Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu

Sana sini sinun bercerita pasal Ombak Rindu, saya laki bini pun terhegeh2 la pergi sebab suami sekarang ni minat bonar kat Aaron Aziz..Tengok jam 10 malam hari isnin lepas, full house!! Pasangan suami isteri yang senior pun ada..dalam panggung tu awal2 lagi dah on mood nak romantik2..muahahahah..

Tapi sebenarnya tidaklah saya nak review movie ni..semua pun dah review kan??? Cuma bagi saya 2 jam tak cukup menterjemahkan buku ini dalam bentuk filem, banyak scene yang nampak di potong2 sebab nak cukupkan durasi..terpengaruh dengan tulisan wartawan Roslen Fadzil kot sampai sepanjang movie tu saya asyik fokuskan kelemahan dari kelebihan movie ni..last2 macam tak enjoy..tapi overall ada scene2 yang menyentuh hati hingga menitis sikit (je) air mata contoh macam part Haris balik marah2 Izzah sebab ingat dia pregnant dan scene diorang dalam bilik masa Pak Dollah kenduri nak pergi Makkah. Curi2 tengok suami..memang dia layan habis cerita ni..tangkap syahdu n layan taman dalam hati yang berbunga mekar sekali..ahaks

OMBAK RINDU ni terasa dekat sangat dengan saya sebab bagi saya dalam kehidupan berumahtangga pastinya ada ombak yang melanda..Kadang2 kita di lambung ombak ganas, atau tiba2 ombak datang tak di duga macam tsunami dan ada ketika cuma ombak2 kecil yang mengusik kita..perkahwinan kita tidak akan sentiasa tenang pastinya ada dugaan. Tapi itulah perkahwinan, walaupun ujian dan cabaran datang, tapi perasaan rindu, kasing dan sayang pasti tetap menebal dan bercambah sepanjang kita hidup bersama...Kita suami isteri yang kena pandai cari jalan penyelesaian dan penyesuaian. Akui kelemahan kita, terima kelemahan pasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain...tu dia..dan2..cerita pasai rumahtangga..dan sempena musim demam Ombak Rindu, saya ciptakan puisi khas buat suami tercinta;

Tak perlu jadi Aaron Aziz
Tak perlu jadi Haris
Tak perlu jadi sesiapa
Kerna bagiku, kaulah segalanya...

Kau yang ku kenal penuh dengan cinta
Penuh jenaka dan gurau senda
Usikanmu undang tangis dan juga tawa
Buatku rindu biar berjauhan hanya seketika
Sekian..tu je..tiba2..idea mati sekerat jalan....cukupla kot...ehhehehehe..=)


 




Wednesday, December 7, 2011

Tak Nak

Sekarang ni kat mana2 kita boleh nampak or dengar or lihat kempen Tak Nak Merokok yg dilakukan secara besar2an. Masalahnya orang2 macam kita yang tak merokok ni memang sangatlah terkesan bila tgk kempen tu..yelah..terang2 tunjuk gambar kanser paru-paru..gambar janin yang gugur..gambar gigi hitam..tapi golongan sasar yakni perokok tegar sehari isap sekotak rokok asap berkepul2 nonstop bau pun dah macam asap lori masih tak sedar diri...sakit kepala akak tau..

Sekarang ni ada 3 lelaki kat kedai yang perokok berani mati..memang serious tak takut mati..asal takde customer je isap rokok, dah la kedai akak ni 10 kaki persegi je..cinonet amat..ko merokok asap tu tak kemana..akak la tukang hidu. Yang sorang tu akak tak kisah..ye la partner merangkap tokeh..takkan nak sound kena batang idung. Sejak dua menjak ada pekerja baru ni memang akak mati kutu..macam komplot pun ada lelaki2 ini..asal duduk je rokok, asal rokok je duduk..yg anak tokeh tu memang dah berbuih menitik2 air liur akak menegur..ni ha yang baru kerja ni, kawan tokeh pulak tu..kalau ada tokeh, sama naik isap rokok..sakit ni ha hati akak..macam nak mengamuk..korang boleh agak2 tak merokok..jangan merokok kat dapur, lepas merokok basuh tangan..takkan tu pun akak nak kabor..sah-sah la tak pernah basuh tangan lepas merokok tu..penat la akak ari2 nak bebel pasal puntung rokok korang..pening tau tak akak hidu asap rokok murah korang yang busuk tu!!! Akak betul2 tak paham dengan orang yang tak reri bahasa ni..ni kira pengetahuan am la..jgn isap rokok depan pelanggan, kat dapur..senang kata jgn merokok time keje..akak tak tau la org lain, tp kalau akak pergi kedai makan pekerja dia asyik merokok je memang akak tak jejak dah lepas tu....

Akak memang bengang..akak dah mengadu kat partner akak minggu lepas, akak cakap mintak maafla nak tegur..bukan akak tak bagi merokok kat kedai tapi ni isu kebersihan, partner akak tu..okeh2 saya paham..tapi ni ha da seminggu, sama je..tarrra perubahan pun....

Akak sekarang ni memang diam je..dah malas nak sound mound..buat habis saliva akak je..Akhir kata, akak tujukan poster kempen Tak Nak Merokok ni kepada semua para lelaki diluar sana..Beringatlah sebelum kena, menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian sesen pun tara guna..baca dengan tonasi Mr. Karam Singh Walia..Gudbai..







Tuesday, November 22, 2011

Mimpi

Aku bermimpi

Dia pergi, tinggalkan aku sendiri

Dalam mimpi

Aku menangis sendiri, dia tidak memujuk lagi

Dalam mimpi

Dia tersenyum sipi

Dan ketawa kecil dan berkata

Sayang, kamu hanya bermimpi

Aku tetap cinta kamu di alam nyata

Aku terjaga

Dia masih disisi seperti biasa, sedang dibuai lena.......



