Wednesday, March 16, 2011

Apam Pisang

Konon nak ambik gambar cantik-cantik la ni..huh!

Ok, saya kembali lagi dengan resepi baru. First time buat dulu tak jadi langsung. Tak ada bau pisang pun bau bikarbonat je yang kuat. Tapi sejak pergi kelas memasak kuih2 talam dan tradisional dulu, barulah saya dapat gambaran sikit macamana nak buat kuih-muih ni. Kalau dulu setakat dok baca resepi dan try memang tak pernahnya jadi.

Ni saya main campak-campak je. Main agak-agak. Asal dia naik rasa macam lembut-lembut kuih apam saya ok je. Resepi saya follow kat sini. Tapi saya olah sikit sebab buat untuk 2 orang makan. Semua saya kurangkan separuh dan tambah sedikit ovelet dan perisa vanila. Pisang pulak  guna pisang berangan je takda pisang emas.

12 biji tu memang tak terhabis makan. Siap boleh bawak bekal breakfast pagi ni..nyummy..=)



No comments: