Thursday, February 24, 2011

Sandwich Burger Ayam Homemade

Makan malam memang simple2 je sekarang ni...Ini salah satu menu yang sihat lebih sikit je dari fastfood. Sebabnya daging burger tu buat sendiri. Nak nampak lebih sihat lagi pemakanan kita macam biasalah..saya pakai roti wholemeal..tapi dalam mana nak jaga pemakanan kita tu memang susah la juga nak buang benda2 yang sedap contoh macam mayonis..mana boleh buat sandwich tak letak mayonis kan..cheese slice tu kira macam sumber kalsium gak kan..kan..


Sediakan bahan-bahan dulu...



Daging burger yang telah di masak dengan minyak sikit je..toskan lebihan minyak atas tisu..

Burger Ayam

Isi ayam tanpa tulang diblend sampai hancur, blend sikit2 kalau pakai blender kang takut sangkut2. Lepas tu masukkan garam, serbuk perasa ayam, mix italian herbs..ramas dan gaulkan sampai rata..tak payah pakai telur pun. Kalau nak simpan lama..masukkan  ayam tu dalam bekas then simpan je dalam freezer. Tak payah bentukkan burger tu dulu. Masa nak masak nanti baru bentukkan dan terus campak dalam kuali..Senang!!

Boleh jugak guna ayam ni untuk jadikan chicken ball kalau nak masak spageti, atau kalau tak nak buat chicken ball pun campur je ayam ni buat macam minced meat..So dengan satu bancuhan kita dah boleh masak menu macam2..=)

Satu lagi keistimewaan daging burger ni ialah rasanya lebih enak, sebab campuran herba tu dah mesra..Bau pun wangi..Lemak pun kurang..Bila masak tu juicy...




Jadi tak ada la kita rasa bersalah kalau makan burger hari2..woot..woot..




Tuesday, February 22, 2011

Puding Roti Bersos Kastard

Orang lain dah bertahun dah masak puding ni. Saya ni idok le gemar sangat dessert manis ni..ate tekak kampung namanya..tapi kiri  kanan orang duk bercerita sedap wey makan puding roti..ai..macam rugi ler tak makan kan???

Ini ler rupanya..

Macam biasala, saya guna roti wholemeal gardenia..kalau ikut resepi pakai roti putih je..Bezanya cuma roti wholemeal ni lebih kenyal daripada roti putih.

Saya tak ingat dapat resepi ni daripada mana, tapi saya cuma guna separuh bahan je..untuk hidangan 2 orang makan..=)





Resepinya:-

Bahan untuk puding roti:-
8 keping roti (boleh carik2 atau potong kecik2)
2 biji telur
2-3 sudu butter panaskan sampai cair
1-2 cawan susu segar (ikut kesesuaian)
4 sudu gula halus
kismis
1 sudu kecil esen vanila

Semua bahan keculi roti dan kismis pukul sampai gula tu larut. Rendam sekejap roti dalam bancuhan. Susunkan dalam loyang boleh selangselikan dengan kismis. Lebihan bancuhan tu tuangkan sekali dalam loyang. Bakar 20-30 minit. Time bakar ni pun saya agak2 je..Bila saya cucuk garfu takde adunan melekat tu kira ok la kot..

Bahan untuk sos kastard:
1 cawan susu segar (boleh ganti dengan susu cair)
1 cawan air
2-3 sudu tepung kastard
2-3 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila (kalau suka)

Bancuh semua bahan sampai tepung kastard larut kemudian guna api sederhana kacau perlahan sampai pekat dan tak berketul.

Saya suka makan puding ni time panas2..=)




Agak2 puding roti bersos kastard ni berkalori tinggi ke???



Monday, February 21, 2011

Shepherds Pie Resepi Versi Saya

Bosan la korang tengok entri memasak je ni..


Bagi saya tak kesahlah orang nak kata bukan bukan ini bukan resepi ori..aiman tak kesah..saya pun tak kesah..yang penting sedap je....

Itu yang hitam dipermukaan pie itu sila abaikan ye kawan2..itu namanya tamak haloba..letak cheese berlambak2 sampai terlebih garing..huhuhu..tapi rasa tak terjejas ye..



Bahan A:

Bahagian Atas @ Mashed Potato

(Saya masak ni untuk 2 orang makan bekas tak besar saiz 1/2 paper A4)
3 biji kentang saiz sederhana direbus sampai empuk, masa rebus kentang tu letak siap2 garam. Tos air dan lenyek kentang masa panas2 dan masukkan 1 sudu butter dan susu segar, sukatan susu ni agak2 la, saya guna dalam setengah cawan je tapi nak selamat letak sikit2 dan rasa ikut selera kita.Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk buah pala(kalau suka). Kacau sampai kentang lembut. Kalau terlebih susu, boleh panaskan balik atas dapur sampai dapat tekstur yang kita suka.

Bahan B

Bahagian Bawah @ Inti

Isi ayam@daging@seafood (saya guna ayam)
Mix Vege
Bawang besar dan bawang putih didadu
Susu segar
Tepung gandum dibancuh dengan air
Mix herbs
Serbuk perasa dan garam

Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi. Masukkan ayam dan mix vege. Bila ayam dah masak masukkan susu segar, mix herbs, perasa dan garam. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung untuk pekatkan kuah.


Letak satu layer mashed potato kat dalam loyang @ casserole. Buat nipis je then layer balik dengan inti then layer lagi sekali dengan mashed potato then bolehla taburkan dengan cheese.. ikutla nak pakai cheese apa yang korang ada.. Kat rumah ada cheddar je..Bakar 20-25 minit sampai warna keperangan bukan kehitaman seperti dibawah..:(

Tips saya dapat masa google, masa nak letak mashed potato kat atas sekali tu jgn tekan, just sapu je. Kalau tekan nanti jus dari inti tu akan meresap kedalam mashed potato.




Walaupun cheese tu hangit tapi sedap makan macam keropok...ngeeeee


Daging Goreng Kunyit

Resepi daging goreng pun nak share...huahuahua..suka ai lah!!

Saya tak taula versi orang lain macamana, kalau versi saya:-

Daging hiris nipis
Bawang putih dan halia cincang halus
Serbuk kunyit
Gula Melaka
Asam Keping
Garam dan serbuk perasa
Bawang besar & Cili Merah untuk hiasan


Gaul bawang putih, halia dan serbuk kunyit dengan daging. Panaskan minyak dan tumis sekejap campuran daging tadi.Then tambahkan air untuk bagi daging empuk. Dalam masa yang sama, masukkan gula melaka (kalau tak suka masak letak gula boleh skip) dan asam keping. Agak2 nak kering tu masukkan garam dan bahan perasa. Masak sampai kering, sampai keluar minyak. Sebelum tu boleh masukkan bawang besar dan cili merah. Saya suka kalau bawang tu dia layu2 sikit...=)


Kalau breakfast nasi kerabu memang suka amik daging goreng..=)



Agar-Agar MILO


Resepi ni saya follow dari resepi Akak Ummi

Saya punya style campak2 je, tak ikut sukatan pun. Kalau nak hidang tetamu  @ jamu kawan2 makan kenala ikut resepi. Kang takut terlembik terkeras pulak. Tapi saya suka kalau agar2 saya lembut je.. Memang tak payah potong guna pisau, kena scop dengan sudu..Kalau lepas keluar dari peti sejuk lagilah nikmat..yummy!!!!



Serebeh je agar2 ni..=)





Friday, February 18, 2011

Rumah subsale

Documentation untuk rumah yang saya beli tu baru je selesai hujung tahun lepas. Bank saya dah disbursed balance 90% kepada owner. Nasibla bank call dan bagitau yang start january 2011, saya dah kena bayar installment. Kalau harapkan lawyer ofis hampeh nak bagitau. Ok, bila bank call saya, dengan sepantas kilatnya saya call lawyer ofis supaya diorang pun aware yang bank akan forwardkan cek tersebut. Kalau rumah subsale the date lawyer terima cek @ owner terima cek which one earlier tu kira tarikh hand over rumah. Jadi saya maula sekeping surat mengatakan cek sudah diterima oleh pihak lawyer dan mengatakan bahawa rumah tersebut pada tarikh sekian itu telah diserahkan kepada saya sebagai pemilik baru...tapi, lawyer ofis ni kakadang macam siot je..then saya pun remindla diorang, pastikan owner dah settle semua hutang2 yang ada supaya tidak timbul masalah dikemudian hari..Takut nanti bila duit dah dapat susah! Tapi lawyer boleh cakap, tu semua takpa..nanti kita akan kira semua bahagian yang owner kena bayar..Masalahnya bila? Bila saya tanya, ok kalau nak senang sayalah yang kena dapatkan statement2 hutang tu bagikan pada lawyer...Amboi..memang la senang..saya yang nak kena buat semua..


Cuti raya cina kan lama, so saya takdelah nak follow up sangat. Lawyer pun diam je..tak ada pun nak kontek saya..takkan sekeping surat pun sebulan baru nak siap. Geram tahap ultramen dah ni..Then semalam terbuka pintu hati nak call MPAJ sebab saya nak tukar nama pemilik, kang cukai pintu bertahun pulak tak berbayar. And i found out (speking, klu marah otomatik speking), ada lagi hutang belum bayar. RM400 lebih lak tu. Standard umah besar umah saya tu mau la RM100 lebih kot cukai pintu untuk setengah taun. Maknanya ada la 2 tahun owner ni tak bayar. Itu belum bil2 lain. Sekarang yang paling saya risau bil maintenance@penyelenggaraan. Janganla buat perangai tak bayar bertahun jugak. Dah la sebulan RM150 X 12 bulan dah RM1,800. Kalau 2 tahun jugak tak bayar..pengsan ai!!


Agen pun satu, berbuih saya remind pasal utang piutang ni..ok je semedang! Mencik tul!!! Hari ni suami nak pergi Management ofis, nak kasi satu copy S&P dan cek oustanding..Harap2 la da settle semua...


Sebenarnya bukan payah pun beli rumah subsale ni, tak kesahla dah bergeran ke tak ke, rumah freehold ke leasehol ke. Kalau masing2 semua bagi kerjasama..InsyaAllah semua lancar. Penjual pastikan bayar semua ongoings bill, pembeli pastikan bayaran2 fee sepatutnya dah dibuat. Lawyer pastikan documentation selesai dan update pembeli@penjual. Agen jangan dah dapat komisen..diam je..Masalah yg timbul tak nak ambil tau..Masa minta duit booking dan 10% bukan main lagi, ayat manis je..dan sanggupla jumpa kat ceruk mana pun semata2 nak dapatkan buyer...


Membebel..bebel lak saya hari ni..ngeh3

Boleh juga baca bebelan saya pasal umah sebelum2 ni..=)








Kena titik

Semalam main netball memang kena titik habis.Hebat ar korang team Sime Darby.Memang hebat la, coach korang garang giler..Semua fokus je dalam padang..muka serius..Team saya gelak2 je..hehehe


Kitorang ni team picisan, team belasahan.Main pun suka-suka, skill tu ada, tapi skill lama. Lepas tu ramai yang pangkat mak2 orang tapi semangat nak main. Jadila team caca merba..tapi takpe..semangat tu yang penting!!!


Selalu jugak team-team hebat ni ajak team saya main friendly.Sebab utama tentunya padang free..Senang sebab ofis saya ada kelab sukan..Jadi ada la indoor court netball/badminton/volleyball dan sikit2 peralatan gym...


Yang penting semalam saya keluar peluh..banyak la rasanya kalori tu terbakar...yeyeah..saya hepi!!!




Thursday, February 17, 2011

Koey Teow Goreng Daging

Dah lama tak masak goreng2 ni..mee goreng ke, koey teow ke...bukan malas konon nak kurangkan..lagipun kalori sepinggan mee @ nasi goreng ni tinggi..kalau tak, menu makan malam selaunya goreng2 je.. senang!! tak payah masak banyak lauk.

Suami saya ni pecinta ayam tegar. Lauk tak kesah apapun janji ayam. Lagi senang kalau hidang ayam goreng KFC je hari-hari. Daging memnag susah nak jumpa. Biasa kalau saya teringin tahap gaban barulah beli daging.

So, alang2 ada daging dalam rumah saya masakla koey teow daging..mula2 nak buat  ala2 berkuah macam hailam tapi tak jadi la pulak...Lenkali ar try!!

Resepi simple habis:
Bawang putih (ketuk @ cincang halus)
Cili Api (ketuk)
Daging hiris nipis
Daun sup, daun bawang @ kucai & taugeh
Koey toew
Pelbagai sos

Cara nak buat:
Tumis bawang putih ngan cili api sekejap je. Masukkan daging..biar masak garing sikit. Kalau takut daging tak empuk tambah air, tapi kalau potong nipis2 sekejap je dah empuk. Barula masukkan kicap manis, oyster sos dan sos cili sikit. Masukkan koey teow, biar mesra. Rasa..kalau tak cukup masin tambah garam sikit.
Campak taugeh, daun bawang dan sup. Kacau sekejap dan hidangkan..





Kalau ada cili jeruk lagi tangkap leleh!!!


Saya Daki Broga Hill

Bukan daki kat badan tu. MENdaki..mendaki bukit..Bukit Broga(BB)..Group kami bergerak selepas subuh. Agak lewat sebenarnya. Dekat2 pukul 7. Selalunya yang panjat BB ni samaada nak tengok sunrise @ sunset. Takde maknanya...dahla mendaki macam siput..kata lah saya naik awal niat nak tengok matahari naik, saya rasa mau matahari terpacak atas kepala baru saya sampai kat puncak BB tu...ngeh3..


Serious mencabar. Especially mental. 15-20 minit pertama tu macam dah nak surrender. Pada yang belum pernah sampai sini, mula2 sampai tu kita kena lalu kebun getah sikit..lepas tu terus mendaki hutan sekunder..kat sini yang mencabar bagi saya..sebab kita nampak macam tinggi je tak habis2..separuh jalan memang dah down la..Dapat pulak partner a.k.a suami saya yang membebel (hehehe..bagi semangat la konon) tak henti-henti..memang seksa la rasa...


After all the keringat peluh yang menitis dan kepala sikit2 berdenyut sebab rasa macam dah kerah semua tenaga dalaman yang ada. Akhirnya saya berjaya sampai ke puncak dengan tersenyum bangga..Shabas bettey!!! Shabas!!


Rasanya bila dah habis panjat hutan kecik dan bila mula nampak bukit2 yang dipenuhi lalang tu memang rasa berbaloila aku panjat. Perasaan penat tu hilang..Syok tengok permandangan yang cantik then tengok orang memang ramai sangat macam pesta..riuh!!


Saya respek sangat kat Datin Dr Halina isteri angkasawan Malaysia (dan team) yang sanggup tu panjat BB ni nak amik gambar pre wedding!!

Kemera saya cap ABC ni memang tak dapat nak ambil momen2 menarik sepanjang pendakian tu..Tapi bolehla buat kenang2an..Bila tengok orang lain tergantung DSLR yang bagak2 kat leher tu memang la jeles sikit..Tapi, bagi saya..sentuhan peribadi tu yang penting..kenangan abadi yang orang lain tak boleh tukar ganti..=)

Enjoice the pics uolls!!!

Baru habis daki hutan kecik, ini puncak petama..mula2 macam cuak je nak daki..

Pit stop melepas lelah, berjaya naik separuh..yang hutan2 tu yang awal2 kita kena daki


Berehat amik nafas dulu...


Teruskan pendakian, trek licin dan berpasir..


Cantik permandangan kat atas ni..sejuk mata memandang, hati jadi tenang


Bukit seterusnya..


Trek kiri kanan lalang


wowweeee....


Orang ramai tapi tetap shiok


Semua mencuba skill mendaki masing2


Shortcut bagi yang berani..boleh menggelongsor turun


Sebelum ke puncak..menuju puncak!!.impian...=)


Yeyeah!!!! Puncak berjaya ku tawan..macamla tinngi no puncaknye..

Next hiking trip..


Bergerak turun dari puncak..kena q kat sini jalan kecik je..


Bergambar dengan kemera ABC  di celah2 pepohonan(?) lalang..jadi la kan..=)



Goodbye Broga Hill..Till we meet again!!!


1  2  3..pose!

1  2  3  4  5...pose!!!


Lalang nan kekeringan...


Ini le buai yang selalu org bergambar sakan tu..tapi tinggi gila..susah tu nak naik..akak ni walaumacamana pun usaha juga..saya yang berat mencecah 1 tan ni tak daya..bagi je la kat yang muda2..=)


hajat nak ulang lagi pendakian..Tapi bila?? tak tahu lagi..nantikan...nantikan..nantikannnnn....




Wednesday, February 16, 2011

T O G E L

Togel je blog ni..hehehe

Konon nak tukar background

Tapi takde la pulak yang berkenan

Jadi, sementara ni..kita tengok puuutiiiihhhhhhh je

Sejuk je mata...=)

Tapi...

Macam tak ceria la plak kan...





Monday, February 14, 2011

Senang & Menang with Puteri Katek

Last day contest!!

Jom join sebelum terlambat..


Tq referral saya nanakimie!!!






~ Kerabu Perut Senang ~




Bahan2nya:-

Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping sampai empuk

Bawang besar mayang halus

Cili api dan serai hiris halus

Tomato hiris ikut suka

Limau nipis (saya guna lemon)

Gula (ni taruk lebih sikit kalau pakai lemon sbb rasa lemon lebih masam dari limau nipis)

Daun sup bagi ada kaler sikit

Cara-cara membuatnya:-

1.Perah limau @ lemon dan kacau dengan gula sampai sebati

2. Gaulkan semua bahan sampai mesra

3.Siap. Senang kan?? =)


Sekian. Simple je tapi sedap bangat, hidangan yang colourful dan sihat!!!!


Kerabu Perut Simple



First time buat ni..Perut lembu ni dari raya korban tak berusik. Mak kirim dah siap rebus tapi tak tau nak buat apa. Dok dalam freezer mau 3 bulan.Daripada membazir itu yang try kerabu simple ni..
nota: makanan yang disejukbekukan tahan lama dan rasa pun tak berubah.

Bahan2nya:-
Perut lembu rebus dengan garam dan asam keping sampai empuk
Bawang besar mayang halus
Cili api dan serai hiris halus
Tomato hiris ikut suka
Limau nipis (saya guna lemon)
Gula (ni taruk lebih sikit kalau pakai lemon sbb rasa lemon lebih masam dari limau nipis)
Daun sup


1.Perah limau @ lemon dan kacau dengan gula sampai sebati
2. Gaulkan semua bahan sampai mesra

Sekian. Simple je tapi sedap bangat...

Nak jugak try kerabu2 lain tu. yang pakai kerisik bagai..kerabu jantung pisang ke...nyum3..=)


Lala Masak 3 Rasa



Masak 3 rasa ni sebenarnya boleh guna kat semua jenis lauk. Ikan of coursela, kalau siakap memang marbeles. Tapi kalau siakap tak ada kembung pun ok je..Udang 3 rasa pun sedap, sotong pun boleh..Daging? tak sesuai kot sebab daging kena masak lama.. Ayam? saya tak pernah cuba, rasanya boleh kot tapi kena la goreng dulu ayam tu. Tapi, kalau masak LALA 3 rasa memang terbaik lah wok!!!

Ringkas je sebenarnya resepi ni. Tak taula pulak kalau orang lain, kalau resepi saya :-

Bawang merah + putih dicincang halus
Halia, Serai, Cili Api pun sama, cincang halus
Tomato didadu (kalau ada nenas pun boleh letak)
Sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap
Garam dan serbuk perasa


Tumis semua  bahan yang dicincang halus sampai wangi kecuali tomato. Bila dah agak2 kekuningan baru masukkan tomato. Masak sekejap je, sampai layu sikit lepastu campakkan semua sos yang ada. Ini agak2 selera masing2la. Kalau pekat sangat tambah air sikit. Masukkan lala dan tutup sekejap. Dah siap!!! Taburkan daun sup sikip bagi wangi dan sedap!!

Tapi kalau buat ikan 3 rasa saya suka tambahkan sayur2 sikit. Letak putik jagung, lada benggala dan bunga kobis, tapi jangan banyak sangat.

Sebenarnya masak 3 rasa ni boleh olah sesuka hati, kalau ada daun limau purut pun boleh letak lagi tambah wangi. Nak pedas lagi boleh tambah cili...=)


Selamat mencuba!!!

Jawapan kepada soalan Syana =)


Hehehe..rajin la sangat aku ni syana ooiii...Aku dapat laki yang jenis makan kat umah memang ler kena masak semedang!! =)

Ok..Sebenarnya Frozen Resolles ni memang saya jual. Tapi kebanyakkannya kat ofismate je..jual kecil2an je.

Sebungkus tu saya jual RM5. Ada 5 biji (ke keping?)

Tapi kan Syana, ko terima aritu tak rosak kan? Takut la jugak terbasi ke apa. Kalau ok boleh je aku courier. Tapi nanti aku cek balik rege courier tu berapa. Pastu aku update ko balik.

Sesiapa yang nak order dan rasa Resolles ni pun janganla segan2 order. =)

Kalau nak tengok review dari yang penah rasa klik kat bawah ni..tQ







*Tq kepada semua yg tolong review, Deqdeq pun sama dan Ummi yang sanggup call lepas terima Resolles tu..Tq so much..=)



Friday, February 11, 2011

Bukit Broga : Tunggu saya disana...disanaaa

Gambar amik kat google


woot..woot..Lompat bintang 15 kali. Esok pagi saya kan meredah lalang mendaki puncak Broga Hill!!! Kononnya taun ni kalau ada masa (dan tenaga) mau memanjat gunung-ganang yang ada. Tapi untuk beginner macam saya ni, sesuaila sangat panjat Broga Hill je dulu..Asah bakat. hehehehe..


Kalau ikutkan cerita kawan2 yang pernah panjat bukit ni, takde la mencabar mana..landai je, ada la part2 yang kena panjat batu-batu..Lagipun bila tengok gambar2 yang di google rasa macam boleh kot..Tapi tak boleh gak ber kot kot ni. Kang dibuat nye pancit tak cukup napas ke, terkehel kaki ke..naya..malu la saya..dah la badan yang bam bam ni akan menyusahkan orang ramai nak mengangkut saya nanti..Mintak simpang la berlaku kecelakaan..Mintak2 smooth je perjalanan..


Memang tak sabar sangat ni. Semalam pergi beli kasut getah ngan suami. Beli kat kedai hardware je. RM9 sepasang. Saya satu, suami satu. Kasut ni biasa orang pakai pergi menoreh @ berkebun kalau kat kampung.


Esok kena bangun seawal mungkin. Masa berkumpul adalah tepat jam 6.00 pagi. Solat siap2 kat kaki bukit baru panjat naik.


Cepat la esok, malam ni sure tak tidor lena...=)






Homemade Garlic Bread



Biasanya resepi garlic bread ni orang guna baguette @ french loaf. Tapi tekak saya lagi suka pakai roti biasa @ wholemeal. Bukan apa, jimat!! Selalunya saya beli satu bungkus roti wholemeal Gardenia tu, boleh tahan seminggu. Jadi boleh guna tuk masak macam-macam. Buat sandwich ke, roti gulung ke, roti bawang putih ke..kan tak membazir...

Resepi garlic bread saya :-

Butter spread tak kisah jenama apa
Beberapa ulas bawang putih
Sedikit oregano + parsley kering @ mix italian herbs
Beberapa keping wholemeal bread

Masukkan bawang putih yang disagat halus(kalau nak chop pun boleh tapi kalau sagat lagi cepat), dan oregano+parsley kering kedalam butter. Butter tak kisah lah banyak mana. Biasa saya guna dalam 1/2 cawan. Kalau buat banyak pun still boleh simpan dalam peti ais. Kacau sampai rata. Sapukan atas roti dan bakar sampai garing.


Campuran butter ni akan jadi ala2 garlic spread yang di jual kat pasaraya tu. Tak jauh beza...Try ler...=)



Thursday, February 10, 2011

S U S U

Siapa suka susu, angkat tangan????

Saya tok gemor langsung wey, muok (muak)!!! hehehehe

Susu cap teko , F&N tu lalu ler saya

Kalau buat nescafe susu ke, kopi susu ke..laju ler

Tapi kalau susu tepung tak kira la jenama apa

Mau terjeluak saya

Tapi kan

Kenala minum susu

Umur makin naik (tua..huhuhuh)

Kalsium dalam tulang pun makin menyusut

Tambah pula faktor obesiti ni

Mau cepat saya kena osteoporosis

Jadi kenala saya ajar tekak saya yang kampung ni minum susu hari2

Ala..minum susu coklat je

Tak kisahlah, asal namanya susu

Saya baru je mula

Baru nak masuk 5 hari

Minum ANLENE kotak setiap pagi

Setakat ni ok lagi

Tapi kena la paksa kan

Supaya jadi rutin hari2..

