Wednesday, July 7, 2010

~ Bekam Lagi ~

Bekam adalah sistem rawatan perubatan Rasulullah s.a.w yang dinyatakan baginda dalam hadis2 berikut:-

1.1 Daripada Anas Bin Malik r.s: Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 'Bahawa tidak aku berlalu(berjalan) di malam Israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam".

1.2 Daripada Nafiq r.a. : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barangsiapa berbekam maka ke atasnya keberkatan dari Allah dan berbekam juga menghilangkan kahak, gelama(lendir),dan balgham(lemak)."

Semalam saya berbekam, di atas bahagian tulang belakang dari bahu hingga ke pinggul 5 bahagian. Suami di leher sebelah kiri, dada, sisi dada dan atas ari2..Semalam agak sakit, terutama di atas pinggang dan pinggul..Hari ini, Insyaallah kalau sempat lepas kerja saya berbekam lagi...


Ini bukan bendela Nippon..ini bekam dikepala suami...

Leher di sebelah kiri..suami cakap sebab dia resdung

Ini susu kambing..amalkan untuk kesihatan..seminggu 4 botol @ ambil setengah gelas sehari...

Alhamdulillah...semalam dah boleh telan susu kambing..ustazah di tempat bekam tu ajar..mula2 ni sulam la dengan air manis dulu..seteguk susu..pastu seteguk milo ke orange ke..pastu ulang..lama2 tekak akan biasa..=)

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan rawatan bekam bolehla ke alamat ini:

PERNIAGAAN AL YAKIN
224, Jalan Negara 2 (ikut Lorong Selangor)
53100 Taman Melawati Ulu Kelang
Selangor Darul Ehsan
Masa rawatan : Setiap Hari dari jam 10.00 pagi sampai 6.30 petang
 HJ.Ibrahim Mokhsen

So far pergi bekam ni orang tak putus2..Lelaki perempuan, tua muda semua ada..

* kalau dari MRR2, dari Ampang menghala ke Ulu  Kelang, akan jumpa Zoo Negara[sebelah kanan], rapat ke kiri, traffic light ambil ke kanan. Ambil simpang pertama kiri, nampak banyak kedai2, pusat perniagaan..tempat bekam ni betul2 sebelah pusat perubatan KOHILAL..

No comments: