Tuesday, June 21, 2011

Trilion Things To Do..;)

Assalamualaikum dan bersiaran kembali..=)

Lama betul saya menyepi..Sibuk amat!! Gerai yg nak dibuka, InsyaAllah awal bulan 7 ni pun masih banyak benda yg nak dibuat..huhuhu..serious takut wey...

Jumaat ni pulak last day saya kat ofis setelah lebih 7 tahun berkhidmat kat sini..Tapi itu kita citer later2 k. Selain kepala saya yang makin serabut mana nak start gerai, kesibukan saya akan ditambah dengan makan2 sempena suami habis kursus esok!!..ESOK..pengsan..hari kerja tau..pastu siap order nak makan western..hamboi..tapi ikutkan je la..sebabnya, saya tahu..lepas ni memang takdela nak buat makan2 ni...

Suami cakap dalam 15 orang kot nak datang. So..berpusing kepala saya memikirkan idea yang nak di masak..Yg paling penting penyediaan la..Kalau semua nak buat esok, maka kita akan makan pukul 12.00 malam..hehehe..

Menu yang dalam kepala saya ni banyak, kalau cukup kudrat saya nak masak :

1. Mushroom creamy soup + garlic baquette : sup kena buat malam ni then esok panaskan je n kena siapkan garlic spread; butter+garlic+mix herbs

2. Homemade chicken nugget : ni dah buat frozen siap2 weekend lepas

3. Resolles : ni pun dah buat frozen

4. Grilled sausages : Ni dah beli, malam ni marinate je.

5. Grilled chicken chop: Malam ni kena marinate gak

6. Fries : Beli yg frozen je

7. Meatball bolognese speghatti : Malam ni kena siap2 buat sos dan frozenkan

8. Seafood fettucini : Malam ni kena siang udang + sotong

9. Blackpepper sauce : Pun kena buat malam ni

10. Mix Salad : Dah beli siap, esok hidang je dengan thousand island

11. Kek coklat kukus : pun kena buat malam ni

12. Triffle : Pun kena buat malam ni

13. Air tembikai laici @ lemon tea

Tambah sikit lagi..hehehe..coleslaw and mashed potato..=)
Senang kata semua lah buat malam ni..hahahaha..pukul berapa i nak tido  ni yang..sebab u i sanggup berkorban..uhuks...

Tips saya kalau nak buat makan2 ala western:-

1. Pasta boleh rebus awal. Gaulkan dengan minyak zaitun, biarkan sejuk dan simpan dalam fridge.

2. Sos bolognese ambil masa lama nak masak so kena masak awal. Lagi pun saya suka pakai fresh tomato..so masak dalam api perlahan sampai pekat..biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais gak.

3. Ayam (atau apa2 je la) yang nak kena marinate, buat pagi2 sebelum pergi kerja. Lagi lama terperap lagi sedap.

4. Makanan yang dalam frezer macam fries, sosej, nuget dan resolles keluarkan sebelum pergi kerja.

5. Sos dan sup pun boleh buat awal. Kalau bekukan, pastikan sebelum pergi kerja da keluarkan dari freezer.

6. Tomato dan daun salad bersihkan siap2 dan toskan kering baru simpan dalam peti ais.

7. Keluarkan & letak tepi pinggan mangkuk, sudu garfu senduk yang nak guna..=)

Kalau cukup tangan saya malam ni..saya snap2 sekali gambar preparation masak-memasak. Mana tau kot korang kena buat makan2 time kerja..so adalah tips sikit yang boleh membantu...=)

Bersiap sedia untuk kerah tenaga..yang, habis kursus ni kita pegi jalan2 dulu nak..lepas ni tak tau la ada lagi ke masa nak beromantik2..sedih2..







No comments: