Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Deerland, Lanchang Pahang

Turun dari Genting Highlands hari tu, suami ajak pegi Mempaga. Disini akan ada satu kem tentera yang akan di buka dalam tahun ni juga. Kem besar amat. Nanti free2 saya upload gambar..Cuma jaraknya agak jauh dari pekan Karak, senang kata dalam hutan la. Kiri kanan ada Felda. Dari simpang Karak ke kem ni jauhnya dalam 20km, nak ke Lanchang dari kem pun lebih kurang 20km. Jadi baikle ke Lanchang boleh jalan-jalan tengok binatang!!!


Deerland ni tak jauh dari Kuala Gandah Elephant Sanctuary, Lanchang. Biasanya pelancong akan singgah kat Deerland ni dulu baru pegi kat tempat gajah. Saya rasa cam penah buat entry pasal tempat gajah ni tapi tak jumpe la pulok.


Deerland ni ala2 mini zoo, tiket masuk hanya RM6 je. Walaupun takdela banyak sangat binatangnye pun tapi best sebab boleh interaksi secara lebih dekat daripada kat zoo tu.


Boleh bagi makan, pegang-pegang, bergambar-bergambar dan pekerja2 Deerland ni sangat mesra pengunjung!!



Pintu masuk


Tiket 6 hengget tepek kat baju




Jom mula


Kandang Kucing Hutan



Cam nak bawak balik je sekor



Boleh bagi rusa makan


Bila rusa da kenyang boleh main dengan rusa


Siap boleh peluk2


Burung unta pun ada


Ini baru anak je tapi saiz sama ngn kita


teringat lagu anak rusa nani, baru kembang ekor


Parrot yang terbang dekat bila kita lalu kat sebelah sangkar dia


1st time tengok burung merak yang kembang dengan bulu pelepah yang cantik, selalu tu tengok ada yang dah patah2


Cantikkan???


Bergambar dengan beruang madu, tengok tapak tangan dia..serius takut!!


Comel ah isap madu kat perut


Tapi macam kesian bila tengok beruang ni dalam kurungan..:(


Lastly, bergambar dengan ular sawa..ada la 2 -3 ekor ular kat sini..kecik2 je saiz dia..=)


Seronok kadang2 melayan kerenah suami ni...Bila suami hepi kita pun hepi sekali..

Kalau dua2 hepi keluarga jadi harmoni..hehehe

Raya cina cuti panjang nak pegi mana ek???



Wednesday, January 26, 2011

GH: Bukan General Hospital

GH: Genting Highlands!!!   =)

Demam saya itu tidak langsung mematahkan semangat saya bercuti...

Tapi memang sejuk gila..

Sampai ketar-ketar gigi...

Mungkin sebab demam saya yang tak kebah lagi...
















Peserta AF9 yg belum pape lg da terkeluar...hehehe



Saya cuma jalan2 amek angin, cuci2 mata  & beli fridge magnet je..

Sebab tak nak main outdoor ke indoor, saya sempat juga nonton filim  Dwayne The Rock tajuk Faster, gila hardcore cite ni..Tembak-tembak je..boleh bagi 4 dari 5 bintang..Walaupun 15 minit pertama tu saya lena dengan jayanya (bukan sebab boring, tapi pening kepala) tapi bila sedar2 je...wow! best..best..rugi tidor tadi...=)


Kalau nak ubah kepada cuaca yg lebih dingin pergilah bercuti ke Genting!!! 


Monday, January 17, 2011

Destinasi Bajet: Kota Keriangan Genting Highlands

Saya menghitung hari..menghitung hari bercuti-cuti dalam kedinginan kota keriangan Genting Highlands!!!! yeayeah..jalan-jalan tukar angin..sambil menikmati udara yang nyaman dan sejuk hingga ke tulang sum sum so boleh manja-manja paut pinggul rangkul erat macam pasangan bercinta...


Saya bet mesti ramai yang dah pergi bercuti di Gentingkan..Saya bukan nak sangat berhoorey-hoorey naik roller coster atau naik solera space shot yang macam wey gayat gila macam nak tercabut jantung ...mmmm..saya cuma nak release tension..lagipun saya rasa macam dah tua nak bersuka-suka  main segala macam games itu.. Kali ini saya nak berkaraoke, main boling dan nonton wayang je...macam kat bawah tak boleh buat je kena naik kota keriangan itu baru boleh buat semua...hehehehe...


Bukan..bukan...sebenarnya saya ada voucher. Voucher ni saya beli dari mamatisya, tak ingat dah bulan berapa..dah lama la jugak, due 31/01/2011. Ingatkan dah tak sempat guna, nasib baik ada kosong lagi...dapatla, saya bercuti dengan kos yang sangatla bajetnya...


Yelahkan..orang lain bercuti saya pun teringin juga bercuti..tapi cuti saya memang bajet punya...tak kisah la orang nak cakap apa..yang penting saya gumbira...ha..ha..ha..kita menyanyi sambil langkah kanan kiri....goyang tangan goyang kaki..hip hip hooray....=)


Biasa port bercuti saya sekitar KL sahaja..paling jauhpun radiusnya dalam 300 km hingga 400km sahaja.. Melaka, Cameron Highland, Kuala Selangor, Genting Highland, PD ni memang selalu dok ulang..Pahang dan Kedah serta negeri2 bersempadan dengannya memang selalu saya singgah sebab kampung halaman kitorang..=)


Saya makan gaji, suami pun makan gaji..cukup bulan habis..simpanan pun sikit-sikit je celah gigi..jadi takkanla saya nak berbelanja wang simpanan semata nak puaskan nafsu bercuti..tak sanggup rasanya..Alternatifnya, pergi yang dekat-dekat. Pilih hotel bajet yang selesa dan nampak cantik. Kalau bercuti pulak bukanlah masa nak bershopping bagai..cuti means cuti..beli cuma yang berkenaan dan berpatutan sahaja..namanya pun bajet...


Kalau weekend tapi no..no takde bajet nak jalan-jalan.. Saya dan suami akan buat sesuatu isi masa lapang. Antaranya:-

Sabtu:

Breakfast siap-siap kat rumah pergi pasar chowkit sedar-sedar dah pukul 12 tengahari.. Saya suka tengok pasar basah..meriah..kalau tengok ikan boleh sampai ralit..beli sikit je..memusing-musing tu yang lama..lagi satu bila sampai part buah-buahan saya akan jadi macam nak meroyan...murah sangat-sangat..stok untuk seminggu tak sampai RM20 belanja..


Dan


Ahad:
Breakfast dekat mamak lambat sikit macam pukul 9.00pg ke sambil baca paper sedar-sedar dah pukul 12.00 tengahari juga...hehehehe


So bila dah tghari..siap-siap nak makan lunch pastu petang tidur jap pastu malam..so habis weekend...masa pun terisi..tak boring pun!!!


Kesimpulannya..hanya kita yang tahu diri kita, keluarga kita, hidup kita, kewangan kita, kebahagian kita... Kita yang kena corak hidup kita bukan orang lain yang tentukan...Jadi ukur baju dibadan sendiri dan selalu berpijak pada bumi yang hijau ini (sekarang tak berapa nak hijau dah)...


Kalau pergi Shah Alam dan Klang tu kira bercuti ke???? saya ok je asal jalan-jalan..Korang????




wif my sisters kat snow world..year 2005 kot...=)






Thursday, January 13, 2011

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah

Ini trip hujung tahun hari tu, tak ada la trip sangat pun jauh cuma dalam 30km dari pekan Jeniang (kampung MIL).

Sebelum ni pernah dengar tempat ni yang menjadi sebutan ramai.. Kalau tak silap kat Sendayan, Negeri Sembilan pun ada ladang macam ni..

Jakun sangat-sangat..Ladang cantik teratur..Mula-mula ingatkan macam kebun getah tu je, sebab lokasi tempat ni dah kat dalam ceruk kampung..=)

Untuk masuk ke kawasan tanaman (anggur ni ditanam macam kat rumah hijau tu..berkelubung je) RM3 je yang kena bayar..okla kan..

Orang ramai macam semut hurung gula....bergambar sakan termasuk saya!!!

Kalau tak silap ladang ini 100% pemilikan bumiputera, itu yang sanggat bangga!

Rasa??? Rasa sama macam anggur-anggur lain...Tapi produk2 lain berasaskan anggur pun dijual sama macam benih pokok, buah anggur of course la kan, jus anggur, kordial, losen n minyak biji anggur pun ada..

Tapi PERINGATAN ye..boleh tengok ambik gambar je, petik jangan sekali...no no no..


Di bawah rimbunan gugusan anggur



Geram gila.. anggur ni tunggu hari je tuk dipetik..buat montok2 macam kat kedai...








Orang ramai yang seronok masuk ladang anggur. Pengunjung cuma dibenarkan berkeliaran di bahagian tertentu je, tak ada la boleh pusing satu ladang tu..=)



Pokok anggur yang berusia 3 tahun (setahun berbuah 2 kali, untung gak kan tanam anggur)



saya dan MIL, pose ala2 pinggang nampak kecikkan (tidak ramping sama sekali..huhuhu)





Beli jangan tak beli, buah tangan dari ladang anggur!!


