Friday, November 26, 2010

Makan lagi: Birthday bash for november's babies

Ofis saya ni memang tak pernah kurang dengan makanan. Melimpah ruah...aminnnn...murah rezeki.....Selain dari celebration hari-hari perayaan yang disambut semua kaum, kami juga menyambut hari lahir staf-staf pada tiap2 bulan...tak larat nak ambil gambar kek pun sebenarnya..tapi tak pernah jemu makan...=)..Standard kalau birthday party, kek sebijik dua dan kudap-kudap..tapi kadang-kadang termeriah juga makanannnya sebab ada yang nak sponsor, atau ada yang dah berniat nak belanja dan etcetera etcetera...

Jumaat lepas ada potluck breakfast (sempena besday juga)..saya bawa kuih puteri ayu yang saya belajar dikelas masakan tempohari...Alhamdulillah..first time buat pun menjadi..resepi ikut bulat-bulat, senang dan tak renyah sangat..


makanan penuh meja...yang terhidang depan mata ni ialah curry chicken donut yang marbeles eber


nasi lemak rm1.20 menjadi menu utama..mana boleh breakfast makan kuihmuih je...itulah rupa puteri ayu saya..ada yg kata sungguh tembam macam tuannya..huh


sungguh kekampungan tak hingat...ubi kayu rebus dengan sambal ikan bilis..tak berhenti saya makan..meleleh keringat tahan kepedasan..


berger malaysia pun ada...putu mayam pun ada..sungguh 1Malaysia...

dan...

close up kuih puteri ayu

*


*


*


*

taraaaaaaaaaaaa....

jangan gelak la wei...tau..tau...kelapa parutku itu..ada..tumfuk..tumfuk...kedai dah tutup la korang..ini je yang sempat rembat..sepatutnya beli kelapa parut yang putih je, tapi dah  tak ada nak buat macam mana..rasa tetap sama ok..sedap......dap...dap..

Berbaloi jugakla pergi kelas memasak ni..walaupun 1st time cuba buat talam keladi tak menjadi..tapi dengan berjayanya saya buat puteri ayu ini, semangat terus membara untuk terus buat resepi-resepi yang lain..tunggu...




Thursday, November 25, 2010

Kuciwa

5 minit sebelum perlawanan berakhir...nampaknya belum rezeki Malaysia..Geram pun ada..hilang semangat nak tengok sampai habis...

Saya kuciwa hati terluka...

Peluang ada tapi tak digunakan sebaiknya..

Sepatutnya semangat berjuang membara dari mula...

Jejak je kaki dalam stadium terus pasang niat buat sehabis baik...

Tapi yang dipertontonkan aksi hambar buat hati tercarik....

hhmmmm..prestasi masih di takuk lama???

bila mahu menyinga bak harimau malaya....

garang dan gagah menyerang, tangkas mara pantang berundur, menyerah kalah tiada pernah...

hmmmm...mingkin dalam mimpi atau seribu tahun lagi....:(




Selimut

Weekend ni saya akan terima kunjungan keluarga mertua seramai 5 orang campur seorang rakan dari kampung yang ingin ke MAHA 2010. Ini kali pertama rumah saya menerima tetamu yang akan bermalam dalam jumlah yang agak ramai. Sebelum ni paling ramai pun hanya 3 orang. Awal2 kawen dulu kan menyewa bilik je, dekat 6 bulan la jugak..lepas tu baru cari rumah sewa..itupun suami masih jauh lagi masa tu..so jarang ada tetamu yang nak bermalam lama-lama...=)

Jadi, apa yang jadi masalahnya??? Malu sebenarnya nak cerita..Rumah saya....rumah saya...tak cukup selimut sebenarnya..ahaks...antara banyak-banyak benda, selimut adalah antara benda yang saya tak pernah beli. Cuma ada dua yang dalam simpanan saya..itulah yang dok ulang pakai, satu basuh, guna yang satu lagi..Barang-barang rumah yang lain macam pinggan mangkuk cawan gelas, rajinlah saya top up. Cadar pun saya suka beli, sebab nak tukar-tukar. Ha...towel pun banyak, menang sukan, cilok hotel, dapat free gift, orang kasi, tuala askar, tuala hantaran tunang pun ada...=)..cuma tang selimut ni susah sangat nak membeli..hoooohoooo..baru saya ingat, saya ada extra lagi dua..suami ambil selimut askar yang kaler hijau tua...

Tapi, still tak cukup..takkan nak cakap, rumah ai tak ade selimut..macam tak suka orang datang bermalam je..lagipun tak elok sangat rupanya..tetamu sepatutnya disambut dengan tangan terbuka, diberikan layanan dan keselesaan yang sewajarnya(ikut kemampuan kita)..

Suntuk-suntuk masa macamnilah baru nak menggelabah mencari..buruk betul perangai...nak pergi Jalan TAR petang ni..cari selimut..kat MYDIN je..bolehla kan dari tak ada...tapi sebenarnya saya nak yang cenggini....

*


*


*


*




Ini kalau pergi jusco ke dalam RM80 dah boleh dapat..sejuk...x rimas..saya ada satu..pierre cardin..tapi takkan nak beli yang ini..den tak ado bajet..nak boli duo pulak tu...huhuhuhu

ini pun cantik..jadi tatapan mato jo lah....

MYDIN pun MYDIN la.....harap2 ada yang saya berkenan..alah membeli menang memakai...



Twilight series

Sekarang saya dalam proses menghabiskan buku terakhir: BREAKING DAWN.. Bab tak ingat tapi sekarang ni dah sampai bab Bella dah jadi vampire dan tengah bagitau bapaknya, Charlie..dan si JACOB the warewolf tu sentiasa disisi..Aduh..tak boleh nak terima..saya mengharapkan Bella tetap kekal menjadi manusia...dan terus dengan konflik-konflik yang best-best itu. Sebenarnya sepanjang minggu ini memang kalau ada masa free je saya akan mengadap buku ni. Terpaksa bawa handbag besar gedabak ke hulur hilir semata-mata nak bawa buku ini kemana-mana sahaja..punya la obses..

Habit saya bila baca buku, biasanya saya akan curi-curi baca bab terakhir...=)..supaya saya tidak penuh tandanya. Tapi semua siri twilight ni saya baca dari muka 1 sampai ke muka akhir. Tak nak rosakkan mood sepanjang pembacaan la konon. Memang berdebar-debar tahap gaban bila kita tak tau apa ending story tu.. Ada saat saya tersenyum, dan ada tika saya menangis. Emosi saya sentiasa berubah-ubah..Satu yang seronoknya bila kita membaca buku cerita ialah keimiginasian kita akan mencapai tahap maksima jika dan hanya jika penulisnya berjaya memberi gambaran terperinci hingga kita seolah-olah dapat bayangan keseluruhan cerita itu dan sesungguhnya Stephenie Meyer berjaya!!!!

Jadi saya tak sabar nak tunggu tayangan BREAKING DAWN. Yang sedihnya Part 1-3 movie ni, satu pun saya tak pernah tengok...huhuhu...


Wednesday, November 24, 2010

Asian Games - Hoki

Bangga seh!!!..kembang kuncup hidung ni...tengok semangat juang pemain-pemain hoki Malaysia hingga berjaya mara ke final....Malaysia akan menentang Pakistan..Satu pertembungan yang pasti akan disaksikan oleh jutaan warga Malaysia..Sokongan 200% dari seluruh warga negara...Moga dengan doa semua, pasukan hoki negara pasti bergelar juara..

Kalau Malaysia menang, secara automatik akan dapat slot ke Sukan Olimpik 2012. Wau wee.....=)