Friday, July 30, 2010

~ Susu Kambing Segera~


Alternatif menggantikan susu kambing yang segar. x larat nak minum susu yang segar tu, satunya bau kambing yang sungguh auum tu kadang2 membuatkan niat untuk minum tu terbantut, lalu susu terbiar seminggu lalu rosak lalu dibuang. Membazir!!! Dah la satu botol cinonet tu RM7 hengget..

Kali pertama cuba, tiada bau kambing...lebih kepada bau susu tepung biasa..bancuh dengan air suam..x sedar habis sechawan..=)

RM35 sekotak ada 15 peket. Khasiatnya sama seperti susu kambing asli. Tapi kalau pengeluar ni tipu, tipah tertipu lah jua..

nota kambing : bolehla selang selikan ngn susu kambing segar, seminggu 2 kali ke...


~ 'Merdeka Bazaar' @ Habib Jewels ~

Less RM15 per gram for selected 916 Gold items.
Less 15% on trade in items.
70% + 10% on selected Diamond Jewellery.
Midnight Sale on Friday 30th July 2010.
Coloring Contest for children age 6 to 8 years old on Saturday 31st July at 11am at Habib Ampang Point Showroom....Lucky Draw on Saturday 31st July 2010
Further Markdown on Sunday 1st August 2010.
This is a not to be missed event and bring all your family, friends & love ones over to the nearest Habib showroom and enjoy this 3 days specials.
C ya!
Ini saya dapat dari muka buku Pak Habib..wah..semua pun ada muka buku..Laman sesawang pun dah x dikemaskini..Memang bersawang..hehehe

Puncanya semalam, saya 'ter'baca Malay Mail edisi tengahari..berita tentang promosi yang Habib Jewels adakan sempena Hari Merdeka. Harga sebenar Loket di atas adalam RM400++ tapi untuk jualan tengahmalam (30/07/2010) harga diturunkan sehingga RM200 sahaja. Saiz boleh tahan, x ada la kecil sangat. Rasa sungguh patriotik pula. Apa2 pun saya survey dulu. Kalau cantik, menarik tertarik boleh la saya miliki satu..

Jualan tengah malam hanya ada di Ruang Pameran @ Ampang Point dan Loket Merdeka itu adalah terhad untuk 100++ buah loket sahaja (x ingat la exactly berapa)... 

=)..Bukan apa, saya terbayangkan beraya dengan loket corak bendera Malaysia..hehehe..Cantik ke??

nota kaki : Dah lama  x membeli barang kemas...



Thursday, July 29, 2010

~ Tupperware Brands ~

Ini brand memang ramai yang tau..Dari zaman mak2 kita pun dah ada, dulu siap main kutu..yelah nak sekali harung beli memang x mampu. Kalau kita tengok yang mak2 kita punya, Tupperware ni memang tahan lama..mungkin warna sudah kusam, tapi condition tetap tip top. Still boleh guna, sure x masuk angin punya..=)

Saya memang pengumpul Tupperware separa tegar. Mahal memang mahal.Tapi bukan beli hari2..sebulan sekali pun belum tentu. Kalau ada budget lebih sambar la juga. Tapi beli sikit2 la dulu. Saya mula mengumpul Tupperware dari sejak anak dara lagi, lebih kurang 5-6 tahun kebelakangan ni [nanti rajin2 saya uploadkan gambar]..

Saya secara rasmi sudah jadi consultant Tupperware..hehehe..=)..bukan apa, register pun untuk kegunaan sendiri sahaja @ ada kawan2 nak tumpang beli pun boleh juga...


Once register, kita akan dapat beg ni..macam2 la ada..kan da jadi consultant..hehehe


Latest promotion, sempena bulan Ramadhan...


                    Tupperware starter kit, satu set yang kaler merah & bekas air kaler kuning. Botol air hijau tu saya beli sendiri (ke dapat free hadiah menang game...)

Rasa berbaloi2. Register RM60 dapat semua diatas (kecuali botol air hijau) yang bernilai lebih @ sama dengan apa yang saya bayar untuk jadi ahli...Berbaloi2 kan???..=)

nota kaki : Bolehla buat party tupperware lepas ni...=)


~ Mereka sudah besar ~

Lama x ambil gambar mereka2 ini. Dah besar dah pun..sungguh x sangka, x sampai setahun saya bela mereka berdua. Bayangkan 2 3 tahun lagi..hohoho..

Jojo macam selalu, sukakan perhatian. Malah bila bergambar mata dibulatkan berlagak fotogenik..=)..

