Showing posts with label Tips Beli Rumah. Show all posts
Showing posts with label Tips Beli Rumah. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Rumah subsale

Documentation untuk rumah yang saya beli tu baru je selesai hujung tahun lepas. Bank saya dah disbursed balance 90% kepada owner. Nasibla bank call dan bagitau yang start january 2011, saya dah kena bayar installment. Kalau harapkan lawyer ofis hampeh nak bagitau. Ok, bila bank call saya, dengan sepantas kilatnya saya call lawyer ofis supaya diorang pun aware yang bank akan forwardkan cek tersebut. Kalau rumah subsale the date lawyer terima cek @ owner terima cek which one earlier tu kira tarikh hand over rumah. Jadi saya maula sekeping surat mengatakan cek sudah diterima oleh pihak lawyer dan mengatakan bahawa rumah tersebut pada tarikh sekian itu telah diserahkan kepada saya sebagai pemilik baru...tapi, lawyer ofis ni kakadang macam siot je..then saya pun remindla diorang, pastikan owner dah settle semua hutang2 yang ada supaya tidak timbul masalah dikemudian hari..Takut nanti bila duit dah dapat susah! Tapi lawyer boleh cakap, tu semua takpa..nanti kita akan kira semua bahagian yang owner kena bayar..Masalahnya bila? Bila saya tanya, ok kalau nak senang sayalah yang kena dapatkan statement2 hutang tu bagikan pada lawyer...Amboi..memang la senang..saya yang nak kena buat semua..


Cuti raya cina kan lama, so saya takdelah nak follow up sangat. Lawyer pun diam je..tak ada pun nak kontek saya..takkan sekeping surat pun sebulan baru nak siap. Geram tahap ultramen dah ni..Then semalam terbuka pintu hati nak call MPAJ sebab saya nak tukar nama pemilik, kang cukai pintu bertahun pulak tak berbayar. And i found out (speking, klu marah otomatik speking), ada lagi hutang belum bayar. RM400 lebih lak tu. Standard umah besar umah saya tu mau la RM100 lebih kot cukai pintu untuk setengah taun. Maknanya ada la 2 tahun owner ni tak bayar. Itu belum bil2 lain. Sekarang yang paling saya risau bil maintenance@penyelenggaraan. Janganla buat perangai tak bayar bertahun jugak. Dah la sebulan RM150 X 12 bulan dah RM1,800. Kalau 2 tahun jugak tak bayar..pengsan ai!!


Agen pun satu, berbuih saya remind pasal utang piutang ni..ok je semedang! Mencik tul!!! Hari ni suami nak pergi Management ofis, nak kasi satu copy S&P dan cek oustanding..Harap2 la da settle semua...


Sebenarnya bukan payah pun beli rumah subsale ni, tak kesahla dah bergeran ke tak ke, rumah freehold ke leasehol ke. Kalau masing2 semua bagi kerjasama..InsyaAllah semua lancar. Penjual pastikan bayar semua ongoings bill, pembeli pastikan bayaran2 fee sepatutnya dah dibuat. Lawyer pastikan documentation selesai dan update pembeli@penjual. Agen jangan dah dapat komisen..diam je..Masalah yg timbul tak nak ambil tau..Masa minta duit booking dan 10% bukan main lagi, ayat manis je..dan sanggupla jumpa kat ceruk mana pun semata2 nak dapatkan buyer...


Membebel..bebel lak saya hari ni..ngeh3

Boleh juga baca bebelan saya pasal umah sebelum2 ni..=)








Friday, July 16, 2010

~ Perihal rumah ~

2 bulan x ada perkembangan pun. Alasannya tuan rumah a.k.a penjual kat oversea. Aduhai, kalu dah x tau kat oversea, selesaikan lah apa yang patut....geram la jugak, bila tanya lawyer..owner minggu ni balik, then nanti dia settle segala hutang dia. Minggu ni x balik jugak, kol agen..agen cakap..oh minggu depan owner baru balik..tension ni..time nak booking dulu, nak bayar 10% bukan main lagi letak dateline..nak cepatla..owner nak pakai duit la..habis tu kalau nak cepat, jangan la terhegeh2..boleh transfer duit apa dari oversea..setakat nak bayar hutang maintenence yang x banyak mana tu..

Kenapa documents semua pending??? even SPA pun belum stamp. Rumah yang saya beli tu leasehold, jadi saya memerlukan surat consent dari Pejabat Tanah, bila consent dah dapat baru boleh proceed dengan documents yang lain. Masalahnya untuk submit surat mintak consent dari Pejabat Tanah, lawyer perlukan salinan resit Cukai Tanah terkini (cukai tanah bagi rumah apartment/flatted masih dibayar oleh developer). Masalahnya developer x nak keluarkan resit dan surat pengesahan selagi owner belum selesaikan hutang (ini standard procedure, selain nak jaga kepentingan developer, takut owner x bayar dan bukan tanggungjawab pembeli untuk selesaikan hutang si penjual ok).

