Monday, August 30, 2010

~ Rezeki Ramadhan...Alhamdulillah ~

Minggu lepas saya agihkan Frozen Resolles untuk teman2 ofis mencuba. Alhamdulillah, sudah ada yang mengorder. Saya jual 1 bekas ada 10 biji Resolles berharga RM10.00. Mahal ke?? Tapi proses membuatnya pun agak renyah, memakan masa. Walaupun bahan2 nampak ringkas, tapi berpeluh2 la juga saya didapur..=)

Bahan2 yang saya guna juga segar dari supermarket. Semuanya saya buat sendiri..Cincang ayam, dadu kentang & lobak. Membuat kulit Resolles pun memakan masa. Masih terkial2 lagi menebar kulit Resolles dalam kuali. Ada tebal ada nipis..InsyaAllah sedikit hari lagi mungkin saya lebih mahir..=)

Paling sesuai dimakan tatkala bersahur. Mudah. Sebelum tidur keluarkan dari freezer, bangun sahur cuma goreng sahaja. Hari2 biasa boleh dijadikan juadah minum pagi @ petang. Boleh juga buat bekal anak2 ke sekolah. Pendek kata, boleh di makan bila2 masa...=)

Moga2 ramai kengkawan yang ulang order...Moga2 murah rezeki saya...Amin

nota kaki : Tanpa pengawet, tanpa pewarna tiruan tapi ada bahan perasa (pati ayam Knorr@ Cukup Rasa)


Thursday, August 26, 2010

~ Frozen Resolles: Free Sample~


Hari ini saya agihkan sample frozen Resolles kepada ofismates...Semalam batch pertama saya berikan kepada penggemar hardcore Resolles. Alhamdulillah..review darinya amat menyenangkan hati saya..Cuma saiz mungkin kena lebih besar sedikit, packaging juga kena lebih menawan. Itu akan saya cuba usahakan..

Balik ni kena buat marketing strategy. Kena kira kos, tengok boleh untung ke tak..Saya bukan nak kejar profit margin yang tinggi pun...Cuma nak cari side income je..Alang2 saya ada masa...=)

nota kaki: Bos kat ofis saya pun ada jual frozen murtabak...sendiri bikin..itu yang jadi sumber inspirasi...


~Yeyeh...Terima Kasih Kerajaan Malaysia..=)

Bukan saya..saya kerja swasta, tiada bonus raya. Suami yang dapat, extra RM500. Kami hepi. Bolehla buat top up belanja raya. Raya tahun ni budget sederhana, banyak sangat keluar duit 2-3 bulan ni. Keluar duit beli rumah, pindah masuk kuarters pun guna duit dan paling latest sekali cat & baiki(sikit2) rumah yang dibeli tu sebab ada tenant nak masuk sebelum raya ni. Fuh..duit keluar macam air..Jadi, raya memang bukan keutamaan lagi. Ala kadar....

Budget Raya Saya:-

1. Duit raya untuk mak, abah, mertua, adik2 yang belum abis belajar & anak2 buah

2. Duit raya kecik untuk budak2 yang datang beraya dan anak sepupu belah suami [ramai gila..suami ada 12 sepupu dari 1 makcik]

3. Kuih raya; max 4 jenis tapi kena sediakan untuk 2 keluarga

4. Baju raya saya & suami belum beli lagi [beli baju sepasang 2 je, tudung pakai je la yg mana ada]

5. Service kereta sebelum raya, perjalanan jauh jadi kena siap sedia

6. Duit tol & minyak; duit kecemasan pun kena ada..[penah tayar pancit atas highway, masa tu kat Butterworth..huhuhu..]

Itu je..=)..yang penting belanja dengan berhemah, jangan nanti lepas raya pening kepala..duit x ada..makan megi lor..


nota kaki: Raya x semeriah zaman kecik2 dolu.....

Wednesday, August 25, 2010

~ Kuih Janda Berhias @ Resolles

Kawan saya kata kuih ni namanya Janda Berhias @ nama lainnya Resolles..=)
Kuih ni kawan ofis saya yang suka makan, selalu dok canang betapa lazatnya rasa resolles ni. Itu yang saya berkobar2 cari resepi.

Resepi ni saya dapat dari tukang masak di Fotopages yang bagi saya cukup hebat..hehehe..kebanyakkan resepi akak ni pun senang follow. Sumber rujukan utama saya..kalau teringat nak masak apa2, mesti pergi ke page akak ni dulu..cari resepi. Boleh dikatakan 70% masakan saya berresepikan akak kita ni..Tq bebanyak  Kak Madiha sebab share resepi2. Kira macam mentor la jugak...=)

Resepi Janda Berhias ni boleh amik kat page akak ni ye..disini..X larat nak tulis balik..Banyak sangat step. Kalau ikut betul2 resepi ni InsyaAllah jadi. Cuma saya x letak daun sup je dalam inti. Ingatkan ada stok kat rumah, rupanya dah habesss....

Kesimpulannya, saya suka kuih ni. Shedap! Sesuai ngan nama..Suami pun suka..Berbaloi saya lintang pukang kat dapur menyiapkan kuih ni. Walaupun agak renyah, tapi cukup puas hati.


Nota kaki: Bercadang2 nak buat frozen Resolles. Agak2 ada orang nak order tak?


Friday, August 20, 2010

~ Kuih Ketayap Saya =) ~

Ini kuih kesukaan suami, suami cukup suka kuih manis2 lagi2 inti kelapa sira. Saya suka kuih yang savoury. Manis2 ni x boleh pi...=)

Inti kuih ketayap ni saya guna yang lebihan buat kuih bom. Bahan2 untuk adunan kulit ketayap ni ialah tepung gandum 1 cawan, susu cair (sepatutnya pakai santan, tapi dah habis), mentega (cairkan dulu), telur sebiji (saya x guna pun), garam, pewarna hijau dan sedikit air. Nak senang blender semua sekali, kemudian tapis. Adunan tu kena cair macam nak buat roti jala/ kuih cara.

Kalau ikut resepi, daun pandan tu ikat segumpal guna untuk oles minyak dalam non stick pan. Tapi saya cuma guna kitchen tissue je. Oleskan minyak sedikit dan letakkan adunan, ratakan dan buat senipis mungkin. Masak sebelah bahagian je. Dah masak, angkat panas2 tu terus gulung inti. Ulang proses ni sampai siap..=)

Popia ayam + kentang. Ini pun lebihan juga, lebihan inti karipap. Malas nak uli tepung saya gulung je dalam kulit popia. Sungguh x rasa bersalah makan yang berminyak2 ni..hehehe..yummy...

nota kaki: semalam x masak nasi, suami nak makan bubur+telur masin+ayam goreng kunyit..senang kerja saya ..=)