Saturday, November 12, 2011

11.11.11

Tarikh keramat…saya kemalangan ketika memandu sendirian di sekitar Desa Pandan. Menggigil kepala lutut..Memang saya langsung tak boleh nak ingat balik mcmana boleh eksiden..cuma yg saya ingat..dalam hati time tu cuma tekan brek..sebab saya dah langgar kereta yang parking kat tepi jalan..

ok..ok..ceritanya macamni..saya singgah speedy, pulangkan CD cerita Korea Fullhouse. Dari speedy saya memandu keluar simpang menuju ke jalan belakang deretan kedai..Tapi jalan tu kira jalan lurus utama..tak jauh tu ada simpang 4 jalan sehala..Saya rasa time tu saya drive perlahan je sebab jalan tu ada byk bumper dan sempit sebab kereta parking kiri kanan jalan (tp x da la sempit sgt..). Tak semena2 ada kereta keluar dari simpang kanan, melawan arus jalan sehala . Sedar2 kereta saya dah terseret ke sebelah kiri dan melanggar kereta yang parking kat situ..Memang panik dan takut sangat2 sebab nampak 2 biji kereta yang parking tu teruk jugak..Total yg eksiden 4 biji kereta, kereta yang keluar dari simpang, kereta saya dan 2 biji kereta kat parking..

Dalam 5 minit jugak saya duduk dalam kereta sambil usap2 dada dan nak nangis. Saya tabahkan hati, matikan enjin dan keluar kereta..Masa ni org ramai dah kerumun..Call suami, suami pun dah panik tapi dia tgh sibuk dan ada majlis memang tak boleh keluar..Suami cakap mintak tolong org dan nanti dia mintak tolong kawan dia datang..Saya pun pergi kat kereta pakcik yang langgar tu dan terus tanya macamani ni, kenapa keluar simpang jalan sehala tu..masa cakap tu memang tetiba je rasa sedih sgt..terus menangis..ada sorang adik kerja kedai2 kat situ terus datang peluk dan pujuk..dia cakap, takpa..akak ok kan, dia bagi air dan suruh saya duduk..Memang terima kasih sgt2 tapi ralat sebab nak tanya nama n ucap terima kasih..

Pakcik yang langgar saya pun panik sebenarnya, lepas ambil contact no semua, tak sampai 5 minit dia pun blah..owner kereta yang parking tu cuma sorang je yang perasan, sorang lagi tak..semua agree nak buat report. Org2 kat situ sangat membantu, bagi nasihat, tlg tengokkkan kereta boleh jalan ke tak sambil tu saya ambil gambar kereta, tempat kejadian, signbord jalan dan apa je yang sempat. Masa ni bersyukur sgt telefon ada kemera. Kalau tak memang susahlah nak record.

Dipendekkan cerita saya bawa kereta yang eksiden tu kebalai polis trafik kat Ampang tapi on da way pakcik tu call dan nak settle kat luar, tanya suami, suami kata takpa kalau dia nak tanggung semua dan saya tawakkallan hati pusing balik jumpa pakcik tu dan follow dia pergi bengkel. Masa tu memang cuak sebab sorg2, saya tak bagi kawan suami datang sebab kereta boleh jalan n sebenarnya saya tak tau nak buat apa kalau dia datang..konon konfiden la..bukan apa..kawan suami ni saya tak rapat sgt..so segan..hehehe..

Alhamdulillah, kereta tu dah selamat dalam bengkel dan pakcik tu setuju nak bayar gantirugi...Tapi pukul 1.00 pg semalam, pakcik tu call dan minta saya buat report sebab kereta yang parking tu buat report..So pagi tadi kelam kabut buat report sbb report kena buat dalam masa 24 jam..Alhamdulillah semua settle dengan cepat..Masa buat laporan pun cepat, jumpa pegawai penyiasat pun cepat dan gambar2 yg saya ambil tu sgtlah membantu.

Nasihat saya yang pertama kali kemalangan, ni berdasarkan pengalaman saya dan harap dapat membantu kawan2 lain. Lebih2 lagi kalau sorang, tapi rasanya boleh apply kalau kemalangan ni kat tempat orang ramai lah..Kalau kawasan sunyi sorang2 baik jangan ikut.

1. Nak panik ke nak nangis ke kejap je..pastu kawal diri dan jumpa orang yang langgar tu, ambil detail kereta dan contact no.

2. Periksa kereta kita, sama ada kerosakan kecil ke besar ke sebab kalau sorg2 kita nak kena sama ada bawa kereta kita keluar dari tempat kejadian atau telefon towing car.

3. Ambil gambar keadaan kereta semasa kemalangan, tempat kejadian, kecederaan kita (jika ada)

4. Buat report jika nak claim insurance..ini atas budi bicara.

Semua gambar2 kat bawah ni saya print dan serahkan kat pegawai penyiasat trafik masa buat laporan.

 

11112011198

Betul2 lepas eksiden..kat atas tayar pun kemek sikit

 

11112011208

Orang2 kat situ tolong cabut bumper dan semua2 yang pecah..

 

11112011203

Saya terseret ke kiri jalan dan langgar kereta yang parking kat belakang kedai..Actually bukan petak parking pun kat situ..lantakla diorang malas nak fikir..org bengkel cakap, silap2 kereta yang parking tu tak boleh claim insurance..

 

11112011207

Teruk gak kereta kancil tu, depan belakang kena..kereta yg 1 lagi tu kemek depan..=(

 

11112011202

Dari jauh..ini jalan lurus, tak boleh masuk simpang kiri..tapi boleh masuk simpang kanan jalan sehala..

 

11112011206

Gambar jauh sikit..nampak tak signbord jalan sehala..kereta pakcik tu keluar dari simpang ni lah..lawan arus..

 

11112011201

Ok..signboard jalan sehala pun ambil..punyalah nak ada bukti..brother taxi ni memang very helpful..tq bro…

 

11112011204

Signboard jalan pun ambil..Lokasi kejadian..

