Tuesday, August 17, 2010

~ Onde2 saya & lauk2 berbuka ~

Inila rupanya. Tidakla susah mana. Cubaan pertama 7/10, kelapa sedikit masin [bulan puasa x boleh rasa..=)]

Bahan2nya cuma tepung pulut, kapur makan[sikit je..x nak letak pun boleh], air pandan @ perasa pandan, pewarna hijau, kelapa parut & gula melaka. Kat PARAM standard 6-7 biji seringgit, tapi ada juga yang buat besar2 dan jual 2-4 biji seringgit..:(

Lauk2 lain yang sempat saya masak semalam :-

Kurma Kambing perangat, buat kelmarin makan dengan nasi tomato...

Ayam masak merah memang masak lebih, frozenkan..bila2 malas masak panaskan je...=)

Ikan tongkol goreng terhangit. Sebenarnya ikan ni dah rebus siap2 dengan garam, asam dan gula nisan untuk buat gulai/ kari ikan style nasi dagang tu. Sedap bila digoreng sebab rasa ikan tu dah sebati..mesraaa....

2 ketul karipap frozen..Cukupla seketul sorang..hehehe..=)..[Rupa x berapa cantik, tapi sesedap rasa..]

Beginilah saya sepanjang Ramadhan...Semalam suami minta kuih lopes. Tengah mengoogle resepi ni..=)...

Monday, August 16, 2010

~ 6 Ramadhan ~

Esok genap seminggu kita berpuasa. Sekejap je kan..Misi saya untuk memasak di bulan puasa ini separa berjaya. Setakat ini hanya ke PARAM untuk beli kuih serba sikit sambil jalan2 cuci mata. Masak pun simple2 je. Makan berdua je, x adalah nak beria2. Karipap frozen ada dekat 20 biji dalam peti ais, bila dah buat banyak2 x teringin la pulak nak makan...hehehe..

Semangat menulis pun agak pudar [macam lagu Rossa..huhuhu]..Tiada apa yang nak dikongsi bersama.. Nak meluahkan perasaan pun, rasa x kena. Ada juga berita gembira, mak mertua bakal menimang cucu yang ketiga, kak ngah biras yang no.2 sudah mengandung 2 bulan. Alhamdulillah dan tahniah. Gembira dan sedikit sedih pun ada. Rasa macam x nak balik kg beraya..hehehe..Malas nak menjawab..Penat nak senyum tapi hati menangis siapa yang tahu..[eceh!!]...Mereka yang bakal menanya bila di kampung mertua dan kalau boleh saya nak elakkan ialah 1. ustazah (jiran belakang rumah mak mertua) 2. Cik Piah (kawan baik mak) 3. Kak Cak (sepupu suami)..hehehe...

Jadi bersediakah saya dengan soalan2 laser dihari raya. Susah juga nak menjawab lebih2 lagi dgn badan yang macam orang pregnen 3 bulan ni..=)..Ini jawapan standard saya.."BELUM ADA REZEKI LAGI"..ok..=)


nota kaki : bulan mencuba resepi..hari ni nak try buat onde2 gula melaka..=)



Thursday, August 12, 2010

~ Petua2 agar memasak di bulan Ramadhan lebih mudah & cepat..=) ~

Alhamdulillah..Selamat kita menjalani hari pertama Ramadhan dengan izinNya. Saya pukul 4.30 sudah keluar ofis, dalam pukul 5.00 sampai rumah..cepat2 masak lauk berbuka. Menu simple2 je..Sayur lemak udang campur toge dan ikan siakap 3 rasa. Cukupla 2 bangsa...Sempat juga ke pasar Ramadhan, tapi mak ai..manusia..

Ramadhan ini saya tekad kurangkan pengambilan nasi..mahu ratah lauk pauk sahaja..kurangkan karbohidrat, tapi masih ambil juga..dalam kuih muih contohnya. Saya mahu badan saya membakar lemak tegar di bulan puasa ini.. Menu masakan tidak berubah, masak seperti biasa..kalau dikekang sangat kesian pada suami pula...

Memasak setiap hari juga termasuk dalam misi saya di bulan Ramadhan ini..Gigih kan saya..=)..Sementara belum ada baby ni, bolehla melayan perut suami..Sekarang tengah fokus memasak kuih muih frozen. Karipap dan popia dalam perancangan. Untuk kegunaan sendiri sahaja. mahu kurangkan belanja di pasar Ramadhan..hehehe..  

Persediaan memasak lauk pauk berbuka di bulan puasa:-

1. Ikan, ayam, sotong dan segala lauk2 basah siang siap2 dan bungkus dalam surat khabar portion untuk sekali memasak. Mudahkan kerja kita dan tahan lama cos kita x defrost sekali banyak.

2. Bawang cili blender siap2, letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Buat untuk kegunaan seminggu sahaja.

3. Beli santan dan bekukan. Bila2 masa pun boleh guna. x adalah bila teringin nak masak gulai ke kari ke tapi x buat sebab x ada santan.

4. Sayur2 berdaun hijau bungkuskan juga dalam surat khabar supaya tidak cepat layu.

5. Cili api, cili hijau, halia, daun kari, daun limau purut biasanya kita beli sekali guna x habis. Untuk tahan lama simpan dalam botol2 kaca (botol mayonis guna semula) @ tupperware yang bertutup kemas. Boleh juga guna plastik putih yang bungkus lauk @ plastik kedap udara. InsyaAllah sebulan pun tahan. Selalunya kalau rosak pun x rosak semua.

Ini antara petua2 saya didapur agar lebih mudah & cepat saya memasak. Setakat masak nasi (atas dapur je sebab masak pun 1 pot), 2 lauk 1 sayur dalam masa sejam boleh beres. Mengemas memang ambil masa sikit. Itu kena tingkatkan kecekapan di dapur. Sambil masak sambil mengemas. Nak tingkatkan kecekapan kena selau praktikkan maksudnya..kenalah rajin ke dapur...=)

nota kaki : teringin pula nak masak qurma ayam..


Tuesday, August 10, 2010

~ Ramadhan Al-Mubarak ~

Salam Ramadhan..InsyaAllah, esok umat Islam akan mula berpuasa. Syukur juga kita masih diberi peluang olehNya menyambut Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi..

Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga...

Tutur kata pun kena jaga..
Had kan pandangan dan pendengaran dari perkara yang bukan2..

Banyak kan juga berdoa...Moga2 Allah makbulkan..

Tingkatkan amalan..Bacalah Al Quran...


Dan jangan lupa bersolat terawikh jika tiada halangan...

Ingat!!! Berpuasa mengajar kita bersederhana, bukan untuk kita puaskan nafsu makan hingga terlantar bak ular sawa kekenyangan...

Bagi ibu2 yang mula mengajar anak berpuasa, sabarlah dengan kerenah mereka...

Akhir sekali, ampun dan maaf dipinta kalau ada terkasar bahasa tersilap kata. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita..Amin ya Rabbal Alamin..


~ Pot Luck Breakfast, Lunch Makan Sampai Kenyang..@ Office ~

Kejadian khamis minggu lepas. Entry yang terperap dalam draft..hehehe..Macam biasa ofis ada makan2..Macam manalah x obesiti..Bab makan memang x tinggal punya..lagi2 nak masuk puasa. Dah jadi tradisi, sebelum Ramadhan akan ada makan2, alang2 tu rai harijadi sekali..Kali ini saya cuba buat pulut kuning lagi [lawan dengan rendang ayam], 1st time buat x berapa menjadi..lagipun tanak atas api je, konon nan cepat, tapi rasa kurang sedap..hehehe..Kali ini saya kukus, walaupun lama dekat 1 jam juga mengesahkan pulut ni..tapi hasilnya lagi memuaskan, lebih baik dari cubaan pertama..

Tu dia senarai makan, sepatutnya tempah talam cendol tapi x dapat..tu yang cuba masak pulut kuning + rendang..


Berkilat2 pulut kuning ni..[bangga seh..=)]


Rendang ayam dalam kuali..potong kecil2 supaya senang masak dan semua dapat merasa...

Ini sos yang budak2 ofis order tuk makan tengahari, sos ala2 Johny's sesuai untuk steambot atau cecah dip2...

Nasi Dagang Ikan Tenggiri..Bersememeh..x sempat nak snap sebelum makan..=)

Roti Arab dan Kuzi Ayam...sedap hingga menjilat jari..

Nasi Lemak Pak Hashim..

Kuih Muih

Cute cupcakes

Tiada dalam gambar : Mee Wantan Tangling [Ini memang x pernah miss kalau potluck..kegemaran ramai..]

Ini baru makanan pagi ye kawan2, masuk tengah hari lagi melaut makanan.. memang perut se'eh [penuh tahap bernapas pun sipi2 je]..

Nanti free2 saya upload gambar2 lain..walaupun dah nak puasa..setakat tengok x apa..boleh2 gak bagi idea nak buat berbuka..=)