Thursday, February 25, 2010

~Steamboat @ Office~

kenyang sangat ni
dah bersandar kat kerusi
lain kali la update
perut tengah penuh
tangan pun jadi lenguh
hehehehe
*sumpah aku x larat ni*
lain kali eks...

Wednesday, February 24, 2010

~Janganla demam....~


Nak masuk 2 hari dah ni..mata berair, hidung tersumbat, berkahak..ni tanda2 nak demam ke?

nak pergi jumpa doktor ke tak? tapi badan tak panas!!

malasnya...harap2 petang ni ok..

Tuesday, February 23, 2010

~Cinta Sang Suami~

Sayu aku bila baca artikel ni, lantas aku teringatkan encik suami..
Pernah kah aku ucapkan terima kasih
Atas kasih sayang yang dicurah selama ini?
Aku pun kurang pasti....huhuhu

~Cuaca panasss!!!~

Panasnya dunia....tapi menurut kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia ini fenomena biasanya...Akan berakhir Mac katanya...Aku mula dilanda tanda2 kepanasan melampau, sakit tekak, kahak dan sebagainya...
Walaupun hujan turun, bahangnya masih terasa. Tidur malamku jadi tak lena*rumahku tiada penghawa dingin..huhuhu*..Peluhku menitis laju, membasahi baju....Cepatlah Mac tiba, panasnya tak terhingga, ini baru panas dunia, belum lagi panasnya neraka...

~Bonie dan masalah pemakanannya~

* Bonie ambil bau*
*Bonie cuba menandingi selera makan Jojo*

*Belajar sharing2 ye, Bonie Jojo*

Bonie aku bela seawal umur 1 bulan. Agak susah nak cari makanan yang sesuai dengannya. Aku telah cuba makanan kucing dalam peket, biskut, dan ikan rebus. Favouritenya hanyalah ikan rebus sahaja. Tapi masalahnya, dia akan kecacingan. Pernah sekali aku terlewat bagi ubat cacing, kesannya dia muntah2, cirit birit dan tak lalu makan...


Perlahan-lahan aku selitkan makanan peket dan dalam tin (wet food). Itupun selepas dia di beri ubat cacing kali ke 3 dan vitamin (untuk menambah selera makan).

Sejak aku bela Jojo, aku hanya bagi wet food dan biscuit. Tapi, hari ni aku cuma tinggalkan biscuit sahaja untuk diorang berdua. Agak2 diorang makan tak? Takut kelaparan pulak! Tapi, aku terpaksa cos vet dah advise suruh ajar makan biscuit supaya gigi diorang tak rosak!!!

~Cucuq Udang~

Last nite dinner aku dan Hubby cuma makan cucur udang. Resepi dari MIL aku. Favourite aku dan Hubby. Kalau balik utara memang menu ni tak kan tinggal nye la. Selalunya MIL aku akan buat kuah kacang sekali dan panggil kawan2 dan anak2 buah dia makan.
Resepi:-
1. Udang * buang kulit, rebus, cincang, simpan air rebusan*
2. Tepung gandum
3. Telur
4. Taugeh dan kucai
5. Garam secukup rasa
6. Kunyit bagi warna kekuningan
Campurkan semua bahan, adun sehingga sebati dan goreng sehingga kekuningan. yummy....
Bahan yang telah dibancuh
Hasilnya...
-
-
-
-

cucur udang with thai chili sause and leftover kuah kacang..hehehehe


Monday, February 22, 2010

~I always wonder~~




how will my baby @ babies look like. look like me or hubby. or combination of the two of us....

~Jalan-jalan @ bercuti~





aku mahu pergi jalan-jalan
cari ketenangan
hirup udara segar
bercanda bersama desiran angin
ombak memukul pantai
encik suami, bila kita mahu bercuti?
kita semarakkan api cinta
kembalikan memori-memori
kenangan cinta abadi
;)

~Reunion X-Asbtar 20.02.2010~

Cupcakes tempah dari Nurul -very the cute

aku dan bestfren ku, Row
Dhani, Afnan, Aidid


Berdiri: Ekin, Azie, Aku, Husna
Hadapan: Linda, Che Nit, Dhani, Row, Afnan, Aidit, Dayang
ASBTAR: Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak, Kuantan, Pahang


My x-schoolmate cum hostelmate year 1994-1998. Che Nit aku pernah jumpa last 5 years, Row masa dia kahwin almost 6 years ago. Ekin baru jumpa last 4 month during mini reunion kat rumah dia. Azie, Linda, Dayang memang after school x pernah jumpa.

Sejarah kitorang serba sedikit. After PMR year 1996, ramai yang keluar ASBTAR. Pergi Sains school la, MRSM la..Jadi yang tinggal hanya 11 orang and we were the last batch and then ASBTAR closed.

ASBTAR ni lah tempat yang mengajar kehidupan, setia kawan, membesar, gembira dan sedih bersama. Menjadikan aku dewasa dan kenal erti cinta. Kenangan terindah yang menjadi memori dalam lipatan sejarah yang tak akan aku lupakan sampai bila2.

Reunion ini hanyalah permulaan kepada pertemuan semula. Semoga selepas ini hubungan ini kekal sampai hujung nyawa.

Aku sayang korang semua..muahmuahmuah

Friday, February 19, 2010

~Hubby outstation @ Kuantan~

Kali pertama Hubby outstation sejak tinggal sekali..Perasaan? Tak rasa apa2.. normal je. Hubby outstation selama 3 hari, dari hari Rabu sampai hari ni.
Apa yang aku boleh katakan, aku sentiasa persiapkan diri untuk melalui, menjalani dan berhadapan dengan situasi begini. Ditinggal, berjauhan, keseorangan, kesepian*huhuhu*, kedotdotan*hehehe :)* sudah jadi lumrah sebagai isteri army.
Nasibla ada kucing2 ku jadi peneman sejati. Thanks Jojo and Bonie!!!
Meow...

~I'm sleepy~








i am sleepy
i want to sleep like a baby

Thursday, February 18, 2010

~ Karaoke time..yeay!~


Hari ni ambil 1/2 day nak pergi karaoke..
Lagu apa nak nyanyi?
Nyanyi lagu CT, ke lagu KD?
Ops, lupa..suara sumbang sana sini..
Aku cuma nak lepaskan tensi
Nak bergumbira, nak hepi2..
La..la...la...la..
Hohoho...hahaha..hihihi..

~My name is JOJO~



Hi,

Nama saya Jojo. Saya masih baby lagi. Umur saya 2 bulan setengah. Abi jumpa saya dalam longkang dan saya kelaparan. Saya dibawa pulang, diberi makan dan dimandikan. Badan saya berkutu dan saya ketakutan.

Abi dan umi bawa saya ke klinik haiwan. Doktor cakap saya sihat tapi ada virus dalam telinga. Tapi tak bahaya. Saya di beri ubat kutu, ubat cacing, ubat telinga.

Abi dan umi ada seekor lagi kucing betina. Bonie, air muka garang dan cuba bermain dengan saya. Saya sedang cuba suaikan diri. Saya harap saya bahagia dan ceria di sini..

Terima kasih Abi... Umi...

Wednesday, February 17, 2010

~Garang~


Aku garang
tak mungkin
tapi ini dari mulut suami
aku bukan garang, sayang
tapi mungkin, hormon ku berubah
atau aku hadapi tekanan
yang aku sendiri tak pasti
atau tanpa sedari
maaf sayang
aku takkan garang2 lagi...

~Ampang Puteri Specialist Hospital-S####@@xxx!!!!~

Aku marah. Memang patut aku marah. Kalau HSG ni boleh buat hari2, aku x kesah. Senang kau bagi alasan. 'Minta maaf puan, bukan saya yang ambil appointment ni". "Puan set appoinment untuk next cycle ye". Memang **** la kan!!!
Kalau ikutkan hati memang rasa nak maki. *Sebenarnya suamiku dah terlebih marah, carut dan yang seangkatan dengannya..hehehe* Cuma tahap kesabaran aku masih tinggi. Mungkin ada hikmat di sebalik apa yang terjadi.
Oleh itu, aku banned Ampang Puteri *setakat hari ini la,kalau ada kecemasan aku tetap kena pergi*.Aku malas nak tuding jari.Tapi memang x logik la kalau staff tu x tau hari sabtu kerja separuh hari. Kalau aku tau tentu aku x batalkan appoinment pagi. Kalau staff tu buat kerja, pasti dia call aku maklumkan aku supaya aku x terhegeh2 datang petang tapi semua orang cuti.Semuanya...KALAU...
TAPI, aku positif aku cekalkan hati..Moga Allah bagi petunjuk jalan mana yang harus aku lalui.

Friday, February 12, 2010

~Makan murah @ Shah Alam~

Semalam, aku, suami dan adikku ke Shah Alam mengambil adik bongsuku. Hampir 1 jam setengah menempuh jalan yang sarat dengan kenderaan, hujan lebat menambah lagi kesesakan. Mata pula mengantuk di tambah dengan mood suamiku yang tidak berapa ok*kerana dia masih culture shock dengan jam di KL*.
Kami berpusing2 mencari parkir untuk makan di Seksyen 7..MasyaAllah.Ramainya manusia. Sungguh aku x tipu. Macam semut menghurung gula. Angin suamiku pula sudah sampai ke kepala..Penat memandu dan melayan kami semua..hehehe
Akhirnya, kami berhenti makan di medan selera yang penuh dengan pelajar2, hanya aku dan suami je yang tua. Selepas order, menanti makanan dan buat bayaran. Teka berapa total harga? hahahha...Murah gila..Kami berempat makan hanya kena RM20.00 sahaja..hahaha..aku suka..aku suka..
Apa yang kitorang makan:-
1. Aku : Mee Hailam + Milo O + Jus Tembikai
2.Suami : Maggi Goreng + Telur Mata + Nescafe O
3.Ayong : Nasi Goreng Paprik + Telur Mata + Teh Ais
4. Adik: Mee Goreng + Teh O Ais
Anggaran kasar setiap seorang makan hanya RM5.00 atau pelayan tu takut nak letak harga tengok muka suamiku yang merah menyinga...hahahah..ggrrr...
Selamat Hari Raya Cina....

Thursday, February 11, 2010

~ Aku & kebaya ~

kebaya idamanku

nyonya pun berkebaya

3 tahun lepas. di commision hubbyku.aku memakai kebaya. kini, kebaya ini tergantung rapi di dalam almari

Aku ingin kembali berkebaya. Tinggikah angan2 ku ini?? Tidak!!! Aku mesti pakai kebaya. Bagiku, kebaya menggambarkan ciri2 keayuan dan kelembutan wanita. Bagiku, kebaya akan terletak elok, molek di badan wanita membuatkan figura wanita itu terserlah ciri2 kewanitaannya.

Kali terakhir aku menempah kebaya untuk dipakai malam mess nite commision suamiku..dan di waktu persandinganku dengan kebaya yang disewa dan di alter supaya muat pada badanku..huhuhu

Kali ini, aku ingin memakai kebaya kembali. Di malam mess nite Hari Tentera Darat bulan 3 ini. Sempatkah aku? Muatkah kebaya ku? x sabar rasanya berdandan rapi tubuh bersalut kebaya..ahaks..Jangan pandang kecil pada ku...Tunggu dan lihat..aku memakai kebaya dengan aksi memikat..hahahaha...

~BINATANG!!!~


Apa lah dosa bayi ni...sayunya hati bagai di carik bagai di robek...tak ada langsung ke kasih sayang, paling tidak pun belas kasihan...mana perginya kewarasan akal fikiran...mana hilangnya sifat kemanusiaan...tempat mu di syurga...bahagialah engkau di sana...disisi Allah Maha Pencipta...

Wednesday, February 10, 2010

~ Misi menunggu suamiku~

1.Hari ini Hubbyku main boling..Jadi, aku kena tunggu sampai dia habis main. Aku kena tunggu dia di ofis sebab aku malas nak keluar jalan dan tunggu di stesen monorail. Aku bosan..huhuhu...Sekarang, sudah jam 5.15 petang..Kebiasaannya, pukul 5.00 petang tepat aku dah angkat kaki..Apa aku nak buat ek ??? Sementelah aku tengah rajin berblogging dan idea bagai melimpah ruah..apa kata aku biarkan jari jemari ku menaip tanpa henti..eceh!!
2. Kucingku Bonie sudah 3 bulan*aku rasa la*...Dia sudah pandai makan biskut kucing*save budget aku*..Aku sudah berikan vaksin pertama dan vaksin kedua akan menyusul dalam sela masa 1 bulan..sungguh aktif dan "poopoo"nya sangat busuk seperti orang dewasa.ahaks..Jadi, aku kena beli air freshener yang agak kuat dan menusuk baunya agar bau "poopoo"nya tidak tersebar ke dalam rumah..hehehe
Sekian, wassalam...

~ SKPD 2010 ~

contoh kiraan metafizik tarikh lahir
Sebelum aku terlupa...sedikit post mortem dari Seminar Kenali Potensi Diri yang aku attend 2 minggu lepas.

Actually aku pernah dengar pasal rahsia tarikh lahir sebelum ni..Dari ofismate aku yang belajar metafizik tarikh lahir, and quite similar dengan kajian Dr. Fadhilah Kamsah pasal bulan kelahiran..Nak kata accurate ke tak kiraan metafizik tarikh lahir ni, aku no komen...dari apa yang Dr. Azizan cakap, kalau x sama then mungkin potensi tu ada dalam diri kita cuma kita belum discover lagi..mmm..

Dari sudut pandangan aku...seminar ni x banyak membantu..atau aku ke yang x nak berubah??? Mungkin bukan ini yang aku harapkan dari seminar ni..aku rasa seminar ini lebih kepada pembelajaran dalam kelas *yang penuh dengan 3500 orang*...
Tapi, kajian tentang sifat dan sikap berdasarkan metafizik tarikh lahir ni mungkin..aku ulang..MUNGKIN...betul..kerana ia berdasarkan soal selidik dan pemerhatian...
Mungkin penerimaan orang lain x sama dengan aku..it's depends..nak percaya @ tak....

~ My 1st appointment ~

Semalam...sejarah bagi aku dan Hubby...our 1st appointment kat LPPKN..walaupun mula2 tu agak nervous especially Hubby dan tiba2 baru aku tau yang selama ini suamiku ini ada darah gemuruh and of course blood pressure dia naik..heheh..selama ni dia tak bagitau pun..sorok ek?? Anyway, I really proud of u and thank u so much cos being so supportive...
What's the procedure??
1. Sperm test
2. Blood test (hormone and HIV*saringan*)
3. Sedikit interview..mmm...
Next, aku kena buat hysterosalpingogram(HSG) dekat mana2 hospital pakar...Sabtu ni aku ada appointment dengan pakar X-ray kat Hospital Ampang Puteri... then later kena submit the X-ray film and result to LPPKN. Next month baru ada appointment dengan Doktor and dia akan review all the test(blood, sperm n HSG)....
Hopefully semuanya ok dan berjalan lancar....
Amin Ya Rabbal Alamin....

Tuesday, February 9, 2010

~Result netball~

Hahahaha..apa2 pun aku nak gelak dulu walaupun dalam kesakitan...hahahaha...SIME DARBY 35-13 BOUSTEAD...at least tak kosong...
Kenapa aku dan team kalah:-
1. Kitorang x cukup training *ni paling penting*
2. Masalah position*puncanya ramai yg pregnent dan dah pencen main*...aku kena main GS..of cos la x score pun..huhuhu...maluuuu
3. Mental kitorang x kuat *kitorang x ada motivasi, opponent main sungguh2 cos diorang nak practise tuk tournament*
4. Kitorang pancit sebab kena main 4 half (7-3-7-3-7-3-7) *7 minit game 3 minit rehat dan seterusnya...* Refer to reason no. 1..hehehe
5. Memang diorang terror, fit n tactically good....
Semua di atas adalah alasan semata2...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..hehehe..tapi x apa, nanti aku akan arrangekan repeat friendly match!!!
Watch out guys!!!!

Monday, February 8, 2010

~BIG decision~

Is this the right thing to do??? am I making the right decision??..I just pray to u Allah...
Aku bersedia walaupun takut, aku takut keputusan yang akan aku ketahui akan merubah semuanya...

