Tuesday, July 20, 2010

~ Suatu petang di LRT~

Nak cerita sikit ni...kebetulan ternampak drama swasta ni masa turun dari LRT kat Ampang. Bukan drama swasta macam gaduh2, tarik rambut sepak terajang tu..ini kisah drama anak dan ibu. Begini, elok je train berhenti..Kan orang ramai menderu2 keluar. Dari jauh dah nampak ada budak dalam umur lebih kurang 4-5 tahun tengah nangis2 bawa beg sambil follow ibunya. Tapi yang jadi x paham, si ibu tu menonong je..langsung x pedulikan anak..sampaikan ada yang pegang anak yang menangis tu, sambil tanya mana mak...
Sikit pun aku tengok si ibu x toleh belakang, orang keliling duk pandang2..sampai keluar dari stesen pun si ibu buat x tahu..yang anak ni of course la menangis tanpa henti..lagi la si ibu lajukan langkah siap tinggalkan anak ni dekat 1 meter jugak... dalam hati aku..gila ke apa ni..kalau anak tu terjatuh ke, motor kereta terlanggar ke, x ke naya...


Aku tengok je drama tu sampai kedua2 ibu dan anak ni hilang dari pandangan..dalam hati seriyes terdetik..kok marah sangat pun anak buat hal..boleh x sampai kat rumah baru tunjukkan marah tu..janganla tengah2 orang ramai nak buat perangai..malu la sikit orang tengok..jangan sampai orang judge..sebab kat hati aku memang terlintas..apa jenis mak ni..sorry..memang itu je yang terlintas dalam hati..

nota kaki : bagi aku, budak2 memang macam tu..kalau datang angin dia..x kira tempat x kira masa, diorang peduli apa..kita yang dewasa ni lah yang kena banyak2 istigfar...kena banyak sabar..


Monday, July 19, 2010

~ see..see..ni yang i x suke ~

Baru je i hepi2, siap buat entri dedikasi khas lagi

x sampai sejam pun suami telepon kembali

yang, kena pergila..si sukarelahati tu x boleh pergi..

sebabnya ada quota.. tapi bukan kasta

qouta si sukarelahati tu dah penuh.. x ada tempat kosong lagi

qouta i nye banyak kosong, so camane2 pun i kena hadirkan diri..

SS%$##%33@@###...:(

menyampah i..mula la i x de mood ni..

lagipun..i x pikir pun nak pakai baju apa lagi...

Warrggggg....huhuhuhu....

nota kaki: pompuan klu suruh pergi majlis, mula la cakap x de baju nak pakai..padahal lam lemari tu berkoyan2 baju..itu cakap suami i la. Dalam situasi i ni, baju yg berkoyan2 tu semuanya saiz dahulukala..

~ Yeayeah..i suke..i suke ~

Kenapa..???? Kenapa ...???

Tadi suami kol, ada orang sukarela nak pergi Hi-Tea Bakat @ Kelab Darul Ehsan, Ampang petang jumaat ni..

Cakap dengan suami, biaq pi la dia nak pergi, biar la senior2 ni yang berparti2...

i x kesah, x ralat pun..bukan i x suka bersosial2 ni, tapi x apa lain kali..

Masa i kan panjang lagi, suami i lambat lagi nak pencen dalam askar ni...hehehe..

nota kaki: Sabtu malam ada mess nite lagi, kat Nikko Hotel juga sempena Hari Ulang Tahun kor Ordnans Diraja (HUT)...


~ Hari Tanpa Beg Plastik @ Tesco ~

Ahad ialah hari membeli barangan dapur!!! Dah jadi rutin, walaupun x ada apa nak beli biasanya saya dan suami akan berjalan2 di sekitar Pasar Tani @ Pasar Pagi @ Pasaraya Hero (ada market pagi juga).

