Thursday, August 19, 2010

~ Opocot BOM!!!..Kuih Bom..~

Sepanjang Ramadhan ni, nampaknya entry saya akan berkisar tentang makanan je..Hari ni baru 9 Ramadhan, maka akan ada lebih banyak lagi entry pasal makanan di masa akan datang..hehehe

Kuih Bom Saya. Inti kelapa sira. Susah juga nak kontrol api. Itu yang ada kaler hitam2. Cubaan pertama tidak berapa menjadi. 6/10. Suami kata kulit agak tebal, patut nipis lagi. Saya pun x pasti sebab saya x pernah makan kuih bom selama ni. saya x gemar..;(..tapi sebab suami suka, saya pun cuba. Hari ni nak beli sebiji kuih bom di PARAM. Nak rasa, nak bandingkan dengan yang saya punya...=)

Resepi Kuih Bom saya:
1. Kulit luar
Tepung pulut (1 cawan), tepung gandum (1-2 sudu), sedikit kapur makan, garam dan gula (letak dalam 2-4 sudu, untuk mengelakkan kuih bom meletup kena letak gula..ini petua yang saya baca). Campur semua bahan2 ni dan tuang air perlahan2. Uli sampai adunan x melekat di tangan.

2. Inti kelapa sira
Gula melaka/nisan,kelapa parut,daun pandan,tepung gandum (1 sudu)
Panaskan gula melaka/nisan sampai cair. Masukkan kelapa parut dan daun pandan. Kacau dan masak hingga mesra. Agak2 nak kering bancuh tepung gandum dengan air (sebagai ejen pemekat). Kacau sehingga nampak likat.

* Gentel adunan bulat2, letak inti...gentel lagi..tabur bijan kat sekeliling kuih then goreng api perlahan..betul2 perlahan sebab bijan cepat hangit..=)

Ikan percik saya. Sungguh gigih rasanya membakar ikan di dalam rumah..hehehe..Bakar ikan  (garam+kunyit) atas grill pan sampai masak. Then, sapu kuah percik. Senang je...

Resepi Kuah Ikan Percik Saya:
Cili kering, bawang merah, bawang putih, serai (nak wangi, letak lebih sikit pun x apa), halia {blender}, santan, gula nisan, air asam jawa

Panaskan semua sekali bahan2 tadi sampai pecah minyak. Itu je..=)


Sambal Sotong. Saya suka buang kulit sebab nampak lebih cantik..=)

nota kaki : lebihan kelapa sira tu nak buat kuih ketayap...



3 comments:

PUANSTOBERI said...

ha..kagum..kagum...sbb buat kuih bom. Haa..seronoknya dpt masak bagai2 lps balik dr opis. Reen ni tak merasa la. Masak pun dpt yg simple2 je. Mmg kalo boleh tak nak pun beli2 nih. Selain mmg tak abis, lps tu salu yg tak menepati selera nih. Uishhh...

Asma said...

PnStroberi
He3..tq2..masak x tau la ape rasa..sian suami kena jadi tukang rasa..tp klu masak x sedap boleh la oter2 lagi. Klu beli x sedap..sia2 je yg jual tu kena maki...=)

Iman's Umi said...

Wah kuih bom awk sebijik cam kt kedai punya...menjadik