~Netball again!!!~

Hari ni ada friendly match netball dengan SIME DARBY.. huhuhu..mati lah kena belasah.. Sejak injured ni kena la main dalam D je..x boleh nak lari sangat (sebenarnya x larat pun, semput!)..
Position aku biasanya GD/GK, defender..tapi disebabkan team kekurangan shooter terpaksa la aku ambil position GS...lagi mati!!! matila aku kalau bola x masuk gol..dup..dup..kecut la pulak perut aku ni..
Fuh kiri fuh kanan..masukla bola, klu x masuk mana muka nak aku sorokkan..hehehe..fuh!!

Friday, February 5, 2010

~ Sabar lah sayang ~


Sabar lah sayang...
Sabar lah hati...
Sabarlah menunggu...
Sabarlah menanti...
Pasti Allah kabulkan...
Pasti Allah limpahi...
Kurniaan yang tidak ternilai..
Anugerah yang dirahmati...
Bersabar lah sayang...

Thursday, February 4, 2010

~ I love netball ~


*Gambar diambil 2@3 tahun lepas, sempena Indoor Games Boustead*
Aku aktif main netball ni dari aku primary school lagi..sampai la sekarang...start dari tahun lepas exactly lepas kahwin, aku terus stop main..Firstly sebab nak fokus untuk mengandung dan injury lutut aku masa main futsal...lagipun awal tahun lepas aku start duduk sorang2, so aku terpaksa terus balik rumah, kalau nak main aku kena stayback lepas ofis hour then pukul 8.00pm @ lebih baru sampai rumah...
Semalam, aku start main balik..mmm...enjoy...of course sebab netball ni antara sukan kegemaran dan dah jadi darah daging aku..hehehe..so, aku rasa tahun ni aku akan aktif balik bersukan....yeay.....walaupun aku still fobia dengan kejadian lutut aku tu..walaupun aku masih terasa2 lutut aku yang dah tak seperti dulu..walaupun aku dah tak berani nak berlari2 dan melompat2 macam pro athlete..tapi akan ku teruskan jua..ewah!!!
Bersukan untuk kesihatan....hehehhe...tarik nafas....lepas...

Wednesday, February 3, 2010

~ Movie dan movie lagi ~

ADNAN SEMPIT
Sempoi...Kelakar? okla...so so je...tapi satu panggung orang gelak..mmm..Hubby pun bukan main lagi gelak..aku pun tak paham ape la yang kelakar sangat..tapi movie ni lawak yang segar dan matang la..so xda la rasa macam tengok movie arahan Prof. Razak tu..*memang x minat langsung*... sekali sekala sokong produksi Melayu Malaysia, apa salahnya..3.5/5 bintang!!!
AVATAR
The greatest movie ever...memang jatuh cinta la dengan movie ni... ada unsur2 cintai alam sekitar pun ye jugak..10 years in making...memang berbaloi2 la usaha diorg yang jayakan movie ni..dan berbaloi2 jugak aku tengok sampai 2 jam 45 minit...hehehe.. 5/5 bintang!!!

~2nd Kitten~

*tiada kena mengena dengan gambar diatas*

Looking for 2nd kitten for adoption..huhuhu...ambil..x payah ambil..ambil...mmm....





~Bangsawan Laksamana Cheng Ho~



2 thumbs up!! Bravo alumni ASWARA..really great show n da audience was awesome..memang sempoi habis!!

Thanks to hubby yg suggest aku tgk bangsawan ni, 2 3 years back, kitorg pernah nak terpergi tengok Bangsawan Jula Juli Bintang berapa ntah..tp aku lupa whatsoever reasons yg kitorg x jadi tengok time tu...

The good thing pasal my hubby ni ialah dia suka pergi show2 yang macam ni exspecially kalau free..one time kitorang pernah dengar puisi kat Laman Istana Budaya..and that was great too..no need to spent so much money to please each other..yang penting happy dan enjoy dgn cara masing2...

Let me explain a little bit about the bangsawan..i thought the show will be in bahasa baku...hehehe..macam tahun 50an..pengaruh filim lama..tapi sebenarnya, normal je..macam percakapan biasa kita..ada babak2..and after every babak akan ada show from extra turn..macam selingan..nyanyian and lawak jenaka, from pro artis and x student ASWARA sendiri..overall..aku rasa semua yg ada malam tu memang enjoy habis...:O

Next will be Makyong or Wayang Kulit or Opera Cina or anything unique and interesting...can't wait..hehehe..