Wednesday, September 29, 2010

~ Demam ~

Incik suami sudah 2 malam demam... Hingus meleleh, batuk2 & sakit dada....Malam semalam lagi teruk, Langsung x boleh tidor. Kejap2 sedar, suami tengah batuk @ dalam bilik air buang kahak..Takut incik suami muntah2 je. Semalam pergi RSAT (rumah sakit angkatan tentera) suami x dapat MC, cuma dapat ubat je. Jadi bila x rehat, demam yang sikit jadi melarat...

Hari ni, saya paksa incik suami pergi RSAT sekali lagi, paksa doctor@MA tu bagi MC. MC klinik swasta memangla x laku. Macam2mana pun memang kena ambik MC kat RSAT ni..:(

Tadi incik suami call cakap dapat MC dan doctor suspect ada asthma..mild semput2..aduyai..sejarah incik suami kicik2 dulu memang ada semput, tapi da bertahun x kena..Lepas ni incik suami kena la dengar cakap saya. no more ais dalam peti sejuk tu..kalau x pantang lepa...

Kehadapan incik suami yang disayangi, lepas ni jangan degil2 lagi..sekali sekala dengar la cakap isterimu ini, kurangkan la minum air manis dan air sejuk berais2 kegemaranmu itu, lebihkan air masak atau nak sedap minumla yang suam2 kuku..dah..pergi balik tidor..

nota kaki : selalu sangat selsema..sampai dah x heran...:(


Tuesday, September 28, 2010

~ Kita Di Uji ~

Ujian dan dugaan darinya datang dalam pelbagai cara. Antara kita sedar @ tidak. tapi, selalu saya ingatkan diri sendiri ujian dan sakit yang melanda itu kifarah dosa2 yang telah kita lakukan. Moga Allah ampunkan dan hapuskan dosa2 kita...

Bercerita pasal ujian ini buat saya teringat pada seorang teman teman baik suami. Dah banyak juga entry pasal teman iini suami isteri pernah saya buat sebelum ni...=)..Seminggu sebelum raya, teman saya eksiden jalan raya yang agak teruk (memang teruk pun)..dan seminggu selepas raya rumah barunya di pecah orang, hilang la juga barang kemas seurat dua, duit2 tabung anak (duit raya..huhuu) dan LCD 32inci. Rumah berkecah habis. Macam kena serang garuda gayanya...Berganda2 ujian..

Kereta lepas eksiden..Alhamdulillah semua selamat. Berkat pakai seatbelt. Kalau tidak.....saya duk terbayang anak2..dua2 pun kecik lagi, kalau hentakan kuat macam ni mau terlambung keluar kalau x pakai seatbelt tu...:(


kena pecah dari tingkap bilik belakang, faktor grill yang x dipasang kuat pun memudahkan kerja pencurik. Pastikan sesiapa yang baru pindah rumah, grill tu dipasang kukuh...sekarang ni orang nak kerja mudah je, pasang grill skru pun x lekat...:(

Moga teman saya dan isteri tabah terima dugaan ini. 

Allah x memilih sesiapa untuk di duga. Masing2 ada bahagiannya. x sama. Saya dan suami juga tidak terlepas dari ujianNya..Sampai sekarang kami belum miliki zuriat sendiri..Kadang2 terdetik juga, beratnya rezki aku ni...ada yang susah, makan cukup2 je tapi Allah kurniakan cahaya mata. malah x putus2..berderet2..itu rezki dia..  

Tapi saya x mengeluh..mengeluh itu orang yang putus asa..Saya belum putus asa lagi..=)..Saya tengah usaha..selebihnya saya tawakal kepadaNya..Kadang2 bila duduk2 berdua dengan suami, tanya juga..suami sunyi ke? So far Alhamdulillah, kami berdua masih enjoy fasa berdua ni. Fasa mengenali hati budi sejak bergelar suami isteri...Kalau bergaduh x rasa bersalah (hehehe), sebab x ada anak dalam rumah. Boleh bergurau senda tanpa batasan (ops!)..Walaupun dah 2 tahun lebih kahwin masih terasa baru, sebab dulu jauh dengan suami. Sekarang baru nak duduk dekat, duduk sekali... 

