Friday, June 18, 2010

~Kemahiran itu penting~

Apa kemahiran yang anda ada? Bukan kelas kemahiran hidup (KH) masa sekolah2 dulu. Kemahiran seperti memasak,menjahit,mengait & bertukang..(ini kemahiran guna tulang 4 kerat)..kemahiran2 lain termasuklah menulis, memberi ceramah (komunikasi), berniaga (online pun ok pe)..dan banyak lagi.

Ada apa dengan kemahiran?? Bagi saya mereka yang ada kemahiran dan pandai memanipulasikan kemahiran untuk menjana pendapatan adalah mereka yang sangat beruntung sekali..



Jika anda pandai memasak contohnya..Jenis yang bila memasak rasanya sama dan x berubah2..dan selalu dipuji ramai. Tidak salah jika mengembangkan kemahiran memasak itu ke satu tahap lagi dengan menceburi bidang perniagaan. Mungkin boleh mula secara kecil2an. Test market..Dapatkan feedback dari customer..dari situ mana tahu ada peluang menambah pendapatan keluarga.


1 lagi untungnya jika pandai menjahit. Tempahan baju kurung busuk2 RM50 paling murahpun RM35. Itu belum masuk butik @ kedai2 yang ada nama. Nak2 dekat raya..semua tempahan penuh, kalau lambat memang nganga la jawabnya..Selain jadikan pendapatan sampingan kemahiran menjahit ni boleh digunapakai sehari2an. Boleh jahit baju sendiri, kain langsir pintu tingkap, alas meja kerusi..Jimat banyak wang, cuma kerah tenaga dan masa sahaja.

Kemahiran jika pupuk boleh membuahkan hasil yang berkepuk. Kemahiran juga tidak akan lapuk malah makin diasah makin tajam bak belakang parang. Kemahiran saya yang paling hebat ialah makan..hehehe..memasak? bolehla..so-so..kekadang nak bagi orang makan pun malu2 alah..menjahit? mana2 yang tetas bolehlah nak gagahkan diri, itu pun jahit tangan je berani. Ada mesin hadiah kawin dari my sis, tapi x pernah nye berusik. Cuba guna sekali dua, tapi mungkin sebab 'keras tangan'..x pasal2 mesin baru dah kena hantar kedai pembaikkan.

Jadi jika tidak ada kemahiran semulajadi, kita boleh bentuk dengan hadiri kelas2 kemahiran yang dah jadi trend masakini..Banyak pilihan...kelas buat kuih, kek, menjahit, buat kraftangan, kelas kecantikan @ kelas mulakan perniagaan. Zaman sekarang nak tuntut ilmu mesti ada wang. Mana2 kelas yang dianjurkan tentu dikenakan bayaran. Ilmu yang dituntut, jangan pula diabaikan..kena lah selalu praktikkan, barula x lapuk di hujan....=)

Azam saya, kalau ada masa dan ongkosnya..mahu juga daftar nama..mana tau ada bakat terpendam dalam diri. Sampai bila nak makan gaji, nak jadi kuli.. kalau ada kemahiran dan peluang mahu juga ada bisnes sendiri..=)

nota kaki: kagum tengok bloggers yang buat bisnes online..jual produk, perkhidmatan & kemahiran..tapi..menulis blog pun kemahiran juga kan??? =)


Thursday, June 17, 2010

~Award from Pn.Stoberi~





Terima kasih pn.stoberi atas award nan chomel ini...

sesapa nak follow pn.stoberi Klik Sini ok..ada hadiah special untuk Follower yang ke 50...

*

*

*

Kalau pergi Cameron Highlan mesti sangatla bergambar ngan stoberi kan...













Hohoho..cam jakun pun ade....=)

nota kaki : jgn tertipu pandangan mata, ini gambar lama 2 tahun dulu..sekarang berat saya nek lagi 25% ye..

~ Senyum seindah suria pagi..=) ~



Pagi2 dah buat entry..cerita tentang senyum..Senyuman ini penghias rupa..Cantik, menarik atau jenis yang biasa2 je, tapi sering memberi senyuman, maka akan tampak lebih berseri bila ditatap wajahnya..'Muka manis' itu yang biasa kita dengar..'Muka masam' itu yang nak kita hindar...

