Wednesday, July 7, 2010

~ Entry untuk Nazza~


Dear Nazza,

Link2 di atas adalah proses2, amalan2 serta petua yang saya perolehi/lalui dalam usaha saya untuk mendapat baby. Pertama sekali, saya dan suami dah berniat, sekiranya suami posting ke sini(KL), saya dan suami akan dapatkan rujukan/rawatan dari LPPKN.

Jadi appointment pertama saya di LPPKN sekitar bulan Feb 2010, seminggu selepas suami posting ke sini..

Perlu diingat, appointment di LPPKN hendaklah dibuat pada hari 1-5 period, 1.untuk ujian hormon semasa period dan 2.untuk memudahkan Nazza membuat HSG..[refer kat link diatas]..appointment untuk HSG perlu dibuat selepas period kering iaitu sekitar hari ke 8-13 sahaja. HSG boleh dibuat dimana2 hospital/pusat perubatan yang ada. Jika terlepas hari tersebut, maka Nazza perlu tunggu sehingga cycle period bulan seterusnya... 

Yang penting, mulakan langkah pertama [selepas berbincang dgn suami] untuk mendapatkan nasihat di LPPKN..selebihnya hanya follow procedur yang diarahkan..

July 2010, baru saya berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan untuk semua ujian yang dijalankan. Keputusan doktor....suami memerlukan supplement tambahan. Selepas berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi [Pakar Sakit Tuan], alhamdulillah suami normal, sihat cuma perlukan pantauan dalam masa 3 bulan.

Saya dan suami dalam rawatan bekam pula, mana2 rawatan yang disyorkan, tidak mudarat pada diri serta x bercanggah dengan ajaran Islam akan saya cuba sebagai tanda usaha...

Amalan2 lain seperti madu, susu kambing, kurma dan kekacang2 seperti badam, gajus turut tersenarai dalam amalan harian saya..

Nasihat saya, Nazza jangan risau..Jangan putus asa..Sekarang saya dan suami berasa lebih lega..Sebelum ini, tiap2 bulan saya menanti dengan hati yang berdebar2, kadang2 rasa sedih dan kecewa..Sekarang tumpuan saya hanya teruskan rawatan..dan saling memberi sokongan..=)

~ Bekam Lagi ~

Bekam adalah sistem rawatan perubatan Rasulullah s.a.w yang dinyatakan baginda dalam hadis2 berikut:-

1.1 Daripada Anas Bin Malik r.s: Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 'Bahawa tidak aku berlalu(berjalan) di malam Israk dengan Malaikat melainkan mereka berkata, wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam".

1.2 Daripada Nafiq r.a. : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barangsiapa berbekam maka ke atasnya keberkatan dari Allah dan berbekam juga menghilangkan kahak, gelama(lendir),dan balgham(lemak)."

Semalam saya berbekam, di atas bahagian tulang belakang dari bahu hingga ke pinggul 5 bahagian. Suami di leher sebelah kiri, dada, sisi dada dan atas ari2..Semalam agak sakit, terutama di atas pinggang dan pinggul..Hari ini, Insyaallah kalau sempat lepas kerja saya berbekam lagi...


Ini bukan bendela Nippon..ini bekam dikepala suami...

Leher di sebelah kiri..suami cakap sebab dia resdung

Ini susu kambing..amalkan untuk kesihatan..seminggu 4 botol @ ambil setengah gelas sehari...

Alhamdulillah...semalam dah boleh telan susu kambing..ustazah di tempat bekam tu ajar..mula2 ni sulam la dengan air manis dulu..seteguk susu..pastu seteguk milo ke orange ke..pastu ulang..lama2 tekak akan biasa..=)

Sesiapa yang berminat untuk dapatkan rawatan bekam bolehla ke alamat ini:

PERNIAGAAN AL YAKIN
224, Jalan Negara 2 (ikut Lorong Selangor)
53100 Taman Melawati Ulu Kelang
Selangor Darul Ehsan
Masa rawatan : Setiap Hari dari jam 10.00 pagi sampai 6.30 petang
 HJ.Ibrahim Mokhsen

So far pergi bekam ni orang tak putus2..Lelaki perempuan, tua muda semua ada..

* kalau dari MRR2, dari Ampang menghala ke Ulu  Kelang, akan jumpa Zoo Negara[sebelah kanan], rapat ke kiri, traffic light ambil ke kanan. Ambil simpang pertama kiri, nampak banyak kedai2, pusat perniagaan..tempat bekam ni betul2 sebelah pusat perubatan KOHILAL..

