Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Monday, March 8, 2010

~Weekend @ Home~

Weekend kali ni aku dan Hubby hanya lepak kat rumah je..Cuaca panas membantutkan minat aku keluar jalan2..hehehe..Sabtu malam, dinner dengan kawan Hubby kat NZ Jalan Ampang..Ahad pagi cucuk vaksin Bonie..jap tu dos dia rendah je..Vet cakap mungkin Bonie akan demam..Balik rumah dia melepek je..Kesian sangat, jadi aku masakkan ayam rebus favourite dia. Makan sikit je Jojo yang tolong habiskan. Pagi tadi Hubby bangun tengok Bonie dah muntah....mmm...
Sepanjang hujung minggu ni aku memasak..nak polish balik skill yang dah berkarat..masakan aku tak termasuk roti bakar, telur 1/2 masak, baked beans,sosej...hehehehe....

Maggi Goreng
Sama macam nak masak mee goreng. Bawang merah, cili api dihiris dan tumis sampai wangi. Masukkan udang. Tambah kan sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan maggi. Kacau sampai sebati.

Ikan siakap masak 3 rasa
Goreng sampai garing ikan siakap. Hiris bawang merah (aku suka pakai bawang besar), halia, bawang putih, cili api, serai.Tumis sampai wangi. Masukkan buah tomato yang telah di dadu. Tambahkan sos cili, tomato, kicap dan sos tiram. Masukkan lada benggala. Setelah pekat tuang ke atas ikan dan hiaskan dengan daun bawang.
Sup sayur campur
Campak je semua sayur..Ni lauk orang malas..hehehe..Sebenarnya aku nak masak sayur campur je, tapi sebab tak ada kuah aku jadikan sup..
Salted Egg Yolk Fried Rice
Dalam bahasa melayunya Nasi Goreng Telur Kuning Masin..:) Betul la kot..aku dapat resepi ni dari rancangan Ho Chak kat channel 703. Cara2 membuatnya(untuk 2 orang makan). Rebus 2 biji telur masin, ambil telur kuning sahaja dan hancurkan. Tumis bawang putih dan cili api. Masukkan seafood. Setelah masak, masukkan telur kuning dan nasi. Gaul sampai rata. Akhir sekali masukkan sayur ikut suka..
Sekian, terima kasih...;)

Tuesday, March 2, 2010

~Bubur nasi berlauk~

Dah lama Hubbyku teringin nak makan nasi air berlauk yang selalu jual kat kedai makan kelantan/siam. Tapi dekat area rumah aku ni, gerai2 makan semua dah di robohkan. Paling dekat aku yang aku tau kat area Kampung Baru. Jadi, semalam aku masakkan bubur nasi ayam dan lauk pauk untuk Hubbyku. 1st time makan bubur nasi dan lauk sebenarnya. Not bad! Boleh buat lagi lain kali...hehehe

Bubur nasi Maggi instant. Tapi selalunya hancurkan beras dengan blender then rebus nasi seperti biasa, kacau selalu supaya x melekat dan hangit keraknya...


Sambal ikan dan ayam goreng kunyit bersama kacang buncis*hubby's favourite*