Tuesday, September 8, 2009

Hujung minggu yg memenatkan [04/09/09 -05/09/09]

Hari jumaat lepas memang memenatkan..Bayangkan aku terlepas bas pukul 5.00 ptg ke Temerloh gara2 monorail buat hal..nasibla driver bas tu bagi solution kat aku naik bas pukul 5.30 tapi bayar underground..hehehe..Dahla ada majlis berbuka puasa dengan pegawai2 dan keluarga 4KOD. Ngam2 pukul 7.00 aku sampai Temerloh, sedang elok azan aku sampai mess hubby..fewh...

Sepatutnya, pagi sabtu tu aku ada tadarus dekat Renjer, Mentakab..Nak di jadikan cerita pengerusi Bakat aku tak bagi pergi sebabnya dia tak tau pun ada majlis tu..then dia suruh aku datang buat kuih raya untuk anggota yang kena kerja masa raya nanti...
First time buat kuih raya ni..Semua sekali ada 4 jenis..Tart Nenas, Biskut Oats, Kuih Tiram and Kuih Jejari(macam kuih gunting tp potong panjang2). Bayangkan dari pukul 10.00pg sampai pukul 3.00ptg aku dok mengadap kuih ni..Dagu aku pun dah sampai lantai sebab penat. Petang tu ada sekali lagi majlis buka puasa anjuran unit Hubby [Officer & other ranks] bersama warga tua kat Hotel Seri Malaysia, Temerloh...

Aku memang rasa sedih sangat bila tengok wan2 dan aki2 ni..macam manala kisah hidup diorang sampai boleh ada kat rumah org2 tua ... bila aku tengok diorang dalam kepala aku cuma terbayang parent aku je...Aku harap dapat berbakti pada mak dan abah sehingga akhir hayat..

Menu berbuka kat sini, sudah semestinya ikan patin masak gulai tempoyak..emm..sedap..lain2 aku rasa biasa je..pilihan tak banyak..berbaloi dengan harga RM32.00..yang pentingnya..tak ada pembaziran..yes!!

No comments: