Monday, September 20, 2010

~ Jamuan @ Jamu Kawan2 Makan ~

Cuti Hari Malaysia yang lepas, saya dan suami sepakat, masak lebih sikit panggil kawan2 makan. Kebetulan Awe dan Cipear memang nak datang beraya, jadi hari Rabu tu sibuk koling2...mana2 yang dah ada kt KL boleh la beraya sekali. Alhamdulillah, ramai juga yang dah mula bekerja..Riuh rendah la rumah saya. Ada kawan2 yang almost 10 tahun x jumpa. Cuma yang saya ralat, saya x sempat nak bersembang lama. Sibuk didapur, masakla..kemas la..basuh pinggan la..Tenaga kerja cuma berdua, saya dan suami..Penat tapi tersangat puas hati..Gembira tak terkata juga dapat jumpa kawan2 lama... 


Hidangan makan2 saya:
 nasi tomato+ayam masak merah+acar rampai+dalca sayur+papadom
ketupat segera+kuah kacang+rendang ayam
mee kari+awas2
cucur udang
keropok keping+sos thai
punch oren

Balang kuih raya yang dibeli sehari sebelum makan2..RM25 untuk 6 balang..berbaloi2 beli..

2 tong ini juga baru dibeli, masa balik beraya di SP. Tong pink itu sudah terguna letak ais, jadi x boleh letak yang panas2 lagi..nanti rosak..

Dapur saya yang sungguh kecah sekali..malu juga bila tetamu jenguk ke dapur..hehehe..

Perangat lauk, kuah kacang +dalca sayur..thanks to encik suami yang sungguh ringan tulang membantu...

Sebilangan yang hadir
suami, cipear, suami jaja, suami awe, gm, awe, jaja, yan, saya

hilang penat jumpa kawan2..bergambar untuk kenang2an
duduk: bob, cipear, suami
berdiri: saya, wife bob, nurul

Ini lah kengkawan masa di Ganu dulu..Hilang rindu setelah berjumpa..Awe dan Jaja x pernah jumpa lepas 10 tahun. Yan pernah terserempak kat Ampang point 2 taun dulu(kot)..FB la yang temukan kitorang balik..tq FB..=)

Suami dan Akim..dan anaknya yang sungguh comel dan sehat sangat...gerrrammmm...

Pear yang merasmi majlis..Hubby's best fren..BFFFFFFF

Nurul (wife cipear)..thnks coz datang awal and tolong mana yang patut...=)

Selepas makan2..kenalah mengemas..Cam nak muntah pun ada...Periuk belanga, besen2, pinggan mangkuk..itupun nasib baik guna yang pakai buang, jimat sikit tenaga dan masa..

Kesian suami yang kepenatan. Kebetulan Jumaat sehari selepas hari Malaysia (lepas buat makan2), saya bercuti.Tapi suami tetap bekerja. Petang tu niatnya nak balik ke Pahang. Beraya bersama keluarga saya pula. Lepas sembahyang Jumaat saya tengok suami sudah terbongkang..Kesian nak kejutkan...Sudahnya lepas Asar lebih kurang pukul 4.30 petang baru bertolak..x apa..biar lambat asal selamat..=)

nota kaki: Kalau nak buat makan2 lagi, kena import adik@adik ipar tolong..x menang tangan kalau berdua je...=)


~ Raya Saya ~

Saya beraya dengan makan sakan. Beraya di Kedah memang perut x pernah kosong. Favourite saya tentunya ketupat palas pulut hitam (cik piah yang buat) dan daging masak merah@ masak sambai mak mentua saya (biasa campur dengan lidah, jantung, lemak2 baru sedap). Menu di pagi raya di rumah mentua tentunya putu mayam (kat sana depa panggil putu mayom) lawan dengan kari daging, daging masak merah dan rendang ayam.

Mula2 kahwin dulu x boleh masuk sangat. Tekak saya dah biasa ketupat dan lemang. Lagipun kalau beraya di kampung saya, hidangan nasi adalah wajib. x kira lah nasi apa. Biasanya nasi dagang @ nasi minyak. Kalau x ada macam x raya.

Tapi bak kata pepatah, masuk kandang kambing kenala mengembek...sekarang ni, putu mayom sekali makan 4-5 keping...=)...Bergambar???? Memang tidak...ada sedikit masalah komunikasi, konon lepas sembahyang raya nak bergambar..alih2 sampai ke malam asyik x cukup korum. Sudahnya langsung nan ado..Raya kedua pula, ada kenduri akikah anak buah belah suami. Penat usah cerita. x ingat langsung dengan kamera..Jadi, raya kali ini cuma ada catatan sahaja..visual semua dalam kepala....ini je ada 2 keping yang terambil...buat tatapan semua....

Putu mayom dan ketupat palas pulut hitam kegemaran saya..


Cicah dengan sambal+gulai daging..marbeles...



~ Pulang Beraya ~

Seminggu sebelum raya, hantar 2 ekor kesayangan ni balik ke kampung di Pahang...x sanggup nak bawa balik ke SP, kang ada yang mati tercekik suara sendiri..mengiau x henti2....

Port biasa kalau dalam kereta...

Bonie merenung cicak..banyak benda yang dia boleh kejar kat kampung ni..lalat, cengkerik, daun2 berterbangan..unggas2..ayam2 dan kucing2 jiran

Ini adalah si penjaga kucing..walaupun saiz agak lebih kurang sama..berani x henggat..=)

Selepas 2 minggu..Suami yang rindu..

nota kaki: semalam tidur kat luar ngan kuceng2ku....

Tuesday, September 7, 2010

~ Rezeki Penghujung Ramadhan ~


Saat2 akhir masih ada yang mengorder frozen resolles ni. Niatnya semalam hanya nak buat untuk mertua, alih2 ada permintaan. Rezeki jangan di tolak..ye tak? Alhamdulillah..Tapi semalam terpaksa kerah tenaga suami sekali. 40 biji resolles nak kena buat. 30 biji kawan2 order, lagi 10 biji nak bawa balik kampung. Kalau pulun buat sorang2, mau pukul 3 pagi pun x siap..

Dan semalam saya dapat duit raya. RM50!!! Saya menang kontes.Pemenang utama Kontes Jom ke Terengganu. Hepinya saya!!! Senyum sampai ke telinga. Patutla ramai yang suka join kontes, menang kecik ke besar ke, itu semua rezki. Seronok x ingat..=)


Terima kasih kepada tuan penganjur. Moga makin murah rezeki. Kalau ada kontes lain, InsyaAllah saya join lagi...

nota kaki: baju2+barang2 x pack lagi, esok sebelum sahur dah nak gerak balik kampung...:(


Monday, September 6, 2010

~ Salam Lebaran ~


Kepada semua kawan2 blogger, saya + keluarga menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menulis ini, ada kata2 yang menyinggung hati. Moga ukhuwah antara kita sentiasa terjalin walaupun hanya bertemu diruang maya. Banyak yang saya timba sejak berblog ni, dari pengalaman kengkawan, nasihat2, ilmu agama, fakta2, berita semasa, melihat gambar2 comel anak2, kehidupan teman2, tips2, resepi2. 1001 macam ilmu pengatahuan. Macam Astro: Macam2 ada.

Salam Lebaran Untuk Semua, Jaga Diri dan Keluarga.

Asma & Rizal