Kita makan anggur dulu!!!


Deretan pepohon anggur


Nampak tak disebalik jaring itu???
Anggur warna hijau...saya suka..ranggup dan manis..


Sekitar ladang anggur, dah gelap nak hujan pun ye, dah nak maghrib pun ye


Dan inilah Tasik Beris, kedudukan ladang ni betul2 di pinggir tasik..


Sesiapa yang duduk belah Utara pastikan tak lepas peluang datang ke ladang ni..anak-anak mesti suka..Feel dia ala-ala kita masuk ladang strawberri kat Cameron Highland! Shiok!!!


Nota kaki: Kalau dari pekan Sik, rasanya ada dalam 15 minit..Jangan risau walaupun rasa macam betul ke ni, ni dah kampung orang tapi teruskan juga sebab kat dalam2 tu lah terletaknya ladang anggur ni..Kalau takut sesat jangan malu bertanya pada orang Sik ye...=)




Tuesday, November 9, 2010

Jumaat Lalu : Ops Pokok Bunga

Setelah dibincang-bincang saya dan suami mulakan perjalanan ke Sungai Buloh selepas solat Jumaat. Melalui tol Jalan Duta hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Jalan tak banyak kereta macam ini jalan ana yang punya...=)

Misi mencari pokok bunga. Tapi tak nak yang berbunga-bunga..nak dedaunan kehijauan yang tak memerlukan cahaya matahari yang maksima untuk jalankan proses fotosintesis atau dengan kata mudah nak beli pokok yang boleh hidup dalam rumah. Kebanyakkannya pokok jenis keladi.

Pusing-pusing selepas keluar tol menghala ke Hospital Sungai Buloh dan ada 1 simpang yang tunjuk ada nursery bunga dihadapan dan bila sampai bersusun nursery bunga sebelah menyebelah dan ada yang jarak 500m antara 1 sama lain..


Ini contoh pokok yang tak memerlukan sangat cahaya matahari, tapi tak beli sebab harga RM70. Cari yang kecik sikit la, lama-lama jadi besar macam ni jugak..


Ini sebenarnya pokok idaman...kalaulah rumah banglo sebiji atau teres corner memang saya rembat pokok ni..


Lagi contoh pokok-pokok yang sesuai letak dalam rumah..ini saya suka, tak serabut sangat..cari yang satu pokok satu pasu..simple..


Ini pula sesuai untuk yang ada laman la..memang kena cahaya matahari 100%..cantikkan kalau buat taman letak pokok-pokok ni..saya suka..=)


Ini water fountain yang simple..kitorang sempat singgah kedai yang jual water fountain yang cantik-cantik, tapi setakat cuci mata je..(lupa nak amik gambo)


Kalau tengok bonsai-bonsai ni memang tertawan hati la..harga je yang merobek hati..tak mampu wei nak beli..


Kalau bunga-bunga, saya suka bunga kertas..old time favourite..tahan lama ..senang jaga..


ini roselle yang buat air dan jem dan boleh buat asam kering macam yang jual kat Cameron Highland tu


Dan ini yang saya beli..pokok lucky bamboo ni dengan pasu dan segala bagai kat dalam ni baru RM12.00..letak dalam rumah..siram 2 hari sekali je..


 Pokok ni murah je RM6.00, tapi pasu mahal sikit..saya suka sangat dengan tekstur daun tu..walaupun tak ada kaler2, tapi tetap ada serinya..ini saya letak atas rak kasut kat luar rumah..

Dan ini kat luar rumah, pokok yang simple je..letak sikit batu2 putih..satu plastik besar batu tu cuma RM10. x habis pakai pun ada lagi 3/4 balance...

Saya beli sepasang letak kat depan rumah, pasu kaler purple...lain kali nak tambah lagi..hehehe..buat taman kat koridor..


Nasib lah suami rajin melayan kerenah..tak adala beli banyak sangat..lagipun kena try test dulu..ceruk mana sesuai letak, bahagian mana kena tambah..kalau beli sekaligus banyak, takut x sesuai pulak...InsyaAllah lepas ni mau ke Sungai Buloh lagi..misi mencari bunga orkid pula..stok kebanyakkan habis sebab Deepavali, ramai yang datang beli..

nota kaki : suka lihat kehijauan..tenang minda badan sihat otak cergas...go green!!! =)