Jadi kepada sesiapa di luar sana yang ingin menjual hartanahnya x kira sama ada rumah dia atas tanah (rumah teres, banglo, semi -D dsbgnya) atau rumah bertingkat2 (flat, apartment. kondo) pastikan ANDA MEMBAYAR :-

1. Cukai Tanah @ Quit Rent [setahun sekali je, x mahal pun kalau umah flat kecik tu x sampai RM20 pun]

2. Cukat Pintu @ Assessment [2 x setahun; 1st half ( Jan - Jun) & 2nd half (July -Dec)]

3. Duit Penyelenggaraan @ Maintenance Fee [untuk rumah flatted sahaja, tolongla bayar supaya tunggakan x cecah ribu2]

4. Bil Pembetungan, IWK @ Sewerage bill [ lihat senarai cas bulanan di sini IWK ]

Ini adalah tanggungjawab anda sebagai pemilik rumah. Tunaikan jangan lalai...sekian...=)

nota kaki : dah lah tenant nak pindah..huhuhu..ada sape2 nak sewa..RM900 je sebulan..

Monday, April 26, 2010

~Proses Beli Rumah Part II~

Fokus aku hari ni nak cerita pasal rumah beli atas individu (Subsale @ Second hand)..Banyak sumber boleh kita cari kalau nak beli rumah atas orang..mudah.my ada, iproperty ada..tengok iklaneka dalam surat khabar pun boleh, iklan tampal kat pokok..banner gantung depan rumah..telefon egen hartanah.senang kata.macam2 ada..

Katakan la, kita dah ada rumah yang kita suka, kalau melalui egen, biasanya dia mintak booking fee..tanda kita betul2 interested sangat dengan rumah tu la..then kita kena bagi 3% deposit (korang study balik entry aku sebelum ni klik sini)..Balance 7% diposit tu kena settle within 2 weeks atau korang deal lah dulu..Proses beli rumah subsale ni x jauh beza dengan beli rumah developer..tp proses dia agak makan masa..Makan 6 bulan atau lebih..mungkin!! :(

Bila beli rumah atas orang ni kena make sure, owner da settle segala hutang piutang dia. Contoh..Cukai Tanah, Cukai Taksiran..kalau rumah apartment kena cek hutang maintanence fee dan segala utility..

Apa pandangan aku tentang beli rumah subsale???

1. Kawasan rumah biasanya dah fully developed, means segala kemudahan dah sedia ada..Sekolah, masjid@surau..orang dah ramai..Sebelum beli boleh cek2 la komuniti kat situ macam mana..jalan2 dulu..pusing2 tengok traffik flow dia..Kalau terlebih rajin lagi, boleh pergi ke balai polis yang terdekat.. tanya2 pasal kes jenayah, pecah rumah, ragut kalau ada..

2. Kalau beli apartment (flatted house)..kita kena tengok tahap kebersihan dan kecekapan kerja management office..pernah x korang tengok rumah2 yang bertingkat ni punya kondisi?? Ada yg dah berkerak, tangga bau hancing..lif berconteng, sampah merata2 usah cerita..tp..bukan kesalahan management office juga..kalau penduduk2 x bayar duit maintenance, macam mana diorang nak selenggara???

Pilihan ditangan kita..tepuk dada tanya selera..jangan follow orang..yang penting ikut kemampuan..nak beli rumah bukan macam beli baju..fikir betul2..jangan terburu2..okeh..sekian..jumpa lagi di lain siaran..hehehe..caucincau..:)

Friday, April 23, 2010

~ Proses Beli Rumah ~

Kalau refer to entry MICASA IDAMAN, korang akan dapat kesimpulan yang aku menekankan aspek pencarian LOKASI.. Bukanlah priority sebenarnya..tapi bagi aku itu yang no .1, seterusnya BUDGET dan macam2 lagi..Hari ini aku nak kongsi ilmu kalau nak beli rumah terus dari pemaju, later2 aku cerita proses nak beli rumah second hand pula..

1. PEMAJU
Kalau boleh korang survey la pemaju2 yang ada track record yang bagus, contoh macam company aku...ahaks.*bos kalau baca boleh up gaji ke??*..Study sikit pasal project sebelumnya, ada delay masa nak hand over rumah ke, kualiti rumah tu macam mana..ada leaking2 ke, dalam masa Defect Liability Period tu ada masalah ke tak (kot ada defect la)..tapi x yah la sampai nak mintak company profile lak...klu korang nak mintak juga aku x halang..hehehe

