Monday, May 16, 2011

Salih Yaakob Kahwin Lagi

Cukup da ha qouta isteri abang SY kita ni. Alhamdulillah..murah rezki..=)

Dari pandangan luar kita nampak..wah 'hebat' betul abang SY ni, mesti ilmu fuh fuh dia tinggi..Tapi kebenarannya hanya dia dan isteri2nya sahaja yang tau. Tapi yang saya kagum dan semestinya lelaki2 diluar sana pun kagum tentunya kemampuan dia memikat sehingga beristeri 4.

Saya berani korek hidungla, ramai lelaki2 bergelar suami dan selalu ada hati nak tambah isteri ni menjadikan SY sebagai idola mereka. Mesti mereka berkobar2 nak tuntut ilmu dan kongsi pengalaman dengan SY. Mana lah tau rezki diorang nak tambah isteri ke berkat petua SY ni...=)

Saya tidak menolak poligami, nak kata menyokong pun tidak. Saya neutral. Dari segi hukum hakam memang saya tak persoalkan sama sekali.

Cuma pinta saya pada lelaki2 yang bertaraf suami dan memiliki lebih dari satu isteri. Sila berlaku adil. Sila berani bersuara kerana anda ketua keluarga. Jangan jadi dayus. Ramai lelaki yang berkahwin dua tapi takut kepada isteri tua. Lalu, isteri muda terpaksa hidup dalam rahsia, menanggung beban keluarga sendirian. Ada pula yang berkahwin lain tapi meninggalkan isteri tua terkontang kanting, gantung tak bertali. Bagi saya semuanya berpunca pada lelaki itu sendiri. Tanggungjawab dah besar jangan pula lepas tangan ambik mudah semua perkara. Jangan abaikan keluarga, anak2 semestinya. Kalau semua ini dijaga nak kahwin 4 macam SY pun tak apa...=)


No comments: