Friday, April 29, 2011

Confirm!!!!!

Confirm hujung jari hantu suami patah setelah di x-ray pagi tadi..Suami balik semalam dengan muka sedih sebab exam tak boleh nak fokus dan dia konfiden sangat tahun depan kena repeat balik. Takpe la yang, takde rezki kali ni. Benda yang tak disangka2 terjadi..Malang kan tak berbau..:(


Kalau ikutkan hati hari ni nak teman suami, walaupun cedera hanya kat hujung jari. Tapi suami cakap, sakit tak hengat...Masa ni lah rasa bersyukur sangat, ada yang injured patah tangan, patah lengan. Yang patah riuk eksiden lagi la..macamana lah menahan sakit. Tengok suami macam kurus sikit. Cengkung je..Saya rasa dia risau, dengan kursus yang tak habis lagi, paperwork nak kena buat, nak kena masuk hutan, exam & exam..mesti banyak yang dia fikir.


So seminggu dua ni kena la jaga perangai, jangan susahkan hati suami..jangan merajuk lebih2..semalam pun dah kena sound...huhuhuhu



Thursday, April 28, 2011

Tenangla Hai Hati..:(

Boleh pulak malam tadi tak set alarm. Dah la duk sorang2, nasibla terjaga. Tu pun dah pukul 6.45. Dalam kelam kabut, telefon berbunyi, ingatkan suami. Rupa2nya mak mertua. Tak sempat nak angkat, bila telefon balik asik engaged je. Saya dah menggelabah..awat ni..ada kecemasan ke..awat mak telepon, biasa tak pernah telepon..pagi2 lak tu..terus dail suami suh telefon mak balik, takut ada emergency..Rupa-rupanya..suami cakap..tetiba je mak teringat kat ang..tetiba je rasa nak tekefon...sayu sorang2..:(


Dan dari semalam lagi saya mengalami simptom..apakah? 1st sebab period saya sungguh peliks, takyah la elaborate kepelikan itu ye..kang korang geli la pulak..pelik sebab tak pernah period cenggini..tak rasa sakit kat tut..tak rasa lenguh2..macam2 lagi la..sebabkan banyak sangat memikir dan sekarang ni tengah berkira2..perlukah saya dapatkan penerangan doktor untuk melegakan dan menenangkan hati saya???? Hati saya kata..yup..u kena cek ngan doktor..otak saya kata..nop..u have to wait..maybe esok lusa..konfius..konfius..saya tak nak doktor cakap yang saya terlampau memikir sangat dan risau bukan2..tapi saya rasa saya ada hak untuk tau, atau paling tidak maybe dia boleh bagi pendapat berdasarkan pengalaman2 dia sebelum ni...


Saya dah decide after lunch nanti, nak jumpa doktor..saya tak suka dengan perasaan ingin tau ni..saya nak kan jawapan..jawapan kepada kekusutan yang bersarang dalam kepala...yang menyesakkan jiwa raga saya..


p/s: perlu ke saya risau..ke buat2 tak tau...


Update pukul 1.00pm :-
Dah jumpa doktor..doktor cakap..hormon je tu..hormon..tapi ada sikit waswas lagi..hehehehe..
 
 

Wednesday, April 27, 2011

Bila Suami Sakit

Hati isteri mesti sedihkan..Macam saya sekarang ni ha. Semalam suami cerita jari telunjuk dan jari hantu tangan kiri dia terkepit lori askar 3 tan. Satu kuku dah tercabut, satu lagi biru. Suami cakap, syukur Alhamdulillah..biasanya boleh putus jari.Tak taula macamana terkepit. Suami takde ni ha. Kat Bentong tengah exam. Dah la telefon jenis chap ayam jantan yang takde kamera semua, tak tau la macamana condition dia. Sedih saya dengar, suami duk merintih2 sakit. Kalau ada isteri, bolehla manja2, suruh isteri letak ubat..tiup fuh..fuh..fang..baik la cepat..=)

Yang buat saya lagi sedih, suami dah la lefthanded..Duk la terfikir macam mana la suami nak pegang pen nak menulis..Exam ni dah la penting..saya doakan suami kuatkan semangat, tahan sikit sakit tu, fokus, sikit je lagi nak habis. Lepas tu nanti rehat k. Good luck husband!!!



Tuesday, April 26, 2011

Isu Minggu Ini


Akhirnya kerajaan buka mata pasal isu makanan berkhasiat di kantin sekolah. Tapi, bagi saya itu bukanlah isu utama. Isu utama adalah cara pemakanan kita. Saya tak sure sekarang ni kat kantin sekolah jual apa, tapi masa kecik2 sekolah rendah dulu, ada la nasi lemak, nasi berlauk (lauk sejenis je ngan timun), mi goreng, keropok, kuih muih, air sirap ngan oren. Sekolah menengah banyak sikit, ada laksa, bubur, bihun sup, aiskrim ntah da tak ingat. Jajan rasanya tak ada jual. Sebab masa kecik dulu simpan duit belanja seposen sebab nak beli jajan singgah masa jalan nak balik rumah. Mungkin masa tu terkontrol lagi kot kantin sekolah kita. Zaman sekarang ni je kot ada jual jajan, air tin, air kotak semua.