 

Kesimpulan, kemalangan memang tak berbau..padahal saya tak sampai 5 minit pun keluar parking dari speedy..Benda dah nak jadi..saya terima dugaan ni dengan hati terbuka atleast pengalaman tuk saya jadi lebih…lebih..dan lebih berhati2…

Sunday, November 6, 2011

Salam AidilAdha

Assalamualaikum..

Bersiaran solo dari rumah tanpa lemang rendang dan tanpa sikitpun suasana kemeriahan raya...sob..sob..inilah pengorbanan saya..sebagai isteri tentera..yang sedia mengikut perintah dan berkhidmat dengan penuh jiwa raga kepada negara tercinta..gila ah..patriotik di pagi raya..

Tahun lepas suami curi tulang, sebabnya takda korban cuma solat sunat aidiladha mega so dalam pukul 10 pagi cenggitu, suami dah terpacak kat depan pintu..katanya kesian tengok bini beraya sorang2 maka suami cepat2 larikan diri dari majlis..tapi tahun ni memang tak dapekla nak coba2 lari sebabnya ada 20 ekor lembu yang akan dikorbankan..maka saya pun berkorban beraya tanpa famili dan suami cuma bertemankan tangisan kesyahduan di pagi hari..sob..sob lagi..

Saya tak buat apa2..memasak juadah raya..tidak..pakai baju raya..pun tidak..kala ini saya tengah menatap tv tengok ulangan Guliana n Bill...sayu betul..Suami cakap jangan ditanya bila dia habis kerja..dah siap semua nanti baru dia bagitau dan yang pasti mau sehari suntuk..Sedih ke tak?? Mau tak sedih..nak masak pun sape nak makan?? Usai solat raya tadi saya hanya makan roti bakar dengan cheese dan sedikit gulai kawah daging yang saya perangatkan buat pencecah..sob..sob..sob...

Walaupun sambutan raya saya tak ceria, tapi dalam hati saya tetap merayakannya...Walau keluarga jauh dari mata, tapi dalam hati saya penuh kerinduan yang tak dapat saya luah dengan kata2..walau suami tiada disisi tapi doa dan ingatan suami tetap bersama saya sepanjang hari yang mulia ini...Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga yang menunaikan ibadah haji mendapat haji yang mabrur dan yang menjalankan ibadah korban semoga ibadah anda semua diterima Allah SWT..InsyaAllah




Saturday, September 17, 2011

12 Tahun

17/09/2011 genap 12 tahun saya dan suami saling mencintai. Bercinta lebih kurang 81/2 tahun dan sekarang lebih kurang 31/2 berkahwin. Berkenalan dengan suami or lebih tepat hari pertemuan pertama or kali pertama bersembang dan jadi kawan ialah pada 19/07/1999. Dari kawan yang agak rapat, selalu lepak kat library and wakaf kalau tak de tutorial, pergi minum air buah gelas besar, makan sotong goreng, kayuh basikal di tepian pantai, bergaduh2 sikit dan akhirnya tanggal 17/09/1999 suami melafazkan kata cinta dikala matahari perlahan2 melabuh tirai dan berlatarbelakangkan pantai nan tenang dan mendamaikan..Romantik habis!! Yang sebenornya dah senja, time tu setan duk banyak berkeliaran memang le dema suka tengok pasangan bukan muhrim berkasih-kasihan...muahahahahaha...


Konon la nak celebrate..Da banyak tahun pun tak celebrate..tapi saya dan suami, alhamdulillah masih ingat lagi tarikh2 special antara kami..hadiah memang tak dapekla, tapi wish dan kiss2 sikit tu tiap2 tahun memang tak lupa punya..=)


Bukan senang nak ajak suami keluar makan..selain mamak @ Kg. Barula...awal2 lagi suami dah remind nak makan special(bg kitorang makan cenggini dah habis special..hehehe), lagipun sabtu suami kena duty kem the whole day, so makan2 special diawalkan. tak kesahla kan, yang penting dapat makan...


Saya pilih tempat ni sebab starter banyak pilihan, portion besar dan sedap dan yang paling sangat penting suami tak pernah makan....


Chili's @ KLCC..walaupun sepelaung je KLCC ni dengan rumah, memang tak pernah nak jejak pun..suami cakap pergi makan je then balik..takde jalan2 window shopping okeh! Baik bos..:(


Mempanerkan muka laksana bulan saya..ahaks...lapar gilos..sanggup tak makan tengahari semata2 nak dinner sedap..seb baik dinner awal dalam pukul 6.00 petang


Starter dan main course..tips..kalau makan tempat mahal yang selalu hidang portion yang besar baikla order 1 starter dan 1 main course je..boleh je share laki bini..kalau bercinta tu kot ye la malu nak share kan..

Main course : Trio Fajitas
Ada beef steak, ayam dan udang then ada tortila dan sos kot

Ini kira sos la kot..avocado(sedap gila), tomato salsa, pelbagai cheese dan yang putih tu tak tau apa, nak kata mayo tak masam sangat.


Tortila


fajitas: daging yang lembut, udang yang fresh dan plump dan ayam yang rasa ayam..=)


 Dan starter yang banyak bedooh..hingga kenyang gedebuk gedebak...


Ada ayam celup tepung, ayam perap dengan cili yang taste macam ayam Nandos dan ala2 popia yang ada cheese yang sangat sedap. Semua pun sedap..Dip2 pun sangat sedap sampai habisla batang saderi tu..





12 tahun kita menyulam cinta dari pasangan kekasih hingga akhirnya sah bergelar suami isteri..Semoga kasih sayang yang kita semai ini akan terus mekar selamanya..Luv u always my dear...




Wednesday, September 14, 2011

Ikan Talapia Bakar Ala Portugis

Dah lama sangat tak tunjuk gambar masak2..masa meniaga dulu, kalau memasak pun seboleh2nya sesimple mungkin. Dah alang2 berehat dan weekend lepas parent kesayangan mai KL, maka kena la bersilat balik. Bila dah start berasap dapur tu..baru la dia punya roh memasak tu datang balik. Biasanya saya sorang kat rumah, kalau tak pusing area Desa Pandan ni cari makan, menu utama saya (kalau makan sorangla) adalah roti bakar. Hari2 dalam pukul 9.00pg (time saya tak meniaga lagi ni) saya akan bakar roti dengan kepingan cheese, kalau terajin sikit saya buat omelet dan sechawan milo..setiap hari tanpa gagal..gila malas nak masak. Petang, barulah saya masak untuk suami..itupun jarang2 sangat rasanya...hehehehe...oleh sebab roh memasak tu tengah membuak2, semalam saya masak ikan talapia yang dari bulan puasa beli tapi tak masak. Punyala lama plan nak masak ikan talapia ni..Masa kat ofis lama kalau time lunch memang saya suka gila makan lauk ni. Tapi sejak tak keje ofis ni (uhuk) kena la masak sendiri..:( [tak kuasa nyah nak pegi ofis lama semata2 nak makan bendaalah ni]

Versi saya..resepi campak2 dan ikut sedap tekak..

Mula2 kena sediakan sambal dulu. Bawang merah/besar, bawang putih dan cili kering diblender, masa nak tumis tu masukkan serai yang di titikkan dan hirisan daun limau purut. Tambahkan gula melaka. Siapa yang suka belacan boleh tambahkan dalam sambal, tapi saya tak letak pun..Biarkan kering or sampai masak or pecah minyak. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sebelum tutup api, saya perah limau kasturi sikit untuk bagi balance rasa masam manis. Dah masak ketepikan.

Ikan talapia toskan air dia dan sediakan aluminium foil. Kalau ada daun pisang boleh buat alas dulu then baru letak ikan. Sapukan sambal atas ikan dan hirisan bendi. Saya pernah makan ada yang letak kacang panjang or kacang botol even petai pun boleh..tapi kalau nak letak petai kena masak dengan sambal siap2 la...


Bungkus ikan lebih kurang macam ni:-


Kena make sure aluminium foil tu tak bocor. saya masak dalam kuali je. Masak dalam 15-20 minit dengan api perlahan. Kalau nak cepat masak tutup dengan tudung kuali, macam nak stim tu..=)



Tada..lepas 15 minit..gini la rupanya..time nak bukak tu berasap2 keluar..memang sangatla membuka selera..



Close up sikit..walaupun ikan tetap tak nampak...hehehe..memang sedap ah masak cenggini..minyak pun tak banyak guna..dua dalam satu pulak tu..sambil masak ikan kita masak sayur sekali..jimat masa...mak suka...=D


Takkan satu lauk je kan..nak nampak macam surirumahtangga sejati, saya masak ayam masak kicap sempoi sekali...


Suami selalu cakap the best lauk ever bila nampak ayam masak kicap..tapi kali ni ikan talapia bakar ala portugis tu ada sampai suami hanya cuit2 manja je ayam masak kicap ni...






Monday, September 5, 2011

Dalam Perjalanan

Raya kali ni memang jauh betul perjalanan saya dan suami. Keluarga saya di Selatan, suami pula di Utara. Untungla Malaysia ni ada lebuhraya, perjalanan jadi mudah, lancar dan cepat. Dan kali ni saya pun tolong drive sekali. Kalau orang lain memandu pulang ke kampung tu biasa, tapi bagi saya wahhhhhh terasa sungguh hebat (tepuk belakang bahu sendiri)..daripada penakut dan phobia di jalan raya, akhirnya saya dapat cekalkan hati memandu..suami memang senyum sampai ke telinga..satunya sebab dia boleh rehat sambil berdengkur kat sebelah dan keduanya, saya rasa dia bangga sebab jenuh berbuih2 mulut dia selama ni suruh saya bawak kereta tapi saya buat keras je...hehehe


Suami yg excited amik gambar dari seat sebelah..on da way balik kampung saya melalu LEKAS highway...


Fokus gila memandu, perjalanan pulang ke rumah mertua melalui PLUS highway..saya drive dari exit Senawang sampai ke RnR Tapah. Berhenti rehat, makan bekal nasi minyak dan suami ambik alih..


Okeh tukar topik, sebenarnya saya nak cerita kisah perjalanan balik dari Sg. Petani ke KL. Jalan jem la amat, jadi dari Bidor kitorang ikut jalan biasa. Sebelum tu dah singgah Kuala Sepetang pekena Mee Udang. Memang dah rezki, kedai yang saya singgah (suggest by SIL: Salleh Stall) tu beroperasi tapi sedang elok je order nampak diorang sibuk2 kemas meja. Rupa2nya tok wan diorang meninggal, kalau tak salah pendengaran, yang meninggal tu owner asal kedai ni. Arwah Pak Salleh. Al-Fatihah.

Betul2 kat tengah pekan.


Kitorang antara pengungjung terakhir sebelum kedai di tutup..=)


Saya order mee goreng udang tak special..rasa macam mee goreng mamak cuma udang je banyak..


Abaikan muka penat tu..tak habis pun sebab mee pedas, lagipun awal sangat makan, time ni belum pun pukul 12.oo tghari...


Suami order mee udang special..udang bagak2la jugak..


Burp...alhamdulillah..


Perjalanan di teruskan sampai le Tg. Malim berhenti pekena kopi ais kat Yik Mun. Kalau ke utara atau balik dari utara saya memang suka singgah sini...


Betul2 kat simpang empat, bangunan kaler merah..kedai corner.


Kopi ais dan pau sekaya dan muka sembab baru bangun tidor...

Agenda makan2 saya sempena raya ni saya tutup secara gah dengan makan kat Victoria Station..hahaha..gah la sangat...dari bulan puasa lagi nak makan tapi tak dan..


Dalam segan nak amik gambar mula2 tu...


Kopi???? Suami tanya kenapa order kopi??? ai punya suka la kan..dan nachos kegemaran..


Sebelum apa2 minum kopi dulu..


Nachos yang simple tapi sedap...


Hidangan utama..


Saya dan kambing bagai irama dan lagu..memang tak boleh dipisahkan..


Suami order mix grilled walaupun pada awalnya bercita2 nak order lobster!!!

Harapnya lepas2 ni saya bolehla kontrol makan. Sampai naik takut tengok diri sendiri makan ni....hahahaha....



Cerita Raya

Tidaklah saya beraya sakan. Ala kadar je..ate..baju raya pun sepasang..hehehehe...tapi kali ni saya beraya di kedua2 belah keluarga. Sehari sebelum raya, saya balik ke kampung keluarga saya nun di Keratong 5. Petang raya pertama tu terus bergerak nun ke utara pula, Sg. Petani: rumah keluarga suami. Kali ni raya memang penat sikit. Alang2 suami cuti panjang, alang2 saya juga belum bukak kedai..baiklah jenguk semua..lepas ni tak tau bila pula...:(


Dan..tahun ni saya makan sakan...makan tak ingat diri..makan ikut tekak..dan 2kg yang saya hilang sepanjang puasa tu tak da makna apa2...rasanya mau naik 5kg ni..segala macam benda saya makan..satu pun tak tolak..tahun ni rasanya paling banyak saya makan biskut raya dalam sejarah..entah kenapa..semuanya nampak sedap belaka..saya tengok je berselera...raya pertama, nasi minyak lauk ayam masak merah, acar dan dalca tulang lembu jadi hidangan keluarga saya. Tak lupa nasi impit a.k.a ketupat segera beserta kuah kacang dan rendang daging yang memang hidangan wajib tak penah tak buat. Berapa kali ulang makan pun saya tak ingat, yang pastinya baju raya saya sendat!!!!

Balik ke rumah mertua, hidangan wajib keluarga suami tentunya putu mayom dengan lidah lembu masak cabai. Ada juga ketupat palas. Sejak kawin ni memang saya gemor sesangat putu mayom..Kebetulan malam raya kedua tu keluarga mertua buat tahlil kecil2an jemput kawan2 dan keluarga terdekat. Agendanya makan lagi..ada nasi impit, kuah kacang (ini saya yang masak...hehehehe), roti jala kuah gulai daging (serius tak sama macam yang saya jual), laksa penang (saya duk la tengok mak mertua masak n mintak resepi..InsyaAllah lepas ni boleh la buat jual), mee goreng dan macam2 lagi..bila saya dah penat buat kerja, makan pun apa lagi..berselera gila..itu belum cerita masa pergi beraya rumah kawan2 suami, nasi daging la, nasi tomato, spegeti. Serta tak lupa saya makan lauk nasi kandar yang bersepah2 kat Sg. Petani (memang saya makan non-stop). Sehari sebelum balik mertua saya periap (sembelih) kambing sekoq. Separuh buat masak korma separuh lagi masak gulai dengan batang pisang..Bayangkan...bayangkan...mau tak se'eh tahap sampai susah nak bernapas dek kerana makan....Cerita pasal makan2 ni memang tak habis..nanti saya sambung lagi...sekian..
Daripada : pecinta  makanan...muahahahaha

p/s: gambar raya sikit buat tatapan semua...=)



Bersiap2 di pagi raya..salam peluk cium mintak ampun dengan suami dulu


Gambar berdua memang kena ada. ini baju lama sebenarnya..Saya beli kat Mydin je, murah dan cantik..itupun puaslah memilih..cuma RM59.90, tapi kain saya buat lain.

 
Suami dan Aimi; tak sangka sangat2 Aimi nampak sihat walafiat..dulu masa lahir cuma 600gm ++ je..Kuasa Allah...=)

5 beradik, gambar famili takda dalam kemera..:(

Kat rumah mertua, ulang tayang baju yang sama..

Keluarga mertua dan anak menantu dan cucu2

Ini time lepas tahlil..berminyak abis muka...ini ler satu2nya baju raya saya..kain cotton jalur2 halus...



Friday, August 26, 2011

Cerita Baju Raya

Sepasang kurung nan ungu..Sepasang je..Sepasang je baju raya saya..Sejarah ni..Ye la kalau tahun2 lepas saya beli biasanya 3 pasang..beli pun harga yang biasa2 je..Sebab nak buat basahan pegi kerja..Tapi sekarang pakaian kerja sudah tukar la...semedang je pakai t-shirt dengan seluar..Baju kurung memang tak terusik, so saya cakap kat suami raya tahun ni, baju raya saya sepasang pun tak apa..saya pakai je baju2 lama yg masih elok lagi..ada jugak baju lama yg tiba2 muat balik(lama gila tak pernah pakai)..muahahahaha...

p/s: Dear Syana: tak sempat wey nak bergambor kat gerai....hehehehe...(tapi rasa rugi lak bila ingat balik..huhuhu)



Thursday, August 25, 2011

Cerita Puasa

Bulan puasa tahun ni, 90% saya berbuka di pasar ramadhan. Pengalaman pertama yg cukup manis. Walaupun penat berniaga, tapi seronok sebenarnya berbuka dengan teman2 meniaga yg lain..Meriah amat!! Rasanya baru sekali saya masak hidangan lengkap untuk berbuka, kalau tak meniaga pun (ahad saya tutup gerai: rehat), saya dan suami akan bergerak ke pasar ramadhan yg berdekatan, cari juadah. Niat nak masak tu memang ada, tapi selalunya ada halangan. Lagipun rasanya suami faham. yang bini dia ni kadang2 dah tak mau jenguk dapur!!!...hehehe


Awal2 puasa, memang saya tak berselera..penat mungkin..masa tu dan2 la rasa dah kurus..seluar semua longgar, baju menggelebeh..tapi bila tenung2 dalam cermin..sebenarnya itu cuma mainan perasaan saya...ceh!!  saiz tetap sama..sikit je kurang kot sebab bila shopping baju raya dah beli saiz yg kecik sikit..hepi..hepi..tapi rasanya lepas raya ni naik balik ke berat sediakala..:(


Kalau sahur, awal2 tu saya masak la jugak..arini masak nasi..masak lebih pastu simpan dalam fridge untuk esok pulak..senang..nasi dah ada goreng je..tapi tahan 3-4 hari je...bila penat dan MALAS menguasai...hehehehe..saya makan roti..hari2 roti..dengan telur 1/2 masakla..dengan sosej la, bakar la, cicah milo la..sampaila bosan..masuk 2nd week puasa, suami cakap kita beli je...hahahaha...mak suka...senang kerja...selalunya beli bege la, kfc la, roti canaila...tengokla nak makan pe...itu yg bila dah ujung ramadhan ni terasa macam tembun semula..apadddaaaa....


Ramadhan kali ni memang satu kenangan yang banyak beri pengalaman dan pengajaran pada saya. Lebih2 lagi ilmu yang saya dapat masa meniaga. InsyaAllah, kalau diberi peluang dan kesempatan, tahun depan memang saya nak meniaga lagi..Tahun ni cari pengalaman dulu..Pengalaman yang saya dapat antaranya:


1. Plan meniaga pasar ramadhan ni sekurang2nya 3 bulan sebelum. Tengokla kita nak jual apa. Kalau meniaga makanan, pastikan menu kita tu lain2 dari yg lain dan semestinya SEDAP. InsyaAllah, pelanggan tak lari. Macam saya, mula2 ingatkan nak jual lauk pauk. 1st day je masak lauk..tu pun tak banyak dalam 7-8 jenis je (sebab saya buat kuih gak), tapi tu lah..orang lain jual lauk sampai penuh meja..pakai talam besar2 gedabak..memang org tak mandang la lauk saya. So, the next daynya saya tukar buat kuih muih je. Alhamdulillah adalah rezki, tapi tak tahan lama..bila tak habis saya pun tertanya2..mengapa? why?..hahahaha..so 2nd week tu saya tukar lagi  dan fokus hanya buat ROTI JALA dan goreng2 je..dan saya kekal dgn menu ni sampai la last meniaga iaitu esok!!! Maksudnya, jgn cepat mengalah..yakin bahawasanya Allah dah tentukan rezki kita..Alhamdulillah, da nak akhir ramadhan ni, saya dah dapat ramai regular customer..InsyaAllah tahun depan saya meniaga lagi ROTI JALA..:)

2. Kena fikir samaada nak ada pembantu @ tidak..sebabnya bak orang cakapla..bulan puasa ni kena rebut peluang..bila saya decide nak buat sendiri..satunya saya takut tak mampu nak bayar gaji pembantu. Memang tak menang tangan..buatpun setakat termampu je..Kudrat sorang apalah sangat..Suami cuma tolong lepas balik keje...tu pun kalau dia ada hal @ buka puasa @ kena duty..memang tunggang terbalikla saya sorang2..dari pegi pasar, memasak, angkat barang pegi pasar, set up gerai dan nak menjual lagi..memang tak berhenti..tapi bila dah lepas seminggu tu badan pun dah boleh terima..penat tu tetap ada, tapi tak la flat macam mula2..Jadi kalau ada pembantu mungkin boleh tambah menu atau buat dalam volume yang lebih banyak...bila tengok peniaga lain, saya rasa kerdil (memang sangat, saya baru je nak berjinak2 ngan bidang ni)...pengalaman pun tak ada...rasanya saya sorang je yang meniaga sendiri..peniaga2 lain kalau tak pembantu..memang penuh la famili tolong..tapi takpe..saya belajar dari pengalaman..buat panduan di masa hadapan..eceh...:)


okeh, sekian dulu..mood ter'rajin ' arini..Bukan apa..tetiba la pulak suami demam..tv takde cite best..tu yg saya ter buat entry baru..hehehe..Anyway...Salam Aidilfitri untuk semua..Kalau memandu pastikan secara berhemah dan ingat keluarga tersayang..Kalau makan rendang, ketupat & lemang tu beringat2la juga ye..jaga kesihatan semasa cuti raya...Anak2 jangan main mercun..rimas betul saya dengan mercun pop tu...haiiiiiii...kalau anak sendiri mau saya picit2..hehehehe...Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin..dan semoga jumpa lagi...Tata.....

Friday, August 19, 2011

Salam 20 Ramadhan..:)

Sedar2 tak sedar kita dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. Sedar2 tak sedar jugak hampir 2 bulan blog ni tak terupdate..Last entry 28/6...:(

Start je meniaga kat Kajang awal bulan 7 tu memang tak sempat nak update apa2..Jenguk la jugak blog kawan2..Melepas rindu..Facebook pun kalau sempat je bukak..Paper baca bila free je..Tv on la jugak, tapi kalau kata nak duduk mengadap tu memang tak la..Memang sibuk..satunya nak adjust masa..ye lah kat Kajang dulu meniaga malam..tapi start dari pagi memang tak berhenti..pegi pasar, balik rehat kejap, dalam pukul 10.00 pagi tu dah mula memasak. Pukul 4.30 petang pulak siap2 nak keluar. kedai mula berniaga dalam pukul 7.30 malam, tutup ikut dan..paling lambat pukul 3.30 pagi!!!!! Macam tu la rutin selama sebulan..Setiap isnin off day..time cuti memang tidor la..sambil2 tu kemas rumah...malam pulak tidor awal sebab esoknya berniaga semula...memang tak terasa masa berlalu...kurus je tak...hahahaha..

Masuk je Ramadhan, gerai kat Kajang tu tutup, mencuba rezki di Pasar Ramadhan..Ya Allah..penat nya Allah je yang tau..dah la 1st time meniaga kat pasar..Lepas tu tak plan sangat nak masak apa..awal2 Ramadhan tu jual kuih muih barang 10-12 jenis..mula2 laku..pastu slow..bila pusing2, rupanya selang 2-3 meja orang jual kuih..kuih muih diorang lagi meriah..30-40 jenis!! tu dia...Buat kuih ni memang penat tahap gaban..dah la buat sorang2..pastu kena ikut resepi, kalau salah bancuh memang tak jadi...hehehehe..

Then slow2 tukar menu..sekarang ni cuma fokus jual roti jala, kuih cara berlauk, mee goreng, bihun goreng & bihun singapore. yang goreng2 tu buat setalam2..Cara berlauk tengok mood, kalau malas buat 50-60 biji je..Kalau rajin buat 100 lebih...Roti jala, alhamdulillah...so far itu la yang bagi rezki lebih...setiap hari tebar 200 -250 keping..mau senget bahu duk mengirai roti jala hari2...

Sekarang ni bila tengok duit tu, nampak titik peluh sendiri. Bukan nak kata yang kerja lain2 tu bukan hasil titik peluh..Tapi bila berniaga ni baru lah tahu betapa susahnya nak dapat walau seringgit...Segala usaha dan keringat kita keluarkan yang sehabis mampu untuk dapatkan rezki, bukan setakat 1-2 hari..tiap2 hari kena bagi 200% usaha, tak boleh nak malas2..mengaduh penat tu memang la ada, manusia mana yg tak penat...ye dak??

Kalau nak cerita pengalaman mula berniaga ni memang banyak...macam2..susah senang...hepi, sedih semua ada..Teringat kata my ex- office mate, kalau berniaga ni senang mesti semua orang nak meniaga...Betul sangat2..bukan senang..tapi saya selalu berdoa, moga Allah permudahkan dan bukakan pintu rezki yang halal buat saya dan keluarga...

InsyaAllah kalau ada  masa saya menulis lagi..ini pun tulis tergesa2..curi masa tido..kalu tak time2 cenggini memang dah berdengkur..Di kesempatan ini saya nak ucapkan salam Ramadhan (belum terlewat lagi rasanya) dan Selamat Hari Raya Aidilfitri (kot nanti tak sempat nak buat entry raya)...=)



Tuesday, June 28, 2011

Meja Kerja


Kalerful tak....hahahaha..ini tv area cum workplace..tak ada tema2..main beli je apa yang berkenaan. Apa yang best nya workplace baru ni???..=)

1. Bantal besar kaler purple untuk alas bontot. Macam kerusi kat ofisla. Tapi kat sini boleh duduk bersila. Kalau penat boleh melunjur(?), lagi best letak bantal tu kat kepala..siap..tido berdengkur..ahaks


2. Kalender 2011..konon macam kat ofisla ada kalender kat meja..ngeh


3. Nampak tak remote kontrol..tu yg paling penting sekali..tapi tu pun bateri macam nak kong..kena ketuk2 atas lantai dulu baru function..punyalah malas nak tukar..hehehe


4. Tv kesayangan..inilah nyawa kat rumah..kalau suami takde..memang saya on 24 hours..time tido pun..sebab tido depan tv..hehehe..takut ar rumah sunyi..

5. Meja kecik bergambar panda 2 ekor ni saya beli kat tesco..RM15 kot..kalau makan depan tv pun meja kecik nilah yang berjasa..ai sayang carpet ok..carpet mahal!!!!


6. Buku nota..yang kaler putih tu penuh resepi..memang sentiasa ada kat depan tv. Kalau tengok chef wan masak ke, nigella ke, pastu sape tu chef at home, masterchef seme kalau ada yg senang2 memang saya catit.tapi setakat catit je la..cubanya tak..=)


Kesimpulannya..workplace baru saya best tahap AVATAR!!! 2 hari berturut2 saya tgk Avatar kat Star Movies..dah boleh hafal!!!

p/s: hari ni saya cukup rajin, bukan setakat mop lantai..saya berus sekali lantai dapur dengan yard..tak tau la bila lagi nak berus lepas ni..hehehe



HATI & CINTA

I
Benar kata orang
Luka di hati tinggal parut yang mendalam
Luka sembuh tinggal parut
Parut tanda hati terluka
Parut tanda hati pernah berduka
Hati akan sembuh
Tetapi parut masih ada
Hanya masa
Hanya masa dapat mengubat hati yang terluka

II
Biar cinta itu sebesar gunung
Biar cinta itu cinta agung
Cinta datang dan pergi
Tanpa perlu kita kejar dan mencari
Cinta jangan dicurangi
Cinta jangan dibohongi
Cinta jangan disakiti
Cintailah seadanya
Supaya ia kekal lama
Subur dan mekar hingga ke akhirnya
Semaikan dengan kasih sayang
Bajailah dengan keikhlasan
Sirami  cinta dengan kejujuran
Maka terhasillah cinta yang menjadi dambaan
Setiap insan yang selalu dahagakan
Cinta......



Monday, June 27, 2011

Hari Pertama Tak Bekerja

Pengganggur tak bertauliah(sementara) dan suri rumahtangga..best tapi bosan...bangun solat subuh, pastu konon..yeaaahhhaaa..boleh sambung tidur..tapi..aik..awat tak mau lelap ni..pusing2 tengok MHI pastu mandi, buat milo...dekat2 pukul 9.00 pagi saya gerak ke Klinik DBKL untuk ambik suntikan anti typhoid. Kos cuma RM21 je. Tak sampai 5 minit dah siap. Dalam hujan lebat tu saya tak tau nak pergi mana. Plannya memang nak pergi ofis jap. Nak ambil segala harta karun personal yang saya simpan selama 7 tahun tu...Tapi macam awal lagi kan..Ingatkan nak join ofismate lunch..

