Fokus aku hari ni nak cerita pasal rumah beli atas individu (Subsale @ Second hand)..Banyak sumber boleh kita cari kalau nak beli rumah atas orang..mudah.my ada, iproperty ada..tengok iklaneka dalam surat khabar pun boleh, iklan tampal kat pokok..banner gantung depan rumah..telefon egen hartanah.senang kata.macam2 ada..
Katakan la, kita dah ada rumah yang kita suka, kalau melalui egen, biasanya dia mintak booking fee..tanda kita betul2 interested sangat dengan rumah tu la..then kita kena bagi 3% deposit (korang study balik entry aku sebelum ni klik sini)..Balance 7% diposit tu kena settle within 2 weeks atau korang deal lah dulu..Proses beli rumah subsale ni x jauh beza dengan beli rumah developer..tp proses dia agak makan masa..Makan 6 bulan atau lebih..mungkin!! :(
Bila beli rumah atas orang ni kena make sure, owner da settle segala hutang piutang dia. Contoh..Cukai Tanah, Cukai Taksiran..kalau rumah apartment kena cek hutang maintanence fee dan segala utility..
Apa pandangan aku tentang beli rumah subsale???
1. Kawasan rumah biasanya dah fully developed, means segala kemudahan dah sedia ada..Sekolah, masjid@surau..orang dah ramai..Sebelum beli boleh cek2 la komuniti kat situ macam mana..jalan2 dulu..pusing2 tengok traffik flow dia..Kalau terlebih rajin lagi, boleh pergi ke balai polis yang terdekat.. tanya2 pasal kes jenayah, pecah rumah, ragut kalau ada..
2. Kalau beli apartment (flatted house)..kita kena tengok tahap kebersihan dan kecekapan kerja management office..pernah x korang tengok rumah2 yang bertingkat ni punya kondisi?? Ada yg dah berkerak, tangga bau hancing..lif berconteng, sampah merata2 usah cerita..tp..bukan kesalahan management office juga..kalau penduduk2 x bayar duit maintenance, macam mana diorang nak selenggara???
Pilihan ditangan kita..tepuk dada tanya selera..jangan follow orang..yang penting ikut kemampuan..nak beli rumah bukan macam beli baju..fikir betul2..jangan terburu2..okeh..sekian..jumpa lagi di lain siaran..hehehe..caucincau..:)
No comments:
Post a Comment