Makanan di proses macam beger, nuget dan hotdog memang la zaman saya takde lagi. Tapi masalahnya bukan setakat kantin sekolah je yang jual benda2 ni. Kat rumah pun makan benda ni, keluar pergi makan fastfood, kedai tepi jalan, kat depan 7E. Merata2..Bukan setakat budak2 sekolah yang makan, kita2 sekali tahap mak bapak budak. Memang susah nak ubah cara pemakanan. Apetah lagi bila kita disogok dengan benda ni dari kecik. Ada yang cakap, kang kalau tak bagi anak makan berger tu dia melalak meragam..penat akak nak layan..huhuhu..@ anak ai memang tak makan nasi, suka fries je..ok le tu..potato..potato kan karbohidrat..kan..kan..


So, kita amik jalan mudah..kita bagi je..kita malas nak fikir sebab kita nak kerja senang, tak nak anak menangis, penat nak layan.


Saya suka nak share pasal makan di rumah. Pernah kot saya tulis pasal ni, tapi versi yang berbeza. Amalkan makan malam di rumah dengan keluarga (masak sendiri ye bukan tapau). Seharian kita kerja tak monitor langsung apa yang keluarga makan, apa lah salahnya penat sedikit waktu petang sediakan hidangan malam serba ringkas untuk keluarga. Nasi, lauk sejenis (ayam, ikan, udang, daging @ telur) dan sejenis sayur pun dah cukup. Sesekali tukar menu western atau buatla daging berger dan nuget sendiri. Lebih terjamin kualiti, kurang lemak, kurang bahan pengawet dan perasa tiruan.


Entahla, kadang2 rasa tak layak nak menulis benda2 macam ni. Rasa macam tak sesuai... Nanti kang ada yang kata, hang tak dak anak mana hang tau apa..sok2 ada anak yg jenis berkepit 24 jam, nak buat apa pun tak boleh barula hang tau langit tinggi rendah..Aduyai..itu yang malas..


Tapi lantakla orang nak kata..penat kang dia berenti la sendiri..=)


Okeh satu lagi yang sesuai untuk anak2 adalah sandwich pagi2. Sandwich banyak jenis, so boleh le kita pelbagaikan. Hari ni kapit ngan kepingan keju, esok kapit dengan tuna, sardin. Lusa kapit ngan ayam bakar. Kalau anak2 suka manis, boleh selang seli roti kapit pisang dan nutella.


Kalau boleh terapkan makan buah-buahan. Epal merah, anggur, strawberies(tapi mahal, mahal pun takpe la kan..beli McD boleh je)..antara buah2 yang budak2 suka. Kenalkan seawal usia mungkin dan jadikan hidangan kat rumah kita. Nak menarik jadikan snack yogurt buah2an atau smoothies.


Tapi, yang paling utama kita ni ha sebagai orang tua. Tunjukkan pemakanan yang sihat depan anak2..InsyaAllah, anak2 akan ikut cara pemakanan kita. Saya dulu makanan pelik2 tak makan sebab mak tak masak. Dulu tempe tak kenal, sebab mak bukan orang jawa. Bila dah besar ni dah bergaul jumpa orang makan kat banyak tempat semua pun makan. Kecik2 dulu kalau pergi rumah orang, tak pernah tengok makanan tu memang tak amik rasa pun..sebabnya..mak tak masak camtu..Maksudnya disini..anak memangla ikut cara mak makan..kalau mak suka makan fast food, anak pun suka..ini contoh je ni..=)


Bukanla saya nak tanamkan idea..JANGAN makan luar langsung..tak..marah tauke2 warung kat saya nanti. Cuma kurangkan, lebihkan masak sendiri. Weekend2 pergila kedai mamak makan roti canai banjir, sesekali nak makan masakan thai masakan cina apa salahnya. Sesekali nak makan ayam goreng hingga menjilat jari pun ok, sesekali nak makan pizza ke, sushi ke semua pun boleh. Semua boleh kalau kita buat sekali sekala. Makan dengan skala sederhana. Janji dengan anak..ok nanti ari sabtu mama bawak makan special..suruhlah anak2 buat pilihan restoren kegemaran. Tapi make sure sebelum tu apa yang kita masak, anak2 makan..Ala macam ugut jugakla, kalau tak makan tak boleh pergi sekian..sekian..


Tapi jangan le pula kata, ala u tu masak sendiri la, jaga pemakanan la..tak kurus selim melim pun..Saya cuma boleh jawab..saya mungkin tak kurus, tapi saya nak hidup sihat..kalau saya sakit, itu semua Allah punya kuasa..bukan saya..saya cuma manusia biasa..sekian..wassalam...




Monday, April 25, 2011

Ketam Masak 3 Rasa

Masak 3 rasa tak kisah ikan ke , udang ke ketam ke..mesti sedap punya..Sebanya semua rasa dah ada, masam, manis, masin, pedas..bau pun wangi membuka selera..

Resepi kali ni ketam 3 rasa, selepas seminggu dalam freezer. Barula ada masa nak masak..=)




Resepi saya:
Bersihkan ketam. Bawang merah dadukan, cincang halus bawang putih, cili padi, halia, serai dan tomato. Mula2 tumis bawang merah sampai wangi, masukkan bahan2 yang dihiris kecuali tomato. Masukkan juga daun limau purut. Biar sampai pecah minyak sikit barulah masukkan tomato. Tambahkan air, kicap manis, cili sos, tomato sos, dan sos tiram. Kalau pekat sangat masukkan air lagi sedikit dan masukkan ketam. Tutup kuali sekejap. Kacau, tambah garam dan serbuk pati ayam. Kalau kulit dah merah dan kuah pun dah pekat sikit tutup api dan sedia untuk dihidangkan...=)



Makan dengan roti benggali pun sedap ni.Tapi saya makan dengan nasi panas2 je..=)





Roti Jala



Boleh la kirai2, nak kata jadi sangat tu tak la..ada la jugak jala yang koyak2..tapi kita sorok je masa kita gulung tu..hehehehe..

Resepi roti jala saya :

Tepung gandum
Susu cair
Telur
Garam
Mentega yang dicairkan
Pewarna kuning @ sebuk kunyit

Ini main agak2 je, mentega tak payah banyak, dalam 2-3 sudu, telur sebiji. Tepung 2-3 cawan. Air dan susu cair tu tambah sampai bancuhan cair. Nak kasik smooth je adunan kita masukkan dalam blender, kalau tak nak blend boleh pakai penapis, tapi kena tunggu la sikit. Bancuhan tu jangan cair sangat, macam bancuhan lempeng kot. Apa2 pun kita try dulu, kalau laju je keluar dari sarang kuih jala tu kira ok la kan..Sapukan minyak dalam kuali leper dan kirai roti jala..ulang lagi proses samapi habis adunan..=)


Lawankan dengan kari ayam dan kentang. Resepi ikut kesukaan masing2. Kari ni lebihan lauk tengahari.

Tada...



5 keping tak cukup..selalu 10 keping..ngeh..=D




Friday, April 22, 2011

Terjah!!!

Terjah dapur sendiri..hehehe..saje nak share camane saya simpan barang2 untuk memasak. Peti ais saya memang sentiasa penuh. Leftover la, jajan la, kek la, segala tok nenek pun sayang nak buang. Dalam 2 minggu sekali kasi spring cleaning itu peti ais. Boleh la jumpa, sayur batang dah lembik, kecut, berair..naik kulat..macam2 la..

Tapi kadang2 tu bila shopping barang dapur tak tau nak kontrol diri..bila suami tanya, ha ni untuk masak esok, tu untuk lusa, yang ni untuk tulat, yang gedabak ni untuk tungging, last sekali ni untuk terbalik..

Kita terjah dulu part barang2 kering.



Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang buat kuarters siap kabinet dapur semua..Alhamdulillah..
Dalam ni saya letak garam, kunyit dan segala rempah ratus. Sebelah kunyit tu bekas lada hitam dan lada sulah...saya sorok kat belakang bekas serbuk pati ayam..tu penyedap makanan..=)

Bahagian atas tu ada esen vanila, perasa, pewarna. Yang bekas comot putih2 tu kapur makan. Spare untuk goreng pisang.


Inilah barisan kita..yang..yang membantu saya kat dapur..hehehe..tupperware kecik2 tu ada yang beli ada yang dapat free..Botol minyak kat belakang yang kecik tu minyak zaitun. Kat belakang 2 tupperware bertutup tu segala bawang merah + putih dan cili kering dan kat atas tu ada kentang.



Dalam ni ada kismis, ketumbar, halba pastu apa ntah da tak ingat..



Ini bahan2 untuk buat kari ikan dan kari ayam@daging. Botol 1st tu halba campur, gunanya untuk masak kari ikan, tapi saya  jarang letak pun..


Herba2 omputih. Oregano + parsley kering dan mix herbs.


Dalam tupperware tu ada tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras. Tepung gandum tu berganti2 la jugak, tepung beras kalau musim goreng pisang selalu boleh la habis, tapi tang tepung jagung tu..bertahun da kot..=)

Nampak tak beras perang tu..stok..kalau rasa bersalah makan nasi banyak sangat, baru la masak beras perang. Stok keropok ikan keping pun ada.


Kita beralih pula dalam peti ais....1   2   3..jeng..jeng..jeng...



Dah takde ruang pun...sarat..dalam bekas tutup merah tu ada asam jawa, ikan bilis, udang kering, asam keping. Macam2 la..ada leftover lauk 2-3 hari pun ada.

Bahagian atas tu buah2 dan kek2 yang tak abis..Bahagian atas sayur2 tu ada roti pita, mee kuning n koey teow.


Freezer pun sarat..


Camnilah saya bungkus. Ikan 3-4 ekor (selalu beli saiz kecik je) ayam, daging. Plastik kaler biru tu ikan dory, yang kuning tu ketam. Da seminggu tak tau bila nak masak..



Tomato memang wajib ada, lobak dan kacang buncis pun sebab nak buat sayur campur. Cendawan butang ni dalam 2 minggu pun tahan. Kadang2 da tukar kaler coklat tapi still boleh makan. Dalam suratkhabar tu ada sawi berumur seminggu. Kacang peas(betul ke nama dia??) tu dah nak masuk 3 minggu.



Air tak banyak sgt dalam peti..sebab suami tak ada kalau tak berkotak2 la jus dia beli..Susu tu pun dia yg minum.

Hehehe..nampak tak roti gardenia. Eksperimen saya bila dah nak dekat expired tu masukkan dalam peti so tempoh hayat dia jadi lama..kulapuk nak tumbuh pun malu2..

Kat atas tu le cili padi, daun limau purut dan daun kari..yg tak nampak dalam gambar kt belakang tu ada jeruk cili. Sebelah tu yg bekas kuning air gula. Senang nak buat air kordial..

Ada santan kotak, kuah rojak dan keju BEGO tu antara yg termurah kat pasaran..Sedap je..=)



 Close up sikit..Daun limau purut tu dah start kuning. Tapi bila masak rasa dia sama je. Cili api ni nak simpan buang batang dia..tahan lebih lama..



Tanpa bantuan2 di atas ni, agaknya susah juga kerja memasak saya. Hari kerja memang saya terus balik dan memasak. Pakai apa yang ada kat rumah je..Ini stok baru top up minggu lepas. So minggu ni tak yah beli barang2 dapur lagi. Kena top up minyak masak dan bawang+ cili kering je..Idea memasak saya berdasarkan bahan yang ada...Resepi saya print dari internet penuh drawer..try ngn tak je..;)




Thursday, April 21, 2011

Saja Nak Share Part 2

Saya nak sambung sikit dari topik semalam. Selain dari list semalam tu, kalau boleh..kena la ada stok :


1. Telur. Telur ayam ke telur itik ke tak kesahla yang penting jangan telur tiruan. Telur sumber protien, Kalau malas nak defrost sumber protien lain. Telur adalah pilihan terbaik. Kalau nak healthy sikit  buatla sup sayur dan pecahkan telur. Telur dadar @ omelet pun antara hidangan lengkap yg mengenyangkan. Tapi hidangan yang paling klasik tentulah telur mata lembu pastu tuang je kicap manis kat atas..makan lak dengan nasi panas2..=)


2. Ikan bilis dan ikan masin. Kalau ada ikan pekasam tu kira bonusla. Telur masin pun ok, tapi pernah simpan terlampau lama telur tu jadi masin gila. Paling simple goreng je garing2 ikan bilis tu, nak extra simple buat sambal tumis. Serbaguna la jugak ikan bilis ni, untuk rencah sayur pun boleh..Kalau masak air bodoh (ini saya la bagi nama), rebus air letak bawang merah bawang putih ngan ikan bilis. Sayur boleh pelbagai..bayam, petola dan labu air. Ikan masin selain goreng boleh juga  dijadikan rencah dalam sayur..kailan ikan masin, sawi ikan masin, kobis cina ikan masin @ kangkung ikan masin. tapi kalau terlebih rajin buat le nasi goreng ikan masin..=)


Setakat ni je lah dulu..Kalau saya free nanti saya amik gambar peti ais yang macam nak roboh walaupun duduk berdua je...=)

Antara masakan yang guna bahan2 yang simple:




Ikan pekasam. Ikan bilis ke ikan masin ke semua saya goreng macam ni. Goreng garing ikan masin@bilis. Ketepikan. Dalam minyak yg sama goreng bawang besar dan cili kering. Angkat dan satukan.



Bayam hijau masak air. Rencah cuma ikan bilis, bawang merah+putih..simple tapi siap hirup kuah dalam pinggan la kalau makan..=)



Anytime boleh makan nasi lemak. Yang penting ikan bilis dan telur ada. Santan..pakai je santan kotak. Takyah timun2 ke kacang tanah goreng ke..Kalau ada boleh le letak..



Dan nasi goreng kampung lawankan dengan ikan bilis..Nak sedap lagi buat sambal belacan. Nak sedap lagi goreng telur mata lembu..


See..dengan bahan yang simple je macam2 kita boleh masak..kata kunci dia..simple..siap ada kata kunci tu..=)

Wednesday, April 20, 2011

Saja nak share

Mungkin betul kot kalau rajin memasak, kemas rumah pulak tak berapa rajin dan sebaliknya...Malu nak bagitau..saya basuh baju dan kemas baju cuma weekend je. Sapu sampah pun sama..Kalau nampak berhabuk sangat baru la sapu hari kerja. Mungkin duduk berdua ni tak kesah sangat..Suami pun tutup mata je..kalau kat rumah dah siap makan tu, kemas dapur then terus lepak tengok tv ngan suami..takde maknanya saya nak mengemas2 ni..=)

Rasanya pernah tulis kot pasal ni. Tapi takpe, saya tulis lagi..

Kalau nak masak hari-hari, pastikan:-

1. Beli sayur yang tahan lama macam kobis, kobis bunga, lobak, kacang buncis, brokoli dan cili benggala. Ini kalau kena cara menyimpan boleh tahan sampai 2 minggu. Lobak lagi tahan lama.

2. Boleh beli sayur daun2 ni. Tahan paling lama pun 3-4 hari. Jadi kalau beli sayur2 macam kangkung, sawi dan bayam. Pastikan kita plan masakan kita tu. Contoh, kalau kita beli hari sabtu. Makesure ahad dan isnin kita habiskan sayur2 ni dulu sebelum masak sayur2 lain yang tahan lama.

3. Simpan daun kari, daun limau purut dan cili burung dalam bekas tertutup. Basuh bersih dan keringkan air. Pastu letakla dalam botol2 prego dan mayonis yang dah habis tu. InsyaAllah tahan 2-3 minggu. Kalau beli daun kari seikat contohnya, memang tak kan habis la kan..daripada buang baik kita simpan, tapi kalau tak simpan elok2, paling lama tahan pun seminggu, lepas tu layu..takkan hari2 nak masak kari.

4. Setiap kali beli bahan basah, cuba pelbagaikan. Ayam, ikan 2-3 jenis, udang dan daging. Memangla mahal sikit. Tapi tak payahla beli banyak2. Untuk seminggu, biasanya saya beli ayam seekor, ikan kembung 6 ekor (saiz sedang), udang 1/2 kilo, daging 1/2 kilo (jarang beli). Bahagikan kepada portion2 yang kecik. Macam ayam, biasanya saya dah letak isi ayam asing untuk buat chicken ball, bahagian tulang2 tu simpan untuk masak lauk. Jadi kita dah boleh plan apa nak masak untuk seminggu so tak ada lah penin2 nak pikir nak masak apa hari2.

5. Rempah2 kering pun sama, kari, kurma semua tu saya pastikan ada kat rumah. Santan, sama ada kita bekukan @ beli je santan kotak. Jadi bila terlintas nak masak tu bahan2 semua dah ada.

6. Tepung gandum mesti sentiasa ada. Bagi saya ini yang paling asas. Kalau tak ada apa sangat nak masak, cekodok ikan bilis dan lempeng la yang paling sedap sekali.

7. Beli karbohidrat selain beras. Bihun, spegeti, mee kuning dan koey teow. Lagi satu roti. Memang la nasi tu makanan ruji tapi bila nak masak hari2, kita perlukan variati. Jenuh jugak kalau nak masak nasi je. At least boleh kita bertukar pada menu lain @ paling koman makan je roti bakor..kita bakor je..

Itu je la yang saya nak share. Mungkin ada yang berpendapat barang2 makanan tak elok simpan lama2 dalam peti ais, entahlah..saya no komen..kalau kementerian kesihatan dah keluarkan pekeliling yang peti ais ni menyumbang kepada penyakit then masa tu barulah saya kurangkan @ tak guna terus kot. So far tak pernah dengar kan..so semua tu kira rumours..

p/s saya dah order takoyaki maker..uit..tak sabar nak masak tako..tako..takoooo..takooo..siap mimpi..=)


Koey Teow Tomyam Daging

Koey teow lagi dan lagi....

Kali ni buat tomyam daging..

Kali ni saya makan laju sikit..tekak pun da messrraaa dengan rasa tomyam..Lain kali nak try tomyam campur pastu buat telur dadar..makan dengan nasi panas..ops..jangan tinggal sambal belacan...

Kaedah memasaknya sama je dengan Bihun Tom Yam Campur. Bezanya, daging tu kena rebus dulu..Sebelum siap2 bahan menumis tu elok le tenggekkan dulu periuk rebus daging atas dapur. Sedang elok kita siap menumis, daging pun da empuk.. Tak de la lama sangat waktu memasak..=)

Beef Lasagna Simple

Ni memang teringin sesangat nak buat. Tapi agak renyah. 1st time buat rasa macam terlebih cheese Masa tengah buat tu memang le excited habis letak cheese tak hengat..bila makan macam muak la pulak..so next time, cheese tu kita kurangkan @ nak google resepi lain la sebab lasagna yang saya buat ni ikut sebijik 2 resepi kat kotak San Remo!!!


tak sampai RM5 kot sekotak..lupa..ni beli kat Marceto Pavilion..uish beli kat Pavi tu..ate ofis sepelaung je..kalau nak beli cheese dan cuci mata tengok groceries dari seluruh dunia boleh la shopping kat sini..harga ala2 cold storage..


Siap ada resepi..ikut je..tapi resepi cheese sos tu macam tercheesy sgt la..kena cari resepi lain yg sedang2 je cheesenya


Susun elok2 lam casserole. Casserole ni saya beli RM8  kat Marceto juga. Kecik je, kecik sikit dari A4 paper. Cukupla untuk 2 orang makan..=)


Sungguh berkeju..walaupun rasa cam terlebih cheese tapi saya makan tetap laju..puas hati..lenkali boleh buat lagi..

Nak resepi? Cer try klik kat gambar resepi San Remo tu..=)


Tuesday, April 19, 2011

Bila tak ada idea

Bila tak ada idea memasak, kita masak sesimple yang boleh..sebenarnya masak simple tu la yang sedap..



Ikan tamban goreng garing

Sawi masak air

Ikan bilis besar goreng garing

Sambal tomato


Kalau ada doyan lagi sedap..Sambal doyan ngan ikan goreng..uish..berpeluh makan nasi...Saya macam orang lain jugak. Kalau weekend makan nasi simple je..Kalau weekday untuk dinner saya rajin mencuba..tukar2 menu..tapi yg simple2 je la..Sebabnya malam suami tak nak makan nasi, selain daripada tu boleh..itu yang saya rajin bebenor panggang ayam, ikan udang.

Tapi kalau ikutkan tekak makan nasi lauk macam ni hari2 pun tak pa..ate..dah tekak melayu totok..hehehe


Kari Kepala Ikan Jenahak

Tak suka betul nampak insang tu..ingatkan nak buang..suami la bising2 orang masak la ngn insang2 sekali..ikut je la..:(

Resepi ni simple sangat mak mertua yang ajar, ada kot saya oter2 sikit macam taruk gula nisan. Sebab resepi mak mertua tak pakai gula.

Resepi saya:
Tumis bawang merah+putih, halia yang dihiris halus. Campakkan daun kari (Saya tak letak pun rempah kering cam kulit kayu manis ke)..Biar sampai wangi lepas tu masukkan serbuk kari ikan jenama BABAS. Banyak ok. Dalam 2 senduk lebih. Tambah air kalau tak nanti kering sangat (nak bancuh serbuk kari tu siap2 pun ok). Bila dah pecah minyak, letak air asam jawa dan gula nisan. Tambah air ikut banyak mana kita nak kuah tu. Bila dah menggelegak boleh la masukkan terung bulat dulu.Time ni saya masukkan santan kotak dalam 2-3 sudu je. Just nak bagi rasa lemak2. Lepas tu masukkan ikan, bendi dan tomato. Nak letak cili hijau pun boleh. Tambah garam dan perasa dan biar sampai ikan masak.

Nak sedap macam kari ikan Kg. Attap kita buat ala2 sambal kicap. Hiris bawang besar + cili hijau. Letak je kicap manis sikit. Lepastu perah limau kasturi...Memang bertambah la nasik bila ada kicap ni..=)


Monday, April 18, 2011

Bila Tiba Masa

Al-fatihah

Al-fatihah buat sahabat suami Allahyarham Mohd Hafiz Bin Osman

Atau lebih mesra dikalangan teman sebagai Mat Pit

Saya tak pernah bersua dengan Allahyarham

Tapi selalu mendengar cerita dari mulut suami

Teman suami ketika di SERATAS sehingga form 3

Kerja Allahyarham belayar ikut kapal

Merata dunia

Tapi walau di mana berada

Tak pernah lupa sahabat2 lama

Selalu hubungi tak kira siang malam, hari cuti hari kerja

Selalu rindukan sahabat2

Selalu bertanya bila nak berjumpa

Tetapi kekangan masa dan alasan sering dicipta

Hinggakan akhirnya hati ralat dan kecewa

Kerana dia sudah dijemput oleh Nya

Damailah disana

Disisi Tuhan yang Maha Esa

Al-Fatihah


Allahyarham Mohd Hafiz meninggal dengan komplikasi buah pinggang dan banyak lagi. Di umur 30 tahun, sebaya saya dan suami. Tak kira umur, tak kira pangkat dan harta. Bila tiba masanya, kita akan dijemput jua.




Friday, April 15, 2011

Step by Step : Mushroom Stuffed Chicken

a.k.a. Ayam Sumbat la kot dalam bahasa melayunya.

Nampak macam ah complicated ni, mesti susah nak buat...tapi sebenarnya..

SENANG!!!!

Betul, talak tipu olang punya, saya mau tolong ma...bukan along...

Korang tengok ni, kali ni masak tak rushing so boleh la amik gambar..





 Filet dada ayam tu belah dua jangan sampai putus..ketuk2 bagi leper sikit dan isi dia sama rata. Bahagian luar tu seasonkan dengan garam, blackpepper dan mix herb. Letak tepi.

Tumis bawang putih sampai wangi dan masukkan cendawan butang. Letak sos worcestershire (sos tiram pun boleh), perasa. Garam tak yah letak. Last sekali letak kan parmesan cheese. Tutup api dan ketepikan.


Gulung macam nak gulung popia. Saya tambah cheddar sikit. Kalau ada mozarela ke @ apa2 cheese pun boleh guna.





Nak kasik ayam tu kekal bentuknya dan tak terkeluar isi, kemaskan dengan lidi sate @ pencungkil gigi. Kang da siap masak, masa nak hidang tu baru buang.

Sapukan dengan minyak zaitun dan masak atas kuali leper pun boleh bakar dalam oven pun boleh.

Kalau bakar dalam oven, tutup dengan aluminium foil bakar dalam 10 minit lepas tu buang aluminium tu dan bakar lagi dalam 10 minit. Jangan masak lama sangat nanti ayam tu kering n keras.

Kalau masak dalam kuali leper. Tutup kuali tu sekejap supaya bahagian dalam ayam masak.



Tada..siap!!!

Saya buat sos lada hitam, tapi korang boleh la makan dengan apa2 sos yang korang suka..Bolegnese sos pun sedap..

Senangkan...=)



Grilled Lagi Dan Lagi...i like..

Suami saya kalau boleh memang tak bagi masak nasi malam2. Alasan, nanti makan banyak. Betul jugak kan..Jadi saya kena kreatif memasak. Lagipun nak kena masak yang cepat, ringkas dan sedap. Spegeti dan mi kalau boleh pun saya selang2kan makan je..kalau ikut perut saya, spegeti, mi, koey tiow goreng hari-hari pun tak pe. Tapi tak sihat sangat makan karbohidrat goreng2 ni. Macam le sihat sangat memasak selama ni..=)

Lepas grilled udang, saya tukar ikan dan ayam. Kasik variety sikit. Takde la bosan masak hari2..

Ini paling simple sebab dua2 pun makan nasi tengahari banyak gila. Makan malam kena sikit je..

Ikan Dory Teriyaki dan Salsa

Ikan perap dengan bawang putih(cincang halus), lada hitam, kicap manis, sos tiram dan madu. Garam letak sikit je. Grilled dalam kuali leper. Ikan pun cepat masak, so tak yah grilled lama2. Api pun kena kontrol, sebab bila perap ngan kicap kalau api kuat kejap je hangus.

Salsa tu main campak2 je. Tomato + mango potong dadu. Daun sup (kalau ada daun ketumbar lagi best) dihiris halus. Perah lemon dan gaul mesra. Tambah gula, sos ikan dan sos cili thai (saya pakai jenama kimball).

Ikan tu rasa manis2 lawan pulak dengan salsa yang masam2 manis dan pedas..sedap!



Ayam Bakar Bermadu dan Coleslaw Karot

Ayam ni perap cam biasa. Garam kunyit, halia, serai, bawang putih, kicap manis, sos tiram dan madu. Grilled atas dapur juga. Tu yang potong kecik2, baru senang dan cepat masak.


Coleslaw tu pulak, sebabnya tak ada sayur dalam peti ais. Kira macam spring cleaning la ni. Yang ada pun lobak, ngan kobis cina. Cam pelik je coleslaw letak kobis cina. Jadi saya cuma sagat karot, dadukan epal merah, kismis dan tambah sos coleslaw, lada hitam dan sedikit garam. Kira boleh la kan. Yang penting sedap.


40 Hari Lagi

Menurut annivesary ticker di atas, lagi 40 hari lagi genap la 3 tahun perkahwinan saya. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun. Umur pun cecah 30an. Jadi sepanjang 40 hari ni saya nak menghidupkan suasana cinta. Nak semarakkan kasih sayang. Nak suburkan kemesraan. Nak eratkan perhubungan.


Ayat-Ayat Cinta:

Love me now, love me never, but if you love me, love me forever.
[sumber dari sini]




Thursday, April 14, 2011

Nasi Arab Ayam

Malu nak tunjuk. Rupa dah macam nasik goreng kicap je ha..Ini kes terlebih kismis, terlebih air dan sibuk mengacau nasi sampai jadi cenggini. Tapi rasa tetap sedap ok. Saya pun tak tau macam mana rasa nasi arab. Nasi Mendi pernahla saya makan kat Ar-Rawsya. Saya masak ni sebab teringin sangat2. Bukan mengidam ye..tekak saja mengada.


Lagipun resepi ni sempoi. Bahan2 pun memang dah ada kat umah. Tu yang laju je. Yang tak ada beras basmathi. Redah je la asal sedap. Kesimpulannya memang sedap. Laju je saya makan, takde lauk pun takpe sebab rasa nasik ni dah cukup lengkap. Tapikan dah tekak melayu saya buat la juga sambal cili merah hidup dan acar tomato + timun + mangga.


Resepi ni saya amik kat blog Dr. Adilah. Dasyat tul doktor ni..hebat memasak!!


Kalau orang utara mesti tau nasi daging kan. Rasa macam lebih kurang. Tapi sedap lagi kot..=)


P/s : Kena cuba lagi ni, buat sampai betul2 jadi..next time nak try buat pakai beras basmathi.




Musim Doyan Udah Tibe..Moh Kite

Elok le sangat, laki bini antu doyan. Saya ngan suami suka sangat lalu lalang kat depan gerai buah ni..saje nak cek kot2 doyan dah banyak. Sebelum tu pusing2 kat chow kit memang dah belambak doyan. Tapi tak nak beli kat chow kit, pernah terkena..Biar le orang kata saya ni mengkayakan kaum yg satu tu..Abih nak buat camne, kaum tu kalau menjual, jual yang terbaek punye...

Baru nak start musim kot, harga cam mahal lagi. Yang longgok2 tak banyak lagi time ni..Kalau tengah2 musim memang kembung le perut makan doyan.


Musang King amik sebijik je



Tu dia bersusun buah doyan, pilih je mana2..sure buah cantik lemak berkrim


Penuh meja tau orang duk makan, aunty cina depan ni umur mau kot 70an -80an. Selamba je dia makan doyan..time ni dia da abis makan..=)


Uish..tak terliur ke deme nengok..


Laju je makan sebab sedap bangat!!


Ini bukan musang yang makan doyan..


Memang ler mahai sikit, 2 bijik saiz sederhana dekat RM50. Dia kata sebijik tu sekilo lebih. Saya amik musang king 1, D ntah berapa 1. Dua2 pun sodap!!

Minggu ni misi mencari doyan akan di teruskan, kali ni cari yang murah2 je la..Kalau beli yang longgok boleh le buat sambal doyan..=)

Ingat nak buat pulut doyan minggu ni.


Udang Grilled

Kesahnya mintak tolong kawan belikan udang frozen. Udang laut yg besar2 tu. Sepeket ada dalam 20 ekor dan harganya RM33.00 (ikut saiz).Mula2 nya kononnya nak cari frozen lobster. Google2 kat internet harga dalam RM85 sekilo. Lobster tu biasanya berat dalam 1.5 kilo. Lagi murah kot dari makan kat restoren.


Udang2 besar ni sayang pulak nak buat sambal ke goreng ke. Yang mudah, cepat dan sedap kita grill je atas dapur. Pakai kuali leper, minyak sikit..udang kan cepat masak so tak payah grilled lama2. Dua versi udang grilled yang berbeza.



Udang ni perap ngan serbuk cili + bawang putih dan halia. Cecah lak ngan sos cili thai..Sedap ratah..=)



Nak kasi udang ni tak mengkerekot, saya cucuk dulu dengan lidi sate dan kemudian perap dengan serbuk kunyit, halia, bawang putih, serai, kicap manis dan sos tiram. Gravy nya saya cuma pekatkan balik lebihan udang2 yang tinggal kat kuali dan makan dengan mashed potato. Sebab nak kasi mashed potato tu ada rasa saya campurkan homemade chicken ball yang dicincang halus, daun kobis cina, dan daun sup. Gaulkan masa potato tu panas2..barulah sebati..



Wednesday, April 13, 2011

Nasi Ayam Special

Ni yang saya hidang tuk tetamu



Yang ni pulak, saya sendirik makan lepas tetamu balik (makan senyap2 je time ni takut suami tau)


Resepi ni saya follow Kak Nani Rostam, korang tengok blog dia dan google lah resepi nasi ayam.

Resepi nasi ayam saya:

1. Ayam dan sup
Ayam masak seekor2. Perap dengan bawang merah + bawang putih + halia dalam 1/2 jam hingga 1 jam. Pastu rebus dalam air secukupnya. Letak garam sikit je. Rebus dalam 40 minit. Saya rebus api perlahan je. Angkat ayam dan perap dengan kicap manis, kicap masin (@kicap cair), madu dan minyak bijan.Ketepikan dalam sejam. Kalau kak nani dia suruh gantung. Saya just tutup ngan aluminium foil je. Lepas perap tu bolehla goreng dengan minyak yang banyak. Untuk sup,saya buat simple je. Tambahkan tulang2 ayam, sup bunjut, serbuk pati ayam dan garam. Last sekali, masa nak hidang tu baru tabur dengan daun sup


2. Nasi Ayam
Sukat nasi dan cuci bersih kemudian letak dalam rice cooker. Dalam kuali lain masukkan butter, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bawang merah + bawang putih dan halia yang diblender. Biar sampai wangi. Masukkan air rebusan ayam dan susu cair(saya agak2 je). Tambah garam dan serbuk pati ayam. Bila dah menggelegak, masukkan dalam beras tadi dan jangan lupa tekan suis rice cooker..=)


3. Sambal nasi ayam
Blender cili merah dan cili api, bawang putih dan sedikit halia. Masukkan dalam kuali dan masak dengan api perlahan. Tambah cuka masakan, garam dan gula melaka. Gula melaka ni buat kaler dia jadi cam merah tua sikit. Kalau tak pun boleh pakai gula pasir. Saya suka letak air rebusan ayam kalau buat sos. Tambah juga sedikit perasa serbuk pati ayam. Agak2 nak masak tu letak daun ketumbar yg dah hiris halus2. Tutup api dan perah sikit limau kasturi.


4. Kicap
Pakai kicap yang perap nasi ayam. Kalau pekat sangat sebab pakai kicap masin boleh bancuh dengan sup ayam sikit.


5. Sayur pak choy bersos tiram.
Celur pak choy, tak yah potong. Celur je sepokok2 tapi kalau daun tu besar sangat boleh la potong 2. Dalam kuali asing, tumis bawang putih dan halia. Tuangkan sos tiram, kicap manis+masin. tambah garam dan serbuk perasa. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tutup api. Susun pak choy dan tuang sos tiram tadi. Hias dengan daun sup dan bawang goreng.

Sesekali masak nasi ayam memang syok. suami pulak jenis yang suka banyak lauk tu yang saya tambah sambal udang!


Kalau ada lebihan ayam tu jangan buang..sayang.. saya suka sangat buat sandwich chicken mayo. Simple je. Cincang ayam dan bawang besar (kali ni tak letak pun), mayonis dan blackpepper.

Tada.....






Chicken Mayo Sandwich

Tuesday, April 12, 2011

Happy Birthday My Dear Hubby!!!

Hari tu kan saya ada mentioned nak buat small celebration untuk suami. Dahnya nama laki bini memang susah nak berahsia, saya cuma inform suami nak celebrate birthday berdua tapi takde la bagitau semua detail2 tu. Padahal dalam hati meronta2 nak bagitau. Sabar..Kang tak surpise (takdelah surprise sgt pun sbb dia dah tau saya nak masak special)..hehehe..


 
1st thing dalam kepala memang nak buat romatic dinner. Candle light dinner! So mestilah ada flower arrangement atas meja. Saya bayangkan putih dan biru. Putih sebab ada ciri2 romantik dan biru sebab kaler kesukaan suami. Tapi bila tengok ros kaler biru nampak cam tipu la pulak, so pilih ros putih lawankan dengan bunga kecik2 (tak tau nama) kaler purple tua..Then letak daun2 hijau supaya nampak hidup..


Saya beli 5 tangkai ros putih, 2 tangkai bunga purple, 2 tangkai bunga halus2 kaler kekuningan, 2 tangkai daun paku pakis anti jual bunga kasik free (mula2 saya nak beli) dan 1/4 span bunga. Total tak sampai RM15 pun..Hepi betul saya...Tada..inilah rupanya bila amatur yang buat..tapi still comel kat mata saya..=)



Pakai mangkuk putih je jadi pasu, tak yah bazir2 nak beli pasu baru..



Sweet je saya tengok...

Kebetulan memang saya cuti, pagi ada appointment doctor, tu yang beria sangat nak buat surpise..Balik2 je dari klinik pun dah tengahari, saya godek2 kek kukus dulu. Resepi saya ambil kat sini. Bila kek coklat dah masak saya buat pula ala2 tiramisu kek resepi saya ikut kat sini. Sambil2 tu saya prepare ayam untuk dibakar dan siapkan sup cendawan berkrim.


Inilah rupenya bila dah siap2 hidang, tunggu suami sembahyang maghrib dulu untuk tiup lilin dan makan....


Kek comel untuk 2 orang makan..Lilin 3 batang tanda umur dah cecah angka 30an..


Candle holder ni one of my friend yang kasik, simple je tapi ada juga ciri2 candle light dinner..=)



Pandangan atas kek. Ditaburi serbuk koko dan strawberi yang segar bugar..cam tuannya..uhuk!!


Konon nak buat cam starter la ni, udang grilled dan sos thai


Sup cendawan berkrim



Menu utama: Mushroom Stuffed Chicken..


Suami tiup lilin..Happy birthday dear!!


Muka hepi dapat potong kek. Time ni terharu la sesangat..


Amik gambar dalam kesuraman lampu (pasang 1 je lampu)..mode romantik..hehehe


Lepas dinner..masih banyak kek yang lebih..tapi esoknya pun dah habis..

Dear Baba, semoga Allah murahkan rezeki kita sekeluarga, di tenangkan hati dan diberi kekuatan menempuhi dugaan dan cabaran yang mendatang. Amin...Love u...=)