Tapi alang2 dah keluar, baik pergi terus..Sampai ofis dalam pukul 10.00. Tu pun saya siap singgah bank lagi.. Kemas2 meja. Copy personal file dalam pendrive. Minum dulu nescafe sechawan..Sembang2, bayar hutang, buang sampah sarap personal(kang orang jumpa dan baca malu pulak), salam2 dengan mana yang tak jumpa hari jumaat lepas. Baca paper sikit. Dekat pukul 11.30 baru saya balik..itupun sebab suami kol nak balik rumah ambik baju dan lunch sekali.

Rumah dengan ofis kan tak jauh mana. Kena jem sikit kat Bukit Bintang, belum pukul 12.00 dah sampai rumah. Suami on da way lagi. Campak harta karun dari ofis terus sinsing lengan masak sempoi. Ada leftover nasi putih so saya buat nasi goreng. Panaskan jugak leftover ayam goreng semalam. Goreng fries dan sosej. Buat air anggur..Dah pun siap lunch...Sempoi habis..

Pukul 1.30 suami gerak balik ke kem..Saya sorang2 pandang dinding...Apa nak buat ni.....huhuhuhu..Tengok tv dan tidor je la kan...=)..

Itulah kisah saya di rumah sehari tak buat kerja..Tak sanggup kot nak macam ni hari2. Mau macam apam saya lepas ni...hehehehe..=)




Saturday, June 25, 2011

I Hate To Say Goodbye...:(

Semalam bersamaan 24/06/2011, berakhirlah perkhidmatan saya di Mutiara Rini S/B. Sedihlah amat..Banyak sangat kenangan manis pahit, suka duka sepanjang saya bekerja kat sini. Part yg paling sedih sekali masa nak hantar surat berhenti. Sambil menaip dengan hati yang sebak dan air mata yang bergenang..Terbayang muka kawan-kawan dan bos!

Keputusan yang saya buat, pada saya amatlah berat..Meninggalkan kerja yang saya sayang. Meninggalkan ofis yang banyak kenangan. Kenangan yang mendewasakan dan mematangkan saya dalam kehidupan. Kenangan yang tidak boleh dijual beli dan tak boleh di cari ganti. Kenangan yang akan saya lipat kemas, dan simpan erat dalam hati. Kenangan yang akan saya ceritakan dan sampaikan kepada anak cucu cicit saya nanti....

Kalau tak silap, saya mula bekerja pada 05/05/2004. Masa tu muda belia. Saya aktif dengan Kelab Sukan Boustead. Main netball, futsal..semelah pun main..Rajin ikut trip pulau2 sekitar semenanjung Malaysia. Dan pernah ikut trip backpack dengan bos ke Solo, Jogja dan Semarang, Indonesia dekat seminggu jugak la. tapi sejak berkahwin..semua2 ni saya kurangkan..status dah bertukar, saya jadi lebih sopan (kot)..hehehe

Tak tau nak luahkan macamana sayangnya saya pada ofis ni..Kawan2 yg baik..suasana ceria dan hepi je selalu..gaduh2 tu jangan cerita lah..adat..yang lepas2 tu bagi saya dah lama saya lupa..masing2 dah dewasa kan..dah bekeluarga..tapi yang paling saya sedih dan ralat tentunya bagi saya, one of my best friend yang hubungan yang rapat renggang tiba2. Saya tak tau kenapa..mungkin silap saya..emosi atau masa dan keadaan yang menjadikan hubungan tu tak serasi..kalau kenangkan balik, memang saya sedih..saya ralat sebab tak pulihkan hubungan tu..life goes on..saya selalu doakan hubungan saya dan dia ok..everytime raya, saya selalu sediakan duit raya untuk anak2 dia tapi tak pernah terbagi..sedih kan..ego mungkin..=)

Ofis saya yang meriah ni memang selalu buat makan2..makan sebelum puasa, sempena raya, krismas dan tahun baru. Everymonth beli kek sambut besday, makan sebab orang belanja. Tiap kali awal tahun..mesti ada makan2 kalau naik pangkat @ gred. Makan sempena dapat anak..farewell(sedih) dan banyak lagi..tu tak masuk minum petang goreng pisang dan cucur udang..masing2 tak pernah kedekut nak keluarkan belanja kawan-kawan makan..tu lah sebab saya naik 15 kilo sepanjang 7 taun kat sana..

Saya pasti akan rindukan suasana kerja kat sana..Lepas ni saya cuma bergelumang dengan sambal, ikan dan ayam.Tak ada lagi nak pakai baju2 cantik dan bersiap ke ofis. tak ada lagi penat menempuh jem pagi dan petang..tiada lagi gosip2 ringan. tak ada lagi usik mengusik ngan kawan2..:(

Nanti saya uploadkan gambar farewell. Buruk betul menangis..hahaha..tapi takpe..saya tayang gak..tapi kali ni saya nak tayang hadiah farewell..hepi dalam sedih..Hadiah2 yang sangat saya suka dan sangat bermakna. Of course saya akan guna!!!


Cupcakes..so comel...


Close up..tiny teddy bear..=)


Delectable by Su @ Pavilion


Mitt & Apron..

yang ni big boss yang bagi..Love it..dan saya memang kaki membeli dan mengumpul kuali & periuk..=)


And yang paling touching...the card..tq so much for the wishes n supports..=)



Semoga hubungan yang telan terjalin berkekalan..InsyaAllah ada kesempatan masa saya pasti menjenguk teman2 di ofis lama...Pasti akan rindu pada semua...Pasti...:(


Selamat tinggal tidak beerti perpisahan..Selamat tinggal bukan untuk akhiri perhubungan..Selamat tinggal agar kita semua maju ke depan...Yang ditinggal tidak akan dilupakan..Yang ditinggal adalah kenangan terindah dalam kehidupan...Love n hugsss...=)