Monday, October 11, 2010

~ Kemalangan ngeri 10.10.10 ~

Sungguh kebetulan sekali saya berada tidak jauh dari tempat kejadian. saya dari perjalanan  balik dari Melaka ke KL. Dalam 10 minit selepas keluar Tol Air Keroh, kenderaan mula bergerak perlahan dan ada masanya x bergerak langung! Tapi masa tu memang dah suspek eksiden besar punya..sebabnya dekat 10 biji ambulans yang lalu masa tengah2 jem tu...

Selepas 2 jam lebih tersangkut dalam jem, kitorang pun sampai ke tempat kemalangan. Memang terkejut gila babas..x pernah la sepanjang hayat ni tengok eksiden yang macam ni..bas tergolek kat tengah jalan, ambulance n polis penuh keliling kawasan kejadian..memang tragis dan ngeri, tapi x pula saya nampak mayat2 bergelimpangan..

Ngeri...memang ngeri, tapi suami tak nak jadi tipikal Malaysian yang berenti tepi jalan (tambah sesak wei) semata2 nak tengok kemalangan tu (walaupun saya paksa)..Suami cakap esok beli newspaper n dengar berita je...

Butir terperinci punca kemalangan masih belum dinyatakan (setakat baca paper ari ni la), so malam nanti memang kena dengar berita jam 8.00 tu. Kalau x baca je la paper esok....

Al-Fatihah kepada mangsa kemalangan yang terbunuh, dan takziah kepada keluarga2 mangsa. Yang cedera ringan @ parah serta saksi2 terawal kejadian tentu masih trauma.

Peringatan tuk diri sendiri:-

1. Berhati2
2. Pandu berhemah
3. Jangan cepat naik angin
4. Hormat pemandu lain
5. Ikut arahan jalan raya
6. Pakai seat belt

Dan yang paling penting, sebagai Muslim jangan lupa baca doa sebelum mulakan perjalanan. Sekian...

Wednesday, October 6, 2010

~ Layanszzz.. Endhiran @ Robot ~







Muahahaha..x boleh tahankan...kitorang pegi tengok cerita Tamil..ENDHIRAN..Pelakon utama Rajinikanth and Aishwariya Rai..x taula kenapa excited gila nak tengok movie ni...Rasanya sebab baca dalam paper haritu, yang polis siap jaga kat cinema takut diorang2 ni bergaduh berebut tiket..hehehehe..lagipun ini filem termahal dalam sejarah filem tamil, dalam 120 crores @ RM100 juta lebih..

Nasibla MBO @ Ampang ni pun tayang gak movie ni. Tapi masa nak beli tiket ni cuak juga. Tanya kat budak kt kaunter tu ada x melayu tengok..nasib ada tp x ramaila..then india2 yang pergi pun kebanyakkannya bawak family siap ngan anak2 sekali..tapi dia da remind siap2..sound system kuat gila lagi2 time nyanyi n nari2 tu...=)

Basically movie ni cite science fiction yang penuh dengan CGI yg boleh tahan hebat (kdg2 x logik n merapu gak..ala.. cite lain pun sama) disulami lawak jenaka oleh Rajnikanth yang macam kalau saya tengok boleh la gelak juga tapi kalau kaum tu gelak memang pecah2 perut.. serta anda akan terpesona dengan kecantikan Aishwariya Rai yang sungguh menggoda (kadang2 comey gila) dan dalam cite ni macam agak seksi dipandangan mata saya dan nampak macam anak dara sebab shooting filem ni dibuat seawal tahun 2008 (dia da kahwin ke belum masa ni ek???)..Lagu2 pun menarik hingga kaki pun ikut enjut2 sambil dengar tu dan lyric lagu yg agak kelakar juga sebab banyak scientific words yang keluar cam proton, atom, Einstien serta byk lagi..Costume memang menarik tahap gaban dan sungguh impressed sekali. x lupa juga cinematograhy yg melecun hingga cam nak masuk sekali dalam movie tu..Idea boleh tahan tapi towards the end tu dah boleh jangka yang robot ciptaan manusia ini boleh memberontak dan akan melawan tuan sendiri (ada unsur2 jahat yg kacau)..

Kesimpulannya : Bolehla recommend kat kawan2 tengok..kalau x nak tengok cite melayu @ dah bosan tengok cite omputih..layan cite Tamil pun ok pe...

nota kaki: kitorang siap bawak minyak angin takut ada bau...hehehehe

~ Berita Macam2 ~

Macam2 yang jadi dalam 3-4 hari ni..Berita terkejut pun ada..Sebelum ini ada 1 entry tentang rezeki yg tiba2 datang tanpa disangka. Sebetulnya saya dapat sms dari seseorang. Sms yang buat saya menggeletar dan teramatla terkejut...hamba Allah ini ingin mencari family anak angkat untuk anaknya. Baby girl dan dah nak masuk 2 bulan. Hamba Allah ini dalam dilema, sama ada nak simpan @ serahkan anak ini. Cuma masalahnya , pasangan ni dah sayang pada baby ni dan kalau nak cari family angkat pun nak yg x putuskan hubungan mereka dengan baby ni..Macammana hamba Allah ni boleh contact saya???..hehehe..saya yang gatal tangan tinggalkan contact no di satu forum.

