Thursday, April 29, 2010

~ Tidur2 Kucing ~

Aksi Bonie n Jojo tidur

SHIOK gak kadang2 tengok

Tenang je


Baru je kemas dah ada org tumpang...ni yg x SHIOK ni

Bantal byk la baru SHIOK tido..zzzzzz

Sini lg SHIOKla..ada haba...

Musim panas tidur atas tiles...manyak SHIOK

SHIOKnya tidur2 ayam...

TerSHIOK punyer..kena angin sepoi2 bahasa

SHIOK ke x SHIOK..mlm semua kena tidur luar....hahaha



~ Mee Kuah ke Mee Udang ni ek? ~

Aku pun x ingat mana dapat resepi ni..tp google lam internet la..Dia tulis Mee Kuah, bila try buat macam Mee Udang pun ada..x kesahla kan nama apa pun..yang penting sedap secukup rasa..Jom reramai try resepi ni...

Bahan2 untuk kuah:
Udang geragau (yang halus2 tu, bolehla kalau nak campur sikit ngan udang kering * udang kering mahal*)
Kentang rebus sampai empuk (nak cepat..potong kentang kecil2 rebus sekali ngan stok ayam)
Cili kering, bawang merah, bawang putih (guna cili boh senang..)
Sos tomato
Kentang
Stok ayam
Serbuk kari (apa2 pun boleh, kari ikan boleh, daging boleh..sikit je tau..just nak bagi wangi..bukan sampai rasa kari)
Udang

Cara memasak:
Blender kentang n udang geragau..tumis cili dengan kari sampai wangi, masukkan kentang yg dah blend tadi..agak2 dah masak (cam kuar wangi udang ke) tambahkan sos tomato...biarkan mesra sekejap pastu masukkan stok ayam, time ni da boleh masuk udang..then biar didih n pekat (ikut selera masing2, aku suka sedang2 je..

Bahan2 untuk Mee:
Mee, Sawi (biasa pakai kangkung), Taugeh (x beli pun) celur
Telur rebus
Kalau ada fishball n fishcake pun sedap..rebus jap then hiris halus2
Tauhu goreng dan hiris nipis (makan berdua je, x berbaloi lak nak beli ..bukan abis pun..)
Ayam rebus dicarik2
Daun bawang dan daun sup (x ada gak) untuk hiasan


kelihatan udang berenang2..


Sempoi je..guna apa yg ada je...

*

*

*


Ini lah rupanya..kalau tengok..memang terbuka selera..kok nak rasa kena la cuba...





Tuesday, April 27, 2010

~Suamiku yg Ghairah~

Malam minggu lalu En. Suami sungguh ghairah sekali...
*

*

*

*

*

*

*

*
 Ghairah tonton MU vs Totten la...hehehe
Mana x ghairah menang sampai 3 gol... cuba tgk result kt kaca tv

*

*

*

Aksi ghairah En. Suami di depan tv

*

*

psst...Jojo terkejut melihat aksi ghairah berani mati..

*

*

*

*
Dan ini lakonan semula En. Suami
En. Suami suruh delete, malu tengok rahang dan gigi 36 batang tu luas terpampang..

tapi..gambar ni x real la yang.....

~Menghitung Hari~

Aduyai...
Penatnya nak tunggu sehari2 berlalu..
Ada ke x ada ni??
Semalam dah cek, tapi x ada ape2 lagi..
Bawak2 bersabar..ada yang 2 3 minggu pun belum ada tanda2 pun
Awak baru 2 3 hari dah menggelabah biawak...
Kok kalau memang ada rezki..
Syukur Alhamdulillah..
Kok kalau belum ada lagi..
Cuba2..jangan putus asa...Chaiyok..chaiyok..

nota kaki: peribahasa menggelabah biawak : cuba korang sergah biawak tu..dia punya menggelabah x henggat..tu En. suami yg cakap, aku sendiri x penah sergah biawak..hehehe

Monday, April 26, 2010

~Proses Beli Rumah Part II~

Fokus aku hari ni nak cerita pasal rumah beli atas individu (Subsale @ Second hand)..Banyak sumber boleh kita cari kalau nak beli rumah atas orang..mudah.my ada, iproperty ada..tengok iklaneka dalam surat khabar pun boleh, iklan tampal kat pokok..banner gantung depan rumah..telefon egen hartanah.senang kata.macam2 ada..

Katakan la, kita dah ada rumah yang kita suka, kalau melalui egen, biasanya dia mintak booking fee..tanda kita betul2 interested sangat dengan rumah tu la..then kita kena bagi 3% deposit (korang study balik entry aku sebelum ni klik sini)..Balance 7% diposit tu kena settle within 2 weeks atau korang deal lah dulu..Proses beli rumah subsale ni x jauh beza dengan beli rumah developer..tp proses dia agak makan masa..Makan 6 bulan atau lebih..mungkin!! :(

Bila beli rumah atas orang ni kena make sure, owner da settle segala hutang piutang dia. Contoh..Cukai Tanah, Cukai Taksiran..kalau rumah apartment kena cek hutang maintanence fee dan segala utility..

Apa pandangan aku tentang beli rumah subsale???

1. Kawasan rumah biasanya dah fully developed, means segala kemudahan dah sedia ada..Sekolah, masjid@surau..orang dah ramai..Sebelum beli boleh cek2 la komuniti kat situ macam mana..jalan2 dulu..pusing2 tengok traffik flow dia..Kalau terlebih rajin lagi, boleh pergi ke balai polis yang terdekat.. tanya2 pasal kes jenayah, pecah rumah, ragut kalau ada..

2. Kalau beli apartment (flatted house)..kita kena tengok tahap kebersihan dan kecekapan kerja management office..pernah x korang tengok rumah2 yang bertingkat ni punya kondisi?? Ada yg dah berkerak, tangga bau hancing..lif berconteng, sampah merata2 usah cerita..tp..bukan kesalahan management office juga..kalau penduduk2 x bayar duit maintenance, macam mana diorang nak selenggara???

Pilihan ditangan kita..tepuk dada tanya selera..jangan follow orang..yang penting ikut kemampuan..nak beli rumah bukan macam beli baju..fikir betul2..jangan terburu2..okeh..sekian..jumpa lagi di lain siaran..hehehe..caucincau..:)