Hari ni saya nak share cara2 nak masak resolles. Memang agak banyak stepnya, tapi nasihat saya, alang2 buatla banyak sikit. Sejuk bekukan, so anytime boleh makan.
Adunan batter untuk buat kulit ni saya main agak2 je. So far belum pernah gagal lagi.
2 cawan tepung gandum
1 senduk mentega yang dicairkan (lebihkan sikit pun tak apa)
Sebiji telur
1/2 tin susu cair
Garam dan air masak secukupnya
Campurkan semua bahan2 ni. Nak bagi smooth, samaada guna blender atau bancuh dengan air masak suam. Ini saya main agak2 je tau. Boleh le kalau nak cuba..=)
Semua bahan2 untuk ni kena cincang halus @ dadukan. Kalau kasar2 nanti masa nak bungkus tu susah..=)
Isi ayam, bawang besar, bawang putih, lobak, kentang, daun sup, serbuk blackpepper, garam, lada sulah dan perasa.
Tumis bawang besar + putih sampai layu dan wangi. Masukkan ayam, kentang dan lobak. Biar sampai empuk. Last sekali masukkan daun sup, blackpepper, lada sulah, garam dan perasa. Jangan kering sangat. Biar berkuah
Bread crumbs yang takde kaler.
Sediakan juga telur yang dipukul dan campurkan adunan batter sikit. Tak letak adunan batter pun tak apa.
Sapukan sikit minyak masak dalam kuali non stick dan mula tebar kulit resolles. Kalau boleh nipis je, jangan tebal nanti tak sedap..=)
Letak inti dan kuah2 sekali.
Gulungkan. Dekat ujung kulit tu sapukan adunan batter supaya tak terbuka.
Celupkan dalam bancuhan telur dan barulah golekkan dalam breadcrumbs.
Goreng sehingga keemasan dan siap tuk dihidangkan..=)
Sekian dan selamat mencuba...
2 comments:
perghh sedap gile...
uncle suke makan bende ni tapi tak nak buat,... orang lelaki mane ade mase nk buat bende2 macam ni...ha3
ape kate kamu buat anta kat umah uncle...boleh...he3
wah sedap yew...
mapie nak cube lah bile balik kmpg nati..
hihiih..
boleh x empunya resepi ?
Post a Comment