Monday, August 30, 2010

~ Rezeki Ramadhan...Alhamdulillah ~

Minggu lepas saya agihkan Frozen Resolles untuk teman2 ofis mencuba. Alhamdulillah, sudah ada yang mengorder. Saya jual 1 bekas ada 10 biji Resolles berharga RM10.00. Mahal ke?? Tapi proses membuatnya pun agak renyah, memakan masa. Walaupun bahan2 nampak ringkas, tapi berpeluh2 la juga saya didapur..=)

Bahan2 yang saya guna juga segar dari supermarket. Semuanya saya buat sendiri..Cincang ayam, dadu kentang & lobak. Membuat kulit Resolles pun memakan masa. Masih terkial2 lagi menebar kulit Resolles dalam kuali. Ada tebal ada nipis..InsyaAllah sedikit hari lagi mungkin saya lebih mahir..=)

Paling sesuai dimakan tatkala bersahur. Mudah. Sebelum tidur keluarkan dari freezer, bangun sahur cuma goreng sahaja. Hari2 biasa boleh dijadikan juadah minum pagi @ petang. Boleh juga buat bekal anak2 ke sekolah. Pendek kata, boleh di makan bila2 masa...=)

Moga2 ramai kengkawan yang ulang order...Moga2 murah rezeki saya...Amin

nota kaki : Tanpa pengawet, tanpa pewarna tiruan tapi ada bahan perasa (pati ayam Knorr@ Cukup Rasa)


Thursday, August 26, 2010

~ Frozen Resolles: Free Sample~


Hari ini saya agihkan sample frozen Resolles kepada ofismates...Semalam batch pertama saya berikan kepada penggemar hardcore Resolles. Alhamdulillah..review darinya amat menyenangkan hati saya..Cuma saiz mungkin kena lebih besar sedikit, packaging juga kena lebih menawan. Itu akan saya cuba usahakan..

Balik ni kena buat marketing strategy. Kena kira kos, tengok boleh untung ke tak..Saya bukan nak kejar profit margin yang tinggi pun...Cuma nak cari side income je..Alang2 saya ada masa...=)

nota kaki: Bos kat ofis saya pun ada jual frozen murtabak...sendiri bikin..itu yang jadi sumber inspirasi...


~Yeyeh...Terima Kasih Kerajaan Malaysia..=)

Bukan saya..saya kerja swasta, tiada bonus raya. Suami yang dapat, extra RM500. Kami hepi. Bolehla buat top up belanja raya. Raya tahun ni budget sederhana, banyak sangat keluar duit 2-3 bulan ni. Keluar duit beli rumah, pindah masuk kuarters pun guna duit dan paling latest sekali cat & baiki(sikit2) rumah yang dibeli tu sebab ada tenant nak masuk sebelum raya ni. Fuh..duit keluar macam air..Jadi, raya memang bukan keutamaan lagi. Ala kadar....

Budget Raya Saya:-

1. Duit raya untuk mak, abah, mertua, adik2 yang belum abis belajar & anak2 buah

2. Duit raya kecik untuk budak2 yang datang beraya dan anak sepupu belah suami [ramai gila..suami ada 12 sepupu dari 1 makcik]

3. Kuih raya; max 4 jenis tapi kena sediakan untuk 2 keluarga

4. Baju raya saya & suami belum beli lagi [beli baju sepasang 2 je, tudung pakai je la yg mana ada]

5. Service kereta sebelum raya, perjalanan jauh jadi kena siap sedia

6. Duit tol & minyak; duit kecemasan pun kena ada..[penah tayar pancit atas highway, masa tu kat Butterworth..huhuhu..]

Itu je..=)..yang penting belanja dengan berhemah, jangan nanti lepas raya pening kepala..duit x ada..makan megi lor..


nota kaki: Raya x semeriah zaman kecik2 dolu.....

Wednesday, August 25, 2010

~ Kuih Janda Berhias @ Resolles

Kawan saya kata kuih ni namanya Janda Berhias @ nama lainnya Resolles..=)
Kuih ni kawan ofis saya yang suka makan, selalu dok canang betapa lazatnya rasa resolles ni. Itu yang saya berkobar2 cari resepi.

Resepi ni saya dapat dari tukang masak di Fotopages yang bagi saya cukup hebat..hehehe..kebanyakkan resepi akak ni pun senang follow. Sumber rujukan utama saya..kalau teringat nak masak apa2, mesti pergi ke page akak ni dulu..cari resepi. Boleh dikatakan 70% masakan saya berresepikan akak kita ni..Tq bebanyak  Kak Madiha sebab share resepi2. Kira macam mentor la jugak...=)

Resepi Janda Berhias ni boleh amik kat page akak ni ye..disini..X larat nak tulis balik..Banyak sangat step. Kalau ikut betul2 resepi ni InsyaAllah jadi. Cuma saya x letak daun sup je dalam inti. Ingatkan ada stok kat rumah, rupanya dah habesss....

Kesimpulannya, saya suka kuih ni. Shedap! Sesuai ngan nama..Suami pun suka..Berbaloi saya lintang pukang kat dapur menyiapkan kuih ni. Walaupun agak renyah, tapi cukup puas hati.


Nota kaki: Bercadang2 nak buat frozen Resolles. Agak2 ada orang nak order tak?


Friday, August 20, 2010

~ Kuih Ketayap Saya =) ~

Ini kuih kesukaan suami, suami cukup suka kuih manis2 lagi2 inti kelapa sira. Saya suka kuih yang savoury. Manis2 ni x boleh pi...=)

Inti kuih ketayap ni saya guna yang lebihan buat kuih bom. Bahan2 untuk adunan kulit ketayap ni ialah tepung gandum 1 cawan, susu cair (sepatutnya pakai santan, tapi dah habis), mentega (cairkan dulu), telur sebiji (saya x guna pun), garam, pewarna hijau dan sedikit air. Nak senang blender semua sekali, kemudian tapis. Adunan tu kena cair macam nak buat roti jala/ kuih cara.

Kalau ikut resepi, daun pandan tu ikat segumpal guna untuk oles minyak dalam non stick pan. Tapi saya cuma guna kitchen tissue je. Oleskan minyak sedikit dan letakkan adunan, ratakan dan buat senipis mungkin. Masak sebelah bahagian je. Dah masak, angkat panas2 tu terus gulung inti. Ulang proses ni sampai siap..=)

Popia ayam + kentang. Ini pun lebihan juga, lebihan inti karipap. Malas nak uli tepung saya gulung je dalam kulit popia. Sungguh x rasa bersalah makan yang berminyak2 ni..hehehe..yummy...

nota kaki: semalam x masak nasi, suami nak makan bubur+telur masin+ayam goreng kunyit..senang kerja saya ..=)


Thursday, August 19, 2010

~Baju Raya:Tempah@Beli Siap@Buat Sendiri~

Belum pun 2 minggu Ramadhan dah kalut pasal baju raya. Ada yang suka buat persediaan awal, belum Ramadhan lagi semua dah ready. Lagi2 yang punya ramai anak. Kalau sebulan nak raya baru nak membeli. Pokai juga jadinya. Bayangkan kalau baju anak sepasang busuk2 RM50. Kalau anak 3-4 orang. Malam2 mak ayah tidur tangan atas dahi. Memikir belanja raya.

Baju raya saya kaler biru. Sedondon dengan suami. Tapi belum beli lagi...=)..Biru apa cantik ek? biru muda ke biru laut? Biru terquoise pun cantik juga. Biru lembut x mau. Nak yang striking2. Saya suka baju kosong polos, nampak kemas, simple dan tahan lama. Bunga2 pun ok, tapi bunga2 kecil ye..kalau besar setompok2 tu memang saya x beli. Orang fesyen kata, kalau gumuk pakai baju bunga kecil, so badan pun nampak kecik..ilusi mata.. saya suka..=)

Saya jarang tempah baju sekarang ni, beli siap je. Senang. Bila2 masa boleh beli. Saiz? InsyaAllah ada..hehehe..Korang macam mana? Ke pandai jahit sendiri..Wah..bertuahnya..jimat tu..lagipun bukannya murah nak tempah baju.

Ini gambar baju raya saya yang lepas2...suami cukup x berkenan dengan pilihan warna saya. tapi apa boleh buat, saya suka..suami ikut je...=)

Ini baju raya tahun pertama kawen (2008)..Oren kan? Suami bising, beli kain oren merelip2..=)..Time ni beraya di rumah mertua..

Ini baju raya tahun lepas (2009)..Suami recyle baju raya masa kenduri kawen..Time ni beraya di rumah keluarga saya...Jadi tahun ini saya beraya di rumah keluarga suami di Sg. Petani...Raya selang seli..=)


nota kaki: teringat lagu raya Sepasang Kurung Biru by Khairil Johari Johar

~ Opocot BOM!!!..Kuih Bom..~

Sepanjang Ramadhan ni, nampaknya entry saya akan berkisar tentang makanan je..Hari ni baru 9 Ramadhan, maka akan ada lebih banyak lagi entry pasal makanan di masa akan datang..hehehe

Kuih Bom Saya. Inti kelapa sira. Susah juga nak kontrol api. Itu yang ada kaler hitam2. Cubaan pertama tidak berapa menjadi. 6/10. Suami kata kulit agak tebal, patut nipis lagi. Saya pun x pasti sebab saya x pernah makan kuih bom selama ni. saya x gemar..;(..tapi sebab suami suka, saya pun cuba. Hari ni nak beli sebiji kuih bom di PARAM. Nak rasa, nak bandingkan dengan yang saya punya...=)

Resepi Kuih Bom saya:
1. Kulit luar
Tepung pulut (1 cawan), tepung gandum (1-2 sudu), sedikit kapur makan, garam dan gula (letak dalam 2-4 sudu, untuk mengelakkan kuih bom meletup kena letak gula..ini petua yang saya baca). Campur semua bahan2 ni dan tuang air perlahan2. Uli sampai adunan x melekat di tangan.

2. Inti kelapa sira
Gula melaka/nisan,kelapa parut,daun pandan,tepung gandum (1 sudu)
Panaskan gula melaka/nisan sampai cair. Masukkan kelapa parut dan daun pandan. Kacau dan masak hingga mesra. Agak2 nak kering bancuh tepung gandum dengan air (sebagai ejen pemekat). Kacau sehingga nampak likat.

* Gentel adunan bulat2, letak inti...gentel lagi..tabur bijan kat sekeliling kuih then goreng api perlahan..betul2 perlahan sebab bijan cepat hangit..=)

Ikan percik saya. Sungguh gigih rasanya membakar ikan di dalam rumah..hehehe..Bakar ikan  (garam+kunyit) atas grill pan sampai masak. Then, sapu kuah percik. Senang je...

Resepi Kuah Ikan Percik Saya:
Cili kering, bawang merah, bawang putih, serai (nak wangi, letak lebih sikit pun x apa), halia {blender}, santan, gula nisan, air asam jawa

Panaskan semua sekali bahan2 tadi sampai pecah minyak. Itu je..=)


Sambal Sotong. Saya suka buang kulit sebab nampak lebih cantik..=)

nota kaki : lebihan kelapa sira tu nak buat kuih ketayap...



Wednesday, August 18, 2010

~ Ting Tong..Idea Datang ~

Ho..ho..ho..udah petang begini idea mari. Nak buat projek..Mega punyer......Hadiah kat mak n mak mertua..Weekend ini cari barang..Kang balik umah korek kotak cari glue gun..

Saya rasa nak hias balang kueh mueh raya.....

Ala..balut2 sikit..letak riben..bunga2..

Mesti cantik bergaya..

Nak makan kuih raya pun berselera...

hehehe...

p/s : nak balut kain kotak2 ke..nak letak renda2???...mmmm...


~ Vadei Saya & Menu Berbuka ~

Vadei buatan saya..Rupa tidak menggambarkan rasa ya..Rasa boleh tahan apa..=)..

Kalau nak buat Vadei ni, sebelum kuar kerja rendam dulu kacang dal tu. Dalam 2 gengam ke ikut suka. Bila dah kembang & lembut, 2/3 blender halus (air sikit je). 1/3 lagi x payah blender. Potong dadu bawang besar, hiris cili kering & daun kari. Gaul semua sekali bahan2 tadi dan tambah garam + serbuk perasa. Kepal2..Goreng..Sure wangi satu rumah...=).

p/s : Kena jaga kuantiti air, kalau terlebih nanti jadi macam adunan cekodok pulak. x boleh nak kepal. Kalau agak tercair tu boleh la tambah tepung gandum sikit..sikit je..nak bagi adunan tu pekat sikit supaya boleh dibentuk...(tepung gandum ni saya adjust sendiri, so far rasa vadei ni x lari)..

Gulai Darat Ikan Tongkol
Ini ikan tongkol yang saya dah rebus siap2 tu. Kelmarin ikan rebus tu saya goreng je. Semalam saya gulai. Ala2 nasi berlauk yang orang Kelantan jual pagi2.

Resepi saya:
1.Ikan tongkol rebus (air sikit je) dengan asam keping, garam dan gula nisan.

2. Bahan2 untuk menggulai:-
Bawang merah, bawang putih, cili kering, halia & lengkuas (blend)
Santan, timun belah 2 potong dalam 1 inci & cili api (yang besar2).

3. Masukkan bahan2 yang dah diblender ke dalam santan, rebus dengan api sederhana, jangan sampai pecah minyak. Masukkan gula nisan & asam keping. Agak2 dah menggelegak masukkan ikan rebus, timun dan cili api. Kacau sentiasa supaya x pecah minyak.

Udang Goreng Kunyit & Sayur Campur
Ini lauk campak2..pukul 7.00 baru masak, makan masa panas2..nyum2..

Tuesday, August 17, 2010

~ Onde2 saya & lauk2 berbuka ~

Inila rupanya. Tidakla susah mana. Cubaan pertama 7/10, kelapa sedikit masin [bulan puasa x boleh rasa..=)]

Bahan2nya cuma tepung pulut, kapur makan[sikit je..x nak letak pun boleh], air pandan @ perasa pandan, pewarna hijau, kelapa parut & gula melaka. Kat PARAM standard 6-7 biji seringgit, tapi ada juga yang buat besar2 dan jual 2-4 biji seringgit..:(

Lauk2 lain yang sempat saya masak semalam :-

Kurma Kambing perangat, buat kelmarin makan dengan nasi tomato...

Ayam masak merah memang masak lebih, frozenkan..bila2 malas masak panaskan je...=)

Ikan tongkol goreng terhangit. Sebenarnya ikan ni dah rebus siap2 dengan garam, asam dan gula nisan untuk buat gulai/ kari ikan style nasi dagang tu. Sedap bila digoreng sebab rasa ikan tu dah sebati..mesraaa....

2 ketul karipap frozen..Cukupla seketul sorang..hehehe..=)..[Rupa x berapa cantik, tapi sesedap rasa..]

Beginilah saya sepanjang Ramadhan...Semalam suami minta kuih lopes. Tengah mengoogle resepi ni..=)...

Monday, August 16, 2010

~ 6 Ramadhan ~

Esok genap seminggu kita berpuasa. Sekejap je kan..Misi saya untuk memasak di bulan puasa ini separa berjaya. Setakat ini hanya ke PARAM untuk beli kuih serba sikit sambil jalan2 cuci mata. Masak pun simple2 je. Makan berdua je, x adalah nak beria2. Karipap frozen ada dekat 20 biji dalam peti ais, bila dah buat banyak2 x teringin la pulak nak makan...hehehe..

Semangat menulis pun agak pudar [macam lagu Rossa..huhuhu]..Tiada apa yang nak dikongsi bersama.. Nak meluahkan perasaan pun, rasa x kena. Ada juga berita gembira, mak mertua bakal menimang cucu yang ketiga, kak ngah biras yang no.2 sudah mengandung 2 bulan. Alhamdulillah dan tahniah. Gembira dan sedikit sedih pun ada. Rasa macam x nak balik kg beraya..hehehe..Malas nak menjawab..Penat nak senyum tapi hati menangis siapa yang tahu..[eceh!!]...Mereka yang bakal menanya bila di kampung mertua dan kalau boleh saya nak elakkan ialah 1. ustazah (jiran belakang rumah mak mertua) 2. Cik Piah (kawan baik mak) 3. Kak Cak (sepupu suami)..hehehe...

Jadi bersediakah saya dengan soalan2 laser dihari raya. Susah juga nak menjawab lebih2 lagi dgn badan yang macam orang pregnen 3 bulan ni..=)..Ini jawapan standard saya.."BELUM ADA REZEKI LAGI"..ok..=)


nota kaki : bulan mencuba resepi..hari ni nak try buat onde2 gula melaka..=)



Thursday, August 12, 2010

~ Petua2 agar memasak di bulan Ramadhan lebih mudah & cepat..=) ~

Alhamdulillah..Selamat kita menjalani hari pertama Ramadhan dengan izinNya. Saya pukul 4.30 sudah keluar ofis, dalam pukul 5.00 sampai rumah..cepat2 masak lauk berbuka. Menu simple2 je..Sayur lemak udang campur toge dan ikan siakap 3 rasa. Cukupla 2 bangsa...Sempat juga ke pasar Ramadhan, tapi mak ai..manusia..

Ramadhan ini saya tekad kurangkan pengambilan nasi..mahu ratah lauk pauk sahaja..kurangkan karbohidrat, tapi masih ambil juga..dalam kuih muih contohnya. Saya mahu badan saya membakar lemak tegar di bulan puasa ini.. Menu masakan tidak berubah, masak seperti biasa..kalau dikekang sangat kesian pada suami pula...

Memasak setiap hari juga termasuk dalam misi saya di bulan Ramadhan ini..Gigih kan saya..=)..Sementara belum ada baby ni, bolehla melayan perut suami..Sekarang tengah fokus memasak kuih muih frozen. Karipap dan popia dalam perancangan. Untuk kegunaan sendiri sahaja. mahu kurangkan belanja di pasar Ramadhan..hehehe..  

Persediaan memasak lauk pauk berbuka di bulan puasa:-

1. Ikan, ayam, sotong dan segala lauk2 basah siang siap2 dan bungkus dalam surat khabar portion untuk sekali memasak. Mudahkan kerja kita dan tahan lama cos kita x defrost sekali banyak.

2. Bawang cili blender siap2, letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Buat untuk kegunaan seminggu sahaja.

3. Beli santan dan bekukan. Bila2 masa pun boleh guna. x adalah bila teringin nak masak gulai ke kari ke tapi x buat sebab x ada santan.

4. Sayur2 berdaun hijau bungkuskan juga dalam surat khabar supaya tidak cepat layu.

5. Cili api, cili hijau, halia, daun kari, daun limau purut biasanya kita beli sekali guna x habis. Untuk tahan lama simpan dalam botol2 kaca (botol mayonis guna semula) @ tupperware yang bertutup kemas. Boleh juga guna plastik putih yang bungkus lauk @ plastik kedap udara. InsyaAllah sebulan pun tahan. Selalunya kalau rosak pun x rosak semua.

Ini antara petua2 saya didapur agar lebih mudah & cepat saya memasak. Setakat masak nasi (atas dapur je sebab masak pun 1 pot), 2 lauk 1 sayur dalam masa sejam boleh beres. Mengemas memang ambil masa sikit. Itu kena tingkatkan kecekapan di dapur. Sambil masak sambil mengemas. Nak tingkatkan kecekapan kena selau praktikkan maksudnya..kenalah rajin ke dapur...=)

nota kaki : teringin pula nak masak qurma ayam..


Tuesday, August 10, 2010

~ Ramadhan Al-Mubarak ~

Salam Ramadhan..InsyaAllah, esok umat Islam akan mula berpuasa. Syukur juga kita masih diberi peluang olehNya menyambut Ramadhan tahun ini. Tahun depan belum tentu lagi..

Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga...

Tutur kata pun kena jaga..
Had kan pandangan dan pendengaran dari perkara yang bukan2..

Banyak kan juga berdoa...Moga2 Allah makbulkan..

Tingkatkan amalan..Bacalah Al Quran...


Dan jangan lupa bersolat terawikh jika tiada halangan...

Ingat!!! Berpuasa mengajar kita bersederhana, bukan untuk kita puaskan nafsu makan hingga terlantar bak ular sawa kekenyangan...

Bagi ibu2 yang mula mengajar anak berpuasa, sabarlah dengan kerenah mereka...

Akhir sekali, ampun dan maaf dipinta kalau ada terkasar bahasa tersilap kata. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita..Amin ya Rabbal Alamin..


~ Pot Luck Breakfast, Lunch Makan Sampai Kenyang..@ Office ~

Kejadian khamis minggu lepas. Entry yang terperap dalam draft..hehehe..Macam biasa ofis ada makan2..Macam manalah x obesiti..Bab makan memang x tinggal punya..lagi2 nak masuk puasa. Dah jadi tradisi, sebelum Ramadhan akan ada makan2, alang2 tu rai harijadi sekali..Kali ini saya cuba buat pulut kuning lagi [lawan dengan rendang ayam], 1st time buat x berapa menjadi..lagipun tanak atas api je, konon nan cepat, tapi rasa kurang sedap..hehehe..Kali ini saya kukus, walaupun lama dekat 1 jam juga mengesahkan pulut ni..tapi hasilnya lagi memuaskan, lebih baik dari cubaan pertama..

Tu dia senarai makan, sepatutnya tempah talam cendol tapi x dapat..tu yang cuba masak pulut kuning + rendang..


Berkilat2 pulut kuning ni..[bangga seh..=)]


Rendang ayam dalam kuali..potong kecil2 supaya senang masak dan semua dapat merasa...

Ini sos yang budak2 ofis order tuk makan tengahari, sos ala2 Johny's sesuai untuk steambot atau cecah dip2...

Nasi Dagang Ikan Tenggiri..Bersememeh..x sempat nak snap sebelum makan..=)

Roti Arab dan Kuzi Ayam...sedap hingga menjilat jari..

Nasi Lemak Pak Hashim..

Kuih Muih

Cute cupcakes

Tiada dalam gambar : Mee Wantan Tangling [Ini memang x pernah miss kalau potluck..kegemaran ramai..]

Ini baru makanan pagi ye kawan2, masuk tengah hari lagi melaut makanan.. memang perut se'eh [penuh tahap bernapas pun sipi2 je]..

Nanti free2 saya upload gambar2 lain..walaupun dah nak puasa..setakat tengok x apa..boleh2 gak bagi idea nak buat berbuka..=)



Monday, August 9, 2010

~ Nasi Dagang Mak ~

Alang2 kat kampung, minta mak ajarkan cara2 masak Nasi Dagang. Terengganu punya..lauk Gulai Ikan Aye (Tongkol). Resepi sudah ada. Keyakinan pun dah tahap tinggi..Moga2 menjadi..Nampak x susah, tapi renyah. Nasi + Pulut kena kukus 2 kali. Arong dengan santan pun 2 kali. Ikan nak kena rebus dulu.Tumbuk kerisik (mak panggil nyor gula). Tapi hasil memang terbaik..

Saya akan rasa hebat jika berjaya masak nasi dagang sendiri. Warisi resepi mak yang mak dapat dari arwah wan. Cuba jaya..Go go chaiyok..;)


nota kaki : Kalau menjadi nanti saya wat special entri...=)

~ Kembali Bersiaran di Pagi Isnin ~

Salam pagi...Jumaat lalu saya bercuti konon nak kemas rumah apa yang patut...Kalau ikutkan rancangan mak dan abah saya dikampung ingin datang menjenguk, tapi kesihatan abah memang x berapa baik. dah seminggu demam dan kaki bengkak dari paras buku lali hingga ke pangkal peha. x tau kenapa..merening je..mak cakap tu kesan dari kencing manis.

Jadi, saya di kampung berhujung minggu. Jengok abah lagipun sudah lebih dua bulan tidak pulang. Sedih juga, tapi abah nampak ok. Mungkin dia tahan rasa sakit..tak nak sesiapa risau. Mak cerita ada satu hari bengkak kaki abah menggila..Demam dan ke klinik hanya berkain pelekat...;(

Risau juga, abah x nak ke hospital.  x nak kena tahan..dia cuma ke klinik dan makan ubat semata..harap2 sakit tidak melarat..harap2 abah cepat sihat...

nota kaki: luka di ibu jari kaki abah, dah berbulan x kering2..kesan kencing manis..;(