Monday, July 5, 2010

~ Update Bekam ~

Okeh..ni nak update sikit pasal bekam hari tu..Kalau sesiapa yang duduk area Ulu Kelang, Taman Permata, Taman Melawati..mungkin tau tempat ni..Kalau ada masa nanti saya google map tempat ni...

Untuk 1st timer, mungkin ada rasa takut sikit..Bolehla google dulu kaedah2 bekam ni dan rawatannya kat internet, baru la nampak macam ada persediaan..=)

Bekam ni kira boleh ubati pelbagai penyakit la...Kalau nak senaraikan jenuh..Cuma sentiasa niat kerana Allah Taala..InsyaAllah..

Saya berbekam di kepala (1) dan di belakang badan, dekat atas bahu (3)..Suami bekam di atas garisan tulang belakang dari bahu hingga ke pinggang 4 bahagian..

Sakit??? Alah..x adalah sakit mana..mula2 alat untuk bekam tu di pam(macam sedut)..dibiarkan seketika sampai darah tu berkumpul, then ambil pisau (pisau jilid kot) toreh2 kawasan tu then pam balik..masa ni baru darah keluar...bila masa bekam tu di pam..adalah rasa berdenyut2 sikit..dalam 30-40minit untuk 1 sesi rawatan..itu je..dah siap..x rasa pape pun..=)

Untuk lengkapkan kitaran rawatan, saya kena ulang lagi dalam 4-5 kali..Esok, InsyaAllah..sekali lagi...=)

nota kaki : tambahan kepada rawatan, dibekalkan 2 botol susu kambing setiap orang..serious bau kambing..huhuhu..x tertelan lagi..=)

Thursday, July 1, 2010

~ Saya Bertenang ~

Hari ini dan semalam..saya sudah banyak bertenang..Sudah boleh pikir secara rasional..Bila bincang balik dengan suami, rasa lebih lega..Suami sungguh positif malah saya sungguh bangga dan terharu atas keterbukaannya..Petang selasa lalu, saya dan suami decide untuk dapatkan rawatan bekam..Mulanya cuma nak beli susu kambing, alih2 ustazah yang buat bekam tu advise both of us buat bekam..Bila jadi macam ni, apa yang dirasakan baik, dan elok untuk kesihatan luaran dalaman..baik teruskan..

Mungkin masih terkejut dengan penerangan doktor..Masih samar2 lagi masalah yang dihadapi..Cuma hati kuat mengatakan..x ada apa2..masalah kecil je..jangan risau..ada rawatan..Selasa depan ada appointment dengan doktor lagi...hmmm...

Ambik nafas panjang2.....

Jadi petang ini saya dan suami mula berbekam..4 @ 5 kali untuk 1 kitaran..kira macam overhaul satu badan..kasi buang toksik, kasi oksigen dalam darah bergerak elok, kasi buang angin dan kasi badan rasa ringan..Selain tu boleh la mintak nasihat diorang, apa yang baik untuk diamalkan...

nota kaki : setiap penyakit itu pasti ada penawarnya...=)



~ Saya pun pergi Ekspo Beli Barangan Malaysia ~

Siaran tertunda..berhabuk dah kat dalam draft..hehehe...Sementelah x ada apa nak buat, pergila jugak ekspo ni..Niat mulanya nak tengok tempat kucen yang PM beli..=)

 

Tema merah, sape tengok sure tertarik..

Batik 1 Malaysia..i don't like =(..x kreatif la..byk lagi motif batik yg chantek2 bole guna..at least buat la sumething yang x nampak murah...

Suami belek baju..Mahal wey..Ini baju kotak2 harganya RM500++

Ada orang cakap packaging Simplysity ni x cantik..Ntahla..saya ok je..

Bila la nak dapat badan macam Mak Dara ni..

Yang syok nya jalan kat area yang jual barang2 makan..Kenyang mengetest..=)

Sambar bergedel sepeket, masa kat sana try sedap..bila bwk balik rasa cam biasa je..mungkin x beli lagi da kot lepas ni..


2 keping RM10.00..setakat rasa je la.. =)

Sardin pun boleh rasa...

suami hepi tanda kenyang makan..=)


Ini sebijik cam Bonie, tapi Bonie gelap sikit...

Bengal belang2

Bengal spot2..

Ini baka Bengal, kucing hutan..kalau nak bela kucing hutan liar kena ada lesen. Encik diatas ini ada lesen dan dia biak kucing2 mahal dan eksotik ni. Kalau dengar dia cerita, memang boleh buat duitla..Permintaan tinggi..Bayangkan harga anak kucing umur 3-4 bulan sahaja cecah RM4000. Yang dia pegang ni harga RM12000...

nota kaki: cuci2 mata je...