Friday, January 29, 2010

~ Hubby di rumah ~

1st of all..semestinya aku happy..:)

To all wives out there aku salute toing3 la..especially yang ada anak 2 3 orang..Penat weiii...

Schedule Hubbyku pulak start seawal 7.00am..so by 6.00 lepas solat subuh Hubby mesti keluar dari rumah..

Kalau sebelum ni aku balik rumah tak payah fikir apa2, sekarang aku kena sediakan makan minum Hubby, standby kan baju kerja..etc..

2nd day Hubby ada kat sini aku pening dan penat yang sangat..pergi jumpa doctor check and the result is blood pressure aku rendah 100/70..normally 120/80...1st thing doctor tanya " u x cukup tidor @ rehat ke??"..tp aku pun x sure punca sebenar, mungkin sebab aku diet ke..x cukup nutrisi..hehehe..

Anyway..1'll do my best...and after all...ini tanggungjawab aku sebagai ISTERI...

Thursday, January 21, 2010

~ Port Au Prince, HAITI ~




Gempa bumi terburuk dalam sejarah Haiti..7.0 pada skala Ritcher, 100,000 hingga 500,000 rakyat dikuathiri maut..


Bumi makin parah.. makin nazak...makin sesak...bayangkan, selepas 200 tahun Haiti dilanda musibah sehebat ini..

Bersyukur nya aku...tapi mungkin kah kita juga bakal diuji?? Allah Maha Berkuasa...

Wednesday, January 20, 2010

~ Pissed Off *ggrrrr*~


A : makan biskut je..diet ape..kaya la camni..
aku : aah..saving bulan ni mmg byk..:) *buat2*
A: ala..diet pun badan still cam tu gak..
Aku : Siot * dlm hati*
Tak faham betul la kenapa ada orang macam ni..Susah kan dia ke kalau aku tak makan...Aku nak berubah, kurus, cantik, jaga pemakanan, kekal sihat, awek muda dan seribu satu alasan pun kenapa nak sibuk...
Hmmm....walaupun telinga dan hati aku terbakar dengan statement yang tak berapa bijak...tapi semangat aku pun turut sama terbakar...membara nak teruskan usaha murni aku ni..
Go girl!!!!

~ Habbatus Sauda @ Jintan Hitam ~

Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"

Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
~Info yg aku dapat dari internet ~
A million, billion, trillion thanks to my fren CT... Yesterday she called and let me know about this precious herb..
So far dia dah amalkan almost a year...Natural supplement..apa salah nya cuba kan..biasa kita dengar yang telah di proses dengan seribu satu nama produk..baik makan yang original...zaman Rasulullah S.A.W Habbatus Sauda ni tak proses pun...Makan 5@7 biji semalam..baca selawat 3 kali..kunyah2 telan tanpa air...
InsyaAllah aku cuba amalkan...sesudu Madu di awal pagi dan Habbatus Sauda sebelum tidur..

Tuesday, January 19, 2010

~ Seminar Kenali Potensi Diri Revolusi 2010 ~

I've heard about this course in MHI..sound interesting...so I've called one of the ticket agent and register for 2!! this course will be held at Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam on 31 Jan 2010..It's a one day course from 9.00 am to 5.00 am..Luckily Hubby agreed to attend this course...
I don't have any idea about this course..what i read in the website is something about your personality or potential based on birthday..mmm..the ticket is quite expensive... RM495.00 per ticket..tapi aku dapat free cos ada promotion (cost only RM50.00 for admin fee) untuk 100,000 keping tiket..best kan...

Tujuan aku paksa Hubby join seminar ni hanyalah semata2 untuk tujuan motivasi ..ye lah kan..last pergi motivasi @ kem bina diri pun masa belajar..lepas tu semua sdn bhd..as a human, sometimes we need to hear from others..means, walaupun kita tau, atau dapat pengetahuan dari buku atau internet..tapi selalunya kita lupa (atau buat lupa) atau tak tahu bagaimana nak praktikkan dalam kehidupan...at the age of 29 ni..aku rasa aku perlu dapatkan suntikan motivasi...dan Hubbyku juga...bukan apa..kadang2 pemikiran kita still di takuk lama..sama macam 10 tahun lepas..tak ada perubahan..mungkin dengan ada nya seminar ni dapat membuka pemikiran aku..kenali potensi diri..berani ambil risiko dan berfikir luar dari kotak selamat aku...

Aku harap dapat serba sedikit ilmu yang aku boleh amalkan dalam kehidupan seharian, dan menjadi insan yang menyumbang kepada agama dan negara...hehehe..macam ayat karangan masa F5 lak....
Anyway, i hope we'll enjoy the course...jangan tido sudah.....
Peace...