2. BUDGET @ KEWANGAN
10% sah2 kena ada, setengah pemaju dia bagi offer bayar RM1K je, atau bagi rebate..macam2 promosi..depends..10% dari harga rumah tu x termasuk fees yang kena dibayar pada lawyer.Contohla:-harga rumah RM200K..10% dah RM20K..Fee tuk SPA (Surat Perjanjian Jual Beli) lawyer ada yang develepor tanggung, kalau x agak2 dalam 1% je..so dlm RM2K. Tu  x termasuk proses pindah nama, kalau rumah dah ada geran kiraan dia lebih kurang camni :-tuk 100K pertama kena 1%, 101K sehingga 500K kena 2%, so kalau rumah 200K, stamp duty yang perlu dibayar RM3K. Tuk buat Loan Agreement pun ada bayaran jugak, tapi ni aku x berapa sure sangat..tapi kita agak2 dalam RM2K..Total duit yang kena ada lebih kurang RM27K. Wah..da macam tutorial lak..:) Bukan nak kasi takut tengok sampai xjadi nak beli, tp realiti memang mcm ni...Ini anggaran kasar sahaja..Banyak lagi proses2 lain..Bila dah dapat rumah, kena sediakan pula duit deposit cagaran api air, biasa pemaju akan ambil advance 6 bulan duit maintenance, Cukai Tanah dan Cukai Taksiran jangan lupa..Tu tanggujawab nanti rumah kena sita..hehehe

3. INFO2 LAIN
Rumah Freehold (Pegangan Bebas) dan Leasehold (pajakan ada yang 99 tahun kat Johor klu x salah sampai 999 tahun).. Biasa freehold property ni mahal sikit dari leasehold..tapi depends.. macam aku kalau dah suka rumah tu, x kira la freehold ke leasehold ke..yg aku tau kalau nak jual balik rumah kena ada surat consent dari developer dan authority..untuk pindah nama, aku x pasti..Korang boleh la study lebih lagi pasal leasehold ni, so far setau aku belum ada lagi pajakan 99 tahun yang da habis tempoh...atau korang boleh baca kt sini Freehold vs Leasehold.

Ini sedikit sebanyak ilmu yang aku timba sejak kerja dengan pemaju..Bolehla bagi korang gambaran kasar proses nak beli rumah Apa2 pun jangan malu nak bertanya.x rugi kalau ambil tau.Okeh..Sekian..caucincau..:)

Thursday, April 22, 2010

~Micasa Idaman~



Rumahku Syurgaku...Rumah idaman..ruang privasi..tempat untuk membesarkan keluarga..istirehat selepas penat sehari bekerja..kalau korang nak rumah yang bagaimana? Tinggi melangit x kesah nak bayar maintenance fee ke, rumah atas tanah yang ada pagar keliling, boleh parking kereta?? Banyak perkara yang perlu diketahui sebelum berkira2 nak membeli sebuah rumah.Serba sedikit ilmu perlu supaya tidak ditipu. Samaada rumah yang hendak dibeli itu direct dari develepor (dah siap atau dalam progress), rumah atas individu (subsale @ second hand) atau rumah yang dilelong bank..

Rumah baru ke second hand??? Kalau rumah baru lokasi dalam KL memang dah x ada la..Kalau ada pun harga dah cecah juta2..Pinggir bandar kan banyak?? Jauh sikit x apa, janji rumah luas, atas tanah, selesa..masing2 punya pendapat la kan..Aku kerja ditengah kotaraya..sekarang menyewa di betul2 pinggir kota..kawasan padat penduduk, kemudahan asas tip top, kiri kanan shopping complex dari cap ayam sampai yang mega2..Yang paling penting aku suka dengan area aku duduk ni, orang lain nak cakap apa, aku x pedulik..:(..Bukan x mau dengar pendapat orang lain, tapi selalu sangat dapat pendapat negetif dan ala2 nak kondem semedang!! Huhuhu..Depa kata dengan harga yang aku spent klu beli rumah di area tu, lebih baik aku pegi jauh sikit dapat rumah yang lebih berbaloi2...

Aku bekerja swasta yang x ada cawangan lain kecuali di Johor Bahru, En. Suami pula yang bekerja pindah randah setiap 3 tahun itu pun x tentu (suka ati je bila kena posting)..Well, setakat hari ini, memang x bercadang berhenti follow En. Suami..aku tau..tempat isteri di sisi suami..tapi terus terang cakap la kan..Kitorang x mampu lagi nak bergantung pada 1 sumber rezki..

Siapa yang patut banyak berkorban..Suami ke isteri? Bapak mentua aku cakap, suami kena la berkorban lebih, contohnya dalam nak membeli rumah. Biarla rumah tu dekat dengan tempat kerja isteri, esok2 dah ada anak senang..Isteri jugak yang kena ambik hantar anak nursery..Kot anak sakit demam..isteri boleh lari tengok sekejap..Lagipun, kerja En. Suami ni x tentu..Kadang2 outstation, duty ntah apa lagi..Itu kalau En. Suami busy.. nak dijadikan cerita, En. Suami dipostingkan nun jauh ke Malaysia Timur..banyak cabarannya..Bayangkan rumah jauh, terperangkap dalam jem, tayar pancit, anak sakit..Bukan mintak terjadi..tapi kenalah beringat segala kemungkinan...kebarangkalian nak berlaku tu agak tinggi..

Panjang lebar pulak penerangan aku ni..hehehe..bukan apa nak terangkan sebab musababnya..Lainkali aku cerita proses pembelian rumah lak ye..:) Bolehla share2 ilmu ngan kawan2 yang nak beli harta...Sekian

* gambar kartun sumber dari internet*