Thursday, May 19, 2011

Pelbagai Resepi Mangga

Bukan majalah Mangga yang duk tayang2 dada tu....=)



Pulut Mangga

Favourite saya sejak kahwin, 1st time makan masa pergi Padang Besar. Sedaplah sangat.

Pulut ni saya kukus dengan santan dan sedikit garam. Letak dalam loyang, pastu kukus dalam 20 minit. Pulut kena rendam dulu paling kalau tak lambat masak.

Kuah santan pulak, saya just pakai santan kotak. Masak dengan api perlahan, masukkan gula dan esen vanila (option). Nak kasik pekat dan likat, saya tambah bancuhan tepung jagung. Agak2 santan dah masak dan keluar buih2 kecil barulah letak tepung jagung tu. Mangga pulak saya beli yang jenis water lily. Tak kisah kot mangga jenis apa, yang penting manis. Kat KL ni susah nak cari mangga harum manis..mahal lak tu..:(




Kerabu Mangga Simple

Mangga yang sama, walaupun kulit kuning tak ingat rupanya isi di dalam tak masak lagi. So saya buat mangga simple versi macam acar.

Cuma guna perahan limau kasturi dan kulit limau tu hiris halus2 (sikit je), cili padi, sos ikan, garam dan gula.

Bawang besar, tomato, timun jepun dan mangga muda semua di hiris halus2 memanjang. Kalau ada daun ketumbar or selasih pun boleh letak. Tapi time ni tak letak pun..=)



Aiskrim Strawberi, Mangga dan Passion Fruit

Ini memang terbaik dari dapur saya. Aiskrim dan mangga yang manis bercampur pulak dengan passion fruit yang ada sikit masam2..



Ingatkan nak buat puding mangga, tapi saya lebih suka makan mangga macam tu je..Lagi sedap kalau simpan mangga tu dalam peti ais. Makan sejuk2..




No comments: