Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Kekeluargaan. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

~ Khasiat Peluk Isteri ~

KHASIAT PELUK ISTERI
[artikel ni amik dalam FB]

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 


----------------------------------------------------------------------------------

See..seee..kan dah cakap..fakta tau bukan auta..semuanya berdasarkan kajian yang telah dibuat..Saya dah tolong highlightkan point2 penting. Jadi kalau x nak baca keseluruhan teks pun still boleh dapat info yg tepat..=)..dan yang penting pelukan, ciuman & hubungan yang mesra antara suami isteri ni adalah SUNNAH NABI MUHAMMAD s.a.w....

Suami selalu cakap peluk isteri akan hilang stress..tapi bila tengah marah, kadang2 terlepas juga cakap stress bila kena peluk..hehehe..[i gaduh2 juga, nama pun rumahtangga]....

Tuesday, October 12, 2010

~ Cinta Perlu Subur Seiring Usia ~


Ada apa dengan cinta??? Movie yang pernah menjadi kegilaan saya pada satu masa dulu...Rangga!! Tidur malam x lena penangan panahan mata Si Rangga ini..masa itu suami (belum kahwin lagi) pun nak di panggil Rangga. Romantisnya Rangga..mau suami pun seromantis itu..:)

Lelaki yang romantis ni bagaimana ya orangnya..Tegap gagahkah? Lemah lembutkah ? Berwajah tampankah? Senyumannya manis menawankah?...Subjektif kan...hanya isteri @ kekasih hati je yang tau..Wajah @ tubuh badan bukan kayu pengukur.. tapi sikap & keperibadian...Cinta saya pada Allah itu yang no. satu. Tiada persoalan tiada keraguan dan tidak akan dibincangkan...

Cinta yang ingin diperkatakan adalah cinta dalam perkahwinan. Bagaimana mau semarakkan..biar api cinta itu senantiasa menyala2..menerangi rumahtangga agar tidak kosong & dingin tanpa cinta..saya cuma ingin kongsi apa yang dibaca, moga saya pun boleh praktikkan dan jadikan amalan.

Nama panggilan yang manja @ exclusive.
Mestilah panggilan yang sesuai. Hanya antara suami isteri. takkan jiran tetangga pun nak panggil ayang anje. Dan jangan malu nak menyebutnya. Depan keluarga atau kawan2 tiba2 je selama ni panggil ayang jadi awak pula...x sesuai..biarlah nampak mengada2 pun..kita bukan mengada2 dgn orang lain..dengan suami kita juga..=)

Pelukan @ Ciuman @ Berpegangan Tangan
Jangan malu jangan segan..halal!!..=)...Kenapa mesti rasa malu..jalan berpimpinan tangan @ sesekali merangkul pinggangkan seronok..Kalau di rumah lebihla lagi..duduk dekat2 peluk erat2..sesekali makan bersuap..jangan ambil mudah..x kira la suami @ isteri. Perkara2 kecil seperti cium dahi, potong kuku, korek telinga dapat eratkan hubungan. Untuk suami isteri yang bekerja pula jangan lupa peluk cium sebelum keluar rumah. Jangan menonong keluar tanpa ucapan, dakapan yang erat pasti membuat pasangan teringat2...=)

Ucapan Sayang & Cinta
Mungkin ramai yang kata, x payah sebut hari2..mestilah sayang, x kan tak tau..dan macam2 lagi..Susah ke nak sebut perkatan tu..kalau dalam bahasa melayu memang agak 'geli' nak menyebutnya. "saya sayang awak" @ "ayang sayang abang' tapi kalau cakap omputihkan senang "i lap u". x sampai 3 saat pun. Kalau sehari cakap 10 kali boleh? Mestilah boleh...setiap kali sebelum letak telefon boleh cakap, sebelum keluar rumah pergi kerja pun boleh cakap, sebelum tidur pun boleh cakap..banyak masa kita boleh cakap..nak @ x nak je..nak lagi syok tambah muahmuah kat hujung tu..hehehe..=)

Saya pernah terbaca ayat ini(x ingat kat mana).."Lelaki suka pada perempuan yang manja, tapi jangan sampai mengada2".Jadi bermanja @ manjaila suami @ pasangan kita.

Itu je yang saya nak kongsikan. Ini semua dari pembacaan & pengalaman saya..(pengalaman 2 setangah tahun kawen..hehehe) Mana yang elok jadikan teladan, yang x elok tu kita saling ingat2kan. Sekian..=)

nota kaki : cam penceramah bebas...=)