Senyum lah dari hati...dunia mu berseri...ingat tak lirik lagu S.E.N.Y.U.M.. =)...So true..bila senyuman datang dari hati akan terpancar keikhlasan...Senyum tiada harga..Mahal atau murah senyum itu terletak kepada pemiliknya..Tidak rugi murah senyuman...Mereka yang murah dengan senyuman punyai ramai kawan..Senyum mengeratkan hubungan..yang marah jadi tenang..yang benci jadi sayang..yang penat hilang lelah..yang sakit terubat..yang lara akan bergembira...

Yang penting sekali, senyum itu adalah sedekah..amal jariah..amalan yang paling mudah..sambil2 jalan pun boleh di lakukan...rugi jika tidak dipraktikkan... =)



Paling tenang bila melihat anak2 tersenyum..bawa kegembiraan dalam kehidupan...bawa keceriaan..bawa kebahagiaan..=)

Tapi..senyum juga boleh membawa bencana...anak gadis remaja jangan senyum sebarangan..jangan senyum  pada suami orang dengan niat yang bukan2...ini boleh meruntuhkan rumahtangga..boleh menjadikan lelaki alpa, terpaut pada senyuman yang menggoda..=)

Sekian..Mulakan hari anda dengan senyuman ye kawan2...=)

nota kaki : dalam tidur pun senyum..=)

*semua gambar ehsan Ms. Google*

Wednesday, June 16, 2010

~Wasiat dari Orang Kaya~


1. Thanks and link the person that gave you the cow

Tq Elise...Lembu ku itam sitampuk manggis..Boleh la buat Qurban tahun ni..Tq3 =)

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 blogger yang paling active atau 7 yang paling tak active.


Kita lihat siapa yang kenaaaa....


3. Bagitau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat.

Saya perturunkan ini lembu..buat la baka ke..jual ke..kenduri kendara ke..hehehe

4. Cerita 3 perkara apa yang anda selalu wat sambil tengok

-baring sambil remote control x lepas punya
-peluk suami kuceng2
-makan salad [muahaha..x bley blah..keropok..jajan tu nak letak mana]

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan

Saya jarang le makan peliks2..kampung sikit..hehehe..makan nasi je..

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat Facebook

FB? kawan? Uish ramai..dekat 3 juta..


7. Camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe .. kat mana??

Huhuhu..kalau nak cerita, mau makan 5 6 helai kertas kajang..

Suami cinta hati saya dari remaja....Pantai di Mengabang Telibot & Seberang Takir, Terengganu menjadi saksi cinta lara..Mengayuh2 basikal di pinggiran pantai..keropok lekor, sotong goreng, air buah gelas besar..semuanya menjadi permulaan detik2 cinta berbunga..
[mode romantikla sangat...=)]

Tata..Titi..Tutu...

nota kaki: buhsan2 ni x ada idea..layan tag orang bagi best gak ek..=)

Tuesday, June 15, 2010

~ Puasa di Bulan Rejab ~

Rugi pulak rasanya semalam x puasa..Bangun pagi kepala dizzy, merengek dengan en.suami x mau puasa..walaupun en.suami mebebel panjang, tapi sebab x larat dan nafsu breakfast yang membuak2 nak makan nasi kerabu, maka semalam en. suami hanya puasa sendirian..hehehe..Tapi, InsyaAllah cuba puasa sebanyak mungkin selagi tiada keuzuran..

En. suami kalau puasa mengalahkan budak2 lagaknya..semalam dibelinya air kelapa muda 1 biji [asli punya..yang dari buah]..Kalau hari biasa 1 biji kelapa muda baru RM2.50 je, tapi kalau bulan puasa..memang x dapek la harga macam tu..air kelapa yang dah bancuh siap2 kat pasar Ramadhan pun dah cecah RM2 sebungkus..x pure pulak tu..Memang la 1 BIJI buah kelapa tu  x nampak banyak, tapi bila en. suami hadap sorang2...maunye x cramp perut..makan sikit..sulam air..makan sikit..sulam air..sedar2 je jag air dah kosong...

Sudahnya, isteri la jugak jadi mangsa..urut perutla..sapu minyakla...bila isteri 'berbunyi2' lebih dari biasa..en. suami x suka..kadang2 bukan nak membebel sangat pun..tapi bila x bersuara..inila jadinya..suami mudah lupa..bila puasa, nafsu bermaharajalela...layankan perut..layankan selera..hari ni kita buka puasa simple2 je ye en. suami..kita makan nasi goreng campak2 je..dengan air laici...=)