Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Bila tak ada idea

Bila tak ada idea memasak, kita masak sesimple yang boleh..sebenarnya masak simple tu la yang sedap..



Ikan tamban goreng garing

Sawi masak air

Ikan bilis besar goreng garing

Sambal tomato


Kalau ada doyan lagi sedap..Sambal doyan ngan ikan goreng..uish..berpeluh makan nasi...Saya macam orang lain jugak. Kalau weekend makan nasi simple je..Kalau weekday untuk dinner saya rajin mencuba..tukar2 menu..tapi yg simple2 je la..Sebabnya malam suami tak nak makan nasi, selain daripada tu boleh..itu yang saya rajin bebenor panggang ayam, ikan udang.

Tapi kalau ikutkan tekak makan nasi lauk macam ni hari2 pun tak pa..ate..dah tekak melayu totok..hehehe


Wednesday, April 21, 2010

~Cuti Rehat 1 Hari~

Alhamdulillah, mungkin saya bukan sakit mata, mungkin cuma allergy...cuti rehat dirumah saya penuhi dengan membuat kuih..habiskan lauk kuih cara (ada lebih buat hari tu simpan dalam petiais)..x elok membazir...ditujukan khas kepada Cik BUYUI kita yang agak tidak percaya bahawa saya memasak kuih cara...:)

Adunan Tepung Kuih Cara:-
Campurkan tepung, santan, air, kunyit, garam hingga sebati..x mau ada ketul2..Nak senang blender je..Adunan tu biar cair sikit macam nak tebar roti jala..

Lauk @ Inti Kuih Cara :-
Ayam hiris halus, serbuk kari, bawang dadu, daun sup & cili merah
Tumis kari sampai garing dan naik wangi, masukkan ayam biar sebentar sampai empuk dan sebati, masukkan bawang yang telah didadu dan akhir sekali taburkan daun sup (kasi wangi sikit)..hiris halus daun sup dan cili merah untuk ditabur sebagai hiasan...

Cara  Membuat Kuih Cara :-
Sapu sedikit minyak dalam sarang (pakai towel kecik, senang rata), tuang bancuhan tepung then terus letak inti dan hiasan sekali..Buka api perlahan2, kalau x kuih berkerak (kerak sikit2 x apa)..

Tutup sarang ni pun kena panaskan dulu..baru kuih masak sekata..(panaskan je kat dapur sebelah)
p/s:- Sila abaikan dapur dan dinding yang chomot..huhuhu

Tada...tapi kurang seri, daun sup da habis..ok lah tu... 

 Ini lepat labu..buat malam, simpan dalam peti ais..esoknya baru makan..sedap wei...


Karipap ayam menyambut kepulangan En. Suami..bagai surirumahtangga pula..ahaks..lupa nak bagitau..karipap ni kelim tepi sendiri tau..hehehe (masuk bakul, angkat sendiri..)
p/s:- Sila abaikan juga karipap yang legam2..