Wednesday, March 24, 2010

~Result HSG Part II~

Sebelum baca entry ni sila


Aku rasa langkah terbaik bagi pasangan suami isteri yang belum mendapat zuriat adalah mendapatkan khidmat nasihat dari segi perubatan. Mungkin petua2 lama boleh membantu..Terpulang kepada diri masing2. Ikut keselesaan..ikut kesesuaian. Keputusan mendapatkan khidmat pakar sakit puan ni memerlukan perbincangan yang telus,mata bertentang mata dan dari hati ke hati..Tujuan perkahwinan itu sendiri, salah satunya untuk mengembangkan zuriat, umat Nabi Muhammad S.A.W..

Suami isteri kena sepakat. Jangan ego..Bawa berbincang..Pertimbangkan dari semua segi..Banyak..banyak perkara yang perlu di kaji dari akar umbi..Antaranya...1.Sudah bersediakah fizikal dan emosi 2. Adakah keputusan ini memberi kesan kepada rumahtangga 3. Kewangan, masa, tenaga semua perlu diambil kira..Malu? Kenapa perlu malu??..Takut? Usah takut..yang penting usaha..selebihnya tawakal kepadaNya..

Jadi..tepuk dada tanya diri sendiri..aku cuma memberi pandangan..mulakan langkah lihat kehadapan..umur bukan semakin muda..kalau tidak mulai dari hari ini..bila lagi?? Cuma aku harapkan doa kalian..aku tidak sedih belum dikurniakan zuriat lagi..malah aku bersyukur punya peluang mengenali suami..aku punya masa bermanja..aku ada ruang bergurau senda..bukan aku putus asa..tapi aku tau Allah sudah aturkan dan rencanakan semuanya sejak dari mula...

No comments: