Takde special pun. Saya nak masak simple dinner tapi kesian pulak kat suami. Kadang2 tu kalau masak pelik2 dia makan la jugak tapi reaksi dia macam...mmmmm...=)
Saya nak masak something berkuah macam mee soup, tapi macam heavy sangat and suami cakap maybe dia balik lambat sikit, lepas maghrib baru keluar kem. So, fikir punya fikir..dan kebetulan esoknya our 3rd anni (iaitu hari ni, 24/05) so saya masakkan la favourite suami, ayam bakar! Tapi kali ni buat simple je just masak chicken wings marinate dengan soy sauce, paprika, mix herbs, honey, blackpepper n salt. Dan buat mashed potato. Ni saya yang nak makan dan sedikit green beans dan bean in pod yg saya beli kat supermarket tapi tak tau kacang pe...hehehehe
Ini la rupanya. Kat plastik tu tulis kacang panggang. Ok jugak. Saya just rebus dan tambah garam.
Gravy mashed potato ni saya guna balik lebihan minyak ayam yang keluar time bakar tu + lebihan bahan marinate dan tepung gandum.
Dekat sikit..makan macam ni pun kenyang sangat2..lain kali nak buat mashed potato tu sikit je sebab suami tak makan banyak. Sudahnya saya la tukang perabih..huhuhuhu
Mood bawak bekal ke opis pun dah kembali..yeay...
Sandwish ayam mayo for breakfast,nasi goreng dan ikan goreng for lunch dan sebiji epal hijau..Semoga kekal rajin hari-hari..=)
1 comment:
rajin awak masak :-)
Post a Comment