Showing posts with label Hobiku. Show all posts
Showing posts with label Hobiku. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Saya Daki Broga Hill

Bukan daki kat badan tu. MENdaki..mendaki bukit..Bukit Broga(BB)..Group kami bergerak selepas subuh. Agak lewat sebenarnya. Dekat2 pukul 7. Selalunya yang panjat BB ni samaada nak tengok sunrise @ sunset. Takde maknanya...dahla mendaki macam siput..kata lah saya naik awal niat nak tengok matahari naik, saya rasa mau matahari terpacak atas kepala baru saya sampai kat puncak BB tu...ngeh3..


Serious mencabar. Especially mental. 15-20 minit pertama tu macam dah nak surrender. Pada yang belum pernah sampai sini, mula2 sampai tu kita kena lalu kebun getah sikit..lepas tu terus mendaki hutan sekunder..kat sini yang mencabar bagi saya..sebab kita nampak macam tinggi je tak habis2..separuh jalan memang dah down la..Dapat pulak partner a.k.a suami saya yang membebel (hehehe..bagi semangat la konon) tak henti-henti..memang seksa la rasa...


After all the keringat peluh yang menitis dan kepala sikit2 berdenyut sebab rasa macam dah kerah semua tenaga dalaman yang ada. Akhirnya saya berjaya sampai ke puncak dengan tersenyum bangga..Shabas bettey!!! Shabas!!


Rasanya bila dah habis panjat hutan kecik dan bila mula nampak bukit2 yang dipenuhi lalang tu memang rasa berbaloila aku panjat. Perasaan penat tu hilang..Syok tengok permandangan yang cantik then tengok orang memang ramai sangat macam pesta..riuh!!


Saya respek sangat kat Datin Dr Halina isteri angkasawan Malaysia (dan team) yang sanggup tu panjat BB ni nak amik gambar pre wedding!!

Kemera saya cap ABC ni memang tak dapat nak ambil momen2 menarik sepanjang pendakian tu..Tapi bolehla buat kenang2an..Bila tengok orang lain tergantung DSLR yang bagak2 kat leher tu memang la jeles sikit..Tapi, bagi saya..sentuhan peribadi tu yang penting..kenangan abadi yang orang lain tak boleh tukar ganti..=)

Enjoice the pics uolls!!!

Baru habis daki hutan kecik, ini puncak petama..mula2 macam cuak je nak daki..

Pit stop melepas lelah, berjaya naik separuh..yang hutan2 tu yang awal2 kita kena daki


Berehat amik nafas dulu...


Teruskan pendakian, trek licin dan berpasir..


Cantik permandangan kat atas ni..sejuk mata memandang, hati jadi tenang


Bukit seterusnya..


Trek kiri kanan lalang


wowweeee....


Orang ramai tapi tetap shiok


Semua mencuba skill mendaki masing2


Shortcut bagi yang berani..boleh menggelongsor turun


Sebelum ke puncak..menuju puncak!!.impian...=)


Yeyeah!!!! Puncak berjaya ku tawan..macamla tinngi no puncaknye..

Next hiking trip..


Bergerak turun dari puncak..kena q kat sini jalan kecik je..


Bergambar dengan kemera ABC  di celah2 pepohonan(?) lalang..jadi la kan..=)



Goodbye Broga Hill..Till we meet again!!!


1  2  3..pose!

1  2  3  4  5...pose!!!


Lalang nan kekeringan...


Ini le buai yang selalu org bergambar sakan tu..tapi tinggi gila..susah tu nak naik..akak ni walaumacamana pun usaha juga..saya yang berat mencecah 1 tan ni tak daya..bagi je la kat yang muda2..=)


hajat nak ulang lagi pendakian..Tapi bila?? tak tahu lagi..nantikan...nantikan..nantikannnnn....




Thursday, November 25, 2010

Twilight series

Sekarang saya dalam proses menghabiskan buku terakhir: BREAKING DAWN.. Bab tak ingat tapi sekarang ni dah sampai bab Bella dah jadi vampire dan tengah bagitau bapaknya, Charlie..dan si JACOB the warewolf tu sentiasa disisi..Aduh..tak boleh nak terima..saya mengharapkan Bella tetap kekal menjadi manusia...dan terus dengan konflik-konflik yang best-best itu. Sebenarnya sepanjang minggu ini memang kalau ada masa free je saya akan mengadap buku ni. Terpaksa bawa handbag besar gedabak ke hulur hilir semata-mata nak bawa buku ini kemana-mana sahaja..punya la obses..

Habit saya bila baca buku, biasanya saya akan curi-curi baca bab terakhir...=)..supaya saya tidak penuh tandanya. Tapi semua siri twilight ni saya baca dari muka 1 sampai ke muka akhir. Tak nak rosakkan mood sepanjang pembacaan la konon. Memang berdebar-debar tahap gaban bila kita tak tau apa ending story tu.. Ada saat saya tersenyum, dan ada tika saya menangis. Emosi saya sentiasa berubah-ubah..Satu yang seronoknya bila kita membaca buku cerita ialah keimiginasian kita akan mencapai tahap maksima jika dan hanya jika penulisnya berjaya memberi gambaran terperinci hingga kita seolah-olah dapat bayangan keseluruhan cerita itu dan sesungguhnya Stephenie Meyer berjaya!!!!

Jadi saya tak sabar nak tunggu tayangan BREAKING DAWN. Yang sedihnya Part 1-3 movie ni, satu pun saya tak pernah tengok...huhuhu...


Tuesday, November 16, 2010

Saya Peminat Faisal Tehrani

Sayalah peminat kipas susah mati Faisal Tehrani (FT).. 'silent reader' blog FT ni sudah lebih 2 tahun mungkin. Suka baca hasil nukilannya yang penuh metafora, sinis dan sungguh kadang-kadang mencabar minda. Karya-karya FT rasa sungguh dekat dihati..baru-baru ini pintu hati terbuka ingin menjadikan buku hasil pemikiran kreatif FT sebagai hak milik kekal abadi. Sebagai permulaan RAHSIA UMMI dan KETUPAT CINTA saya beli. RAHSIA UMMI lebih ringan, senang dibaca dan mudah difahami. KETUPAT CINTA pula karya menarik dan sungguh segar buat saya tak sabar-sabar khatam membacanya..

Saya jarang ke kedai buku..bukanlah tak pergi langsung..jika termasuk pun hanya meneliti majalah hiburan..hehehe..umur-umur begini rasanya sudah sampai masa saya kurangkan bacaan yang lagha. Patut cari informasi yang lebih ilmiah. Lebih islamik bagi mengisi kekurangan ilmu dalam diri. Suami pula baru jadi ahli pustakaan KEMENTAH dan saya gunakan kelebihan untuk meminjam buku-buku mahal yang tak mampu saya beli..Buat masa ini ada buku "TWILIGHT' yang harus di baca pada musim-musim cuti.. Bahagian pertama sudah habis dibaca, masih ada 3 dalam senarai menanti..

Dan hari ini ketagihan saya datang lagi. Beli lagi 2 buku FT yakni BILA TUHAN BERBICARA dan TUHAN MANUSIA sebagai koleksi peribadi.




RAHSIA UMMI dan KETUPAT CINTA yang saya beli sebelum ini..




Kadang-kadang perlu juga kita baca bahan-bahan berat supaya minda lebih terbuka biar nampak macam berpengetahuan tinggi (bukan dengan niat nak bangga diri)..zaman sains teknologi dot com dot my ini semua boleh dapat dihujung jari..Jangan sia-siakan kalau tak diri sendiri yang rugi..

Sesiapa yang belum kenal FT pujaan hati saya ini boleh lawat  disini. Jika mahu beli buku-buku beliau pula boleh klik sini


Monday, September 6, 2010

~ Manik Raya Saya ~


Inilah yang saya tengah kalut siapkan. Saya beli baju yang dah siap. Beli pula dah tengah puasa. Itu yang 'becinta' nak siapkan manik ni. Yang manik sikit tu yang memang ada dekat baju. Sebelah lagi yang manik penuh tu, yang saya gigih jahit..hehehe..Jahitan manik ni di panggil manik tabur. Dulu masa awal2 manik ni glamer, saya siap masuk kelas menjahit manik. Setakat nak jahit manik tabur, yang simple2 tu memang boleh. Ada juga ofismate yang upah jahit. Tapi jarang2, saya ambil pun kalau ada kesempatan.

Menjahit manik ni kena fokus. Semangat pun kena kuat. Sakit belakang memang konfim la. Lenguh kaki sebab duduk lama lagi. Ini pun ada separuh yang x siap lagi. Suami dah bising asyik bertangguh. Bukan bertangguh, tapi puasa2 ni malam je larat nak menjahit. Siang jangan harap...=)

nota kaki : sempat siap ke idak ni..huhuhu