Tuesday, November 16, 2010

Raya Hilang Seri

Sehari sebelum raya: saya masih bekerja...raya dulu dan sekarang banyak betul bezanya..dulu tak kisah raya apa, sambutan tetap meriah tetap sama. Kini, serinya hilang entah ke mana..Saya sendiri mati kutu..hilang idea..bagaimana mau hidupkan sambutan raya, sementelah raya haji tahun ini saya hanya beraya bersama suami sahaja..

Bila berumahtangga, keperluan suami lebih utama. Memang ralat tak beraya di kampung...kalau bujang trang tang shananana dulu bolehlah berdesup balik ke rumah ibu bapa, la ni....kena minta izin suami..

Esok mungkin sembahyang raya di Masjid Kem Sungai Besi, kata suami ada sembahyang raya mega 7,777 orang banyaknya..sempena hari ulang tahun tentera..

Ayam, daging, santan, rempah ratus masih tak terbeli...hidangan apa mau di jamu di pagi raya pun saya keliru sendiri..Lemang Pak Ali yang dalam kepala ini, disantap bersama daging masak rendang atau kari..tengoklah macam mana, petang nanti baru ke pasar tani...itu pun kalau masih ada orang berniaga, kalau tak ada saya ke tesco atau jusco...beli minced meat buat speggeti di pagi hari raya...hehehehe

Mungkin juga saya jalan-jalan tengok wayang, atau ke ikea tengok barang-barang hiasan atau paling cikai saya lepak di rumah bersihkan habuk dan sawang..

Tiada langsung feel beraya...macam cuti biasa-biasa....

Walau apa pun Salam Idul Adha dan selamat menjalani ibadah korban...dan kepada yang tetap pulang beraya dikampung pastikan berhati-hati sepanjang perjalanan...

Friday, November 12, 2010

Jumaat ini

Ramai dapat 5A dalam UPSR kan tahun ni..ucapan terima kasih pada guru-guru yang banyak berjasa, doa ibu bapa yang tak putus-putus dan tentu sekali tahniah kepada anak-anak yang sungguh-sungguh berusaha. Keluarga terdekat saya dan suami semua dah habis sekolah menengah, tak ada yang kecik-kecik lagi..mesti semua yang berjaya (serta keluarga mereka) dalam suasana penuh kegembiraan tika ini...=)

Sekejap lagi berangkat saya je JB atas urusan kerja 3 hari..kerja dihujung minggu...tinggal suami mencari rezki..eceh!!! ala..bukan selalu pun turun JB ni..rasanya ni baru sekali dalam 2 tahun ni..hehehe..memberi bantuan tenaga kepada rakan-rakan disana sempena launching rumah baru...

Saya nak makan mee rebus tulang & lontong kering. Saya nak shopping barang-barang bebas cukai di The Zon hotel (menginap disana)..sambil menyelam minum air...hehehe..

Moga saya (dan rakan2) dilindungi Allah sepanjang perjalanan...amin....

nota kaki: baca doa naik kenderaan dan tidoooorrrrr....=)





Thursday, November 11, 2010

M.E.R.A.J.U.K


merajuk mau dipujuk

walau di suruh menjauh

jangan mengalah teruskan pujuk

merajuk mahukan perhatian

bukakan tangan berikan pelukan

berikan bahu untuk jadi sandaran

merajuk dibiar lama

kalau melarat hati merana

merajuk mainan perempuan

jangan dibiarkan

nanti berpanjangan

merajuk..:(





Wednesday, November 10, 2010

Roti Canai Terbaek

Ini weekend breakfast..gila penuh kolesterol kasik tambah spare tyre yang sedia ada tu..i ok je makan benda alah ni..sikit pun tak berasa bersalah u..peduliks..sedap punya pasal tiap-tiap minggu pun i taram...muahahaha..gelak macam orang boroi yang kekenyangan...

Korang get ready ar tengok gambar ni...

trang...tang..tang...

*

*

*

*

*

ini gambar dari sisi..

ane..kasik satu roti telur banjir special punyer...

*

*

*

nandri ane..sambil goyang-goyang sikit kepala...


*

*

*


Gila ah, telur 3/4 dua bijik sekali dia letak...marbeles...

la...tak clear ke itu tulur punyer gambar...

kasi ambik satu dari atas, baru nampak...

*

*

*
amma...appa...

terbaek...=)


kedai mamak ni macam food court pun ada, dia combine sekali 2 kedai..buka meja kasi penuh koridor..hari-hari pun penuh..

Tapi ada satu hari kitorang pergi dinner then try nasi campur panas(time dia promote tu dok mention nasi campur panas..nasi campur panas)..rupanya nasi je panas..lauk suma sejuk..hampeh...Kalau mamak, tak sah la tak ambik kari kambing..ayam goreng tengok macam dah kecut so order special kari itik...First time la makan tapi macam muak sikit..ke besar sangat..=)

 yang pinggan putih tu bahagian kepak kari itik..punyala besar kepak itik tu..rasa macam ayam pencen pun ada...

kari itik pulang petang @ itik serati belakang umah wan (wan=nenek)

Lokasi: area Masjid India, betul-betul tepi sungai ada satu row shop office (Wisma Bunus kalau tak salah)..senang cakap dekat Jakel Masjid India tu, tapi row yang belakang satu lagi..segan pulak nak ambik gambar kedai..=)

nota kaki : nak kowww lagi order teh susu kambing ais...(panas pun boleh)


Nama Pilihan

Rata-rata perempuan lagi-lagi bila bergelar isteri akan sentiasa memikirkan nama anak..hehehe..saya pun selalu juga..kadang-kadang..alahai..comelnya nama....nanti nak letak nama nak cenggitulah..hehehe..

Suami suka sangat nama SABARIAH....Sabariah??? hmmmm....suami cakap maksudnya sabar..ye ke??? macam tak je kan..nantilah google maksud nama tu..tapi tak mau la letak nama Sabariah..nak yang komersial sikit ala-ala nama anak pan asian gitu..hahaha..tapi kulit melayu totok!

MARYAM..saya suka sangat..nama yang cantik..nama yang molek..saya bayangkan MARYAM saya montok, berkulit putih, bermata bulat, berhidung mancung, bergigi tersusun, keletahnya manja, menyejukkan hati yang lara..hehehe..ini ialah standard anak-anak idaman ibu bapa..rupa paras jika dikurniakan elok pun saya bersyukur sangat..Alhamdulillah..yang penting sihat dan sempurna...dan kalau lelaki, saya mahukan nama YUSUF atau ALI.

Memberi nama yang elok dan membawa makna yang baik-baik juga adalah tanggungjawab ibu bapa. Jangan nanti anak berasa aib dengan nama yang diberi. Kerana:-

1. Nama yg baik merupakan HAK dari anak.

Rasulullah SAW bersabda,“Seseorang datang kepada Nabi(SAW) dan bertanya,”Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi SAW menjawab,”Memberinya nama yg baik, mendidik adab yg baik, dan memberinya kedudukan yg baik (dalam hatimu)”.” (HR Aththusi)

2. Rasulullah SAW sendiri menyatakan bahawa nama yg diberikan kepada anaknya itu adalah DOA (orang tua kepada anaknya).

Nama dah ada..hehehe..moga-moga Allah permudahkan rezeki saya...aminnnnn.......=)