Tuesday, November 9, 2010

Jumaat Lalu : Ops Pokok Bunga

Setelah dibincang-bincang saya dan suami mulakan perjalanan ke Sungai Buloh selepas solat Jumaat. Melalui tol Jalan Duta hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Jalan tak banyak kereta macam ini jalan ana yang punya...=)

Misi mencari pokok bunga. Tapi tak nak yang berbunga-bunga..nak dedaunan kehijauan yang tak memerlukan cahaya matahari yang maksima untuk jalankan proses fotosintesis atau dengan kata mudah nak beli pokok yang boleh hidup dalam rumah. Kebanyakkannya pokok jenis keladi.

Pusing-pusing selepas keluar tol menghala ke Hospital Sungai Buloh dan ada 1 simpang yang tunjuk ada nursery bunga dihadapan dan bila sampai bersusun nursery bunga sebelah menyebelah dan ada yang jarak 500m antara 1 sama lain..


Ini contoh pokok yang tak memerlukan sangat cahaya matahari, tapi tak beli sebab harga RM70. Cari yang kecik sikit la, lama-lama jadi besar macam ni jugak..


Ini sebenarnya pokok idaman...kalaulah rumah banglo sebiji atau teres corner memang saya rembat pokok ni..


Lagi contoh pokok-pokok yang sesuai letak dalam rumah..ini saya suka, tak serabut sangat..cari yang satu pokok satu pasu..simple..


Ini pula sesuai untuk yang ada laman la..memang kena cahaya matahari 100%..cantikkan kalau buat taman letak pokok-pokok ni..saya suka..=)


Ini water fountain yang simple..kitorang sempat singgah kedai yang jual water fountain yang cantik-cantik, tapi setakat cuci mata je..(lupa nak amik gambo)


Kalau tengok bonsai-bonsai ni memang tertawan hati la..harga je yang merobek hati..tak mampu wei nak beli..


Kalau bunga-bunga, saya suka bunga kertas..old time favourite..tahan lama ..senang jaga..


ini roselle yang buat air dan jem dan boleh buat asam kering macam yang jual kat Cameron Highland tu


Dan ini yang saya beli..pokok lucky bamboo ni dengan pasu dan segala bagai kat dalam ni baru RM12.00..letak dalam rumah..siram 2 hari sekali je..


 Pokok ni murah je RM6.00, tapi pasu mahal sikit..saya suka sangat dengan tekstur daun tu..walaupun tak ada kaler2, tapi tetap ada serinya..ini saya letak atas rak kasut kat luar rumah..

Dan ini kat luar rumah, pokok yang simple je..letak sikit batu2 putih..satu plastik besar batu tu cuma RM10. x habis pakai pun ada lagi 3/4 balance...

Saya beli sepasang letak kat depan rumah, pasu kaler purple...lain kali nak tambah lagi..hehehe..buat taman kat koridor..


Nasib lah suami rajin melayan kerenah..tak adala beli banyak sangat..lagipun kena try test dulu..ceruk mana sesuai letak, bahagian mana kena tambah..kalau beli sekaligus banyak, takut x sesuai pulak...InsyaAllah lepas ni mau ke Sungai Buloh lagi..misi mencari bunga orkid pula..stok kebanyakkan habis sebab Deepavali, ramai yang datang beli..

nota kaki : suka lihat kehijauan..tenang minda badan sihat otak cergas...go green!!! =)


Friday, November 5, 2010

Happy Deepavali...1Malaysia maaa..=)


Salam Pesta Cahaya...Deepavali Valthukal ..Happy Deepavali...

Saya pun happy, sebab cuti 3 hari..

Hujung2 tahun begini bila dapat cuti free memang rasa hepi sekali

Tapi....

Saya tak ada apa2 plan lagi...

Rugi-rugi...

Hanya berbaring dan mengadap tv ..

Rugi-rugi..

Itulah, plan awal-awal lain kali...

huhuhu.....

tak mau la duduk rumah je ni...

help me!!!!!!


nota kaki: last minit suami ajak jenjalan, masalahnya hotel semua fully book dan sungguh hampa sekali jadi duduk KL je lepas tu tak ada back up plan lepas tu tension sorang2....


Thursday, November 4, 2010

~ Belajar Masak-Masak ~

2 minggu sudah, saya join kelas memasak kuih2 talam dan kuih2 tradisional. Dah lama teringin nak join kelas masak2 ni, tapi tak terpergi. Dalam banyak2 kelas memasak yang ada, kelas masak kuih talam yang berjaya menarik hati saya. Kalau buat kuih raya + kek bukan saya tak minat. Tapi peralatan pun tak ada. alat penimbang, loyang (ada 1 je kat rumah tu) dan segala macam benda pun tak ada.

Asalnya, saya ni bukanlah penggemar kuih muih talam atau tradisional. Tapi sejak2 umur nak mencecah angka 30an ni, barulah berjinak-jinak beli..Rugi pulak rasanya kalau tak belajar kan..lagipun rasanya bayaran kelas memasak ni berpatutan; RM150. Sebelum ni pernah survey online, kebanyakkannya RM250++. Lagipun tempat stategik, dekat Taman Samudera, Batu Caves. Tapi yang tak bestnya, start Januari 2011 ni kelas ni nak berpindah ke Klang...:(

Yang bertudung kuning tu Puan Pengajar; Hajah Noraini

Ini masa tengah buat kuih talam suji

Puan hajah mengajar cara2 membuat kelongsong kuih tepung pelita

Penuh satu talam..yang gumuk2 tu saya yang buat..hehehe

Kuih bakar yang sungguh harum semerbak..;)

Puteri ayu yang mengancam..serius resepi ni sedap!!