Ahad lalu terinigin nak pergi Tesco, katanya pagi2 meriah. Ikan dan lauk2 basah pun murah2. Sampai dalam pukul 9.00 pagi, matahari pun dah tinggi. Sebelum tu pusing2 di area Desa Pandan cum Jalan U-Thant. Tengok2 kuaters tentera. InsyaAllah kalau ada rezeki sebelum puasa nanti nak pindah sini. Nak kata kuaters ni baru, rasanya dah lama terpacak kat sini, tapi nampak macam kosong je..Moga2 ada rezki, suami baru nak bayar deposit api, sign agreement, matikan setem barulah dapat kunci...

Berbalik pada cerita pasal beg plastik..=)..Sebenarnya dah lama gila x sampai Tesco ni, walaupun sepelaung je dari rumah. Sampai2 je nampak notice SABTU & AHAD adalah hari tanpa beg plastik. Sebab dah plan nak beli lauk 2 basah, cakap dengan suami, beli je la sekeping 2 nak letak ikan ke ayam ke takut air menitis2 pula. Alih2 bila bayar memang TESCO x provide langsung beg plastik walaupun beli barang basah. x kesahla korang nak buat macam mana. Even, dekat cashier pun x jual. Memang tegar betul TESCO jalankan kempen ni. Salute toing3...=)

Mari ramai2 sokong kompen ni. Mulai hari ini, saya pastikan dalam kereta sentiasa ada beg serbaguna dan juga beg plastik lama2 untuk diguna semula....

nota kaki : Sokong kempen setakat yang mampu je...hehehe..tapi x apa, walaupun sumbangan kita kecil, tapi besar maknanya pada alam sekitar..


Friday, July 16, 2010

~ Perihal rumah ~

2 bulan x ada perkembangan pun. Alasannya tuan rumah a.k.a penjual kat oversea. Aduhai, kalu dah x tau kat oversea, selesaikan lah apa yang patut....geram la jugak, bila tanya lawyer..owner minggu ni balik, then nanti dia settle segala hutang dia. Minggu ni x balik jugak, kol agen..agen cakap..oh minggu depan owner baru balik..tension ni..time nak booking dulu, nak bayar 10% bukan main lagi letak dateline..nak cepatla..owner nak pakai duit la..habis tu kalau nak cepat, jangan la terhegeh2..boleh transfer duit apa dari oversea..setakat nak bayar hutang maintenence yang x banyak mana tu..

Kenapa documents semua pending??? even SPA pun belum stamp. Rumah yang saya beli tu leasehold, jadi saya memerlukan surat consent dari Pejabat Tanah, bila consent dah dapat baru boleh proceed dengan documents yang lain. Masalahnya untuk submit surat mintak consent dari Pejabat Tanah, lawyer perlukan salinan resit Cukai Tanah terkini (cukai tanah bagi rumah apartment/flatted masih dibayar oleh developer). Masalahnya developer x nak keluarkan resit dan surat pengesahan selagi owner belum selesaikan hutang (ini standard procedure, selain nak jaga kepentingan developer, takut owner x bayar dan bukan tanggungjawab pembeli untuk selesaikan hutang si penjual ok).

Jadi kepada sesiapa di luar sana yang ingin menjual hartanahnya x kira sama ada rumah dia atas tanah (rumah teres, banglo, semi -D dsbgnya) atau rumah bertingkat2 (flat, apartment. kondo) pastikan ANDA MEMBAYAR :-

1. Cukai Tanah @ Quit Rent [setahun sekali je, x mahal pun kalau umah flat kecik tu x sampai RM20 pun]

2. Cukat Pintu @ Assessment [2 x setahun; 1st half ( Jan - Jun) & 2nd half (July -Dec)]

3. Duit Penyelenggaraan @ Maintenance Fee [untuk rumah flatted sahaja, tolongla bayar supaya tunggakan x cecah ribu2]

4. Bil Pembetungan, IWK @ Sewerage bill [ lihat senarai cas bulanan di sini IWK ]

Ini adalah tanggungjawab anda sebagai pemilik rumah. Tunaikan jangan lalai...sekian...=)

nota kaki : dah lah tenant nak pindah..huhuhu..ada sape2 nak sewa..RM900 je sebulan..