Friday, May 27, 2011

Puding @ Agar-Agar Mangga

Jangan tanya kenapa kaler puding saya macam ni...hehehe..Bila main resepi campak2 memangla akan jadi cenggini. Mulanya saya nak buat puding mangga berkastard. Saya pakai agar2 tali tapi sikit je sebab nak letak dalam cup dan makan scoop dengan sudu. Ala2 lembik gitu..Alih2 terlembik sangat, so saya pun beli agar2 serbuk. Rupanya agar2 tu memang datang dah ada kaler..Manala saya tau, ingatkan kaler clear je macam agar2 tali tu..

Bila masak je..ops..agar2 merah ke..bila campur dengan adunan kastard yang kaler kuning so bertukar la ia kepada kaler keorenan. Tak kisah la kan asal boleh makan. Bila dah letak agar2 serbuk saya salin agar2 tu kedalam mould. Jadilah macam ni..=)


Saya cincang mangga fresh dan campurkan ke dalam adunan agar2..



Tatttara...bila makan tu boleh la terasa2 kemanisan mangga sekali..panas2 macam ni makan agar2 sejuk baru keluar peti ais...perghhhh...






Mee Goreng Kicap

Dah lama sangat teringin nak buat mee kicap ni..tapi rasanya kalau buat time suami ada kat rumah memang dia tak gemar kot. Saya pakai dried noodles jenama CINTAN. Resepi ni saya oter2 ikut selera saya. Celurkan noodles tu dan ketepikan. Pak choy tu pun saya celur dan ketepikan juga. Next time saya stim la kan, rugi wooo..hilang segala mineral & vitamins dalam pak choy tu masa celur...:(


Untuk kicap, saya hiris bawang putih sampai garing dan angkat. Guna minyak yang sama saya masukkan shitake mushroom dan masak sampai layu sikit. Kemudian masukkan kicap cair, kicap manis dan sos tiram (main agak2 je ni). Tambahkan air rebusan ayam dan biar pekat ikut suka kita. Saya tambah serbuk pati ayam sikit sebagai perasa...=)

p/s: saya rebus ayam, dan carikkan ayam tu, air rebusan tu guna nak masak kicap atau boleh jugak buat sup makan dengan mee..=)


Letak mee dalam pinggan, susun ayam yang dicarik, shitake mushroom dan tuangkan kicap..=)



Yang merah2 tu, cili api jeruk..baru ada kick sikit..=)



Tak pernah pun makan bawang putih goreng..rasa???...bolehla..tang cili api jeruk tu yang buat sedap..=)

Thursday, May 26, 2011

Chef Wan's Recipe Book

Present from my big boss. Every year dia akan kasi semua staff present and she knows that i love cooking..hehehe..So happy bila bukak the present dan nampak gambar chef wan bersandar manja dengan muka muda belia dia tu..=)


240 recipes yang nak kena cuba..pengsan..=)


Ada a few recipes yg  saya rasa cam immediately nak cuba je..one of the recipe tu adalah......
Durian cheesecake..both of us love durian n durian cheesecake..mmm..agak2 bila la nak buat ni ek..=)


Cheese cake ni dia pakai ready make swiss roll..so cantik and the strawberries tu sangatla mengancam..


Triffle ni pun macam senang....=)


And the tarts ni nampak sungguh..mmm..yang ni suami dah request..hahaha..laju je dia order..


 Yang bestnya buku resepi ni dia bahagikan ikut ketegori..


Ada tarts and tartlets...ni nampak sangatlah yummy..
 

Ada muffins n scones


Ada biskut

Ada roti

Macam-macam adaaaaaa...=)

Gemukla saya dan suami..tapi kena limit ni..nak try satu resepi sebulan..hahaha..ntah2 tak terbuat...=)


Tua setahun lagi

30 tahun..macam tak sangka dah 30 tahunla...cepat betul...nothing special..just me n hubby jalan2 from pagi. Saya ambil cuti teman suami follow up jari dia yang remuk dan patah tu. Alhamdulillah doktor cakap da ok, tapi tunggu lagi 2 bulan untuk x ray..Ingatkan bolehla x-ray semalam..nak jugak tengok rupa tulang temulang yang patah tu. :(

Habis check up just pergi tengok movie Pirates of the Caribean 3, Nur Kasih the movie..suami cakap..no  no no..tengok lain kali atau subscribe je kat Astro First..konon nak romantik sikit..amik la couple seat..luas betul, kalau badan i ni kecik boleh kot tengok movie sambil baring2 atas riba...ahaks..

Dah lama tak makan kat luar sampai tak tau nak makan apa yang special. Saya pulak dah buat eggless cheesecake semalam so memang buntu habis end up makan jajan je banyak..muahahaha..


My eggless strawberry cheesecake. Saja cari resepi yg eggless, sebab suami masih pantang makan telur. 3 candles and 3 strawberries for 30 year old and 3rd year wedding anni..=)



Cheesecake ni simple je, saya oter2 dari resepi asal. Instead of beli strawberi yang dalam tin (or blueberi) yang orang selalu guna untuk topping cheesecake tu, saya beli jem strawberi dan campurkan sikit dalam adunan cheesecake. Tak habis pun guna so boleh la makan dengan pancake or roti nanti..=)



Suami pasang lilin..hehehe..



Api lilin yang hidup segan mati tak mau...



see..ada chunk strawberi from straberi jam tu dalamcheesecake..sebab buat pun kurang manis saya makan dengan fresh n jem strawberi...yes..yummilicious..=)


Base cheesecake tu saya pakai biskut marie (malas nak beli biskut lain, itu je yg ada kat rumah..hehehe), tapi macam tak cukup butter so bila potong tu berderai sikit.


Ini lepas potong, konon nak simpan. Tapi saya duk la ulang makan sampai habis...hahaha..melantak sungguh..entahla..sedap kot @ kena dengan selera saya..Cake ni macam tak heavy sangat dan tak muak macam yang kat kedai tu..=)

Happy besday to me..la..la...la...=)


Tuesday, May 24, 2011

Takoyaki

Ini saya buat minggu lepas. Kuali tako ni dah lama beli, lebih sebulan kot. Kebetulan suami tak ada boleh la buat, suami kan pantang telur n seafood sebab jari dia tak baik2 lagi. kalau buat time dia ada, kesian pulak tengok dia telan air liur je..

Senang ikut resepi ni.. memang jadi punyalah. Saya buat 8 biji (suku adunan)..makan sampai muak..hehehehe

Resepi saya ambik kat SINI

Inti saya pakai udang so sepatutnya nama dia EBIYAKI..=)

Walaupun saya tak suka seaweed tapi kalau letak atas takoyaki ni saya telan je..



 Meleleh2 kuah dia tu..Kalau beli kat jusco..dia calit sikit je sos..bagi rasa je..buat sendiri ni..hambik kau..melimpah ruah..ngeh..=)


Tunggu tempoh pantang suami tamat..nak buat second round..



The night before our 3rd wedding annivessary..=)

Takde special pun. Saya nak masak simple dinner tapi kesian pulak kat suami. Kadang2 tu kalau masak pelik2 dia makan la jugak tapi reaksi dia macam...mmmmm...=)


Saya nak masak something berkuah macam mee soup, tapi macam heavy sangat and suami cakap maybe dia balik lambat sikit, lepas maghrib baru keluar kem. So, fikir punya fikir..dan kebetulan esoknya our 3rd anni (iaitu hari ni, 24/05) so saya masakkan la favourite suami, ayam bakar! Tapi kali ni buat simple je just masak chicken wings marinate dengan soy sauce, paprika, mix herbs, honey, blackpepper n salt. Dan buat mashed potato. Ni saya yang nak makan dan sedikit green beans dan bean in pod yg saya beli kat supermarket tapi tak tau kacang pe...hehehehe


Ini la rupanya. Kat plastik tu tulis kacang panggang. Ok jugak. Saya just rebus dan tambah garam.



 Gravy mashed potato ni saya guna balik lebihan minyak ayam yang keluar time bakar tu + lebihan bahan marinate dan tepung gandum.


 Dekat sikit..makan macam ni pun kenyang sangat2..lain kali nak buat mashed potato tu sikit je sebab suami tak makan banyak. Sudahnya saya la tukang perabih..huhuhuhu


Mood bawak bekal ke opis pun dah kembali..yeay...

Sandwish ayam mayo for breakfast,nasi goreng dan ikan goreng for lunch dan sebiji epal hijau..Semoga kekal rajin hari-hari..=)



Monday, May 23, 2011

Cakap2 Kosong Je..=)

Semalam tersembang dengan suami tentang suami atau isteri yang curang dan kesan daripada perbuatan tu sangat la menyusahkan semua orang. Once isteri @ suami terkantoi dengan perbuatan curang ni, so kenalah bersedia menanggung akibatnya. Masa terkena tu barulah terbayang muka keluarga, pihak atasan, kawan2..malu lagi yg nak kena tanggung..kemungkinan diberhentikan kerja..macam2 lah masalah yg timbul...:(


Kesian memangla kesian bila dah terkantoi ni Tapi itulah..nafsu jadi raja..Jadi saya cakap dengan suami, kalau nak buat apa2 pikirlah panjang2 kesan dari perbuatan tu. Jangan sampai aib 7 keturunan orang akan kenang. Dan, satu lagi..selalunye wife ni dia boleh rasa kalau ada yg tak kena dengan suami...Kalau nak tipu pun for sure lambat laun wife akan tau..Tapi, kalau suami saya pulak..bila dia nak tipu or sorok cerita memang tak boleh punya..Mesti nanti dia cakap..yang, nak tau cerita tak or yang, sebenarnya semalam.....sekian..sekian..hehehehe


Saturday, May 21, 2011

Home Alone

Gigih pulak rasanya bersiaran di tengahari sabtu yang panas ni. Ingatkan bila suami balik dari hutan tu boleh la nak duk berduaan seharian kat rumah. Nampak gayanya sorang2 lagi, selagi tak habis kursus ni selagi tu lah membizi semedang..nasibla dah biasa, dah tak heran..=)


Sambil2 mengemas rumah saya masak bolognese spageti. Saya tak suka pakai tomato puri, masam sangat, susah nak adjust. Saya lebih suka blend fresh tomato dan masak lama sikit dalam setengah jam atau lebih. Lagi lama lagi sedap..rasa tomato tu dah mesra..Mixed minced chicken @ beef memang sedia ada dalam peti ais, so saya gentel bulat2 kecik dan campak dalam sos bolognese je..tak de nak masak2 dulu chicken ball tu..hehehe..dasar..dasar pemalas..=)


Kalau suami ada tak de nye dia nak makan spegeti di tengah hari rembang ni..Memang mintak nasi.



Melayan tekak sendiri..=)
Saya letak grated carrot, capsicum dan green peas. Kacang tu saya beli yang dalam tin. Breakfast pagi tadi saya makan toast dan green peas yg saya sauteed dalam olive oil. Alang2 dah bukak tin tu kena la guna kan. Kang rosak membazir..



Close up sikit..macam pelik je letak peas tapi sedap ..





Selepas Seminggu..=)

Suami has been away for a week..dan semalam suami balik and bila saya tanya dinner nak makan apa laju je dia cakap nak ayam bakar. Kalau masak ayam tak kesah lah masak macamana pun dah boleh buat suami senyum lebar..=)


Seminggu tak jumpa memang rindu. Suami training dalam hutan last week. Not really hutan tapi ladang kelapa sawit..hehehe..n yang best tu still ada line telefon. Cuma suami pesan, biar dia je yg telefon sebab tengah bizi. And yg buat saya happy sangat even suami dalam hutan, tiap kali telefon mesti dia nyanyi lagu Bruno Mars..ahaks..yang lagu "Just the way you are" part chorus....When i see your face...There's not a thing that i would change...lalalalala..hehehe..kembang ke jap..tapi ye lah sangat..yang selalu komplen lemak2 kat badan tu apa..=)


So ini le dinner semalam..simple jek sebab nak cepat. Nak kejar date dengan Thor jam 10.00 malam..Layankan je dulu Thor ni, nanti besday saya, awal2 lagi remind suami..hadiah takde takpe tapi just nak spend whole day dgn suami n tgk movie Nur Kasih..jiwang sungguh!!


Ayam bakar tapi marinate sekejap je, kentang grilled dan sauteed mushrooms..




Alhamdulillah kenyang...Alhamdulillah..suami tak cerewat bab2 makan ni. Apa yang saya masak semua dia telan je..senang kerja saya..=)





Thursday, May 19, 2011

Kari Kambing

Kari kambing simple ni sama je macam masak kari2 yang lain. Tapi kambing ni saya masak dulu dalam slowcooker. Santan pun pakai 2 sudu, serbuk kari lebih...=)


Makan pulak ngan roti canai segera. Saya beli yg frozen. Rasa boleh tahan, tapi saya suka masak garing sikit. Tapi tak boleh la makan hari2. Tinggi kalori!!!



Sejak2 beli frozen roti canai ni. Suami memang kalau boleh selang sehari nak makan. Tengok perut suami tu makin lama makin tinggi.. Nak kena kontrol ni..:(






Pelbagai Resepi Mangga

Bukan majalah Mangga yang duk tayang2 dada tu....=)



Pulut Mangga

Favourite saya sejak kahwin, 1st time makan masa pergi Padang Besar. Sedaplah sangat.

Pulut ni saya kukus dengan santan dan sedikit garam. Letak dalam loyang, pastu kukus dalam 20 minit. Pulut kena rendam dulu paling kalau tak lambat masak.

Kuah santan pulak, saya just pakai santan kotak. Masak dengan api perlahan, masukkan gula dan esen vanila (option). Nak kasik pekat dan likat, saya tambah bancuhan tepung jagung. Agak2 santan dah masak dan keluar buih2 kecil barulah letak tepung jagung tu. Mangga pulak saya beli yang jenis water lily. Tak kisah kot mangga jenis apa, yang penting manis. Kat KL ni susah nak cari mangga harum manis..mahal lak tu..:(




Kerabu Mangga Simple

Mangga yang sama, walaupun kulit kuning tak ingat rupanya isi di dalam tak masak lagi. So saya buat mangga simple versi macam acar.

Cuma guna perahan limau kasturi dan kulit limau tu hiris halus2 (sikit je), cili padi, sos ikan, garam dan gula.

Bawang besar, tomato, timun jepun dan mangga muda semua di hiris halus2 memanjang. Kalau ada daun ketumbar or selasih pun boleh letak. Tapi time ni tak letak pun..=)



Aiskrim Strawberi, Mangga dan Passion Fruit

Ini memang terbaik dari dapur saya. Aiskrim dan mangga yang manis bercampur pulak dengan passion fruit yang ada sikit masam2..



Ingatkan nak buat puding mangga, tapi saya lebih suka makan mangga macam tu je..Lagi sedap kalau simpan mangga tu dalam peti ais. Makan sejuk2..




Wednesday, May 18, 2011

Cara2 Membuat Resolles

Hari ni saya nak share cara2 nak masak resolles. Memang agak banyak stepnya, tapi nasihat saya, alang2 buatla banyak sikit. Sejuk bekukan, so anytime boleh makan.



Adunan batter untuk buat kulit ni saya main agak2 je. So far belum pernah gagal lagi.

2 cawan tepung gandum
1 senduk mentega yang dicairkan (lebihkan sikit pun tak apa)
Sebiji telur
1/2 tin susu cair
Garam dan air masak secukupnya

Campurkan semua bahan2 ni. Nak bagi smooth, samaada guna blender atau bancuh dengan air masak suam. Ini saya main agak2 je tau. Boleh le kalau nak cuba..=)



Semua bahan2 untuk ni kena cincang halus @ dadukan. Kalau kasar2 nanti masa nak bungkus tu susah..=)

Isi ayam, bawang besar, bawang putih, lobak, kentang, daun sup, serbuk blackpepper, garam, lada sulah dan perasa.

Tumis bawang besar + putih sampai layu dan wangi. Masukkan ayam, kentang dan lobak. Biar sampai empuk. Last sekali masukkan daun sup, blackpepper, lada sulah, garam dan perasa. Jangan kering sangat. Biar berkuah



Bread crumbs yang takde kaler.

Sediakan juga telur yang dipukul dan campurkan adunan batter sikit. Tak letak adunan batter pun tak apa.


Sapukan sikit minyak masak dalam kuali non stick dan mula tebar kulit resolles. Kalau boleh nipis je, jangan tebal nanti tak sedap..=)


Letak inti dan kuah2 sekali.


Gulungkan. Dekat ujung kulit tu sapukan adunan batter supaya tak terbuka.



Celupkan dalam bancuhan telur dan barulah golekkan dalam breadcrumbs.



Goreng sehingga keemasan dan siap tuk dihidangkan..=)

Sekian dan selamat mencuba...



Spaghetti Olio Udang Dan Cendawan Shitake

Pastamania!!!

Saya memang hantu pasta!!! Tak kisahlah pasta apa pun..Simple2 letak olive oil dengan sayur2 sikit pun saya telan je...

Satu yang best pasal pasta ni ialah kita boleh olah ikut selera kita. Tak ada undang2 rigid yang kata pasta mesti masak macam ni atau macam tu..Boleh ikut kreativiti. Saya selalu anggap pasta ni healthy meal. Hidangan lengkap yang sangat well balanced. Lagipun tak berminyak sangat sebab kita pakai healthy fat i.e olive oil dan sangatlah mengenyangkan.




Udang dan cendawan shiteka yang ditumis dengan sedikit bawang putih dan cili kering yang dihiris halus dalam minyak zaitun. Ceri tomato tak payah masak just gaul masa panas2.



Saya gemar pasta yang di masak lembut. Kalau dah cukup rasa tak ada parmesan cheese pun tak apa..=)







Monday, May 16, 2011

Salih Yaakob Kahwin Lagi

Cukup da ha qouta isteri abang SY kita ni. Alhamdulillah..murah rezki..=)

Dari pandangan luar kita nampak..wah 'hebat' betul abang SY ni, mesti ilmu fuh fuh dia tinggi..Tapi kebenarannya hanya dia dan isteri2nya sahaja yang tau. Tapi yang saya kagum dan semestinya lelaki2 diluar sana pun kagum tentunya kemampuan dia memikat sehingga beristeri 4.

Saya berani korek hidungla, ramai lelaki2 bergelar suami dan selalu ada hati nak tambah isteri ni menjadikan SY sebagai idola mereka. Mesti mereka berkobar2 nak tuntut ilmu dan kongsi pengalaman dengan SY. Mana lah tau rezki diorang nak tambah isteri ke berkat petua SY ni...=)

Saya tidak menolak poligami, nak kata menyokong pun tidak. Saya neutral. Dari segi hukum hakam memang saya tak persoalkan sama sekali.

Cuma pinta saya pada lelaki2 yang bertaraf suami dan memiliki lebih dari satu isteri. Sila berlaku adil. Sila berani bersuara kerana anda ketua keluarga. Jangan jadi dayus. Ramai lelaki yang berkahwin dua tapi takut kepada isteri tua. Lalu, isteri muda terpaksa hidup dalam rahsia, menanggung beban keluarga sendirian. Ada pula yang berkahwin lain tapi meninggalkan isteri tua terkontang kanting, gantung tak bertali. Bagi saya semuanya berpunca pada lelaki itu sendiri. Tanggungjawab dah besar jangan pula lepas tangan ambik mudah semua perkara. Jangan abaikan keluarga, anak2 semestinya. Kalau semua ini dijaga nak kahwin 4 macam SY pun tak apa...=)


Thursday, May 12, 2011

Nasi Arab Lagi

Berhantu tau nasi arab ni. Kalau buat sekali, pasti nak buat 2 kali 3 kali. Kali ni saya cuba versi asal, yakni NASI ARAB KAMBING. Mula2 dulu kan buat ayam, pastu pakai nasi biasa, pastu tangan gatal asyik nak mengacau je, pastu air pun macam terlebih. Senang kata tak berapa nak jadi..boleh baca kat sini


Resepi sama jugak, cuma tukar dengan kambing je. Saya guna bahagian yang macam nak buat gulai tu, ada tulang dan isi. Kali ni pakai beras basmathi.



Beras pun nampak panjang, tak hancur2 cam 1st time buat.



Tekak pulak jenis tak pandai makan 1 lauk je. Jadi buat la salad @ acar simple dan ayam bakar yang di merinated dengan garam, kunyit dan serbuk cili.


Boleh buat lagi la lepas ni, makan ngan kurma ayam ke, ayam masak merah pun sedap jugak kot...=)