Tapi setelah dibincang dengan lebih mendalam bersama suami dan family. Mungkin belum rezki saya untuk miliki anak ini. Dan yang paling surprise saya dan suami dah jumpa pun hamba Allah dan anak ini. Ainul Qistina...nama secomel wajahnya. Kalau ikutkan hati..memang saya dah suka, suami pun sama. Tapi keputusaan macam ni kena libatkan family. Tapi, kami dah bincang dari hati ke hati denga hamba Allah ini. Apa2 pun keputusan,kami semua akan terima..lagipun pasangan hamba Allah ini masih belum buat keputusan apa2. Cuma hamba Allah ini yang bersungguh2 carikan family angkat, sebab fikirkan masa depan anaknya.

Dan yang lebih surprise lagi..hamba Allah ini sungguh kuat semangat menjaga anak ini walaupun dia lelaki. Berselang seli menjaga anak ini dengan pasangannya. Cuma sekarang dia dalam keadaan yang tertekan kerana tidak bekerja. Masing2 berenti kerja bila dah jadi perkara ni (mengandung). Dan part yang paling saya sayu bila dia cakap dia x berharap sangat saya ambil anak ni sebagai anak angkat, tapi dia harapkan saya dan suami boleh bagi nasihat @ sokongan kerana dia sudah buntu dan x nak lagi bergelomang dengan dosa.

Nasihat saya kepada Hamba Allah ini. Jika betul sayangkan anak dan pasangannya, bagitaulah keluarga. Buang segala malu itu. Mohon ampun pada yang Satu dan panjatkan doa kepadaNya agar keluarga dapat menerima. Cepatkan la uruskan pernikahan, lupakan angan2 untuk bersanding meriah bagai pasangan yang normal. Perkara yg telah berlaku tidak boleh diundur. Cuma masih boleh diperbetul. Memang pahit untuk diterima tapi itulah hakikatnya. 

nota kaki : sedih bila teringat anak comel yang mulus itu


Monday, October 4, 2010

~ TopsyTurvyMum First Lucky Draw ~

*STICKYPOST*
Entry baru sila scroll ke bawah


Tertarik sungguh dengan GA kali ni..Set Correlle idaman hati..=)

Jom ramai2 join...klik sini

Kita tengok sape yang kena...=)


Barangan Corelle Dinnerware

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Anda adalah seorang blogger.

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 blog cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini.

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni
(Sebelum Isnin depan 04/10/2010).

6. Pemenang akan dipilih DI SINI 


Alang2 saya nak cerita sikit pasal produk Correlle n Corningware ni. Saya memang peminat setia..Sebabnya....PERNAMA(koperasi tentera) ada buat skim KUTU RIA. Harga of course lebih murah dari SOGO, JUSCO dan sebagainya. Bolehla saya collect pinggan mangkuk ni. Ansuran 10 bulan, jadi x de la terasa gedebuk bayar RM450.00 sekali beli 1 set barang...=)


Ini brochure lama tahun 2008, tahun ni punya x tau letak kat mana..hehehe

Corningware n Correle yang cantik menarik saya beli 2 set sekali..1 set bayar dan 1 set lg sebagai ketua KUTU saya dapat free...tapi mesti cari sampai 10 pembeli...=)

Vision pun ada..

Ini senarai pemain KUTU terbaru..collection x habis lagi, sebulan saya collect minima RM50.00 sesape ada duit lebih, boleh la bayar lebih supaya cepat habis..


Antara barang Corningware yg saya ada..kalau dapat lucky draw Correlle ni, baru la lengkap rasanya..=)

Nasibla ada KUTU RIA ni..dapatla saya merasa pakai benda2 alah ni..=)

nota kaki : mahu buat 1 batch lagi KUTU pinggan mangkuk ni, kali ni nak jual VANTAGE..sape nak main???


Friday, October 1, 2010

~ Serunding Ikan Stail Saya ~

Setiap kali raya, antara yang selalu dibuat ialah serunding ikan ni, lawankan dengan nasi impit @ ketupat palas..fuh..sedap..terangkat. So, saya dgn gigihnya buat serunding ikan ni masa jamuan raya ofis..lagipun tekak sendiri yang teringin nak makan..=)

Tapi yang saya notice, org KL@ belah pantai barat & pantai selatan ni macam x berapa gemar makan serunding ikan kot. Saya rasa orang pantai timur cam saya ni memang suka la makan ikan2 ni contoh macam pulut panggang isi ikan, temosa (karipap inti ikan) & x termasuk keropok lekor & sata..=)

Bahan2nya:
Ikan kembung [rebus, perisi & blender; saya guna dalam 1kg]
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Lengkuas* [sikit je]
Serai*
Cili kering*
Air asam jawa
Garam & gula melaka (nisan kerek)
Santan
Kerisik

*Blender

Semua bahan yang telah diblender dan bahan yang lain tu masukkan semua sekali dalam kuali. Ala..macam masak rendang tu..rebus je semua..biar sampai kering. Kacau selalu supaya tidak berkerak. xspecially bila da start nak kering tu. Pastikan api pelahan, kalau x cepat hangit...Masa keseluruhan memasak ialah..2 jam..macam nak pengsan..=)

Tips :Mak saya pesan ikan tu kalau blender jgn letak air banyak sangat, nanti lambat kering...