Wednesday, November 10, 2010

Plan

Hidup mesti ada plan..perancangan..aturan..macam berat je topik yang nak dibincangkan..hehehe..bukan apa bila saya berkahwin dengan askar memang hidup tiada perancangan. Just go with the flow..macam lalang..

Bukanlah tiada perancangan masa depan...Tapi....perancangan bercuti..perkara terakhir yang suami akan fikir adalah bercuti..tak kira cuti-cuti biasa, cuti-cuti luar biasa seperti hari raya...

Contoh 1:
Ini yang paling latest, cuti deepavali hari tu sepatutnya nak pergi Melaka..Tapi 2 hari sebelum hari kejadian baru suamiku tersayang konfirm nak pergi..sebelum tu asyik, ada urgent kerja nak kena buatla..tak boleh decide la..tak ada orang kat ofis la..macam-macam hal..sehari suntuk saya cari hotel,  tapi semua dah habis..yelah..last-last minit baru mencari..sudahnya kami melopong dirumah..padan muka..

Contoh 2:
Semalam abah mertua ada regular check up kat SP..suami dah planning sejak dari hari raya puasa nak balik temankan abah. Sebenarnya dia nak jumpa doktor, then nak suruh doktor marah abah especially pasal makan dan exercise..sebab anak2 dan menantu2 tegur pun abah buat derk je...alih-alih seperti biasa, minggu lepas keluar memo suruh hadir meeting di Ipoh. jadi apa yang telah dirancang, lebur di tengah jalan...

Contoh 3:
Raya haji plan nak balik beraya di kampung saya, tapi hingga ke saat ini, suami masih diam dan ada ura-ura tak dapat cuti..nampaknya beraya berdua di KL..kepada warga-warga KL yang beraya disini, jemputlah saya beraya ke rumah..hehehe...

Contoh 4:
Saya ada beli voucher Genting Highland sebelum puasa dan tarik matinya pada 31 Januari 2011. Sampai sekarang tak guna-guna sebab tak boleh nak booking in advance..nampaknye voucher tu akan hangus, sebab baru-baru ni check (kebetulan kawan nak beli voucher tu dari saya) allocation untuk voucher pun dah penuh..adalah 2 -3 tarikh, tapi konfim tak boleh pergi punyerrr...terbang melayang duit ku..pengajaran, jangan menggatal beli voucher whatsoever konon boleh paksa suami bercuti sebab dah beli...

Banyak lagi contoh-contoh lain..infiniti bilangannya..selalu sangat plan tapi tak jadi..tiket Air Asia yang berjuta-juta free tu memang tak pernah saya pandang, bukan eksen, tapi tak guna..membazir je saya book nanti tak jadi...

Bulan 3 tahun depan ada plan dengan kawan nak ke Pulau Lang Tengah, tapi kena booking seawal bulan januari untuk dapatkan harga murah istimewa early bird..dah bagitau suami, dia cuma  angguk kepala je..mungkin dia malas nak bersuara sebab dia tau plan awal-awal pun tak guna....:(


nota kaki : dah kawin ni kena lah tolak ansur..


Tuesday, November 9, 2010

My cheesy wedges yang tak berapa nak jadi

Konon nak suprisekan my hubby..Konon nak buat the best cheesy wedges ever..tapi...why?   why?..huhuhu...why tak jadi...kaler dah sama..rasa cuma 70% je, sepatutnya macam masin-masin kan..sebab ada cheese..tapi macam lack of something yang buat saya feninla..fenin..my cheesy ada rasa lemak manis..hati kuat mengatakan berpunca dari yogurt yang saya guna..kalau ikut resepi suruh pakai yogurt asli, tapi saya beli yogurt jenama dutchlady yang original rendah lemak kurang kolesterol..besar kemungkinan ia merubah rasa cheesy saya..huhuhu..

Jangan mengalah..cuba lagi...tapi sayang la, cheese dah habis guna, punyala nak adjust rasa...

beginilah rupa cheesy wedges saya...

*

*

*

*

*

*

tak piping pun sos tu, ambik sudu sapu-sapu je atas kentang..tengokla betapa 'kental' dan pekatnya sos cheese saya itu....frust sungguh!!!!

Jumaat Lalu : Ops Pokok Bunga

Setelah dibincang-bincang saya dan suami mulakan perjalanan ke Sungai Buloh selepas solat Jumaat. Melalui tol Jalan Duta hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Jalan tak banyak kereta macam ini jalan ana yang punya...=)

Misi mencari pokok bunga. Tapi tak nak yang berbunga-bunga..nak dedaunan kehijauan yang tak memerlukan cahaya matahari yang maksima untuk jalankan proses fotosintesis atau dengan kata mudah nak beli pokok yang boleh hidup dalam rumah. Kebanyakkannya pokok jenis keladi.

Pusing-pusing selepas keluar tol menghala ke Hospital Sungai Buloh dan ada 1 simpang yang tunjuk ada nursery bunga dihadapan dan bila sampai bersusun nursery bunga sebelah menyebelah dan ada yang jarak 500m antara 1 sama lain..


Ini contoh pokok yang tak memerlukan sangat cahaya matahari, tapi tak beli sebab harga RM70. Cari yang kecik sikit la, lama-lama jadi besar macam ni jugak..


Ini sebenarnya pokok idaman...kalaulah rumah banglo sebiji atau teres corner memang saya rembat pokok ni..


Lagi contoh pokok-pokok yang sesuai letak dalam rumah..ini saya suka, tak serabut sangat..cari yang satu pokok satu pasu..simple..


Ini pula sesuai untuk yang ada laman la..memang kena cahaya matahari 100%..cantikkan kalau buat taman letak pokok-pokok ni..saya suka..=)


Ini water fountain yang simple..kitorang sempat singgah kedai yang jual water fountain yang cantik-cantik, tapi setakat cuci mata je..(lupa nak amik gambo)


Kalau tengok bonsai-bonsai ni memang tertawan hati la..harga je yang merobek hati..tak mampu wei nak beli..


Kalau bunga-bunga, saya suka bunga kertas..old time favourite..tahan lama ..senang jaga..


ini roselle yang buat air dan jem dan boleh buat asam kering macam yang jual kat Cameron Highland tu


Dan ini yang saya beli..pokok lucky bamboo ni dengan pasu dan segala bagai kat dalam ni baru RM12.00..letak dalam rumah..siram 2 hari sekali je..


 Pokok ni murah je RM6.00, tapi pasu mahal sikit..saya suka sangat dengan tekstur daun tu..walaupun tak ada kaler2, tapi tetap ada serinya..ini saya letak atas rak kasut kat luar rumah..

Dan ini kat luar rumah, pokok yang simple je..letak sikit batu2 putih..satu plastik besar batu tu cuma RM10. x habis pakai pun ada lagi 3/4 balance...

Saya beli sepasang letak kat depan rumah, pasu kaler purple...lain kali nak tambah lagi..hehehe..buat taman kat koridor..


Nasib lah suami rajin melayan kerenah..tak adala beli banyak sangat..lagipun kena try test dulu..ceruk mana sesuai letak, bahagian mana kena tambah..kalau beli sekaligus banyak, takut x sesuai pulak...InsyaAllah lepas ni mau ke Sungai Buloh lagi..misi mencari bunga orkid pula..stok kebanyakkan habis sebab Deepavali, ramai yang datang beli..

nota kaki : suka lihat kehijauan..tenang minda badan sihat otak cergas...go green!!! =)


Friday, November 5, 2010

Happy Deepavali...1Malaysia maaa..=)


Salam Pesta Cahaya...Deepavali Valthukal ..Happy Deepavali...

Saya pun happy, sebab cuti 3 hari..

Hujung2 tahun begini bila dapat cuti free memang rasa hepi sekali

Tapi....

Saya tak ada apa2 plan lagi...

Rugi-rugi...

Hanya berbaring dan mengadap tv ..

Rugi-rugi..

Itulah, plan awal-awal lain kali...

huhuhu.....

tak mau la duduk rumah je ni...

help me!!!!!!


nota kaki: last minit suami ajak jenjalan, masalahnya hotel semua fully book dan sungguh hampa sekali jadi duduk KL je lepas tu tak ada back up plan lepas tu tension sorang2....


Thursday, November 4, 2010

~ Belajar Masak-Masak ~

2 minggu sudah, saya join kelas memasak kuih2 talam dan kuih2 tradisional. Dah lama teringin nak join kelas masak2 ni, tapi tak terpergi. Dalam banyak2 kelas memasak yang ada, kelas masak kuih talam yang berjaya menarik hati saya. Kalau buat kuih raya + kek bukan saya tak minat. Tapi peralatan pun tak ada. alat penimbang, loyang (ada 1 je kat rumah tu) dan segala macam benda pun tak ada.

Asalnya, saya ni bukanlah penggemar kuih muih talam atau tradisional. Tapi sejak2 umur nak mencecah angka 30an ni, barulah berjinak-jinak beli..Rugi pulak rasanya kalau tak belajar kan..lagipun rasanya bayaran kelas memasak ni berpatutan; RM150. Sebelum ni pernah survey online, kebanyakkannya RM250++. Lagipun tempat stategik, dekat Taman Samudera, Batu Caves. Tapi yang tak bestnya, start Januari 2011 ni kelas ni nak berpindah ke Klang...:(

Yang bertudung kuning tu Puan Pengajar; Hajah Noraini

Ini masa tengah buat kuih talam suji

Puan hajah mengajar cara2 membuat kelongsong kuih tepung pelita

Penuh satu talam..yang gumuk2 tu saya yang buat..hehehe

Kuih bakar yang sungguh harum semerbak..;)

Puteri ayu yang mengancam..serius resepi ni sedap!!

Bahagi sikit sorang..sama2 buat, sama2 rasa...


seperti biasa sesi bergambar beramai2...seharian memasak ni..dari 10.00pagi sampai 5.00 petang..tapi ilmu yang dapat tu memang sungguh berbaloi..

Sebenarnya banyak lagi gambar2 dibelakang tabir kelas memasak ni, tapi saya ada masalah mengupload (korang punye ok ke?)..everytime nak upload cuma boleh upload sekeping lepas tu macam hang..so kena save and edit balik..itu yang pasal tertangguh je entry ni, padahal dah 2 minggu dalam draft!! huhuhu...

InsyaAllah jika ada kesempatan saya nak join lagi kelas2 memasak ni..banyak course sebenarnya, buat kek, buat kuih, kek lapis dan macam2 lagi lah..

Sesiapa yang berminat boleh klik aniz baking centre...

nota kaki : tak try pun lagi, takut lupa je...huhuhu