Wednesday, March 3, 2010

~Nervous!!!~


I'am really nervous rite now!!! *screaming loud*
Need Mr. Hubby by my side...huhuhu

Tuesday, March 2, 2010

~Bubur nasi berlauk~

Dah lama Hubbyku teringin nak makan nasi air berlauk yang selalu jual kat kedai makan kelantan/siam. Tapi dekat area rumah aku ni, gerai2 makan semua dah di robohkan. Paling dekat aku yang aku tau kat area Kampung Baru. Jadi, semalam aku masakkan bubur nasi ayam dan lauk pauk untuk Hubbyku. 1st time makan bubur nasi dan lauk sebenarnya. Not bad! Boleh buat lagi lain kali...hehehe

Bubur nasi Maggi instant. Tapi selalunya hancurkan beras dengan blender then rebus nasi seperti biasa, kacau selalu supaya x melekat dan hangit keraknya...


Sambal ikan dan ayam goreng kunyit bersama kacang buncis*hubby's favourite*

Monday, March 1, 2010

~Al-Fatihah Syafia Humairah~

Syafia Humairah
Sadis! Kejam! Sebenarnya tiada perkataan yang dapat digambarkan. Apa yang aku tak faham, dimana ibu dan kaum keluarga. Jiran tetangga apatah lagi. Memang tak ambil peduli.Siapa yang ada disisi arwah selama ini. Aku rasa ini bukan kali pertama arwah diperlakukan sebegini. Menurut saksi, arwah sikit pun tidak menangis bila disepak, ditendang, dipijak dan dilempar oleh suspek yang arwah kenali.....
Kenapa ibu dan keluarga arwah perlu menangis..menagih simpati..memohon masyarakat memahami..hipokrit!!! Menangis air mata darah sekali pun, arwah x kan kembali..aib dah terbongkar..baru nak menyesali..Please lah...Sikit pun aku tak peduli, bagiku arwah bukan milik mereka lagi...semasa hayatnya dia dipersia..tidak dipeduli..menanggung derita..seorang diri.
Anak ini amanah Allah..Ingatlah..Al-fatihah....

~Putrajaya~

3 hari aku di Putrajaya..sempena majlis resepsi perkahwinan 1 of hubby's big boss. dari hari rewang, majlis resepsi sampailah spring cleaning. as junior officer, hubbyku la yg di kerah pergi standby kat sana, padahal duk nganga je...

aku yang kebosanan melilau2 disepanjang Kelab Tasik Putrajaya, view yang cantik berlatarbelakangkan Jabatan Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya...





hari rewang yang penat + panas, dari maghrib sampai ke tgh malam..muka pun dah poyos

di malam resepsi, tetamu berangkat pulang pukul 11.00 malam. Aku temankan Hubby sampai pukul 1.00 pagi...

hari ke 3, terpaksa datang tengok budak2 bersihkan tempat kenduri, Hubby upah ice cream cos temankan dia 3 hari...*ice cream je ke??*

~Steamboat @ Office Part II~

Sup & Tomyam

Potluck Steamboat

Yum..yum..

Yee Sang!!!