Thursday, June 23, 2011

Makan2 Ala Western

Alhamdulillah..selesai sudah majlis makan2..Harap semua kenyang la ye. Petang semalam saya sampai rumah dalam 5.15 petang gitu..sembang2 kejap, salin baju terus je operasi masak memasak. Suruh suami vakum carpet, sapu sampah & basuh toilet..Time orang nak datang la baru kalut kan..Kalau duduk berdua  walaupun nampak habuk dan rambut bersepah atas lantai..masing2 pakat tengok je..hehehe


Tetamu sampai dalam 8.30 tepat. Makanan kebanyakkannya dah siap, dalam pukul 9.00 tu rumah memang dah penuhla . Nasibla ada kawan2 perempuan suami yang tolong2 grill kan ayam, goreng resolles dan nuget. Ringan tulang betul depa ni, siap tolong basuh pinggan dan kemas meja sampai clear...lega...=)


Tugas suami cuma bancuh air..tak jadi nak buat tembikai laici..leceh!! so just buat air laici je...bukak tin dan tuang. pastu time kalut2 dengan berpeluh2 nak siapkan meja, saya pun serahla kamera kat suami suruh amik gambar makanan. Ye lah, kan bini nak upload dalam blog & FB bagai. Bolehnya dia lupa..sama kalut ngan saya..dia bagi tau lupa ambik gambar pun masa tetamu semua dah balik. Boleh tu bagi idea..yang  kita susun je balik makanan yang belen-belen ni..apakah..nak marah ke tak nak..sedih la sikit..ai nak la simpan kenangan keringat ai yang jatuh dalam makanan tu kan..hehehe...

Ada sekeping je yang mampu saya simpan..agak2 kabur tapi saya masih kenal la apa yang saya masak tu...peringatan tuk diri sendiri..kalut macamana pun..ambik napas jap, berhenti buat keja..5 minit je..pergi snap gambar..1...2..3..=)




Jadi la dari takde..sedihnya saya..huhuhuhu..Ye lah masak memasak dah la 95% saya buat..mintak tolong amik gambar je...ambik gambarrrrrrr...:(



Wednesday, June 22, 2011

Sneak Peek : Menu Makan2..:)

Serious ah rasa nak pengsan. Pukul 1.30 baru tidur. Penat tak usah cakapla..Rasa macam nak beli dapur yang banyak tungku je (p/s: dapur kat umah saya tu jenis yg 2 tungku je..)..Barulah cepat kerja saya nak masak memasak ni.


Sambil saya renehkan sos bolognese, saya siang ayam..Buangkan tulang. Bayangkan 4 ekor ayam saya nak deboned. Bagi saya banyak tu....Kalau setakat buang tulang ayam je mungkin tak jadi hal..Masalahnya banyak lagi benda lain nak kena buat. Kejap2 kacau sos..Lepas tu berhenti siang ayam kejap, gentel pulak daging buat meatball. Sambung balik siang ayam. Dapur yang satu lagi pulak saya masak sup cendawan. Berhenti lagi siang ayam sebab nak blender sup..lepas blender tuangkan krim dan susu..api pun sederhana je..biar masak slow2...


Sambung balik siang ayam..apa yang lama benor menyiang ayam ni yong???? Ate..memang le lame..saya ni amatur..kalau skill dari 10, saya ni skill 3 je..terhegeh2..Itulah..nak jimat punya pasal..tak mau beli yang siap2 deboned..mahal wey..tak berbaloi lak beli..at least beli ayam yang sekor2 ni..tulang temulang tu boleh la buat sup..

Dekat pukul 10.00 malam baru settled siang ayam..sup cendawan dan bolognese pun siap masak..Saya start masak pukul 8.00 malam..2 jam tau mengadap ayam..Kemas2 lebih kurang..saya siapkan barang nak buat dessert..pastu berangan tak hengat..nak buat dessert sampai dua..barang2 pun dah beli kan..so nak tak nak kena la buat. Mula2 buat triffle..masak kastard dan jelly dulu. Susun marble kek satu lapisan dan tuang kastard..biarkan keras sikit. Masa tengah keraskan kastard ni, saya curi2 pukul whipped cream dan cream cheese untuk buat tiramisu. Tangan kiri kanan bekerja...kaki ni rasa kematu la jugak..berdiri punya lama..


Dah siap dessert sambung buat resolles lagi sikit, pastu buat coleslaw sambil2 tu saya rebus telur untuk buat 'devil eggs'. Dah siap semua2 ni barulah saya marinate ayam dan sosej. Ayam separuh saya grilled separuh lagi saya salut dengan breadcrumbs dan goreng.


Semuanya saya buat tanpa pertolongan suami..Suami ai sibuk uoallls..huhuhu..pukul 12.00 malam, saya call suami bagitau kalau lainkali nak buat makan2 kena la dia tolong sekali...tak larat tau sorang2..mana nak cuci mengemas semua..tapi sebenarnya saya pun seronok kalau kawan2 datang makan..penat tu memang la penat..tapi kepuasan..kepuasan..hahaha..

Ni saya tepek sikit2 gambar yg saya ambil semalam..abaikan pencahayaan sebab dah tengah malam..harap maklum....


Sup cendawan berkrim, saya campur cendawan butang putih dan coklat


Sos bolognese dan meatball..tambah cendawan juga



Cubaan pertama..Peach Triffle...


Kek Tiramisu Simple..belum siap deko lagi..



Homemade Chicken Nuget

Yang lain2 tu dah tak larat nak ambil gambar..Kalau sempat kaki tangan saya bekerja hari ni..Saya ambil gambar makanan yang saya hidangkan buat tetamu nanti..Itu pun kalau saya tak kelam kabut la...=)



Tuesday, June 21, 2011

Trilion Things To Do..;)

Assalamualaikum dan bersiaran kembali..=)

Lama betul saya menyepi..Sibuk amat!! Gerai yg nak dibuka, InsyaAllah awal bulan 7 ni pun masih banyak benda yg nak dibuat..huhuhu..serious takut wey...

Jumaat ni pulak last day saya kat ofis setelah lebih 7 tahun berkhidmat kat sini..Tapi itu kita citer later2 k. Selain kepala saya yang makin serabut mana nak start gerai, kesibukan saya akan ditambah dengan makan2 sempena suami habis kursus esok!!..ESOK..pengsan..hari kerja tau..pastu siap order nak makan western..hamboi..tapi ikutkan je la..sebabnya, saya tahu..lepas ni memang takdela nak buat makan2 ni...

Suami cakap dalam 15 orang kot nak datang. So..berpusing kepala saya memikirkan idea yang nak di masak..Yg paling penting penyediaan la..Kalau semua nak buat esok, maka kita akan makan pukul 12.00 malam..hehehe..

Menu yang dalam kepala saya ni banyak, kalau cukup kudrat saya nak masak :

1. Mushroom creamy soup + garlic baquette : sup kena buat malam ni then esok panaskan je n kena siapkan garlic spread; butter+garlic+mix herbs

2. Homemade chicken nugget : ni dah buat frozen siap2 weekend lepas

3. Resolles : ni pun dah buat frozen

4. Grilled sausages : Ni dah beli, malam ni marinate je.

5. Grilled chicken chop: Malam ni kena marinate gak

6. Fries : Beli yg frozen je

7. Meatball bolognese speghatti : Malam ni kena siap2 buat sos dan frozenkan

8. Seafood fettucini : Malam ni kena siang udang + sotong

9. Blackpepper sauce : Pun kena buat malam ni

10. Mix Salad : Dah beli siap, esok hidang je dengan thousand island

11. Kek coklat kukus : pun kena buat malam ni

12. Triffle : Pun kena buat malam ni

13. Air tembikai laici @ lemon tea

Tambah sikit lagi..hehehe..coleslaw and mashed potato..=)
Senang kata semua lah buat malam ni..hahahaha..pukul berapa i nak tido  ni yang..sebab u i sanggup berkorban..uhuks...

Tips saya kalau nak buat makan2 ala western:-

1. Pasta boleh rebus awal. Gaulkan dengan minyak zaitun, biarkan sejuk dan simpan dalam fridge.

2. Sos bolognese ambil masa lama nak masak so kena masak awal. Lagi pun saya suka pakai fresh tomato..so masak dalam api perlahan sampai pekat..biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais gak.

3. Ayam (atau apa2 je la) yang nak kena marinate, buat pagi2 sebelum pergi kerja. Lagi lama terperap lagi sedap.

4. Makanan yang dalam frezer macam fries, sosej, nuget dan resolles keluarkan sebelum pergi kerja.

5. Sos dan sup pun boleh buat awal. Kalau bekukan, pastikan sebelum pergi kerja da keluarkan dari freezer.

6. Tomato dan daun salad bersihkan siap2 dan toskan kering baru simpan dalam peti ais.

7. Keluarkan & letak tepi pinggan mangkuk, sudu garfu senduk yang nak guna..=)

Kalau cukup tangan saya malam ni..saya snap2 sekali gambar preparation masak-memasak. Mana tau kot korang kena buat makan2 time kerja..so adalah tips sikit yang boleh membantu...=)

Bersiap sedia untuk kerah tenaga..yang, habis kursus ni kita pegi jalan2 dulu nak..lepas ni tak tau la ada lagi ke masa nak beromantik2..sedih2..







Friday, June 10, 2011

REZEKI

Maha Suci Allah yang memberi rezeki kepada hamba2Nya..=)

Assalamualaikum..

Lama betul saya tak update..jenguk tiap2 hari tapi tak tau nak tulis macam mana. Ten..ten..ten..Dengan ini saya maklumkan bahawasanya saya telah mengambil keputusan berhenti kerja sepenuh masa dan mula berniaga sendiri secara kecil-kecilan...Sekian.

Ye betul..korang semua tak salah baca. Berat sebenarnya nak lepaskan kerja sekarang. Tapi di sebabkan semangat dan minat yang membara ni saya nekad dan cekalkan hati. Sekarang saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T.

InsyaAllah, awal bulan 7 ni saya akan mula berniaga gerai makan di area pekan Kajang. Tempat ni ala-ala medan selera. Ada dalam 10 buah gerai yang jual menu yang berlainan. InsyaAllah, saya akan berniaga NASI LEMAK BERLAUK dan CUCUR UDANG SET.

Nanti bila dah siap papan tanda dan menu saya akan update kat sini. Banyak lagi benda yg saya kena settlekan..kerja kat ofis pun byk yg tak clear lagi..ye lah dah 7 tahun saya kerja..tak pernah lak nak geledah drawer n bawah meja ni..entah2 ada tikus mati...hehehe..Sebenarnya tak tau nak mula dari mana..:(

Keputusan yang saya amik ni pun agak tergesa2 sebenarnya. Memang ada plan untuk start meniaga makanan. Tapi takdelah secepat ni..Ingatkan dalam masa 5 tahun lagi..lepas ada anak ke..tapi itulah, kita hanya merancang..Allah yang menentukan segalanya.

Doakan saya k..Saya hepi dalam takut. Sungguh takut ok. Takut bisnes tak berjaya. takut takde customer..takut makanan tak sedap..takut tak cukup nak pusing modal..macam2la..

Cuma saya niat 1 je..Saya cari rezeki kerana Allah Taala dan dalam masa yang sama saya nak meningkatkan ekonomi keluarga. Saya akan usaha sehabis tenaga, kerah kudrat yg ada. Berpenat pun tak apa, asalkan usaha saya ni berjaya.

InsyaAllah, saya akan hidangkan makanan yang memuaskan hati pelanggan, menepati selera dan harga berpatutan dengan ekonomi sekarang.

Saya jemput semua blogger2 singgah ke gerai saya bila dah start meniaga nanti. Yang duduk di area Kajang, Bangi, Serdang dan sewaktu dengan nya meh la try nasi lemak saya..Yang kebetulan lalu di belah sana pun kalau tak tau nak makan mana, tak dehal punya..kedai saya sentiasa terbuka..tapi malam je la ye...hehehe..

InsyaAllah, waktu berniaga dari pukul 6.00 petang sampai 2.00 pagi..=)

ops lupa..sesiapa yang nak berkarok pun boleh datang..kat sini boleh nyanyi2..=)



Friday, May 27, 2011

Puding @ Agar-Agar Mangga

Jangan tanya kenapa kaler puding saya macam ni...hehehe..Bila main resepi campak2 memangla akan jadi cenggini. Mulanya saya nak buat puding mangga berkastard. Saya pakai agar2 tali tapi sikit je sebab nak letak dalam cup dan makan scoop dengan sudu. Ala2 lembik gitu..Alih2 terlembik sangat, so saya pun beli agar2 serbuk. Rupanya agar2 tu memang datang dah ada kaler..Manala saya tau, ingatkan kaler clear je macam agar2 tali tu..

Bila masak je..ops..agar2 merah ke..bila campur dengan adunan kastard yang kaler kuning so bertukar la ia kepada kaler keorenan. Tak kisah la kan asal boleh makan. Bila dah letak agar2 serbuk saya salin agar2 tu kedalam mould. Jadilah macam ni..=)


Saya cincang mangga fresh dan campurkan ke dalam adunan agar2..



Tatttara...bila makan tu boleh la terasa2 kemanisan mangga sekali..panas2 macam ni makan agar2 sejuk baru keluar peti ais...perghhhh...