Wednesday, July 14, 2010

~ Tiada apa ~

Salam pagi Rabu...

Otak tepu...banyak yang dalam kepala..idea tengah menggila..cuma bila nak zahirkan dalam bentuk penulisan, saya jadi blur...

Tiada apa nak update..cuma bekam saya hanya tinggal 1 sesi sahaja. Setelah 5 kali berbekam, badan mula rasa ringan dan kepala x mudah pening. Masuk bekam yang ke 4 & 5, ustazah dah fokus untuk rawatan di bahagian rahim. Tujuan utama nak menguatkan rahim, keluarkan angin supaya pinggang x cepat lenguh dan x mudah sakit..=)..Sakit memang sakit..lagi2 kawasan bekam itu ditempat yang banyak isi (lemak..huhuhu)...

Cuma saya nak sampaikan disini, berbekam memang elok untuk kesihatan, ubat kepada segala macam penyakit. Malah ia sunnah Rasulullah s.a.w. Sekian..

nota kaki : klik sini Rawatan Bekam, ada alamat tempat saya dan suami berbekam

Monday, July 12, 2010

~ Bangsawan Aladin @ Panggung Bandaraya ~

Oleh sebab ramai yang x sempat tengok Bangsawan Aladin ni, maka saya dengan murah hatinya mempersembahkan Aladin pada korang2 semua..=)

Jumaat malam dah book, suami pulak bizi, so terpaksa la beli tiket ahad show pukul 3.00 petang, malam sabtu pun dah habes...

Alang2 menonton, dapat juga bagi sumbangan pada yang memerlukan..

Ini malam minggu nye show..siap ada kugiran lagu2 ala fadang fasirlah..menjemput tetamu masuk..
Kitorang datang amek tiket je...pastu ronda2 pasar malam jalan TAR..

Kat lobi panggung..ada set ala2 istana

Nak bergambar dekat2 malu..hehehe..amek dari jauh je..nampakla background singgahsana tu sipi2

Persembahan pembukaan..mula2 ok alih2 ini pakcik penyanyi veteren siap nyanyi 5 lagu..lebih setengah jam da..

suami muka bosan dengar lagu ala2 cam kat Klasik Nasional..dengan doa..bilalah pakcik ni nak habis nyanyi..

Babak 1 : pasar tempat jual2 kat Baghdad..

Babak 2 : Dalam Istana bersama Ya Sultan x ingat nama membincangkan masalah2 negara dan mencari jodoh kepada Tuan Puteri takut jadi anak dara tua...

Datuk Bentara Luar panggil calon suami tuan puteri datang mengadap..

Salah seorang yang datang meminang.. Putera Raja Ular Sawa..Selain tu ada 2 lagi putera, Putera Emas (nama x igt) n Putera Mati Hidup Semula...Babak ni agak panjang..sampai cam mengatuk gak la..

Tuan Puteri nyanyi2, dia tolak semua pinangan, mintak izin nak cari sendiri..

Babak 3 : Aladin berjumpa dan menyelamatkan Tuan Puteri...

Babak 4: Aladin berjumpa Lampu Ajaib dan Jin Islam...

Babak Terakhir : Dipendekkan cerita..hehehe.. tuan puteri jatuh sakit. Sultan titahkan sesiapa yang dpt menyembuhkan anakandanya akan dijodohkan dengan tuan puteri

Aladin berjaya dengan bantuan jin Islam..Dia akan dikahwinkan dengan tuan puteri...

Sekian.. barisan krew produksi, pelakon, penyanyi & penari serta semua yang terlibat...

Selingan antara waktu babak bertukar, ada taukeh panggung yang buat lawak [peserta raja lawak]..boleh tahan la kelakar..budak2 comel yang pegang ular ni pun belakon jugak..berani gila...

Antara persembahan selingan [@ extra turn], pemain seruling dari kaum orang asli semai..tiup pakai hidung x pakai mulut pun..ada jugak menari2 zapin, gelek n nyanyi2..

Muka hepi, show dah habes..tepuk2 tangan....

nota kaki : layannnzzzz....=)


Friday, July 9, 2010

~ Jom Tonton Bangsawan Aladin ~

Jom ramai2 kita tonton bangsawan.
Kalau nak tau info lebih lanjut klik kat bawah ni :

Saya dah book 2 keping tiket untuk malam ni...
Harap2 suami x bizi
Semedang je bizi ...huhuhu..
Betul2 bizi ke saja buat2 ni..hehehe

Yuk, kita nonton!
Pengalaman saya nonton bangsawan memang syok..
lagi2 kat Panggung Bandaraya..
x mahal pun tiket RM 5 sahaja..
Jom penuhkan panggung, kasi support produk buatan Malaysia..
=)

~ Rona Di Danau Hati ~


Rona Di Danau Hati

Atikah menyapu peluh di dahi dengan belakang tangannya. Dengan langkah longlai dia menghampiri pintu pagar rumah sambil tercungap-cungap. Sudah menjadi rutin pada hujung minggu dia akan keluar berjoging. Selalunya dia ditemani oleh rakan serumah, tetapi hari ini dia melakukan aktiviti itu berseorangan berikutan rakannya itu pulang ke kampung. Peti surat diperiksa sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menghela nafas sambil melabuhkan punggung di atas sofa ruangtamu. Satu persatu kepingan surat yang berada di tangannya diteliti. Matanya tertumpu pada sampul surat berbunga dengan setem tertera tulisan London. Dengan jelas tertulis namanya sebagai penerima. Dengan penuh rasa teruja dia membuka sampul surat berkenaan.
--------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum...

Tatkala dikau membaca isi kandungan warkah ini, diriku sudah bergelar seorang suami. Tidak perlu lagi aku meneruskan coretan. Hanya sekeping foto pengganti diri sebagai bukti. Hanya kemaafan kupohon darimu. Kuharap kau mengerti.

Yang benar,

Shahrizal
----------------------------------------------------------------------------------
Matanya kian berkaca saat merenung gambar persandingan seorang lelaki yang selama ini bertakhta di hatinya bersama wanita lain. Dia bingkas menuju ke arah bilik. Berdentum pintu bilik saat dia menutupnya. Dia duduk sambil memeluk tubuh di penjuru sudut bilik kecil itu. Mata dipejamkan sambil dia merapatkan dahi ke lutut. Tidak tertahan lagi perasaannya. Berlinangan airmata seperti tidak mahu berhenti. Bercucuran. Ternyata sekeping nota ringkas yang baru dibaca itu benar-benar telah melukakan sekeping hati yang ampuh. Sekeping gambar yang tadinya berkeadaan sempurna kini bertaburan di atas lantai. Bersepah dicarik-carik oleh Atikah dengan segumpal perasaan amarah. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Bercampur-baur sentimen yang dirasai olehnya. Adakah dia hanya perlu akur dengan kekecewaan ini dan menutup segenap ruang hatinya dari perasaan cinta atau mungkinkah suara gemersik sang kekasih bisa bergema kembali.....
 


...Saat ini hatinya betul-betul terluka. Di manakah silapnya? Apakah salahnya selama ini? Tidak jujurkah dia dalam perhubungan hingga dibiarkan sendirian. Remuk sungguh hati, bagai tiada nilai diri ini..Apa yang bermain-main di kepala Atikah, hanyalah kenapa dan kenapa sahaja???
 
Puas sudah menangis hingga tanpa sedar dia terlena..Azan kedengaran sayup menyeru umatNya menunaikan solat fardhu Zuhur. Atikah bingkas bangun mencapai tuala yang tersangkut di kepala katil lalu mengatur longlai kakinya ke bilik air. Saat air pancuran singgah di kepalanya, terasa ngilu dihati lantas air mata menitik lagi. Tidak mahu terus dibayangi kesedihan, Atikah mengambil wuduk lalu bersedia untuk menyembahkan diri kepada Maha Pencipta..Walaupun jauh disudut hati masih terasa sayu, tapi Atikah bertekad, biarlah ini kali terakhir dia menangis untuk lelaki..Mahu dibuang rasa sedih ini..Tiada gunanya meratap hiba..Dia sedar masih ramai yang sayang padanya, terutama sekali Tuhan Yang Maha Esa...
 
 
Pagi ini terasa segar sekali. Atikah hanya mampu berdoa..Moga kesedihan semalam hanya tinggal kenangan..Terus terlipat kemas dalam ruang hatinya, menjadi sejarah yang tidak akan berulang. Hari ini, sudah tersemat dihati, dia mahu teruskan hidup dengan hati yang gembira..dengan hati yang cerita..tiada lagi duka lara..Tentu ada hikmahnya, sudah bukan jodohnya dengan Shahrizal,  segala angan-angan indah yang disulam sudah lebur ditengah jalan. Tidak mengapa..dia redha..


***
3 bulan sudah berlalu, Atikah sudah dapat menerima hakikat..kasih dan cinta manusia sentiasa kan berubah, tiada yang akan kekal kecuali cinta pada Yang Satu. Atikah bertuah, walaupun diselubungi kesedihan, keluarga dan teman-teman sentiasa ada disisi..menemaninya serta memberi semangat..Merekalah yang menjadi tunjang kekuatan Atikah..
 
Dalam kesedihan dan kelukaan rupanya ada kegembiraan yang menanti. Jika 3 bulan lalu, Atikah menerima warkah yang merobek hati, tapi kini warkah yang berada di dalam peti suratnya membawa khabar segunung gembira. Permohonan menyambungkan pelajaran ke peringkat Master tajaan MARA telah berjaya. Jika tiada halangan Atikah akan berlepas ke Perth, Australia hujung tahun ini. Alhamdulillah. Syukur pada Mu Ya Allah. Apa yang terjadi sudah dalam perangcanganMu Ya Allah. Jika tidak kerana berlakunya perpisahan ini, tentu hati Atikah tidak terbuka untuk menyambung pengajiannya. Senyum sentiasa terukir manis di bibir. Hati berbunga riang. Atikah rasa ingin melompat kegirangan. Ingin menjerit kepada dunia, ingin memberitau isi hatinya yang gembira.


Atikah sudah bersedia untuk membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia tidak akan mengejar cinta lagi. Biarlah cinta itu datang dengan sendiri. Pengalaman lalu benar-benar membuatnya tersedar. Selama ini dia lalai. Dia leka bermain api cinta. Kali ini biar cinta yang hadir itu cinta yang suci. Cinta yang direhai Ilahi...Sekian..=)

Wednesday, July 7, 2010

~ Kedai Makan 1Malaysia, Berbilang Bangsa ~

Capitol Cafe : berhadapan SOGO..sure ramai yang pernah ternampak..terlalu dekat depan kedai..cuma mungkin was2 nak masuk...

Lunch time yg pack gila..Melayu ada, Cina ada, India ada..

Ini stall nasi padang..lauk dia..mak ai..i suka sangat..kelabu mata..rambang nak memilih lauk pauk..

Ini stall mamak, jual mee rojak..

Ini stall cina..Wallahualam halal ke x..nampak cuma goreng2 je..

Suasana dalam kedai..Muhibbah...

Sambal ijo pasti ada kalau makan nasi padang..nyumnyum...

3 dalam 1..di bawah 1 bumbung, x ada gaduh2 rebut pelanggan..boleh duduk semeja makan..itu yang boleh dibanggakan..Kat Malaysia ni, bab makan memang semua suka, kalau kedai makan tu masak sedap..x kira kaum apa pasti datang menjamu selera..Tapi kita sebagai umat Islam, kalau kedai makan tu diragui x payahla nak masuk pula semata2 nak tunjuk semangat 1Malaysia..=)