Monday, July 19, 2010

~ Hari Tanpa Beg Plastik @ Tesco ~

Ahad ialah hari membeli barangan dapur!!! Dah jadi rutin, walaupun x ada apa nak beli biasanya saya dan suami akan berjalan2 di sekitar Pasar Tani @ Pasar Pagi @ Pasaraya Hero (ada market pagi juga).

Ahad lalu terinigin nak pergi Tesco, katanya pagi2 meriah. Ikan dan lauk2 basah pun murah2. Sampai dalam pukul 9.00 pagi, matahari pun dah tinggi. Sebelum tu pusing2 di area Desa Pandan cum Jalan U-Thant. Tengok2 kuaters tentera. InsyaAllah kalau ada rezeki sebelum puasa nanti nak pindah sini. Nak kata kuaters ni baru, rasanya dah lama terpacak kat sini, tapi nampak macam kosong je..Moga2 ada rezki, suami baru nak bayar deposit api, sign agreement, matikan setem barulah dapat kunci...

Berbalik pada cerita pasal beg plastik..=)..Sebenarnya dah lama gila x sampai Tesco ni, walaupun sepelaung je dari rumah. Sampai2 je nampak notice SABTU & AHAD adalah hari tanpa beg plastik. Sebab dah plan nak beli lauk 2 basah, cakap dengan suami, beli je la sekeping 2 nak letak ikan ke ayam ke takut air menitis2 pula. Alih2 bila bayar memang TESCO x provide langsung beg plastik walaupun beli barang basah. x kesahla korang nak buat macam mana. Even, dekat cashier pun x jual. Memang tegar betul TESCO jalankan kempen ni. Salute toing3...=)

Mari ramai2 sokong kompen ni. Mulai hari ini, saya pastikan dalam kereta sentiasa ada beg serbaguna dan juga beg plastik lama2 untuk diguna semula....

nota kaki : Sokong kempen setakat yang mampu je...hehehe..tapi x apa, walaupun sumbangan kita kecil, tapi besar maknanya pada alam sekitar..


Friday, July 16, 2010

~ Perihal rumah ~

2 bulan x ada perkembangan pun. Alasannya tuan rumah a.k.a penjual kat oversea. Aduhai, kalu dah x tau kat oversea, selesaikan lah apa yang patut....geram la jugak, bila tanya lawyer..owner minggu ni balik, then nanti dia settle segala hutang dia. Minggu ni x balik jugak, kol agen..agen cakap..oh minggu depan owner baru balik..tension ni..time nak booking dulu, nak bayar 10% bukan main lagi letak dateline..nak cepatla..owner nak pakai duit la..habis tu kalau nak cepat, jangan la terhegeh2..boleh transfer duit apa dari oversea..setakat nak bayar hutang maintenence yang x banyak mana tu..

Kenapa documents semua pending??? even SPA pun belum stamp. Rumah yang saya beli tu leasehold, jadi saya memerlukan surat consent dari Pejabat Tanah, bila consent dah dapat baru boleh proceed dengan documents yang lain. Masalahnya untuk submit surat mintak consent dari Pejabat Tanah, lawyer perlukan salinan resit Cukai Tanah terkini (cukai tanah bagi rumah apartment/flatted masih dibayar oleh developer). Masalahnya developer x nak keluarkan resit dan surat pengesahan selagi owner belum selesaikan hutang (ini standard procedure, selain nak jaga kepentingan developer, takut owner x bayar dan bukan tanggungjawab pembeli untuk selesaikan hutang si penjual ok).

Jadi kepada sesiapa di luar sana yang ingin menjual hartanahnya x kira sama ada rumah dia atas tanah (rumah teres, banglo, semi -D dsbgnya) atau rumah bertingkat2 (flat, apartment. kondo) pastikan ANDA MEMBAYAR :-

1. Cukai Tanah @ Quit Rent [setahun sekali je, x mahal pun kalau umah flat kecik tu x sampai RM20 pun]

2. Cukat Pintu @ Assessment [2 x setahun; 1st half ( Jan - Jun) & 2nd half (July -Dec)]

3. Duit Penyelenggaraan @ Maintenance Fee [untuk rumah flatted sahaja, tolongla bayar supaya tunggakan x cecah ribu2]

4. Bil Pembetungan, IWK @ Sewerage bill [ lihat senarai cas bulanan di sini IWK ]

Ini adalah tanggungjawab anda sebagai pemilik rumah. Tunaikan jangan lalai...sekian...=)

nota kaki : dah lah tenant nak pindah..huhuhu..ada sape2 nak sewa..RM900 je sebulan..

Thursday, July 15, 2010

~ Boarding Kucing untuk Raya ~

Lunch tadi saya cuci mata di  Mudah.my. Suka2 taip 'KUCING', saja nak tengok gambar2 kucing terbaru yang orang nak jual @ bagi free. Alih2 jumpa ini Boarding Cats Home, siap ada iklan tempahan untuk raya dibuka. Wowwweee..perkhidmatan macam ni pun ada..saya suka..cek2 budget dulu...bukan murah tau..ke ada sape2 nak jaga kucing2 saya masa raya nanti...Tahun ni saya beraya kat Sg. Petani. Perjalanan jauh mau 5-6 jam. Jojo kalau dalam kereta macam kucing nak terberanak..melilau2 mengiau2..Pening di buatnya. x sanggup nak pikir dan bayangkan 5-6 jam dengan diorang..huhuhu..sure x boleh tidur nye lah..

Saya dah book untuk seminggu. Tuan punya ni pun dah ada tempahan raya 30 ekor kucing..Dasyatkan...Maksimum dia nak jaga cuma 35 ekor je..Banyak tu...=)

nota kaki : lega...tapi Plan B kena ada. Hantar balik kampung kt Pahang barang seminggu dua sebelum raya..=)

~ Mak ai!!! banyaknya beli..~

Pernah x korang membeli belah x ingat, sampai x cukup duit..huhuhu..itu terjadi pada saya pagi tadi. Dah niat awal2 lagi nak singgah kedai buah Ah Meng, nak shopping buah2 sikit..Niatnya nak beli sikit je..Buah epal 2 biji, limau sunkist 3 biji, kiwi 4-5 biji..alih2 sampai sana, rambang mata. Kiwi murah2 (hijau n kuning)..Kiwi Zespri dari New Zealand ni memang favourite. x kira la kaler apa. Biasanya Kiwi kuning harganya RM2.50 -RM2.80 sebiji, tapi hari ini cuma RM2.20 sahaja. Kiwi hijau pula harganya lebih murah dalam RM1.80 - RM2.00, tapi hari ni cuma RM1.60. Epal Madu pula standard harga saiz sederhana RM0.90. Limau sunkist pula dalam lingkungan RM0.90 hingga RM1.50 sebiji (tanpa biji dan pasti manis punya)..

Tangan saya laju memilih buah tanpa mencongak harga, selalunya saya cuma akan belanja lebih kurang RM15.00 setiap kali membeli, agak2 stok untuk 3-4 hari. Alih2 bila suruh Ah So tu kira siap mintak tambah kismis 1 tin RM14.00. Alih2 Ah So cakap harga semuanya RM40.00. Buka2 beg duit cuma ada RM30.00 lebey je..Sengeh2, "Ah So..itu kismis x mau la..x cukup duit la...hehehehe...".

Pengajaran dari pengalaman di atas...

1. Sebelum shopping pastikan bawa duit yang cukup

2. Sediakan senarai barang nak dibeli, kalau tak memang terbabash

3. Jangan membazir [beli buah banyak2 pastu x makan..busuk..buang]

4. Jangan ikut nafsu, beli ikut keperluan sahaja

5. Jangan terpengaruh dengan harga murah

Sekian dengan pesanan... membazir amalan SYAITAN....

nota kaki : Kiwi Zespri ni pernah masuk Discovery Channel

Wednesday, July 14, 2010

~ 10K untuk 1 bayi ~


Ini namanya ambil kesempatan. Sindiket penyeludupan manusia ke pemerdagangan orang ke..Dua2 sama. Cari untung jual orang x payah susah2 jual barang...Ini kalau sindiket, ada juga orang perseorangan yang jual bayi atas alasan x mampu nak besarkan. Dari bagi saja2 baik jual boleh juga buat belanja..bengangggnya...

Betul..Kalau x ada permintaan, mesti tiada pemasaran...Saluran yang ada sekarang ni untuk ambil anak angkat memang banyak kerenah birokrasi. Senarai menunggunya sahaja mencecah ribu2. Jadi, ramai pasangan yang dah berkahwin tetapi tidak punyai rezeki anak sendiri dan kepingin untuk menimang cahaya mata mudah tergoda dengan tawaran2 sebegini, lebih2 lagi isu duit x menjadi hal kepada mereka.

Minta kerajaan dan pihak berkuasa benteras sindiket ini sepenuhnya. Bayi [terutamanya] bukan alat @ barang dagangan. Bayi lahir ke dunia untuk mendapat perlindungan dan kasih sayang...Bukan dijadikan sumber perniagaan...

nota kaki : sesuka hati je jual bayi...:(