Wednesday, August 4, 2010

~ Kisah Pindah Rumah ~

Penat seh..Penat amat..Ahad lepas pindah rumah, separuh barang bawa masuk kuaters, separuh lagi [perabot2] masukkan ke rumah yang baru beli tu. Alhamdulillah walaupun tenant lama baru pindah, hari yang sama ada tenant yang berminat dengan rumah tu dan akan masuk awal bulan September ni.. Banyak lagi yang nak kena buat kat rumah tu, lagipun dokumen belum selesai sepenuhnya, cuma atas ehsan owner dan agen yang banyak membantu..dapat juga pindahkan barang walaupun kunci x dapat lagi...=)

Dan..jutaan terima kasih yang x terhingga pada anak2 buah suami yang menolong dari pagi sampai petang. Geng fittique 4 orang + seorang pemandu dan suami menjadikan proses memindah cepat dan lancar. Saya cuma mandur dan pembeli (sediakan) makanan sahaja...

Pack barang untuk pindah tu 1 cerita, nak unpack tu pula 1 perkara...Saya cuma berdua dengan suami pun barang dah satu lori [kucing cuma sangkar + litter box je]..yang ada anak 2-3 orang tu macam mana..mak ai..saya boleh bayangkan kain baju yang kena kemas...Pengsan jap...

Sedikit gambar di hari kejadian..saksikan..=)


3 tan yang banyak berjasa..

Ini kat rumah sewa, barang2 semua letak dalam plastik..senang angkat..

Beg2 askar je dah 3-4 biji..

Perabot dalam bilik semua tinggalkan kat rumah baru..kuaters fully furnished..x tau nak sumbat mana..

2 ekor ni pun tolong juga..tolong menyibuk..

Jojo takut dengan orang, tu yang duduk kat atas ni..

ini dia pasukan kerahan tenaga..buat kerja sampai petang..lokasi di rumah baru..

dari balkoni rumah baru...

Ini barang2 yang nak kena unpack kat kuaters...

barang2 dalam peti pun kena punggah keluar..itu yang kena kemas dulu..kang rosak..membazir pulak..

Kain baju yang kena lipat..Ini sikit je, yang tiada dalam gambar..mmm..takut nak tunjuk..

Mereka yang lebih kepenatan mengalahkan tuan..hehehe..setia meneman...

nota kaki : Harap2 suami lama di KL, jangan la posting lagi dalam 2 - 3 tahun ni...x larat nak pindah randah..huhuhu

Monday, August 2, 2010

~ Contest 'Jom Ke Terengganu' ~


Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana 11 tahun yang lalu, cinta saya berputik disini..

Pantai putih bersih Mengabang Telipot menjadi saksi. 

Saat bercanda di Air Terjun Sekayu & Tasik Kenyir bagai baru terjadi..

Masih terasa2 Air Buah Gelas Besar & Keropok Losong yang menjadi identiti negeri. 

Keenakkan Sotong Goreng Tepung di Seberang Takir sentiasa dalam memori. 

Memori indah di TERENGGANU tetap tersemat teguh di dalam hati..=)

[macam lebih 40 patah perkataan je ni Tuan penganjur..boleh ke???..=)]

 * Gambar2 ehsan Google..terima kasih..*

 Sinonim dengan Terengganu..dulu ada satu tshirt yang ada logo ni..=)


Tasik Kenyir..dahulu disogok dengan kisah makhluk sebesar tikar yang hidup didasar tasik (dalam majalah Ujang pun ada)


 
Air Terjun Sekayu..penat mendaki, tapi berbaloi..itu 11 tahun dulu, kalau sekarang mampu ke lagi..=)


 
Kegemaran saya tentunya durian belanda, mangga, nangka..semua buah pun ada..=)

Masa kat sana makan keropok macam makan nasi..

* gambar2 ehsan sendiri *

Pasir putih tepi pantai Mengabang Telipot. Saya bertudung bunga2 11 tahun yg lalu..si manis 18..ahaks..

Berlatarbelakangkan Tasik Kenyir (x berapa nampak pun tasiknya) Suami berdiri berbaju putih..saya disebelah..time tu dating tidak berdua2 ye..bawa satu kapal..hehehe..

Referrer : Mama zharfan

Saya tag :-
1. PnStoberi
2. Iman's Umi
3.Comel@Zai

nota kaki : Teringin juga nak pergi Taman Tamadun Islam...