Sunday, December 11, 2011

Ombak Rindu

Sana sini sinun bercerita pasal Ombak Rindu, saya laki bini pun terhegeh2 la pergi sebab suami sekarang ni minat bonar kat Aaron Aziz..Tengok jam 10 malam hari isnin lepas, full house!! Pasangan suami isteri yang senior pun ada..dalam panggung tu awal2 lagi dah on mood nak romantik2..muahahahah..

Tapi sebenarnya tidaklah saya nak review movie ni..semua pun dah review kan??? Cuma bagi saya 2 jam tak cukup menterjemahkan buku ini dalam bentuk filem, banyak scene yang nampak di potong2 sebab nak cukupkan durasi..terpengaruh dengan tulisan wartawan Roslen Fadzil kot sampai sepanjang movie tu saya asyik fokuskan kelemahan dari kelebihan movie ni..last2 macam tak enjoy..tapi overall ada scene2 yang menyentuh hati hingga menitis sikit (je) air mata contoh macam part Haris balik marah2 Izzah sebab ingat dia pregnant dan scene diorang dalam bilik masa Pak Dollah kenduri nak pergi Makkah. Curi2 tengok suami..memang dia layan habis cerita ni..tangkap syahdu n layan taman dalam hati yang berbunga mekar sekali..ahaks

OMBAK RINDU ni terasa dekat sangat dengan saya sebab bagi saya dalam kehidupan berumahtangga pastinya ada ombak yang melanda..Kadang2 kita di lambung ombak ganas, atau tiba2 ombak datang tak di duga macam tsunami dan ada ketika cuma ombak2 kecil yang mengusik kita..perkahwinan kita tidak akan sentiasa tenang pastinya ada dugaan. Tapi itulah perkahwinan, walaupun ujian dan cabaran datang, tapi perasaan rindu, kasing dan sayang pasti tetap menebal dan bercambah sepanjang kita hidup bersama...Kita suami isteri yang kena pandai cari jalan penyelesaian dan penyesuaian. Akui kelemahan kita, terima kelemahan pasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain...tu dia..dan2..cerita pasai rumahtangga..dan sempena musim demam Ombak Rindu, saya ciptakan puisi khas buat suami tercinta;

Tak perlu jadi Aaron Aziz
Tak perlu jadi Haris
Tak perlu jadi sesiapa
Kerna bagiku, kaulah segalanya...

Kau yang ku kenal penuh dengan cinta
Penuh jenaka dan gurau senda
Usikanmu undang tangis dan juga tawa
Buatku rindu biar berjauhan hanya seketika
Sekian..tu je..tiba2..idea mati sekerat jalan....cukupla kot...ehhehehehe..=)


 




Wednesday, December 7, 2011

Tak Nak

Sekarang ni kat mana2 kita boleh nampak or dengar or lihat kempen Tak Nak Merokok yg dilakukan secara besar2an. Masalahnya orang2 macam kita yang tak merokok ni memang sangatlah terkesan bila tgk kempen tu..yelah..terang2 tunjuk gambar kanser paru-paru..gambar janin yang gugur..gambar gigi hitam..tapi golongan sasar yakni perokok tegar sehari isap sekotak rokok asap berkepul2 nonstop bau pun dah macam asap lori masih tak sedar diri...sakit kepala akak tau..

Sekarang ni ada 3 lelaki kat kedai yang perokok berani mati..memang serious tak takut mati..asal takde customer je isap rokok, dah la kedai akak ni 10 kaki persegi je..cinonet amat..ko merokok asap tu tak kemana..akak la tukang hidu. Yang sorang tu akak tak kisah..ye la partner merangkap tokeh..takkan nak sound kena batang idung. Sejak dua menjak ada pekerja baru ni memang akak mati kutu..macam komplot pun ada lelaki2 ini..asal duduk je rokok, asal rokok je duduk..yg anak tokeh tu memang dah berbuih menitik2 air liur akak menegur..ni ha yang baru kerja ni, kawan tokeh pulak tu..kalau ada tokeh, sama naik isap rokok..sakit ni ha hati akak..macam nak mengamuk..korang boleh agak2 tak merokok..jangan merokok kat dapur, lepas merokok basuh tangan..takkan tu pun akak nak kabor..sah-sah la tak pernah basuh tangan lepas merokok tu..penat la akak ari2 nak bebel pasal puntung rokok korang..pening tau tak akak hidu asap rokok murah korang yang busuk tu!!! Akak betul2 tak paham dengan orang yang tak reri bahasa ni..ni kira pengetahuan am la..jgn isap rokok depan pelanggan, kat dapur..senang kata jgn merokok time keje..akak tak tau la org lain, tp kalau akak pergi kedai makan pekerja dia asyik merokok je memang akak tak jejak dah lepas tu....

Akak memang bengang..akak dah mengadu kat partner akak minggu lepas, akak cakap mintak maafla nak tegur..bukan akak tak bagi merokok kat kedai tapi ni isu kebersihan, partner akak tu..okeh2 saya paham..tapi ni ha da seminggu, sama je..tarrra perubahan pun....

Akak sekarang ni memang diam je..dah malas nak sound mound..buat habis saliva akak je..Akhir kata, akak tujukan poster kempen Tak Nak Merokok ni kepada semua para lelaki diluar sana..Beringatlah sebelum kena, menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian sesen pun tara guna..baca dengan tonasi Mr. Karam Singh Walia..Gudbai..