Bonie pula 'graceful'...konon macam anggun, x suka kamera..sentiasa bagi jelingan manja..hehehe..



























nota kaki: ambik gambar konon macam ada DSLR, bila la merasa nak ada 1 ni...

Tuesday, July 27, 2010

~ Malam Nisfu Syaaban II ~

Banyak percangahan pendapat berkenaan amalan pada Malam Nisfu Syaaban. Malah semalam saya alami sendiri. Saya solat Maghrib berjemaah di Masjid A, dengan harapan akan ada bacaan Yassin sebanyak 3 kali [antara solat Maghrib dan Isyak]. Tapi Masjid A hanya ada ceramah mengenai Malam Nisfu Syaaban sahaja. Bergegas saya dan suami ke Masjid B, Alhamdulillah sempat membaca Yassin bersama jemaah yang lain.

Musykil juga..jadi pagi tadi ambil kesempatan google sekejap dalam internet. Rupanya banyak sungguh topik yang bincangkan perkara ini. Terutamanya isu yang melibatkan amalan2 bidaah dalam Islam yang hanya berlaku selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW...

Saya sendiri cetek ilmu agama. Kerdil rasanya..Isu sebegini kena rujuk alim ulama. Ini yang saya dapat dalam blog Dr. MAZA..Tentang Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban ...

nota kaki: masih banyak yang kena dipelajari, didalami, diselami dan disemat dalam hati...=)


Monday, July 26, 2010

~ Malam Nisfu Syaaban ~

Malam ini Malam Nisfu Syaaban...

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya’baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya’baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya’baan.”

Malam Nishfu Sya’baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Dipetik dari sumber disini.

Mak Mertua masuk malam semalam dah 3 kali ingatkan kitorang.. Kalau sempat malam ni pergilah masjid @ surau. Baca Yassin.. Malam ni doa banyak2..Mintak yang elok2...Moga Allah kabulkan..aminnnn...


~Saya ber'mess nie' lagi di Nikko Hotel lagi~

Kali ini sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Kor Ordnans Diraja yang ke-53. Tidak mengambil gambar bagai, kerana...menu 100% sama seperti mess nite yang saya hadiri sebelum ini. Lihat http://asma-rizal.blogspot.com/2010/06/mess-nite-nikko-hotel.html

Cuma kali ini banyak la muka2 yang saya kenal. Kawan suami yang 1 Pulnord, dan juga kawan2 1 skot. Ada la kawan tuk sembang2.

Majlis yang sama. Macam ulang tayang pun ada...Tapi kali ini ada artis jemputan. Tu dia..sapa???? Shamsul Ghau ghau..nama dia..mula2 pandangan saya agak skeptikal. Kenapala panggil dia ni..Bukannya boleh nyanyi..Tapi sungguh saya silap..Shasul Ghau Ghau memang hebat..x kering gusi dibuatnya..Lawak ringan2 yang santai..tapi memang menggeletek habis..dan juga ada Watie (x-Elite)..hmmm..ada agak2 gediks..Satu yang saya x suka, kerjanya asyik duk kirai rambut, tarik bra,betul baju..nampak macam x selesa..kita yang kat bawah tengok lagi la sakit mata...Nyanyi not bad..tapi pembawakan diri memang kena baiki...

Kepada artis2 yang dapat jemputan buat persembahan, pastikan anda datang dengan pakaian yang bersesuaian & sopan. Lagi2 majlis2 rasmi yang ada VIP dan juga majoritinya Melayu Islam dan umur lingkungan 30an -50an. Ini penting agar anda tidak nampak janggal di pentas dan memperbodohkan diri anda di depan khalayak. Skill komunikasi juga sangat membantu anda, supaya tidak anda terkulat2 seorang diri...serta jangan ketawa mengekek2 kerana kami yang menonton berasa jelek..Sekian...=)

nota kaki: series Shamsul Ghau Ghau memang bagus..pakaian kemas..suara terang & jelas...lawak pun menjadi..ngeh3..suka2....


Friday, July 23, 2010

~ Suka2 Sukan Untuk Kesihatan ~

Ini gambar lama, aktiviti sukan yang 18th Club [x official..=)] anjurkan.. awal tahun ni rasanya..Selalunya kitorang kat ofis hanya suka makan2..tapi kali ni berbeza, kitorang bersukan...Belek2 folder gambar alih2 nampak gambar ni..suka..so nak share dengan semua...

Lokasi : Sales Office, Mutiara Damansara

Kita mamam dulu, konon x ada tenaga la kalau x makan...

B/fast x hengat, nasi lemak & kueh mueh yang total kalori cecah 700cal..huhuhu

Posing2 ambik mood..

kat belakang tu unit contoh, kondo..baru je launch..sape2 minat sila bagitau..unit untuk bumiputera banyak lagi, non bumi dah habis ye..harga dalam 500K -1.5K..=)

Bila nak start ntah..asyik bergambar je..

Perjuangan sudah bermula..background Ikea..

Muka2 yang bakal johan, baru skor 1st half dah happy gila...

Strategi supaya pasukan lawan naik takut...kita bergambar lagi...

Hip2 hoorey..1st game menang bergaya...

suami (baju biru) pun join..x cukup pemain..muka excited nak kalah..hehehe


Walaupun semangat juang tinggi, tapi kalau skill kurang pun x guna..

Teamku..muka2 bangga sebab menang..

3 team je yang main pun..ini team pun kalah juga...

Team yang suami main..boooo....

Semua yang terlibat..sungguh enjoy!!! =)

Muka enjoy sangat2..bila la nak main lagi..

Yoohooo....aku lompat malu2..eceh...

1..2..3..lompat ramai2...=)


Menang cash RM20 sorang..Lepas lah lunch..=)

Gambar sambil tahan napas..=)

nota kaki : Ahad ni ada Orange Run, acara tahunan dianjurkan oleh BhP (previously known as BP)..aku x lari..jadi pompom girl je...


Thursday, July 22, 2010

~ Kisah Aji & Radio di Surau ~

Ini kisah benar...biasanya kalau surau2 kat taman selepas solat Maghrib, ada yang lepak2 tunggu masuk waktu Isyak kan??? Lepas Maghrib semalam siap2 nak keluar, tiba2 terdengar bunyi speaker siaran radio yang kuat gila..x taula dari mana datangnya..ingatkan kereta pasang radio kuat tapi bunyi speaker tu macam terang sangat..Rupa2nya speaker surau..ada orang tengah pasang radio, siap cari2 siaran lagi..gerrrk..gerrk..gerkk..[bunyi cari siaran..hehehe]..

Suami ingat ada budak2 main radio, dia pun pergi terjah..Boleh la ambik peluang marah2..Rupa2 nya ada Aji sedang syok melayan siaran Klasik Nasional. Mungkin dia x perasan yang radio tu pakai speaker yang sama dengan speaker surau.. kebetulan ada 1 pakcik yang sampai sebelum suami, siap jerit dari jauh lagi.."Aji.....tutup radio tu..malu...semua orang dengar..."

Hamboi2 Ji..Ralit no dengaq radio...Lenkali nak dengar radio, Aji balik umah, dengar dalam bilik sorang2 tau...=)

nota kaki : kalau budak2 yang main radio, suami mau je bagi sedas dua...dush2...


Wednesday, July 21, 2010

~ Saya Bakal Menghuni Kuaters Tentera =) ~

Hepi2..cam nak nyanyi je..~la..lalla...lalla..la~ =)

Semalam suami dah settle semua, dan kunci pun bertukar tangan...oh..oh..suka2...Rumah baru, perabot baru, suasana baru..satu permulaan yang serba baru...ubah angin...

InsyaAllah, kalau ada rezki saya rasa nak buat makan simple2 je..tengoklah budget macam mana..x pun buat sekali rumah terbuka lepas raya..hehehe..

Bila2 masa je dari sekarang dah boleh masuk, rumah yang saya sewa sekarang ni pun dah bagi notice 1 bulan..nak kena cuci, kotoran degil yang dah macam daki tu dan pasang langsir je dulu..yang lain2 tu kemudian...


Ini blok yg akan saya duduk, unit rumah di tingkat 8

dari pintu masuk, 2 keping tilam ini adalah tilam askar..
Hak Milik Kerajaan Malaysia

Living Area 1

siap kabinet bagai...

Living Area 2

Master Bedroom yang bagak gila...

Dining Area

Dapur.. pelik kan susun atur..camne nak letak dapur masak ni..design ni tuk guna gas yang dari pipeline tu



Dry kitchen @ Yard + Toilet

Alhamdulillah..syukur sangat2..Ruang rumah yang bagi saya sungguh besar untuk kitorang berdua (+ Bonie n Jojo). 3+1 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air...

Saya hepi walaupun bukan masuk rumah sendiri..=)

nota kaki : Upah orang cuci rumah je dah RM300...mmm..