Monday, December 27, 2010

No entry

Boleh...boleh masuk.. boleh jenguk..saje...malas nak pikir nak letak tajuk apa..=)


Pertama:
Tahniah pasukan Malaysia.
Saya tak tengok sangat..bila satu blok bergegar dengan sorakan..ggoooolllllll..barulah saya alih ke siaran langsung di TV1..tak shiok la tengok bola sorang2..tak ada feel..



Kedua:
Saya memang tak sempat nak jengah ke blog sahabat-sahabat yang join GA saya.. Harap maklum, sebelum hujung tahun @ tarikh tutup saya akan keluarkan senarai peserta ya...sabar...

Penyertaan pun sudah melebihi 70 orang jika sikit lagi cecah ke angka 80 saya akan tambah hadiah!!!!




Ketiga:
Broadband saya buat hal meragam. Bengkek betul bila call service centre berkali-kali pun pun tak menyelesaikan masalah. Tambahan pula saya agak tak berapa reti IT ni. Macam tikus baiki labu..Sudahnya saya biar je kat tepi.. Esok-esok suami balik biar di yang buat semua..Bosan shiot weekend tak boleh buka tenet. Bukan apa...saya nak exercise ikut youtube, saya jumpa video poco2 workout yang shiok gila..peluh-peluh ok..


Keempat:
Malam ni ialah malam bermain futsal (ceh..ayat macam tiap-tiap malam isnin main futsal je)...saya nak jadi gol keeper je.. saya rasa faktor saiz badan saya ini sungguh sesuai berada di pintu gawang confirm pasukan lawan susah nak cari gol punyerrrrrr...jangan bolos sudah....=)


Kelima:
Saya rindu sang suami amat..dah seminggu lebih tak jumpa..hanya dengar suara..hello..helllo...i miss u..bai..itu je...:(



Keenam:
Saya on mode diet...hahahahaha...gelakla..gelakla..esok-esok korang naik debom macam saya baru korang tau...
Siap tulis jurnal makanan tu..baru saya sedar selama ni saya melantak tak sedar diri...huhuhu
Itu yang saya beria poco-poco sebenarnya...=)


Sekian..tata titi tutu..i lap u...=)



Tuesday, December 21, 2010

T A K U T

Malam kelmarin kan dengar bunyi orang bertukang..Lepas tu bila cerita kat kawan-kawan, ada yang tiba memberi idea yang macam..hmmmm..apsal ko cakap macam tu, takutla aku. Serious, saya memang jarang terpikir tentang makhluk yang 'satu' lagi tu...Bukan tak fikir langsung, tapi saya selalu membuat logik akal bahawa hantu syaitan memang ada disekeliling kita, jangan diganggu jangan dicari dipuja sudahle..takut nanti syirik pula, alam ghaib itu memang wujud adanya...orang jahat, perampok, pencuri, pemecah rumah lagi saya takut sebenarnya..


Bila fikir-fikir balik..pukul 1.00 pagi menggerudi, adakah???? huhuhu..tidak mahu bersangka yang bukan-bukan atau lebih tepat, nak sedapkan hati sendiri..maka saya rasa yang menggerudi itu adalah jiran saya yang cetek akal, buta hati...


Walaupun begitu, malam tadi saya tidur dalam perasaan cuak..detik 12.00 malam itu bagai bermain-main diminda saya..adakah akan ada bunyi-bunyian lagi???? Seram pula..


11.00 malam sudah cuba tutup mata..Lagipun penat..petang semalam game bola jaring sampai senja dan pasukan saya bergelar juara..jadi kepala sakit, pinggang perit, kaki bisa-bisa yang jadi fokus saya...Akhirnya saya tidur dengan nyenyak walaupun kerap terjaga-jaga..Sudahnya saya kesiangan..pukul 7.00 pagi baru saya sedar dari lena..ngehngehngeh..


Kesimpulannya:-

Perasaan takut tu kena ada, tapi jangan terbawa-bawa..Takut perlu supaya kita lebih berwaspada...sekian..=) 


Monday, December 20, 2010

Saya keseorangan dan diganggu waktu malam

Saya memang keseorangan waktu ini. Saya sampai dari SP petang semalam..balik rumah rasa sunyi amat.. cuma terdengar bunyi jam berdetik..tik..tik..tik...saya buka semua pintu bilik, bilik air, dapur, stor..itu rutin bila tinggal sorang-sorang..tebiat saya..manalah tau kalau-kalau ada yang menunggu..hush..takut siot..


Cubaan untuk tidur awal tidak berjaya. Ini mungkin sebab saya tidur macam malam sepanjang perjalanan 6 jam dari SP-KL...tarik toto bentang depan tv, set alarm siap-siap, buka lampu terang-terang, pejam mata rapat-rapat..tapi tak mau juga lena..wei...tidur lah mata..esok saya nak kerja..


Baru je saya nak lelap dalam jam 12.00 tengahmalam..ada bunyi yang sungguh annoying..ketok..ketok..ketok..bunyi paku didinding..whatthe...malam-malam buta ni memaku bagai..hilang akai???


Sabar...sabar..dah lah mata susah nak lelap, baru je nak lena sikit ada pulak gangguan makhluk yang tak tahu adab berjiran tetangga.


Mengucap panjang saya bila aktiviti malam jiran di atas saya itu diteruskan dengan menggerudi pula....gruduuudddddi..gruuuudddi..gruuudddiiii...macam nak maki! sekali dua kali tiga kali...berkali-kali..apa masalah ko ha??? ko dah takde masa lain ke ha?? punya la panjang waktu sehari 24 jam, dah dinihari macam gini baru ko nak menukang ke ha????? B***H tul....geram..gerammmmmmm [gigi rapat je time ni]..


Ini lah dia kalau dalam diri tak ada toleransi. Ikut sedap hati je tak fikir jiran sebelah menyebelah..kalau buat kerja menghias rumah nak gantung frame ke jam dinding ke pukul 8-10 malam tu masih boleh terima. Ini dah pukul 1.00 pagi..apa kejadahnye..Pakkal la saya dirumah sorang-sorang, kalau ada suami mau dah berkelahi..:(


Kita ni duduk bermasyarakat..lagi-lagi duduk rumah bertingkat..kat bawah atas kiri kanan ada jiran, hormatlah sikit. Orang lain pun sibuk jugak, tapi pandai-pandailah cari masa. Jangan nak ikut kepala sendiri je..Lainla kalau dah jenis yang ikut suka hati akula, rumah aku tukul aku gerudi jenama bosch aku...tapi aku peduli apa..ingat ko sorang je ada...huh!!!


Geramkan...


Saya rasa macam tak cukup tido...:(


nota kaki: rasa nak ketuk je penyapu kat siling, nak bagitau bising ganggu orang..tapi ..tulah..takut plak..kang dia turun sergah..dah la sorang2..huhuhu..rasa teraniaya...ngeh3..

Friday, December 17, 2010

Keberangkatan Pulang

Hari ni mak abah mertua dan adik akan pulang ke kampung (SP). Lebih kurang 3 minggu la juga mereka ada kat sini. Lepas solat jumaat, InsyaAllah kami semua akan bergerak keluar dari Kuala Lumpur. Kalau sempat mungkin singgah di Hot Springs Sungai Klah. Boleh celup-celup kaki, kasi hilang lenguh bisa-bisa badan juga daki-daki..=)


Selalu juga saya singgah kat sini kalau balik dari utara..tempat rehat pelepas penat..=)

RM10 entrance fee, tapi syok wooooo..boleh berendam dalam air panas..tak pun hoorey hoorey kat air sejuk dari gunung ala-ala taman tema air tu...

Bila fikirkan, mesti sunyi lepas ni..lagi-lagi minggu depan suami pun kena outstation di UUM selama 2 minggu..dari penuh rumah sampai alih-alih tinggal sorang diri terkontang kanting..huhuhu...

Moga mereka selesa di rumah saya, risau juga kadang-kadang, takut terlepas laku atau layanan terkurang..takut terlepas kata terkasar bahasa..takut salah bergurau jauh hati...takut lepas ni depa tak mau mai lagi..hehehe..


Saya terima kedatangan mereka dengan hati terbuka, InsyaAllah tiada rasa rimas atau menyusahkan dalam hati ini..orang tua dan kelurga suami saya layan seperti keluarga sendiri, malah mungkin lebih lagi..Niat saya untuk menggembirakan hati suami. Lagipun meriah apa, balik kerja ada orang nak bersembang. Dan yang lebih extra best ialah dapat merasa air tangan ibu mertua...dapat juga tambah ilmu masakan, yang pastinya lepas ini saya praktikkan. Apom lenggang, gulai (kari) ayam kampung dengan betik tua (sedap bangat), gulai (kari) daging dengan umbut kelapa dan cucuq badak (favourite saya) antara resepi mertua yang paling saya suka..ops lupa satu lagi..daging masak cabai..=)


Entah bila diorang nak datang lagi..Lepas balik dari UUM suami ada kursus lagi 6 bulan. Nasib baik kursus kat area-area sini. Tapi memang sangat susah amat nian (nak bagitau betapa susahnya!!) suami nak bercuti dalam tempoh berkursus...huhuhu..Kalau ada masa, memang saya tak akan lepaskan peluang pulang ke kampung..baik rumah mak ayah saya atau keluarga mertua...=)


nota kaki : jangan lepaskan peluang cuba kuih saya kat sini GIVEAWAY : FROZEN RESOLLES




Tuesday, December 14, 2010

Giveaway: Frozen Resolles Update...=)

Kepada yang dah join saya ucapkan terima kaseeeeyyyyy...nanti slow-slow saya terjah ye...sungguh saya tak berapa nak sempat sebab PIL ada kat rumah..Dah dekat 3 minggu diorang berkampung kat rumah saya..seronok..=)..rumah meriah gila..menyembang malam-malam macam esoknya tak kerja...hehehehe..

Alhamdulillah...penyertaan pun ramai..Jika penyertaan melebihi 80 orang mungkin saya buat penambahan hadiah @ mungkin juga ada saguhati...

Jadi jangan lepaskan peluang ini..wawarkan kat kawan-kawan...lagi ramai ramai lagi meriah..dan hadiah pun mungkin bertambah..

Kepada yang belum join...sila klik kat sini GIVEAWAY : FROZEN RESOLLES




Thursday, December 9, 2010

Giveaway : Frozen Resolles

Giveaway datang lagi.......

Kali ini saya nak buat lucky draw pula...

3 pemenang bertuah akan menerima 1 bekas Frozen Resolles (dalam tu ada 5 bijik)

Mesti ramai yang tak tau kan..apekebendalah kuih Resolles ni..Jadi jangan lepaskan peluang sertai cabutan bertuah ini..(hehehe..cam iklan)

Bolehla korang rasa free..Kalau sedap..jangan malu jangan segan buatla tempahan (promo jangan tak promo)



Sedikit info tentang Resolles:-

1. Intinya ayam @ daging + kentang + lobak + bawang + daun sup yang dicincang halus menggunakan tenaga 4 kerat saya...=)

2. Kulitnya bancuhan tepung, mentega, telur dan susu cair yang di tebar nipis seperti kulit kuih ketayap

3. Disalut dengan serbuk roti bila digoreng garing sungguh enak dan ranggup dimakan..




3 pemenang BERTUAH akan menerima Frozen Resolles yang di pek sedemikian rupa....

SYARAT-SYARATNYA:

Mudah je..korang jadila follower blog ni..kalau tak nak pun tak apa...

Tepekkan gambar GIVEAWAY: FROZEN RESOLLES yang menggiurkan itu..

Tuliskan entri ringkas amat :" SAYA NAK CUBA RASA TRY TEST RESOLLES INI...=)"

Saya ulang ye..

Cuma taipkan  :" SAYA NAK CUBA RASA TRY TEST RESOLLES INI...=)"

sekian..itu je dan tinggalkan link korang kat ruangan komen kat bawah ni..

dan jangan lupa masukkan link giveaway ni kat dalam entri korang ye..

tarikh tutup pada

1 January 2011


nota kaki : moh ramai2..jom try..tapi harap2 tempat korang ni courier service boleh sampaila..sebab saya post petang..InsyaAllah, keesokkannya sampai..kalau ofis ada peti ais lagi baik..=)


Wednesday, December 8, 2010

Teka siapa bahagian II

1st trip ke MAHA saya jumpa TPM..kali ke-2 pergi MAHA saya jumpa 'dia' pula...Pujaan hati ramai ni...Jadi idola jadi sumber inspirasi...

Kebetulan lalu di gerai jual hiasan macam table runner, pillow case tu, nampak ramai dok kerumun..Awat depa ramai-ramai ni? Lantas saya membuat aksi selitan dan dapat lah capture gambar dari belakang..macam kenal kan?

Si dia ni memang gemar pakai begini..lagipun saya rasa beliau nampak muda dari usia..









Close up sikit..takkan tak cam lagi....:(









Tu dia..hangpa kenai dak???






Nampak tak siapa di sisi beliau...





Sungguh tensi sebab ramai yang tak berganjak..biasanya saya bukanlah jenis yang suka berasak-asak nak tengok public figure ni..tapi sebab beliau dan isteri, nak lah jugak tengok dekat-dekatkan..jadi misi diberi kepada suami untuk berlari sepantas kilat dan menyelit dengan muka tak malu di sebelah sana supaya dapat mengambil gambar dari depan supaya saya boleh tatap wajah mereka..sekian..terima kasih suamiiii....




Saya dibelakang mereka ketika ini..jenuh menunggu.. orang ramai makin berpusu-pusu..tidak mahu tersepit dalam kesesakan dan ketiak-ketiak orang..maka saya beredar membawa diri..che det dan isteri.. masih sihat..dan sangatlah saya puji..saya pun mahu begini..mahu meniti hari-hari tua bersama suami..sentiasa berada disisi dan saling melengkapi....=)

Salam Maal Hijrah 1432H

Assalamualaikum....

Belum terlambat rasanya saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua...Buka buku baru, tutup buku lama.. Tutup buku lama dengan penuh keinsafan dan jika ada khilaf kita sepanjang tahun lepas moga jadi pengajaran untuk terus kehadapan..Banyak yang dalam kepala saya..Semua penuh dengan azam! Azam dan azam lagi..bukan incik azam ye...=)

Azam saya...biarlah rahsia...hehehe....azam saya cuma nak hidup bahagia dengan suami tercinta serta kaum keluarga, dapat hidup bersederhana dan dapat buangkan sikap-sikap yang dibenci olehNya..Saya pun manusia biasa, kadang-kadang rasa tak puas hati, rasa rendah diri, marah, benci...jadi saya nak fokus untuk sentiasa hepi..hepi dalam ertikata mensyukuri nikmatNya...Syukur dengan rezeki yang Allah kurnia..Jika dugaan yang Allah beri saya terima dengan tangan terbuka...Amin Ya Rabbal Alamin....=)



Thursday, December 2, 2010

Teka: Ini siapa????

Saya jumpa dia di MAHA, Sabtu lalu

Sungguh saya tak sangka, dapat bertemu muka bertentangan mata...

Hati berdebar-debar tanggan menggeletar [macam lebih2 je..=)]

Siapakah dia???

Bagi hint dulu...

Pandangan dari belakang....


*

*

*


*


*




*






*

nampak sipi-sipi angin lalu

*


*


*


*


*

Dapat menatap wajahnya

*


*

tak sampai sedepa pun jarak saya dengan dia...pemisah antara kami berdua hanyalah kemera cabuk saya....

Yang Berbahagia Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia..


Seri muka hidangan untuk mertua

Sambil-sambil kemas rumah sebelum mertua sampai hari tu, sempat juga saya sediakan kuih seri muka. Rendam pulut sebelum pergi kerja, balik terus kukus..penyet-penyet dan biarkan seketika. Bancuh adunan untuk bahagian atas yang kaler hijau tu, biarkan setengah jam..sementara tunggu adunan mesraaaaa...buat la kerja rumah lebih kurang, sapu lantai mop, lap habuk sawang, pasang cadar, sedia selimut tuala..cuci toilet sental sinki dan segala bagai lagi.....

Agak-agak bancuhan sudah sebati, tuang atas pulut dan kukus lagi. Kukus setengah jam atau lebih  pastikan air sentiasa menggelegak dan tidak menitis keatas kuih kalau tidak beginilah rupanya....

*

*

*

*

*


 yang lubang-lubang itu puncanya air kukusan yang menitis..konon multitask la sangatkan boleh buat kuih sambil mengemas rumah..ralit sangat mengemas sampai terlupa cek kuih...huhuhu


Rasa dah ok, rupa kena perbaiki lagi..=)

nota kaki : InsyaAllah ada masa senggang nanti saya masukkan resepi..