Cuma yang saya risau, faktor umur. Tahun depan dah masuk era 30an. Dah tuo..Takut nanti masalah lain pula..hormon la, penyakit la..Jadi suku terakhir tahun ni memang kena lebih usaha..Chaiyok!!!

nota kaki: tetiba je nak tengok Magika..boleh?..hehehe

Thursday, September 23, 2010

~Masalah jentayu.com bkn burung Jentayu ~

Wah!!! Panik sekejap..Serangan JENTAYU.COM..Menggelabah lipas la sekejap..Semalam buyui ada bagitau yang bila dia buka blog ni terus direct ke jentayu.com. Tapi semalam bila buka blog, so far no problem. Tapi bila buka blog pagi ni, tak sampai 15 saat, muncul si jentayu ni. 2-3 kali cuba pun jentayu ni tetap ada...oh..penin..dah la agak rabun IT.

Nasibla ada bloggers yang sudi kongsi ilmu macamana nak selesaikan masalah ni. Puncanya dari gadget kalender Hijrah yang ada kat dalam blog. Once remove, alhamdulillah ok.

Many thanks to dairygirzl and nitecruzr for the infos..

So, pada sesiapa yang ada masalah yang sama, sila cuba ye..

~Jentayu**Patah sayap bertongkat paruh**Jentayu**Patah paruh bertongkat siku**Jentayu**Patah siku bertongkat dagu**Jentayu**Patah dagu bertongkat kuku**Pinjamkanlah hatimu**Untuk semua**Pinjamkanlah syahdumu~



Tuesday, September 21, 2010

~ Bungkusan Istimewa ~

Terkejut seh masa suami hulur bungkusan kuih raya ni..dari Istana Negara tu..ngeh3..excited terlebih macam dia sorang je dapat...=)

Purple kaler yang sooo sweet...

Akan ku simpan buat kenang2an..eceh..Daulat Tuanku!!!


Sayang nak makan...kuih raya cantik menawan, titipan YDP Agong untuk rakyat tersayang...

Dirgahayu ke Bawah Duli Tuanku...



~ Jalan2@Tanjung Dawai~

Dah lama sebenarnya nak pergi Tanjung Dawai ni. x pernahnya ada kesempatan. Tanjung Dawai ni perkampungan nelayan lebih kurang macam Kuala Selangor. Kalau nak cari ikan kering, ikan bilis, belacan dan segala tok nenek hasil laut memang boleh dapatkan kat sini. Ada jeti, tempat bot untuk ke Pantai Merdeka. Depa kata naik bot lagi cepat dari lalu ikut darat. Nanti cheq ada masa, cheq pi na...=)


Tempat bot ambil penumpang ke Pantai Merdeka...

Masa dok memusing2 sekitar Tanjung dawai ni, saya terpandang satu papan tanda yang menarik..Menarik sungguh..Sedikit keliru pun ada..x pasti arahan ni ditujukan pada siapa @ apa...Pada pemahaman saya pastinya kepada pemilik haiwan ternakan kan?

He3..tapi memang banyak gila haiwan berkeliaran. Udah namanya kampung...

*

*

*

*



Di kampung, haiwan ternakan memang biasanya dibiar lepas macam ni, meragut rumput, makan sisa sampah  & plastik2 jajan kita. Itu dah jadi permandangan normal. Manusia dan haiwan bergaul mesra tanpa ada sempadan..Manusia boleh berselisih dengan lembu, kambing tanpa rasa takut dan janggal. Haiwan2 ini pula tanpa rasa segan meragut rumput, 'melabur' di depan muka pintu rumah kita...Suasana yang jarang kita tengok di kota. Jangan kata haiwan ternakan..Jiran tetangga pun x pernah bertentang muka..Jiran sebelah pintu pun ada yang x tahu nama, kerja mana, anak berapa...berbezakan??? takut pun ada....:(

nota kaki: belum berkenalan dengan jiran sebelah rumah lagi...hmmmmm....