Friday, June 10, 2011

REZEKI

Maha Suci Allah yang memberi rezeki kepada hamba2Nya..=)

Assalamualaikum..

Lama betul saya tak update..jenguk tiap2 hari tapi tak tau nak tulis macam mana. Ten..ten..ten..Dengan ini saya maklumkan bahawasanya saya telah mengambil keputusan berhenti kerja sepenuh masa dan mula berniaga sendiri secara kecil-kecilan...Sekian.

Ye betul..korang semua tak salah baca. Berat sebenarnya nak lepaskan kerja sekarang. Tapi di sebabkan semangat dan minat yang membara ni saya nekad dan cekalkan hati. Sekarang saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T.

InsyaAllah, awal bulan 7 ni saya akan mula berniaga gerai makan di area pekan Kajang. Tempat ni ala-ala medan selera. Ada dalam 10 buah gerai yang jual menu yang berlainan. InsyaAllah, saya akan berniaga NASI LEMAK BERLAUK dan CUCUR UDANG SET.

Nanti bila dah siap papan tanda dan menu saya akan update kat sini. Banyak lagi benda yg saya kena settlekan..kerja kat ofis pun byk yg tak clear lagi..ye lah dah 7 tahun saya kerja..tak pernah lak nak geledah drawer n bawah meja ni..entah2 ada tikus mati...hehehe..Sebenarnya tak tau nak mula dari mana..:(

Keputusan yang saya amik ni pun agak tergesa2 sebenarnya. Memang ada plan untuk start meniaga makanan. Tapi takdelah secepat ni..Ingatkan dalam masa 5 tahun lagi..lepas ada anak ke..tapi itulah, kita hanya merancang..Allah yang menentukan segalanya.

Doakan saya k..Saya hepi dalam takut. Sungguh takut ok. Takut bisnes tak berjaya. takut takde customer..takut makanan tak sedap..takut tak cukup nak pusing modal..macam2la..

Cuma saya niat 1 je..Saya cari rezeki kerana Allah Taala dan dalam masa yang sama saya nak meningkatkan ekonomi keluarga. Saya akan usaha sehabis tenaga, kerah kudrat yg ada. Berpenat pun tak apa, asalkan usaha saya ni berjaya.

InsyaAllah, saya akan hidangkan makanan yang memuaskan hati pelanggan, menepati selera dan harga berpatutan dengan ekonomi sekarang.

Saya jemput semua blogger2 singgah ke gerai saya bila dah start meniaga nanti. Yang duduk di area Kajang, Bangi, Serdang dan sewaktu dengan nya meh la try nasi lemak saya..Yang kebetulan lalu di belah sana pun kalau tak tau nak makan mana, tak dehal punya..kedai saya sentiasa terbuka..tapi malam je la ye...hehehe..

InsyaAllah, waktu berniaga dari pukul 6.00 petang sampai 2.00 pagi..=)

ops lupa..sesiapa yang nak berkarok pun boleh datang..kat sini boleh nyanyi2..=)



3 comments:

Syue Mustafa said...

Semoga berjaya ya Asma. Insyaallah mesti ada pelanggan. Syaratnya masak dengan seikhlas hati macam kita sendiri nak makan.

Irtiyah said...

Salam

semoga berjaya. mungkin Asma dah tahu... saje kongsi.. ada tips orang yg berjaya dalam perniagaan.. banyakkan sedekah.

senyum selalu dengan pelanggan :)

Buyuiazliana said...

wow!!lately ni rmi kawan2 aku dh move on for better life!aku doakan ko

sila ckp betol2 di mana area kajang tu, adik aku dok kajang maybe one day aku akan pergi jenguk :)