Kita minum dulu!!!!..=)






Tuesday, February 8, 2011

Ovulation Predictor Kit

Baru saya perasan period saya sepanjang tahun lepas agak tak teratur. Tak dela tak teratur sangat, masih lagi dalam kategori normal. Cycle yg paling pendek dalam 24 hari dan yang paling lama pula adalah 31 hari. Rupanya bila period tak teratur agak susah nak mengira waktu subur. Baru saya tahu ada kaedah lain yang boleh kita guna untuk menentukan waktu subur bukan semata-mata tolak 14 hari dari period sebelumnya.


Secara ringkasnya jika period kita agak berterabur macam saya ni, kita boleh tentukan waktu subur kita dengan menggunakan Ovulation Predictor Kit (OPK). Fungsinya untuk mengesan Luteinizing Hormone(LH), dimana LH ni paling tinggi dikesan (melalui ujian air kencing) ketika waktu subur. Jadi bolehla kita tau waktu subur yang lebih tepat (99.9% kalau tak salah). OPK ni bukan sahaja membantu pasangan mndapatkan cahayamata tapi boleh digunakan untuk merancang keluarga..=)


Nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini Ovulation Predictor Kit. Saya baca dari blog Dr. Zubaidi.


Bagi saya ini info yang sangat menarik. Macam saya yang tengah mencuba ni, apa sahaja yang boleh membantu dan praktikal akan saya cuba. OPK ni bentuk dia sebijik2 macam Pregnancy Test Kit tu. Cara nak guna pun sama.


Jadi saya ingat bulan ni nak try guna OPK, saya beli di WATSON jenama WATSON dalam RM45.90 untuk 1 pek yang ada 5 set OPK. Jenama lain macam Clearplan  (Clearblue untuk pregnancy test) pun ada tapi mahal sikit.


Sesiapa yang pernah guna share la ilmu dengan saya..tq...=)




Wednesday, February 2, 2011

Homemade Chicken Chop

Seronok buat sendiri sebenarnya..lebih puas hati..daging pun konfem fresh dari Tesco @ Hero punye. Selalu saya bakar je ayam ala2 buat bbq tapi kali ni saya tukar resepi jadilah :-

Chicken chop with mushroom sauce

Bahan2:

1.Ayam bahagian peha n thigh tu dibuang tulang lepas tu ketuk dengan pemukul daging kasik dia leper-leper sikit.

2. Bahan perap, saya pakai instant punya tepung nak goreng cam ayam kfc yang pedas tu. Kalau rasa tak cukup masin@bahan perasa boleh tambah time ni.

3. Telur tambah air sikit then pukul

4. Breadcrumbs secukupnya

5. Lepas ayam dibuang tulang dan diketuk, perapkan sekejap. celup dalam telur dan salutkan dengan breadcrumbs. Goreng sehingga garing, tak lama sekejap je. Hasilnya ayam rangup diluar dan berjuicy di dalam

6. Untuk buat sos, saya suka beli button mushroom yang segar. Tak mahal pun dalam RM4.99 @ RM5.99 satu bekas. Bawang putih dan merah tumis sampai wangi, masukkan mashroom biar layu sikit. Lepas tu masukkan blackpepper sauce, oyster sauce, chili sos, bbq sos segala macam sos yang ada kat rumah tu. Tambahkan dengan serbuk lada hitam, serbuk cili, oregano dan parsley kering(ni ikut suka letak boleh tak letak pun tak apa). Saya saya buat sos ala2 kuah spegeti bolognese. Nak kasi pekat boleh tambah sesudu tepung gandum @ jagung yang telah dilarutkan ngan air. Hasilnya sama macam kat kedai malah lebih sedap lagi...hehehe

-


-


-


-






tapi togel je ayam terkontang-kanting, takde side dish...=)