Wednesday, September 1, 2010

~ Semalam yang penat ~

Cuti umum semalam ingat nak tido2, tapi banyak benda nak kena buat. Lepas sahur jahit manik pada baju. Kasi tambah itu manik, beli baju murah kenala pandai alter2..=)..nanti saya tepek kalau da siap k..

Siapkan frozen resolles lagi. Itupun x siap semua. Ada 3 order, cuma siapkan mana yang mampu sebab ada kawan2 suami yang akan berbuka sekali. Seronok jamu depa ni, orang bujang..kalu makan memang berselara..hilang penat memasak tengok depa makan..hehehe..

Menu saya jamu berbuka puasa; nasi putih + qurma ayam + sambal paru + daging goreng kunyit campur kacang buncis + ikan kembung goreng + cucur udang + teh limau ais + laici ais....Kawan2 suami pula bawa murtabak dan tepung pelita. Penuh 1 meja.. Alhamdulillah, x ada yang terlebih terkurang garam.. Kadang2 bila nak jamu orang makan. Bab garam terlebih terkurang la yang paling takut. Lagi2 bulan puasa, bukannya boleh nak rasa..Tawakkal je..

Sesekali jemput kawan2 makan memang seronok. Lagipun saya berdua je dengan suami. Meriah bila makan ramai2...x ada la saya masak hebat2 pun. Masak nasi  dan lauk yang biasa2 kita makan. Kawan suami semua muda2. Suami masuk kadet dulu dah umur 25. Skot2 suami umur lingkungan 19-22. Kira kitorang ni pangkat abang kakak la.. Itu yang selalu pesan kat suami, mana2 yang baik@ rapat dengan suami especially BOB [sebab suami selalu tumpang bilik dia kat mess]..free2 jemput dia makan x kira la bulan puasa ke..weekend ke...

Orang tua kata tetamu datang rumah akan bawa rezeki..=)

nota kaki: mati kutu juga nak memikir lauk pauk kalau memasak hari2..




Monday, August 30, 2010

~ Rezeki Ramadhan...Alhamdulillah ~

Minggu lepas saya agihkan Frozen Resolles untuk teman2 ofis mencuba. Alhamdulillah, sudah ada yang mengorder. Saya jual 1 bekas ada 10 biji Resolles berharga RM10.00. Mahal ke?? Tapi proses membuatnya pun agak renyah, memakan masa. Walaupun bahan2 nampak ringkas, tapi berpeluh2 la juga saya didapur..=)

Bahan2 yang saya guna juga segar dari supermarket. Semuanya saya buat sendiri..Cincang ayam, dadu kentang & lobak. Membuat kulit Resolles pun memakan masa. Masih terkial2 lagi menebar kulit Resolles dalam kuali. Ada tebal ada nipis..InsyaAllah sedikit hari lagi mungkin saya lebih mahir..=)

Paling sesuai dimakan tatkala bersahur. Mudah. Sebelum tidur keluarkan dari freezer, bangun sahur cuma goreng sahaja. Hari2 biasa boleh dijadikan juadah minum pagi @ petang. Boleh juga buat bekal anak2 ke sekolah. Pendek kata, boleh di makan bila2 masa...=)

Moga2 ramai kengkawan yang ulang order...Moga2 murah rezeki saya...Amin

nota kaki : Tanpa pengawet, tanpa pewarna tiruan tapi ada bahan perasa (pati ayam Knorr@ Cukup Rasa)


Thursday, August 26, 2010

~ Frozen Resolles: Free Sample~


Hari ini saya agihkan sample frozen Resolles kepada ofismates...Semalam batch pertama saya berikan kepada penggemar hardcore Resolles. Alhamdulillah..review darinya amat menyenangkan hati saya..Cuma saiz mungkin kena lebih besar sedikit, packaging juga kena lebih menawan. Itu akan saya cuba usahakan..

Balik ni kena buat marketing strategy. Kena kira kos, tengok boleh untung ke tak..Saya bukan nak kejar profit margin yang tinggi pun...Cuma nak cari side income je..Alang2 saya ada masa...=)

nota kaki: Bos kat ofis saya pun ada jual frozen murtabak...sendiri bikin..itu yang jadi sumber inspirasi...


~Yeyeh...Terima Kasih Kerajaan Malaysia..=)

Bukan saya..saya kerja swasta, tiada bonus raya. Suami yang dapat, extra RM500. Kami hepi. Bolehla buat top up belanja raya. Raya tahun ni budget sederhana, banyak sangat keluar duit 2-3 bulan ni. Keluar duit beli rumah, pindah masuk kuarters pun guna duit dan paling latest sekali cat & baiki(sikit2) rumah yang dibeli tu sebab ada tenant nak masuk sebelum raya ni. Fuh..duit keluar macam air..Jadi, raya memang bukan keutamaan lagi. Ala kadar....

Budget Raya Saya:-

1. Duit raya untuk mak, abah, mertua, adik2 yang belum abis belajar & anak2 buah

2. Duit raya kecik untuk budak2 yang datang beraya dan anak sepupu belah suami [ramai gila..suami ada 12 sepupu dari 1 makcik]

3. Kuih raya; max 4 jenis tapi kena sediakan untuk 2 keluarga

4. Baju raya saya & suami belum beli lagi [beli baju sepasang 2 je, tudung pakai je la yg mana ada]

5. Service kereta sebelum raya, perjalanan jauh jadi kena siap sedia

6. Duit tol & minyak; duit kecemasan pun kena ada..[penah tayar pancit atas highway, masa tu kat Butterworth..huhuhu..]

Itu je..=)..yang penting belanja dengan berhemah, jangan nanti lepas raya pening kepala..duit x ada..makan megi lor..


nota kaki: Raya x semeriah zaman kecik2 dolu.....

Wednesday, August 25, 2010

~ Kuih Janda Berhias @ Resolles

Kawan saya kata kuih ni namanya Janda Berhias @ nama lainnya Resolles..=)
Kuih ni kawan ofis saya yang suka makan, selalu dok canang betapa lazatnya rasa resolles ni. Itu yang saya berkobar2 cari resepi.

Resepi ni saya dapat dari tukang masak di Fotopages yang bagi saya cukup hebat..hehehe..kebanyakkan resepi akak ni pun senang follow. Sumber rujukan utama saya..kalau teringat nak masak apa2, mesti pergi ke page akak ni dulu..cari resepi. Boleh dikatakan 70% masakan saya berresepikan akak kita ni..Tq bebanyak  Kak Madiha sebab share resepi2. Kira macam mentor la jugak...=)

Resepi Janda Berhias ni boleh amik kat page akak ni ye..disini..X larat nak tulis balik..Banyak sangat step. Kalau ikut betul2 resepi ni InsyaAllah jadi. Cuma saya x letak daun sup je dalam inti. Ingatkan ada stok kat rumah, rupanya dah habesss....

Kesimpulannya, saya suka kuih ni. Shedap! Sesuai ngan nama..Suami pun suka..Berbaloi saya lintang pukang kat dapur menyiapkan kuih ni. Walaupun agak renyah, tapi cukup puas hati.


Nota kaki: Bercadang2 nak buat frozen Resolles. Agak2 ada orang nak order tak?