Showing posts with label klinik haiwan. Show all posts
Showing posts with label klinik haiwan. Show all posts

Monday, April 26, 2010

~Jojo Kena Enjet Vaksin~

Dah lambat 2 minggu, appointment sepatutnya minggu kedua bulan 4 ari tu..2nd vaccine..lepas ni every 3 months bg ubat cacing.. 

Jojo ditenangkan oleh En. Suami

Merayau2, tenangkan diri sendiri

Berat 1.6kg..

Nak snap gambar masa kena enjet..tp vet x bg..malu nak interframe la tu..ahaks...

Friday, March 5, 2010

~Ish..ish..kepenatan~

Semalam, hampir 1 jam aku tunggu Hubby kat LRT Star Titiwangsa. "Jalan Ipoh itu jam yang amat", kata Hubby. Aku menunggu penuh sabar dan sedikit geram *ada isu di ofis yang agak menjengkelkan..ggrrr* Sampai rumah dalam pukul 6.00 lebih, baru perasan biskut kucing dah habis...huhuhu

Seperti biasa aku siapkan dinner, Hubby pulak terpaksa balik ke kem selepas isyak..Jadi, aku kenala bertindak pantas!!..Hasilnya ialah.....jeng3....


Grilled chicken breast with mix vege
Biasanya separuh dada ayam tu belah 2 supaya x tebal sangat, ketuk dengan pelembut daging, gaul dengan garam dan mix herbs. x payah perap lama2 pun dah ok. masak dalam 10 minit. Sos, aku pakai yang botol je..hehehe..cepat..sos lada hitam ada, bbq ada..sos cili lagi la. Jangan lupa thousand island untuk dimakan bersama mix vege tu..Cuba la try..confirm sedap..yummy!!!
Ini ubat2 Jojo. Yang cecair tu antibiotik. kena pakai syringe. 2 kali sehari. every 12 hours. susah tau. Jojo tu bukan pandai duk diam. Pagi tadi bila aku bagi antibiotik ni, aku angkat Jojo duduk atas sinki, so senang la nak pegang mulut dia, lengan tekan badan so x banyakla dia gerak..Tapi si Bonie pulak lompat kat belakang aku. Nak join sekali..Adoi..pedih2..

Hehehe..saje nak post gambar fridge magnet ni.. collection aku dan Hubby... X kesah ape pun, asalkan comel je..kitorang beli...
Kad klinik Jojo and Bonie. Jojo check up kat Hayward Animal Clinic (opposite Ampang Point). Bonie kitorang check kat SPCA cos adopted dia dari sana.
Sekian, aku yang kepenatan semalam..hehehe...

Tuesday, February 23, 2010

~Bonie dan masalah pemakanannya~

* Bonie ambil bau*
*Bonie cuba menandingi selera makan Jojo*

*Belajar sharing2 ye, Bonie Jojo*

Bonie aku bela seawal umur 1 bulan. Agak susah nak cari makanan yang sesuai dengannya. Aku telah cuba makanan kucing dalam peket, biskut, dan ikan rebus. Favouritenya hanyalah ikan rebus sahaja. Tapi masalahnya, dia akan kecacingan. Pernah sekali aku terlewat bagi ubat cacing, kesannya dia muntah2, cirit birit dan tak lalu makan...


Perlahan-lahan aku selitkan makanan peket dan dalam tin (wet food). Itupun selepas dia di beri ubat cacing kali ke 3 dan vitamin (untuk menambah selera makan).

Sejak aku bela Jojo, aku hanya bagi wet food dan biscuit. Tapi, hari ni aku cuma tinggalkan biscuit sahaja untuk diorang berdua. Agak2 diorang makan tak? Takut kelaparan pulak! Tapi, aku terpaksa cos vet dah advise suruh ajar makan biscuit supaya gigi diorang tak rosak!!!