjadi saksi.
Saat bercanda di Air Terjun Sekayu & Tasik Kenyir bagai baru terjadi..
Masih terasa2 Air Buah Gelas Besar & Keropok Losong yang menjadi identiti negeri.
Keenakkan Sotong Goreng Tepung di Seberang Takir sentiasa dalam memori.
Memori indah di TERENGGANU tetap tersemat teguh di dalam hati..=)
[macam lebih 40 patah perkataan je ni Tuan penganjur..boleh ke???..=)]
* Gambar2 ehsan Google..terima kasih..*
Sinonim dengan Terengganu..dulu ada satu tshirt yang ada logo ni..=)
Tasik Kenyir..dahulu disogok dengan kisah makhluk sebesar tikar yang hidup didasar tasik (dalam majalah Ujang pun ada)
Air Terjun Sekayu..penat mendaki, tapi berbaloi..itu 11 tahun dulu, kalau sekarang mampu ke lagi..=)
Kegemaran saya tentunya durian belanda, mangga, nangka..semua buah pun ada..=)
Masa kat sana makan keropok macam makan nasi..
* gambar2 ehsan sendiri *
Pasir putih tepi pantai Mengabang Telipot. Saya bertudung bunga2 11 tahun yg lalu..si manis 18..ahaks..
Berlatarbelakangkan Tasik Kenyir (x berapa nampak pun tasiknya) Suami berdiri berbaju putih..saya disebelah..time tu dating tidak berdua2 ye..bawa satu kapal..hehehe..
Referrer : Mama zharfan
Saya tag :-
1. PnStoberi
2. Iman's Umi
3.Comel@Zai
nota kaki : Teringin juga nak pergi Taman Tamadun Islam...
~ Cerita Sepetang di Habib Jewels ~
Perhatian : Ini hanyalah pandangan peribadi
Sungguh berjaya promosi yang dilakukan Pak Habib samaada di media cetak @ di leaflet2 yang diedarkan. Kenapa saya kata ia berjaya..kerana...saya pun terpengaruh..Tapi...indah khabar dari rupa...Atau saya tersilap perkiraan/percaturan. Tidak berjaya menangkap maksud tersirat..tidak cepat mentafsir..
Bukan saya kata Pak Habib menipu..tidak sama sekali...Cuma sebagai pengguna sepatutnya kita lebih meneliti..Jangan cepat mudah tergoda dengan iklan2 yang 'runtuh' menggila...
Apa yang saya lihat, 70% diskaun penurunan hanyalah untuk barangan terpilih sahaja, tidak secara keseluruhan. Loket Merdeka yang ditawarkan juga bukan emas (menurut kata jurujual suasa) kerana dalam iklan tertulis 'GOLD PENDANT'..malah sungguh kecil seperti syiling 5 sen...tidak sesuai dengan rantai labuh saya..hehehe..
Tapi kepada sesiapa yang sudah berkira2 untuk memiliki barang kemas baru untuk dipakai raya nanti masih boleh menjengok2 Pak Habib. Kalau memang ada bajet, banyak pilihan menarik..Bajet saya memang ciput, malah dengan 70% diskaun pun masih melebihi bajet saya...ngeh3...=)
nota kaki : kalau dapat duit terpijak atau duit runtuh ke kan syok....
Subscribe to:
Posts (Atom)