Bahagi sikit sorang..sama2 buat, sama2 rasa...


seperti biasa sesi bergambar beramai2...seharian memasak ni..dari 10.00pagi sampai 5.00 petang..tapi ilmu yang dapat tu memang sungguh berbaloi..

Sebenarnya banyak lagi gambar2 dibelakang tabir kelas memasak ni, tapi saya ada masalah mengupload (korang punye ok ke?)..everytime nak upload cuma boleh upload sekeping lepas tu macam hang..so kena save and edit balik..itu yang pasal tertangguh je entry ni, padahal dah 2 minggu dalam draft!! huhuhu...

InsyaAllah jika ada kesempatan saya nak join lagi kelas2 memasak ni..banyak course sebenarnya, buat kek, buat kuih, kek lapis dan macam2 lagi lah..

Sesiapa yang berminat boleh klik aniz baking centre...

nota kaki : tak try pun lagi, takut lupa je...huhuhu

Tuesday, October 26, 2010

~ Sekadar ingin menulis ~

Saya menulis kerna apa???  Mungkin saya mencari medium untuk luahkan perasaan. Kadang2 ada benda yang x boleh di bawa berbual. Takut nanti dikatakan poyos. Jadi bila menulis ni suka hatilah nak tulis apa pun. Tiada siapa yang larang tapi masih ada etikanya. Janganlah mencarut, memaki, menghamun, memprovokasi, memfitnah dan menyebarkan perkara2 yang boleh mendatangkan masalah.

Penggunaan bahasa dan gaya menulis juga terpulang. Ada yang suka menulis dengan gaya yang senang didekati (bahasa rojak/slanga etc) dan ada yang suka mengekalkan ciri2 penulisan macam zaman sekolah menulis karangan SPM kertas II. Saya dua2 pun suka. Sekali-sekala nak huhahuha, sekali sekala nak serius. Tengok mood juga.

Bila dah berumur begini baru saya sedar betapa saya ni susah diajak berbual jika berjumpa kali pertama . Contohnya..jika saya hadiri course @ paling simple kelas memasak yg baru saya pergi baru2 ini. Dah separuh hari baru saya bertegur sapa. Selebihnya saya hanya tersenyum. Takut dikatakan sombong pula. Kadang2 bila saya diam itu bukan bererti saya bad mood atau marahkan sesiapa. Memang jenis saya begini. Bila dah berborak tak tau nak berhenti..=)

Maka menulis ini seolah2 memberi saya ruang berkenal2..Mungkin di alam maya ini pun saya x semesra mana. Jarang sangat saya tinggalkan komen @ bertegur sapa. Tapi, ketahuilah tiap2 pagi sebelum mula bekerja cerita kawan2 bloggerslah yang saya cari. Buat bekalan semangat sepanjang hari..=)

Jadi saya akan terus menulis. Menulis segarkan minda saya. Menulis dekatkan saya dengan sumber2 ilmu. Menulis buka ruang supaya lebih terbuka. Menulis buat saya tersenyum. Dan menulis juga antara cara saya tenangkan hati dan bergumbira..lalalalala..

nota kaki: suka juge menconteng...=)
 
 
 
 

Monday, October 25, 2010

~ Lama x update ~

Macam lama je saya x update blog ni. Hari2 pun bukak. Hari2 pun tulis satu baris. =)

Bulan ni saya mula makan clomid, sepatutnya saya buat appointment di LPPKN sebaik sahaja hari period pertama, tapi disebabkan saya period pun dah petang jumaat. Sabtu dan ahad of course lah LPPKN tu tutup. Jadi setelah berbincang dengan suami, saya ambil clomid di klinik biasa. Jika tiada rezki juga bulan ini dan period saya pada hari bekerja bolehlah saya teruskan rawatan susulan di LPPKN. Tapi masih buat pertimbangan.

Clomid ni kena ambil selama 5 hari. Samaada mula hari ke-2 @ hari ke-3 (sila dapatkan nasihat doktor untuk info yang lebih tepat ye). Saya mula mengoogle simptom2 bila makan clomid ni. Saya mula rasa simptom kepanas2an sejak dari hari ke-3 maka clomid. Kalau tidur siap berpeluh2. Dan yang paling teruk simptom 'mood swing'. Ini saya kurang pasti samaada kesan dari makan clomid @ saya melayan emosi sendiri..=)

Bad mood, nak nangis je, hati senang terusik, naik hangin..dah macam taufan melanda...suami pun komplen..tapi saya cuma kata inilah kesan sampingannye..hehehe..kadang2 rasa macam saya je melebih2..layankan sangat..

Bab panas memang terasa..air 2-3L tu selamba je saya minum..kalau bergerak lebih sikit memang basah melencun.

Saya pun rasa malas mengupdate tu adalah kesan sampingan dari clomid. Sekian...=)